Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan barakah-Nya, sepanjang 1-3 Februari 2010, minggu perasmian usrah di bawah pegangan Lajnah Usrah dan Tarbiyah(Lutar) telah berjalan dengan lancar. Antara tujuan diadakan minggu perasmian ini adalah untuk melakukan 'rebranding' atau penjenamaan semula kumpulan usrah dan seterusnya dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Berikut adalah antara aktiviti yang telah diadakan di Surau Al-Falah, SMK Agama KL selepas solat Maghrib secara berjemaah;
1 Februari - Seorang penceramah jemputan khas yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Usrah dan Kepentingannya'.
2 Februari - Tayangan telah diadakan.
3 Februari - Majlis Perasmian Usrah telah diadakan dan telah dihadiri oleh guru-guru Penasihat BADAR dan pelajar-pelajar SMK Agama KL. Pada hari itu juga, lagu Doa Rabitah telah dijadikan lagu rasmi usrah. Di akhir majlis, setiap usrah telah melafazkan ikrar untuk mengekalkan ukhwah sehingga ke nafas yang terakhir.
.
.
2 komen:
Saya ada cadangan.Kalau boleh,naqib diberi panduan tentang tajuk yang akan dibincangkan bersama anak buah kerana dikhuatiri para naqib tidak ada idea untuk mengupas topik yang akan dibincangkan dalam usrah.
alhamdulillah, antara perkara yang dijenamakan semula untuk program usrah ialah nuqaba' dan naqibat diberi pengisian oleh ustaz hamdi sebelum mengisi untuk usrah.
macam usrah sebelum ni, para naqib pun tatau nak cakap apa masa usrah mungkin kerana takde pengisian untuk para naqib itu sendiri. sesiapa yang tidak punya sesuatu, mana mungkin dapat memberi. waAllahua'lam.
Catat Ulasan