Selasa, Februari 16, 2010

jangan kerek, tolonglah!

bismillah.
copy-pasted with permission from here.


Bumi kita lebih besar dari Venus, Mars, Mercury dan Pluto (kini tidak lagi dianggap sebagai satu planet)


Bandingkan pula Bumi kita dengan planet yang lebih besar seperti Jupiter, Saturn, Uranus dan Neptune. Comel kan? Macam guli-guli sahaja.


Matahari pula adalah sangat besar berbanding Jupiter sendiri? Bumi kita macam tahi lalat saja!


Matahari dibandingkan pula dengan bintang-bintang lain seperti Arcturus...wah,comelnya!



Sekarang, Arcturus kita bandingkan pula dengan bintang yang lebih besar daripadanya seperti Betelgeuse dan Antares. Huuuu...matahari sangat kecil rupanya! Bumi apatah lagi.

Bandingkan manusia dengan Bumi. Erk, dari atas kapal terbang pun tak nampak manusia. Bagaimana pula nak bandingkan manusia dan Antares?

*********************
Ingatlah, manusia ini sangat kecil berbanding alam ini.
Alam ini, lebih sukar diciptakan daripada menciptakan manusia itu sendiri.
Allah itu Maha Memiliki, Dialah Pentadbir alam jagat raya ini.
Semua ini, kerajaan langit dan Bumi di bawah pemerintahan-Nya.

Jangan kerek, tolonglah!
Siapalah kita, berbanding gunung yang terpasak kukuh, sekali mengeluarkan larva hancur tidak bersisa.
Siapalah kita, berbanding planet yang besar dan bintang-bintang yang bersinar memukau.
Siapalah kita, berbanding semua mahkluk di alam nyata dan alam ghaib.

Jangan kerek dengan Tuhan,
jangan jadi macam bagus,
jangan fikir kita lagi hebat dari Tuhan,
jangan sombong sampai tak reti nak menadah tangan memohon ampunan-Nya!
jangan lupa, kita ni hanya hamba.

Kita tiada apa-apa.
Kita tak punya kuasa.
Kita lemah dan tak terdaya.

Jangan kerek, tolonglah!

Bintang beredar pada orbitnya.
Malam tak pernah berlari mendahului siang.
Matahari tak pernah mogok untuk memancarkan cahaya.
Semuanya patuh pada perintah Allah, menjalankan peranan yang telah ditetapkan!
Tidak pula bersoal-soal, tidak pernah membantah-bantah.

Tapi kita?Adakah telah tertunai amanah khalifah dan hamba?
Jika alam ini tunduk dan patuh pada Sang Pencipta,
Apakah akhlak kita terhadap Yang Maha Kuasa?

Jangan kerek, tolonglah!!!

muhasabah-mode activated~

waAllahua'lam.

5 komen:

nailah berkata...

cute title ^_^

Allahuakbar!3x
keciiik je kakcik rasa. huhu

Mat_Leh berkata...

title yg sesuai untuk para remaja

Tanpa Nama berkata...

article yang menarik..
ada sedikit kesilapan..
(alam ini,lebih sukar diciptakan berbanding menciptakan manusia)
ingatlah, tiada yang susah bagi ALLAH. jazakumullah khairan kasiran

cik ieqa sygg berkata...

salaam.
nice post.
tittle tk bule blah haa.
ngat enn marah kat sape laa.
saff!!jangan kerek,tolonglah!

superserikandi berkata...

jazakumullah.
ana rasa yang ayat ni (alam ini,lebih sukar diciptakan berbanding menciptakan manusia) mungkin nak mengatakan yang mekanisme tubuh manusia ni tak se-complicated alam. rasanya penulis bukan nak maksudkan mencipta alam itu susah bagi Allah.

terima kasih atas pencerahan. waAllahua'lam.