Sabtu, September 29, 2012



Alhamdulillah , badar ada menyediakn entri baru . Ada sebuah cerita tentang seorang pembancuh simen .
TINGG!!!
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.
...
TINGG!!!
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kir
i, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yang mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.
Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Ibrah :
Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


Assalamualikum semua , hari ni badar ada menyediakan entri baru buat antum yang bergelar wanita . Cuba renung-renungkan dan selamat beramal . 

MUTIARA ILMU

Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
(QS An Nuur :26)

Katakanlah kepada wanita yang beriman ,Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya"
( QS An Nuur : 31)

"Dan janganlah kalian (para wanita) MELEMBUTKAN SUARA sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya."
( al-Ahzaab: 32 )

"Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
( QS Al Ahzab :59)

"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah.”
( HR Bukhari & Muslim )

Isnin, September 17, 2012



AYAT KURSI:

1) Baca pada saat keluar rumah , 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi..
2) Baca pada saat masuk rumah , kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu..
3) Baca setelah berwudhu , darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat..
4) Baca pada saat tidur , malaikat akan menjagamu sepanjang malam..
5) Baca setelah solat , maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian..

=> Sampaikan kepada orang lain , maka ini adalah sedekah jariah.. Dan pada setiap orang yang mengamalkan , kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

BACA JANGAN X BACA. 1 IB..hentikan ek...
[ OPPA GANGNAM STYLE ]

orang korea sedang menjatuhkan islam di seluruh dunia dengan menggunakan OPPA GANGNAM STYLE !! lagu dan style tu menghina Nabi Muhammad SAW .. astaghfirullah al-azim~ lirik lagu tu ada yang bermaksud ''konon ada binatang burroq, konon boleh sampai langit ke-7'' .. kan baginda naik ke langit menggunakan burroq ?? penyanyi itu juga buat style silangkn tangan dia, kan tanda salib tu ?? ..even baginda pernah cakap, burroq tu sangat laju dan tak same dengan riding kuda, jadi penyanyi itu terpaksa silangkan tangan untuk grip kuat style kuda tu, korang perasan tak ?? boleh membawa kepada murtad !

# Tolong Copyy atau Shared Ramai2 . :3
(telah dicopy)



ORANG YG PERTAMA DLM ISLAM

1. Menulis Bismillah : Nabi Sulaiman.
2. Minum air zamzam : Nabi Ismail.
3. Org yg pertama berkhatan : Nabi Ibrahim.
4. Diberikan pakaian pada hari Qiamat : Nabi Ibrahim.
5..Dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat : Nabi Adam.
6. Mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Saidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Dibangkitkan pada hari Qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8.Menjadi khalifah Islam : Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
9. Menggunakan tarikh Hijrah: Saidina Umar bin al-Khattab.
10.Meletak jawatan sbgi Khalifah dlm Islam: Saidina Al-Hasan bin Ali bin Abi Talib.
11. Menyusukan Nabi Muhammad SAW: Thuwaibah al-Aslamiah.
12.. Syahid dlm Islam dari kalangan lelaki : Saidina Al-Harith bin Abi Halah.
13. Syahid dlm Islam dari kalangan wanita: Saidatina Sumayyah binti Khabbat.
14. Menulis Hadis di dlm kitab / lembaran : Saidina Abdullah bin Amru bin Al-As.
15. Memanah dlm perjuangan Fisabilillah : Saidina Saad bin Abi Waqqas.
16.Menjadi muazzin & melaungkan azan: Saidina Bilal bin Rabah.
17. Bersolat dengan Rasulullah SAW: Saidina Ali bin Abi Talib.
18. Membuat mimbar Masjid Nabi SAW: Saidina Tamim ad-Dari.
19. Menghunuskan pedang dlm perjuangan Fisabilillah: Saidina Zubair bin Al-Awam.
20.Menulis sirah Nabi saw: Saidina Ibban bin Uthman bin Affan.
21. Beriman dengan Nabi saw : Saidatina Khadijah binti Khuwailid.
22. Mengasaskan Usul Fiqh : Imam Muhammad bin Idris al-Syafie.
23. Membina penjara dlm Islam: Saidina Ali bin Abi Talib.
24. Menjadi Raja dlm Islam : Saidina Muawiyah bin Abi Sufyan.
25. Membuat perpustakaan awam : Khalifah Harun Ar-Rasyid.
26. Mengadakan Baitul Mal: Saidina Umar bin al-Khattab.
27. Menghafal Al-Quran selepas Rasulullah saw: Saidina Ali bn Abi Talib.
28. Membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Jaafar al-Mansur.
29. Digelar Al-Muqri : Saidina Mus'ab bin Umair.
30. Masuk ke dalam Syurga : Nabi Muhammad SAW.

ALLAHURABBI ♥ ♥ ♥

Sabtu, Julai 21, 2012

Perasmian Ihya' Ramadhan dan Bulan BADAR 2012


kaifa halukum ? Alhamdulillah Allah masih hidupkan kita harini dan insyaAllah esok kita akan mula berpuasa. rata-rata umat islam malam ni sudah siap mengerjakan terawih. ohh, jangan lupa niat puasa yewwww , HEHE . moga-2 Ramadhan kali ini lebih bermakna kepada kita semua especially Fivers yg bakal meninggalkan alam persekolahan :)

Jumaat, 20 Julai 2012 , 30 Syaaban 1433H
Alhamdulillah harini sesi P&P habis kul 10.25 sbb ada majlis Perasmian Ihya' Ramadhan dan ceramah di ambang ramadhan :)

semua pelajar berkumpul di Dewan Sri Bestari pada jam 10.50 dan majlis bermula pada jam 11.00 pagi bersama dgn penceramah jemputan dan pengetua. majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan perasmian daripada Tuan Pengetua, Tn Hj Kamarul Ariffin b Mohd Sharif. Seterusnya, penceramah jemputan, Us Zulkifli b Ahmad memberikan ceramah tentang Ramadhan. Alhamdulillah ceramah yang begitu mantap dan berjaya menarik perhatian warga SMAKL.

bak kata Us Zulkifli , 
-->orang yang berpuasa tk semestinya solat tetapi orang yg solat semestinya dia berpuasa . #FACT
-->rugi/malang seseorang itu apabila dia tidak membaca walau sepatah ayat Al-Quran di bulan Ramadhan
--> Surah At-Tahrim; "Wahai org yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab Allah."
--> perbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan kerana pahalanya berlipat ganda
--> hayati makna puasa >> menahan diri drpd makan dan minum dan perkara-2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. cuba tengok , kalau yg HALAL pun Allah tk bg kita buat, apatah lagi yg HARAM kan. kan, kan, kan :)
-->perbanyakkan muhasabah diri di bulan Ramadhan 
-->rajinkan diri berqiamullail. ==> siapa yg menghidupkan malam Ramadhan dgn penuh pengharapan, Allah akan ampunkan dosanya.
-->rajinkan diri berjemaah bersama-sama especially waktu Subuh :) ustaz kate, apabila bersolat jemaah, dia seolah-olah melakukan Qiamullail :)
--> pastikan kita dapat takbiratul ihram bersama imam, make sure jemaah dgn imam
-->tidur adalah ibadah di bulan puasa >>> Hadis DHOIF !!!
--> JANGAN KAMU MENGIKUT SESUATU TANPA ILMU !!!
--> memberi makan kepada org yg berbuka puasa lebih besar drpd beri moreh
--> nak buat amalan, biar sikit asalkan istiqamah :)

semoga Allah sentiasa merahmati kita semua :) semoga Ramadhan kali ini membawa lebih manfaat dan makna kepada kita semua, pergunakanlah masa ini untuk mengutip sebanyak mana pahala. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontrovesi :) 




Jumaat, Jun 29, 2012

Kuliah Maghrib - Akhi Asri Ibrahim


Assalamualaikum, kaifa halukum ? Ana harap antum semua sihat-2 sahaja. Alhmadulillah Allah masih berikan kita kehidupan lagipdhari ni,meski pelbagai cbrn & dugaan yg kita hadapi pd harini. Asif jiddan kerana lama blog ini tidak ber-update ats hal-hal yg tk dpt dielakkan.

Alhamdulillah semalam ada satu kuliah Maghrib yang telah disampaikan oleh Akhi Asri Ibrahim daripada USIM. Jazakillahikhairan katsiran ya Akhi. Alhamdulillah sedikit sebanyak beliau telah berkongsi dengan kami semua dan disini ana ingin berkongsi dgn antum semua. moga-2 kita semua dirahmati oleh Allah, insyaAllah.

Beliau mengajak kita untuk menghayati Surah At-Tin. jikalau kita lihat dgn lebih jelas ttg surah tu, terdapat 4 ayt yg dmulakan dgn wa --> wattini, wazzaitun, waturisinin, wahaza baladil amin. maksud --> demi pohon buah tin, demi pohon buah zaitun, demi bukit tursina dan demi negara yg aman ini. biasanya ayat yg dimulakan oleh wa bermaksud Allah ingin menegaskan kepada sesuatu. setiap ayt yg dinyatakan tersebut mempunyai kisah-2 yang tersendiri. ayt seterusnyapula bermaksud sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik kejadian. ada suatu kisah ttg ayat ini pada suatu masa dahulu. 

apa yg ingin disampaikan ialah tentang ILMU !. kata akhi, menuntut ilmu itu tiada penghujungnya. kerana Rasulullah pernah bersabda, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

kenapa kita belajar ???
kadang-2 kita berasa pelik, kenapa kita rajin baca buku, rajin study, study gila-2, tp kenapa kita merasakan spt seolah-olah ilmu kita tidak bertambah ??? KENAPA ?? WHY ??
kerana kita mungkintelah melakukan maksiat dlm pada kita tidak menyedarinya. kerana ---> ILMU ITU CAHAYA, CAHAYA TIDAK AKAN MASUK KEPADA ORANG YG BERMAKSIAT & MELAKUKAN KESALAHAN . selain itu, niat mestilah lurus dan ikhlas kerana Allah. MESTI, MESTI ! kerana Allah berfirman dlm ayt yg pertama dturunkan yg bermaksud --> " bacalah dgn nama Tuhanmu" . Lihat, baca dgn nama Tuhanmu ! kita iqra' (membaca / belajar) tetapi tidak menyebutnama Allah (mengingatiNya). seterusnya, lihat pula ayt terakhir dlm surah ini (Surah Al-'Alaq) --> wasjud waqtarib (bersujud dan dekatlah) --> sujudlah kepada Allah dan dekatilah Dia. insyaAllah Allah akn merahmati dan mempermudahkan segala ilmu kpdmu .

terdapat 3 golongan yg akan masuk NERAKA ;
# org yg berjihad sbb nak org kata dia hebat
## seorang qari yg menyedapkan bacaannya sbb nk org puji dia
### seorang pelajar yg belajar sbb nk org ckp dia hebat boleh jd ini, boleh jd itu, blablabla .

guys,, kalau kita harapkan MANUSIA , kita akan KECEWA :D
beramallah kamu kerana Allah, sbb Allah akn pandang kamu. kalau manusia tk pndg, tak payah risauuu, pandangan Allah lebih penting !

Gol org yg doanya cpt MAKBUL :)
 * doa org sakitshingga dia sembuh
* gol yg berperang sehingga dia blik dr perang
* gol yg pergi haji, sehingga dia balik dr haji
* doa seorang shbt kepada shbatnya tnpa shbatnya itu mengetahui doa tersebut :)


bagaimana nk cari kekuatan ???
semua org nak ketenangan, tp mksud ktngn bg setiap org lain-2 .
" sesungguhnya org yg plg berjaya ialah siapa yg menyucikan hatinya :)
--> org yg plg baik ialah bila dia buat salah, cpt-2 dia bertaubat :D

so,, do your best, and Allah will do the rest ! :)
moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada antum semua. kalau ada salah mohon teguran yg hikmah, insyaAllah akn diperbaiki dr semasa ke semasa :) insyaallah

may allah yusahhil everything, assalamualaikum :)

Isnin, Mei 14, 2012

EXAM :D


assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh :)
kaifahalukum , ana harap antum semua di bawah naungan dan sentiasa dirahmati oleh Allah :)

sekarang masing-2 sibuk memandangkan minggu ni adalah minggu exam . untuk F4 & F5 , ALL THE BEST ! lagi 2 minggu , chaiyokk ! untuk adik-2 F2 & F3 yg baru mula exam , ALL THE BEST :D do your best, okayy :) untuk adik-2 F1 , belajar biar ikhlas , meskipun takde exam dan adik-2 semua dinilai dari segi adab dan akhlak . ikhlas lah, semoga Allah permudah. ada hikmah disebalik semua ini, berdoalah.

memandangkan minggu ni minggu exam, ana rasa terpanggil untuk memberi peringatan kepada antum semua. ana harap antum semua buka hati dan minda , semoga Allah mempermudah urusan antum semua.

ya, ana tahu, exam kena study. bila exam je study, bila study je exam kan. ana tahu, ana juga begitu. cuma ana merasakan kita seharusnya melakukan anjakan paradigma . mengapa ? ya, mengapa ? kerana, sepatutnya, pada waktu saat akhir beginilah kita sepatutnya lebih dekat dengan Allah. opppps ! bukan sbb nak berjaya je dkt dgn Allah, lepas exam dh tk payah dh nak dkt dgn Allah. NO , NEHI ! TIDAKKKK sama sekali . cuma sepatutnya bila dh dekat dengan exam, ni kita sepatutnya buat revision, bukan time tu lah baru nk study bab tu lah , bab ni lah and blablabla. kalau antum semua fikir sedalam-dalamnya , mesti ramai diantara antum yang megiyakan kata-kata ana. 

mengapa ana berkata begini ? ustaz ana mengatakan bahawa sepatutnya bila kita dkt dgn exam, lagi dkt kita dgn Allah. lg byk kita buat ibadah dan luang masa dgn Allah. sebab ... sebab ... sebab ... sebab, bila kita belajar ----> doa kt Allah . bila kita masuk dewan peperiksaan ---> doa kt Allah . bila kita nk jawab periksa ----> doa kt Allah daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnn Allah jugak yg tentukan samada kita blank or tk blank , bole jwb or tk boleh jawab . mudah je kalau Dia nk terik nikmat ni . Alhamdulillah sbb Allah masih bg mcm2 rezeki :) kalau stayyyy sama 3-4 pagi pun, tp tkde keberkatan drpd Allah ----> there's no point .

hmmm, terpanjang pulak post kali ni . ehh, u get my point ? i hope so :) kalau ada salah, tolong betulkan kerana saya hanyalah hamba Allah yg lemah . semoga nasihat ini boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk masa hadapan :)


ohhh lupaaaa :P untuk kakak-2 senior ex-SMAKL yg berjaya menempatkan diri di mana-2 Universiti or Matrix , TAHNIAHHHHHH , mabruk alaikum :) untuk yg sdg menghadapi peperiksaan seperti saya , ALL THE BEST :D barakallahufikum :)

DO YOUR BEST AND ALLAH WILL DO THE REST :)

Ahad, Mei 06, 2012

Majlis Perpisahan Abi Tersayang


Pada 30 April 2012 , Abi tersayang telah meninggalkan SMKAKL dan berpindah ke SMAP Kajang. Oleh itu, majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan dan menghargai segalajasa dan pengorbanan mantan pengetua, Tn Hj Sakijan b Muri. 

TAHNIAH Abiiiiii :)


--, May Allah bless you and your family
--, Terima kasih atas segalanya
--, Maaf atas segala silap dan salah
--, Semoga Abi berjaya dan tabah disana
--, jasamu akan sentiasa kami kenang

yang patah tumbuh, yang hilang berganti :)


Tuan Haji Sakijan b Muri

we LOVE you ABI <33

may Allah bless you :)

Ahad, April 01, 2012

no no no !

bismillah 

Hari ini adalah 1 April 2012.Ada apa dengan 1 April? April fool? Ya ! 1 April merupakan April Fools Day.Orang Barat menyebutnya sebagai ‘April Mop’.Ada apa dengan april fool? Ramai orang Islam kini tidak tahu apa yg terkandung dalam april fool,yg mereka tahu ialah april fool adalah hari dimana boleh membodohkan orang atau mengenakan orang lain serta hari yg boleh dibuat kejutan.Sayangnya tidak ramai yg tahu asal usul april fool ini.Namun tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah kekejaman tentara Salib terhadap Muslim Sepanyol(Andalus)? Perayaan April fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The April’s Fool Day berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya kita mengimbau sejarah Sapanyol ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pegunungan.Islam telah menerangi Sepanyol.Disebabkan sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai penduduk Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk muzik, arak, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah pengintip untuk menyiasat kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya pengintip itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.Maka mulailah secara sembunyi-sembunyi mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk menarik minat kaum muda agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca & mendengar ayat-ayat Qur’an. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang ditugaskan meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Spanyol jatuh dan dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh tapi termasuk juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibunuh dengan sadis.Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mencari & mengejar mereka.Ketika jalan-jalan sudah sepi, yg tinggal hanya sisa ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera Salib mengetahui bahwa ramai Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu mebuat pengumuman bahwa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian helah tentera Salib.Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya berjalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya & membakarnya.Api marak menjulang ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan terpana ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentera Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.Dengan satu teriakan arahan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh dan menghapuskan umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana.Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).

Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol.Oleh kerana itu tidak patut jika ada orang Islam yang turut serta merayakan tradisi ini kerana dengan merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol beberapa abad silam.

Jadi,adakah anda juga termasuk orang yang merayakannya?  SUMBER:ilmi-islam.com

 

Sabtu, Mac 31, 2012

ada apa dengan doa?

bismillah

 Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya. Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa. Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin.

Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.


Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong: Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat. Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: â€Å“ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku... MasyaALLAH Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. "Aku buat beginilah yang jadi begini." "Doa aku makbul seh!" "Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur. Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.

Kita ini banyak dosa. Banyak hijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita...kalau kite doakan untuk orang lain tanpa pengetahuan org lain dgan hati yang ikhlas,maka para malaikt akan mendoakannya

Sabtu, Mac 17, 2012

Result SPM 2011


Bismillahirrahmanirrahim :)

Kakak-kakak , abang-abang SPM 2011 , mesti semua sedang cuak kan . HEHE :D normal la tu kan . 

All The Best :
May Allah yusahhil . Kan dah usaha dalam berperang haritu , so sekarang usaha dalam berdoa pulak . InshaAllah :) He knows the best for us right ! 


Pertandingan Nasyid Bintang Mukmin


Bismillahirrahmanirrahim :) kaifahalukum ? Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah :)

Pada 17 Mac 2012 , Sabtu , SMK Agama Kuala Lumpur telah menyertai Pertandingan Nasyid Bintang Mu'min Peringkat Negeri anjuran Ubat Gigi Mu'min . Kumpulan Anugerah selaku wakil Kumpulan Nasyid SMK Agama Kuala Lumpur mendapat giliran yang ke-8 . Pertandingan ini telah bermula pada jam 2 petang sehingga 5 petang. Alhamdulillah , Kumpulan Anugerah telah mendapat Juara Pertandingan Nasyid Bintang Mukmin dan mendapat Anugerah Pakaian Terbaik :)

berikut merupakan keputusan pertandingan ,

JUARA : SMK AGAMA KUALA LUMPUR
NAIB JUARA : SM AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
KETIGA : SMK PADANG TEMBAK

ANUGERAH ISTIMEWA ,
PAKAIAN TERBAIK : SMK AGAMA KUALA LUMPUR
PERSEMBAHAN TERBAIK : SM AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Anugerah SMKAKL dan semua peserta atas kejayaan dan kegigihan semua peserta . 


maaf , gambar kurang cantik . kalau ada gambar lain , inshaAllah ana masukkan :)


Jumaat, Mac 16, 2012

betudung tapi seksi

bismillah walhamdulillah

Rasulullah SAW bersabda:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971)
Memang wanita memiliki kecenderungan gemar berhias dibandingkan dengan kaum lelaki. Berhias merupakan panggilan fitrah bagi seorang wanita, selagi masih bersesuaian dengan syariat Islam. Jadi, Islam tidak membebaskan wanita berhias sekendak hatinya tanpa aturan.
Dan pada masa yang sama, Islam juga tidak menghalang wanita untuk berhias dan berfesyen, tetapi ada garis panduan yang telah ditentukan.
Satu perkara yang mesti kita tahu, iaitu bahawa penampilan kita akan menimbulkan kesan bagi orang yang melihatnya. Ketika seseorang pertama sekali bertemu dengan kita, mereka akan menanggapi kita (first impression) dengan cara kita berpakaian.
Oleh itu, bagaimanakah kita ingin dikategorikan? Sebagai seorang muslimah yang sangat menjaga kehormatan, atau sebaliknya? :)
thanks to :aku islam.com

Khamis, Mac 15, 2012

Aku :)


agak panjang, silakan membaca . moga mendapat ibrah :)
Cerpen “Aku”
Termenung. Sedikit kebosanan. Ruang mataku diisi dengan sebatang pokok di hadapan Dewan Makan, dan di sekeliling pokok itu terdapat pelajar-pelajar lain yang kelihatan seronok bersembang sesama sendiri. Rasa menyesal pula pergi terlalu awal ke tempat ini. Rupanya hari ini Dewan Makan akan dibuka sedikit lambat. Lebih baik melepak di atas musolla tadi, boleh juga berbaring menghilangkan letih di tengah hari ini.
Sudah seminggu di sekolah baru ini. Aku masih tidak punya maku-maku kawan rapat. Namun aku tidak berapa peduli. Aku seakan dapat menghidu bahawa takdirku adalah berseorangan di atas dunia ini. Setakat aku berumur 13 tahun ini, aku memang tidak punya seorang pun teman yang boleh digelar sebagai sahabat karib. Sedang teman sekolah rendah sepanjang 6 tahun pun tiada satu yang rapat denganku, apatah lagi di sekolah asrama yang baru aku jejaki ini.
Mungkin keraku aku berbeza. Mungkin. Aku kasar, tidak mudah berkata lembut, agak lancang, asyik berfikiran jauh, tidak suka bertolak ansur, dan sering hendak menang dalam apa-apa sahaja. Ah, aku tidak peduli. Bukan satu kekurangan buatku. Aku bisa sahaja hidup sendiri.
“Seorang sahaja?”
Cuping telingaku menangkap pertanyaan itu. Membuatkan leherku automatik menoleh. Seorang pelajar berpakaian pengawas, agak tinggi, berwajah cerah, memakai songkok, sedang berdiri di hadapanku dengan roman wajah yang manis. Siapa pula ni?
“Boleh aku duduk sebelah kau?” Dia bertanya. Nyata aku duduk berseorangan di atas penghadang jalan berdekatan Dewan Makan ini. Malas-malas aku mengangguk.
“Kenapa seorang sahaja?”
“Memang tak ada kawan.” Aku menjawab perlahan sambil menekur jalan tar di hadapan.
“Oh, biasalah. Kau baru lagi di sini kan? Nanti insyaAllah, lama-lama ada la sahabat.” Dia berbicara mesra. Seakan telah 10 tahun berkenalan pula. Membuatkan aku mengangkat wajah memandangnya.
“Iya? Aku macam tidak yakin sahaja aku akan mampu mendapat sahabat di sekolah seperti ini.” Aku tahu bicaraku itu berbau sinis. Tetapi aku tidak dapat mengawalnya. Aku memang begini. Aku sudah dapat menghidu perbalahan yang bakal berlaku antara aku dan dia sebentar lagi.
“Em? Kenapa kau berkata begitu?”
Iyalah, aku lihat senior-seniornya tidaklah sebaik mana. Bercakap gah sahaja, tetapi akhlak tidak setara mana. Tetap membuli junior juga. Suruh orang bagi salam dulu, tetapi mereka tidak pula mengamalkannya. Bila junior tak beri salam, tahu pula hendak marah.” Aku memuncungkan bibir, dan mendengus menunjukkan kebencian aku yang mendalam.
Ya. Apa yang aku luahkan tadi, itulah yang aku perhatikan sepanjang minggu orientasi ini berjalan. Abah kata, sekolah ini lubuk mutiara, tempat tersimpannya 1001 hikmah. Tetapi entahlah, aku tidak nampak apa yang istimewanya sekolah ini apabila melihat senior-seniornya. Dan sekarang, pelajar di sebelah aku ini menyatakan aku akan mendapat sahabat di sini? Heh. Dalam mimpi sahaja mungkin terjadi.
“Cakap tu baik-baiklah sikit.” Dia mula bersuara tegas.
Ahah! Aku sudah katakan yang tiada siapa akan tahan dengan aku. Orang tidak pernah suka dengan mereka yang bercakap tulus. Orang lebih suka pujian palsu.
“Apa yang aku cakap itu benar, bukan?”
“Iya. Tetapi senior-senior bukanlah para malaikat. Apa yang baik daripada mereka kita ambil, apa yang buruk daripada mereka kita tinggal. Kalau kau tidak puas hati dengan mereka, maka jadilah senior yang lebih baik nanti.
“Hah, hanya alasan kau sahaja untuk menyembunyikan kesalahan senior-senior di sini. Sekolah ini nyata tidak bermakna apa-apa. Sama sahaja seperti sekolah-sekolah lain. Apa yang ‘the best in the world’nya di sini?” Aku merendah-rendahkan laungan semangat yang sering digunakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah ini.
Wajah pengawas di sebelahku mula merah.
“Kau ni!” Tangannya mula hendak mencapai bahuku. Tetapi aku dengan langkah tempur didikan Abah, pantas menangkap pergelangan tangannya sebelum sempat menyentuh tubuhku.
Matanya membesar. Mataku membalas. Tangannya sengaja kugenggam sekuat hati. Biar dia terasa sakitnya.
“Sudah, berambus.” Aku menghalau. Tangannya kulepaskan perlahan.
“Hei…” Dia menggeleng kepala. Bangun meninggalkanku.
Aku buat tidak peduli.
Pasti dia tidak akan lagi berhubungan denganku.
Aku pasti, dia amat memarahiku. Mungkin dia akan menceritakan kepada rakan-rakannya akan hal aku. Silap hari bulan, dialah musuh aku yang paling ketat di sekolah ini satu hari nanti. Siapa tahu, bukan?
Heh.
******
Aku memandang papan kenyataan di musolla. Biasanya pada papan kenyataan ini ada pelbagai info terkini berkenaan aktiviti sekolah, juga terdapat fakta-fakta agama dan juga akademik. Aku sekadar tertarik pada bahagian aktiviti sekolah. Aku ingin tahu apa program yang akan diadakan oleh sekolah ini untuk minggu hadapan.
Tiba-tiba aku perasan cuping telingaku disentuh. Sentuhan itu pula dapat kurasakan kemesraannya. Pantas aku menoleh ke belakang.
“Si…”…apa… dan yang baki itu hanya terlekat pada kerongkongku.
Dia. Pengawas semalam. Kini sedang berada di hadapanku, dan tersenyum mesra.
“Tengah tengok apa? Apa yang menarik?” Dia terus menepuk bahuku dan mendekati papan kenyataan. Memandang ke arah jadual yang menunjukkan aktiviti sekolah.
Aku sekadar memandangnya. Kemudian tanpa berminat untuk mengungkit perselisihan semalam, aku sekadar menyilang tangan ke dada dan melihat kembali jadual aktiviti sekolah.
Suasana antara kami hanya diisi dengan bunyi pelajar-pelajar lain melalui tempat itu untuk keluar dari musolla, juga beberapa pelajar yang turut melihat papan kenyataan.
“Nama aku Hariz.” Suaranya menggegar gegendang. Perlahan-lahan aku menoleh. Dia sedang tersenyum. Apakah dia ini terlupa bahawa kami baru sahaja berselisihan semalam?
“Nama kau siapa? Aku cuma tahu yang kau ini adik saudara Umair sahaja. Umair itu sahabat karib aku tahu. Tinggal dia tua setahun sahaja daripadaku.”
Ah, kawan Umair? Umair itu abang sepupuku. Tua dua tahun daripadaku. Satu-satunya keluarga yang aku ada di sekolah ini, juga salah satu sebab mengapa Abah amat yakin untuk menghantar aku berjauhan daripada rumah ke mari.
Hariz di sebelahku kekal tersenyum. Seakan hari semalam tidak pernah berlaku. Dan tadi semasa dia menyentuh cuping telingaku, aku dapat merasakan kemesraan yang amat daripadanya. Aneh. Perasaan apakah ini?
“Haikal.” Aku menjawab perlahan.
“Em?” Kening Hariz terangkat sebelah.
“Nama aku Haikal. Haikal Aizuddin.”
Senyuman penuh cahaya terukir di bibirnya. Segera dia menghulurkan tangan. “Muhammad Hariz.” Dan kami berjabat.
Hangat. Bukanlah ini kali pertama aku berjabat tangan dengan manusia. Tetapi, entah, mengapa aku rasakan jabatan tangan kali ini terasa seperti sesuatu yang tidak pernah kurasai sebelum ini. Dan apakah rasa senang yang terwujud di dalam hatiku ini?
“Makan jom?” Hariz terus memaut bahuku, dan belum sempat aku menjawab, tubuhku telah didorongnya ke rak kasut.
Itulah dia permulaannya.
******
Masa pantas berlalu. Sedar tidak sedar, Hariz sudah tingkatan lima dan aku telah memasuki tingkatan empat. Hari-hari nyata berlalu tanpa menunggu langkahan insan. Sama ada manusia itu yang memecut untuk menewaskan waktu, atau manusia itu akan ditinggalkan.
Persahabatan aku dan Hariz juga bertambah erat. Kami ibarat kembar yang tidak dapat dipisahkan. Siapa yang percaya bahawa awal pertemuan kami adalah pergaduhan. Tetapi entah mengapa seperti aku sahaja yang mengingati perkara itu. Hariz, dia langsung tidak pernah menimbulkan kenangan yang satu itu. Mungkin sahaja dia memang tidak pernah ambil peduli akan perkara itu? Jika benar, nyata dia adalah manusia yang ajaib.
Empat tahun yang telah berlalu, diisi oleh dengan keeratan kami. Terlalu banyak kenangan yang dikongsi bersama. Terlalu banyak perkara yang dilalui berdua. Kemasukan aku sebagai ahli Badan Pengawas Sekolah tambah mengeratkan hubungan kami, apatah lagi apabila aku diletakkan pada Biro yang sama dengan Hariz. Lebih menakjubkan, sepanjang aku menjadi pengawas, kami tidak pernah ditukarkan ke biro lain. Kerja-kerja bersama di dalam pengawas, kursus-kursus kepimpinan, program-program, semuanya menjadikan hubungan kami bertambah erat.
Kami turut bersama-sama merancang pelbagai program sampingan buat diri kami sendiri, seperti berpuasa sunat bersama-sama dan tidur di musolla untuk qiamullail bersama-sama.
Nyata empat tahun yang telah berlalu, adalah empat tahun yang indah. Aku seakan dikurniakan seorang abang oleh Allah SWT. Dan kehadiran Hariz lebih dari sekadar memenuhi kekosongan ruang Abang itu, bahkan dia jugalah qudwah kepadaku. Banyak mengajarku akan Islam yang sebenar daripada akhlaknya, mendidik aku dengan kesungguhannya di dalam kerja, dan sentiasa di sisi apabila tiada orang lain bersama.
Percaya atau tidak, yang mampu bertahan dengan kelancangan dan kekasaranku, hanya Hariz seorang. Aku masih ingat ketika aku mengamuk dan mengoyakkan komik mereka di pejabat asrama, mengakibatkan beberapa rakanku di dalam pengawas tidak senang dengan kemarahanku ketika itu, hanya Hariz sahaja yang pergi kepadaku dan bertanya apa yang sebenarnya telah berlaku.
“Kal.” Suara Hariz menyapa. Dia yang baru sahaja menyalin baju tidur, mampir ke katilku dan duduk.
“Apa?” Aku menggerakkan kepala sedikit.
“Ada masalah apa?”
Aku tertawa. “Kenapa? Muka aku ni muka ada masalah kah?” Tiba-tiba sahaja tanya ada masalah.
“Tak adalah. Semalam, bila balik daripada slot terakhir, kau terus sahaja tidur. Tak sembang-sembang macam biasa pun.” Hariz merujuk kepada Program Muhasabah Islami yang dijalankan oleh seorang motivator jemputan sekolah semalam.
Mata aku membesar. Hariz berkerut dahi memandangku. Kemudian tawaku meletus.
“Hei, aku serius ni.” Dia menolak bahuku.
“Entahlah. Aku tak ada sebab pun. Mungkin letih kut. Tak fikir apa, balik terus lelapkan mata.” Aku menggeleng. Tawaku masih tersisa.
“Serius ni?” Hariz seperti tidak puas hati.
“Ya Allah abang aku seorang ni, sungguh.” Aku mengangkat tangan, gaya bersumpah. Memang sungguh aku tidak ada apa-apa. Bahkan aku sekarang ini masih tergeletek dengan Hariz yang amat menjaga aku hinggakan perubahan sekecil itu pun disangkanya aku punya masalah. Hariz, Hariz. Aku menggeleng lagi.
Hariz menghela nafas dan tersenyum. “Baguslah macam itu.” Dan senyuman Hariz itu tidak akan mampu aku cari di mana-mana lagi di dunia ini. Aku pasti. Membuatkan aku tersenyum sama.
“Tak lama lagi dah nak habis sekolah dah.”

—————————————————-
Versi penuh cerpen ini hanya  boleh anda ikuti dengan membeli Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta.
harap maaf :)