Khamis, Mac 31, 2011

SELAMAT HARI TERBUKA SMKAKL 2011

Assalamualaikum w.b.t


Muslimin wa muslimat,
Hadirin wa hadirat,
Jemput datang ke SMKAKL
sempena 
Hari Terbuka SMKAKL!
Tarikh : 3 APRIL 2011
Masa : 8.00 pagi sehingga khemah hilang hehe =)

Rabu, Mac 16, 2011

Iqra'

Reefqi(bukan nama sebenar),anda dilantik sebagai presiden MPP JAD tahun depan,”beritahu Akmal.(juga bukan nama sebenar)“Eh,maafkan saya. Saya tidak dapat terima jawatan itu,saya belum layak,” jawab Reefqi yang agak terkejut dengan kenyataan Akmal.“Presiden BADAR JAD tahun depan ialah Taqiyudin(bukan nama sebenar),” umum pengerusi majlis.“Tidak,saya tidak berhak menyandang jawatan itu. Masih ramai lagi yang layak,”tegas Taqiyudin.

Imam Abu Hanifah,pengasas mazhab Hanafi,pernah ditawarkan menjadi ketua hakim di Kufah.Imam Abu Hanifah adalah seorang yang warak,berilmu, zuhud,boleh kata apa yang baik yang tiada pada orang lain,semuanya ada padanya.Ilmunya hanya Allah sahaja yang tahu,orang ramai mengibaratkan ilmunya bagaikan lautan.Suatu hari dia dipanggil ke istana menghadap Gabenor Kufah.Dia pergi ke istana dan Gabenor Kufah ketika itu menawarkan jawatan ketua hakim kepadanya,namun dia menolak tawaran itu.

Dia ditanya mengapa dia tolak dan dia menjawab sebab dia tidak layak. Gabenor bersuara, “wahai Imam,jika kamu tidak layak,maka tiada seorangpun yang layak.”Imam Abu Hanifah mengulangi jawapannya, “tapi aku tidak layak.”Mendengarkan jawapan yang sama daripada Imam Abu Hanifah,Gabenor naik berang dan berkata, “kamu adalah orang yang paling layak,jika kamu tidak layak maka tiada orang lain yang layak.”Imam Abu Hanifah mengulang jawapan yang sama.“Mengapa kamu tidak layak?”Tanya Gabenor yang mukanya menjadi merah disebabkan menahan marah.“Sebab aku tidak cukup ilmu,aku t

idak cukup segala-galanya,”jawab Imam Abu Hanifah dengan tenang.“Kamu dusta,kamu bohong!”Marah Gabenor.“Maka jelaslah bahawa aku

tidak layak kerana aku dusta dan aku bohong,” jawab Imam Abu Hanifah. (^^)-lawakGabenor tidak dapat menahan marahnya lagi,lalu dipanggilnya pegawai istana dan diarahkan supaya memenjarakan Imam Abu Hanifah.

Selepas 3 hari dipenjara,Imam Abu Hanifah dipanggil menghadap Gabenor untuk soalan yang sama dan Imam Abu Hanifah menjawab dengan jawapan yang sama.Dipenjaranya Imam Abu Hanifah buat kali kedua dan selepas 2 hari, dia dipan

ggil dan dia masih memberi jawapan yang sama.Dia dihukum penjara dan hukuman ke atasnya ditambah lagi,sehari dia disebat dengan sepuluh sebatan di atas belakangnya.Dia dipenjara selama 10 hari bermakna dia disebat sebanyak 100 sebatan sehingga tiada tempat di belakangnya yang tidak pernah disebat,semuanya m

erah dengan kesan sebatan.Lalu dia dipanggil lagi menghadap Gabenor,ditanyanya soalan yang sama dan dia memberi jawapan yang sama.Gabenor sudah tidak tahu untuk bertindak macamana lagi ke atasnya,lalu berita ini sampai ke telinga Khalifah Umayyah ketika itu,Abu Ja’far Al-Mansuri.“Kamu dilantik menjadi hakim di Kufah,”beritahu Abu Ja’far.“Aku tolak,aku tidak layak,”jawab Imam Abu Hanifah.“Kalau begitu tidak apa,kami pun tidak ingin paksa kamu.Pegawai, ambilkan Imam kita ini air untuk diminum,”terang Abu Ja’far sambil mengarahkan pegawainya mengambil air.Imam Abu Hanifah ber

syukur kerana tidak dihukum lagi,lalu dia meminum air yang dihidangkan.Sebaik sahaja air diminum,dia menggelupur di atas lantai.Rupa-rupa air yang diminumnya dicampur dengan racun.Dalam keadaan nazak,dia bangun dan sujud ke arah kiblat,akhirnya dia kembali ke Rahmatullah.+++++++

Bagaimana Imam besar,seorang yang mempunyai ilmu bagaikan lautan, sanggup mati untuk tolak satu jawatan kerana bagi dirinya dia tidak layak. Bagaimana pula pendapat anda,adakah Imam Abu Hanifah layak menjadi hakim di Kufah?Pasti,pendapat anda selari dengan pendapat gabenor kufah dan khalifah ketika itu,kan?Kebiasaannya,or

ang yang sedar dirinya lemah,tidak akan menerima sebarang jawatan dan kebiasaannya juga,ilmu lah menjadi alasan yang utama.“sorry,aku tidak cukup ilmu”Ini bukan kesalahan tetapi inilah fitrah.Fitrah?



Ilmu manusia tidak akan cukupKetahuilah bahawa orang yang menolak jawatan kerana ilmunya tidak cukup, merasakan dirinya tidak layak jika diberi jawatan kepadanya, pasti dia akan berjaya.Kerana orang yang merasakan dirinya tidak layak akan memastikan amanah yang diberikan dibuat sebaik mungkin kerana dia tahu yang dirinya lemah.Memang ramai yang berjaya kerana mereka yakin dengan diri mereka mampu m

elakukannya tetapi ramai juga yang berjaya kerana merasakan diri mereka tidak layak.Ingat lagikah anda dengan kisah wahyu pertama?Adakah nabi Muhammad terus membaca apabila disuruh membaca?Apa yang dijawab oleh nabi Muhammad apabila disuruh membaca?Adakah nabi Muhammad menerima tugas kerasulan tanpa mempersoalkannya?Nabi Muhammad disuruh membaca oleh Jibrail tetapi baginda tidak membacanya,kata baginda yang baginda tidak tahu membaca atau jika dikaitkan dengan tajuk kali i

ni,nabi tidak ada ilmu untuk membaca.Tetapi diterimanya juga tugas kerasulan,baginda menjalankan amanah sebagai seorang rasul dan seorang hamba dalam satu masa.Dalam menjadi Rasul pun,Rasulullah masih menuntut ilmu dengan sebaik-baik guru,Jibrail.Rasulullah tidak pernah angkuh dalam menuntut ilmu kerana ba

ginda yakin yang diri ini penuh dengan kekurangan,baginda sedar yang dirinya adalah manusia dan manusia dipenuhi 1001 kekurangan.Baginda mengingatkan kita dengan sabdaannya, “menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslimin dan muslimah.”Tambah baginda lagi, “jika kamu ingin berjaya di dunia,dengan ilmu.Jika kamu ingin berjaya di akhirat,juga dengan ilmu dan jika kamu inginkan kedua-duanya,juga dengan ilmu.”Kadang-kadang,diri ini merasakan ilmu yang ada sudah cukup.Ilmu yang ada sudah melayakkan diri ini menyandang apa-apa tugas yang diberikan. Diri ini lupa bahawa ilmu manusia hanyalah setitis daripada lautan ilmu Allah.Baru sahaja tahu ilmu solat,diri ini sudah menjadi bangga seperti sem

ua ilmu diketahuinya.

Nabi Allah,Musa ditegur oleh Allah apabila merasakan dirinya sudah mempunyai ilmu yang cukup.Allah menyuruhnya mencari Nabi Khaidir untuk menuntut ilmu.Pertemuan mereka berdua berlaku di hadapan sebuah laut,nabi Khaidir mengarahkan nabi Musa melihat burung yang sedang terbang berputaran di atas lautan.Tiba-tiba burung itu merendahkan dirinya dan meminum air lautan yang masin.“Wahai Musa,lihatlah air di paruh burung itu,”ujar nabi Khaidir.“Ya,hanya setitik,”jawab nabi Musa.“Itulah ilmu kita dan lautan ini ilmu Allah,”terang Khaidir.Maka nabi Musa meminta nabi Khaidir supaya diterimanya sebagai anak murid tetapi nabi Khaidir enggan.Katanya, “pasti kamu tidak dapat bersabar denganku.”“Tidak,aku mampu.Ajari lah daku wahai Khaidir,”rayu nabi Musa.“Baiklah tetapi kamu tidak boleh bertanya kenapa aku lakukan sedemikian,” beritahu nabi Khaidir.Al-Kahfi [18:71-82]Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: “Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar”.[71]Ia menjawab: “Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?”[72]Nabi Musa berkata: “Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)”.[73]Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!”[74]Ia menjawab: “Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?”[75]Nabi Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku”.[76]Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: “Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!”

[77]Ia menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.[78]Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.[79]Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.[80]Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.[81]Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar[82]Nabi Musa menyesal dan sedar bahawa ilmu yang dimilikinya hanya setitik daripada lautan ilmu Allah seperti firman Allah di dalam surah yang sama ayat 109:Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.

Wahai Dai’e semua,Bangunlah,jangan merasakan diri anda hina dan lemah.Ketahuilah anda dibangga-banggakan oleh Allah dan Rasulullah.Jika ilmu yang tidak cukup dijadikan alasan,insaflah!Bayangkan kalau sahabat-sahabat berfikiran yang sama dengan kita,ilmu tidak cukup lalu tidak boleh berdakwah,alamatnya Islam tidak akan berkembang.Masakan ilmu mereka cukup sedangkan 23 tahun dakwah Rasulullah,Islam belum sempurna.Mereka hanya berpegang dengan ilmu yang mereka ada dan dengan ilmu itu mereka sebarkan Islam.“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa engkau Muhammad adalah pesuruh Nya,”ucap Abu Bakar.“Alhamdulillah,kini kamu sudahpun Islam,”beritahu Rasulullah.“Jadi,sekarang apa yang perlu aku lakukan?”Tanya Abu Bakar.“Sebarkan,”jawab Rasulullah.Maka Abu Bakar,tanpa ilmu aqidah,tanpa ilmu ibadah,tanpa ilmu muamalat,menyebarkan Islam sehingga pada hari kedua,8 orang memeluk Islam.Wahai Da’ie sekalian,Ingatlah kita bukan berkerja untuk hasilkan para ustaz,kita berkerja untuk hasilkan da’ie-da’ie yang lain.Kita berkerja supaya semua orang memeluk Islam.Kita bukanla mufti besar untuk menetapkan hukum,kita bukanlah ustaz yang arif dengan pelbagai cabang ilmu,tetapi kita penyeru,kita menyeru manusia daripada penyembahan sesama manusia kepada penyembahan kepada Allah.


Wahai Da’ie-da’ie,Ingatlah sabda nabi yang berbunyi:sampaikanlah olehku walaupun satu ayat.Satu ayat pun Rasulullah suruh sebarkan inikan pula banyak ayat. Di dalam diri kita semua pasti sudah ada kalimah syahadah,apa yang ditunggu lagi?Sebarkan!Wahai Pendakwah,Ingatlah dalam berdakwah,jangan sesekali berasa diri anda yang terhebat. Ramai lagi yang hebat di luar sanan dan pasti Allah lagi hebat daripada mereka semua.Janganlah kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat kerana sesungguhnya sangat besar kemurkaan Allah,inilah pesan Allah kepada semua pendakwah dalam surah As-Saf ayat 2 dan 3.Wahai hamba suruhan Allah,Jangan sesekali mengaku kalah dalam berjuang.Jika masalah datang melanda,bersyukurlah kerana itu tandanya dakwah anda diterima Allah. Itu tandanya anda melakukan kerja.Hanya orang yang berkerja diuji dengan masalah.

Rahsia Malapetaka di Jepun

"In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful"

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15

so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. Wallahu'alam

Sebagai peringatan untuk kite tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

Selasa, Mac 15, 2011

Tsunami dan Gempa Bumi di Jepun

      Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana Dia telah memberi kita peluang utk terus m'hirup oksigen tanpa m'genakan sebarang bayaran dan b'syukur juga keran kita masih d'beri kesempatan olehNYA untuk terus hidup di atas muka bumi ini ..Alhamdulillah

     Kalau hendak dibandingkan keadaan kita sekarang dengan keadaan yang melanda Jepun ,sememangnya kita patut b'syukur kerana negara kita Malaysia t'selamat daripada tempias tsunami yang melanda Jepun sekarang ..Tapi itu tidak b'makna kita tidak perlu b'hati-hati ..Musibah yang telah melanda Jepun pada 11 Mac 2011 merupakan musibah yang Allah SWT hendak tunjukkan pada kita sebagai tanda peringatan buat hambaNya yang lupa dan sering melakukan perkara-perkara yang merosakkan alam ciptaanNya ..Seperti mana yang kita dapat lihat di negara matahari terbit yang musnah sama sekali bak padang jarak padang terkukur manakala ketika tsunami melanda daratan Jepun ,segala rumah-rumah dan kereta-kereta yang di megahkan hanyut bagaikan tin-tin kosong yang hanyut di dalam air longkang ..lihatlah kebesaranNya yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu ..hanya dengan berkata 'KUN' maka JADILAH !





   Begitulah dasyatnya musibah yang Allah turunkan  kepada hamba-hambaNya dalam sekelip mata sahaja ..Ujian yang diturunkan sebagai tanda peringatan buat semua makhlukNya di seluruh bumi yang lupa ..yang terus menerus melakukan kerosakan keatas muka bumiNya ..dan begitu juga sebagai tanda peringatan bahawa kiamat itu semakin hampir ..

     Antara 10 tanda kiamat ialah 3 kali gempa bumi; sekali di Timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung Arab. (H.R. Muslim)

"Dan sungguh akan Kami beri cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah: 155)

   Sesungguhnya apa yang telah dijanjikan Allah telah pun berlaku ..apakah kita masih mahu menafikannya ?apakah kita mahu memekakkan telinga dan membutakan mata akan kejadian-kejadian yang boleh dikatakan  hampir semua tanda kiamat kecil telah pun berlaku di sekeliling kita..



    Oleh itu sama-samalah kita berfikir akan musibah yang telah melanda kita ini ..ambillah ia sebagai ibrah untuk kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bertaqwa kepadaNya ..InsyaAllah dan sama-samalah kita doakan akan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara Islam kita di Jepun agar kuat dalam menghadapi ujianNya ..amiinn

Isnin, Mac 14, 2011

USRAH=)

Oh, gembiranya Naruto!

Kerana dia ada usrah (keluarga) yang menyeronokkan.

Namun, kenapa masih ramai yang bosan dengan usrah?

Mungkin kita memahami bahawa usrah itu hanya perjumpaan mingguan yang di dalamnya ada pengisian majlis ilmu tetapi dalam jumlah yang lebih sedikit pendengarnya.

Walhal ia lebih daripada itu!

Apabila usrah dilihat seperti itu, maka ia tidak ubah seperti sebuah ceramah berskala kecil. Sesebuah usrah yang semacam itu tidak mungkin mampu membina keperibadian ahli usrahnya seperti ahli-ahli usrah Naruto.

Ia akan menjadi sebuah produk yang gagal di dalam pendekatan dan tidak jelas di dalam matlamatnya.

(Bayangkan Naruto hanya duduk bersimpuh mendengar tazkirah daripada naqibnya. Pasti dia tak mampu nak berlawan dengan geng-geng brutal. Memalukan!)

Sesungguhnya, usrah adalah perkongsian. Manakala per

jumpaan mingguan hanyalah salah satu daripada programnya.

Mengenai usrah Naruto, ia telah diketuai oleh seorang naqib.

Naqibnya, Hatake Kakashi merupakan antara naqib terhebat yang diiktiraf oleh Konoha (kampung Naruto)


Selain itu, naqib ini juga boleh dianggap sebagai naqib genius kerana berjaya menamatkan pengajian di Akademi Ninja pada usia 5 tahun dan menjadi Chunin ketika berusia 6 tahun.

Di sini kita lihat, Kakashi telah membentuk satu karisma yang hebat ke atas anak usrahnya pada peringkat awal!

Sedikit taaruf (pengenalan), yakni rukun usrah pertama dalam usrah Naruto yang dipimpin oleh Kakashi.

Usrah Naruto (juga dikenali sebagai Usrah 7) telah dibentuk oleh Genin yang terdiri daripada Uzumaki Naruto (うずまきナルト), Uchiha Sasuke (うちはサスケ) dan Haruno Sakura (春野サクラ).

Ahli-ahli usrah ini telah dipilih bagi mengimbangi kebolehan masing-masing.

Naruto, ahli usrah paling teruk dalam pasukannya mendapat manfaat daripada kecerdikan Sakura dan kecekapan Sasuke.

Sakura pula mendapat kebolehan bertarung daripada rakan-rakan usrahnya secara tak langsung manakala Sasuke mendapat faedah melalui taklim yang tak pernah putus daripada kedua-dua ahli usrahnya.

Nah, inilah tafahum (rukun usrah kedua) hasil didikan usrah.

Saling mengenali dan melengkapi.

Hasilnya?


Lahirlah kader-kader seperti Naruto yang mempunyai kefahaman ukhwah yang tinggi bagi menyelamatkan ahli usrahnya, Sasuke daripada terus diheret kegelapan.

Sasuke telah tercampak ke lorong hanyir kehidupannya dengan menyertai usrah lain (Akatsuki) yang terpesong perjuangannya.

Kerana sayang kepada Sasuke, api semangat Naruto sesekali tidak pernah padam untuk menyelamatkan sahabat kesayangannya daripada terus lalai dan usaha mengembalikan Sasuke kepangkuan Usrah 7 tidak pernah putus.

Pelbagai misi telah dilakukan oleh Naruto untuk menyelamatkan Sasuke walaupun menemui pelbagai jalan buntu semata-mata kerana nilai ukhwah.

Inilah buah didikan usrah, kesan daripada kefahaman yang tinggi telah menyebabkan Naruto bersusah payah ingin menyelamatkan Sasuke yang timbul daripada dasar usrah ketiga iaitu takaful (saling tolong-menolong).

Dalam pemikiranku,

Adakah kita berada pada tahap usrah ini...?

WASIAT..

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat,

antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk

engkau.

· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru

tariqat.

Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah

S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

~ Kata Mereka Hidayah Belum Sampai ~

Sering kali kita jumpa manusia-manusia yang selalu memberi jawapan yang seakan menyalah kehendak dan ketentuan Allah.

Apabila kita mengajak mereka ini untuk turut serta memperbanyak ibadah, mempertingkat kualiti amalan, pelbagai alasan yang mereka gunakan sebagai alat penangkis kepada ajakan kebaikan tersebut.

Apabila kita menasihati mereka ini agar jangan melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah, kata mereka kubur lain-lain.

Kata mereka juga hidayah masih belum sampai. Kami tak sampai seru lagi untuk berubah.

Jadi sebelum hidayah dan petunjuk itu sampai kepada kami, baik kami gunakan peluang yang ada ini untuk bermaksiat kepada Allah. Nanti bila hidayah dah sampai, semua ini tidak lagi boleh dilakukan. Lagak gurauan.

Wah-wah. Pandai pula mereka berbicara. Seperti malaikat maut itu kawan sepermainan mereka pula. Boleh menangguh kematian bila-bila masa.

Hal inilah yang amat kita bimbang kepada saudara-mara seislam kita terutamanya remaja. Itu baru mengajak mereka yang mana mengaku mereka adalah islam. Yang mana mengaku Allah itu wujud. Yang mana mempercayai pengakhiran kehidupan adalah syurga dan neraka.

Belum lagi mengajak yang entah tahu atau tidak Allah itu wujud. Maksudnya mengajak yang bukan islam.

Oleh sebab itu, kita yang memahami dan menyedari kehidupan islam sebagai jalan penyelesaian sewajibnya kita bersyukur kepada Allah atas kurniaan nikmat yang terbesar ini. Moga Allah tidak menariknya daripada kita.


Kenapa kita tidak salahkan pihak universiti?

Saya tertarik dengan satu analogi yang dibawa oleh seorang ustaz dalam ceramahnya. 

Katanya, setengah daripada kita acapkali menyalahkan Allah kerana tidak memberi hidayah kepadanya. Sebabnya seperti mana yang kita tahu bahawa hidayah milik Allah. Jadi, jahatnya mereka bukan sebab kehendak mereka tetapi adalah disebabkan hidayah Allah masih belum tiba.

Betulkah fahaman sebegini?

Maka, analogi terbaik dari ladang menyusul. (",)

Bayangkan kita mendapat tawaran untuk masuk ke salah satu universiti terkemuka di tanah air. Setelah mengisi borang dan menghadiri sesi pendaftaran, bergelarlah kita sebagai siswa dan siswi di universiti tersebut.

Rasa bangga dan seronok dengan status institut pengajian tinggi yang kita dapat masuki itu membuatkan kita rasa malas untuk pergi ke kuliyah.

Masa belajar sudah tidak disusun dengan baik. Usaha untuk menuntut ilmu sudah kabur arah pembelajarannya. Malas untuk berjumpa pensyarah. Assignment lintang-pukang. Peperiksaan seringkali hilang. Semangat belajar kering-kontang. Segala-galanya bukan lagi demi ilmu dan kejayaan.

Apabila tiba hari yang mendebarkan iaitu hari keluarnya keputusan, tercatat nama kita dalam senarai nama-nama pelajar yang gagal.

Ketika itu, adakah kita akan menyalahkan pihak universiti kerana memberikan keputusan gagal kepada kita?

Sudah pasti ' tidak ' adalah jawapannya. kerana gagal itu adalah disebabkan diri kita sendiri. Kita sendiri yang membuat keputusan samada mahu atau tidak untuk merangkul kejayaan. Keputusan di tangan kita. Kenapa pihak universiti yang perlu dipersalah?

Atau bagaimana? (",)


Mahukan hidayah perlulah barubah dan berusaha 

Begitu jugalah dalam konsep mengharapkan hidayah Allah.

Ya. Kita semua mahukan hidayah. Hidayah dari Allah yang Maha Esa. Andaikata kemahuan kita kepada hidayah itu hanyalah seperti seekor lalat hinggap di batang hidung dengan kata lain acuh tak acuh, mustahil untuk kita merasai hidayah Allah itu hadir menyinari kegelapan hati yang telah ternoda.

Bukan nanti hidayah itu datang dengan sendirinya.

Bukan tunggu sambil tidur dalam masa yang sama bermimpi hidayah itu sampai.

Bukan asyik dengan keseronokan dan hiburan, tetapi dalam hati mengharapkan hidayah.

Tidak.

Menjadi kewajipan kepada kita untuk berusaha mendapatkannya walaupun dengan berdoa. Apatah lagi memperbanyak amalan-amalan kebaikan. Betul tak?

" Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati-hati kami setelah Engkau berikan hidayah kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi Kurnia. " ( Doa dari surah Ali-Imran - ayat 8)


Moga-moga dengan usaha kita itu, Allah mengasihani kita dengan memberi curahan hidayah yang melimpah-ruah.


Amin.

Ahad, Mac 13, 2011

Like Father Like Son


.::UNTAIAN KISAH PENUH HIKMAH::.

"Buku ini memaparkan aneka kisah yang sarat dengan hikmah yang bukan hanya memikat, malah membangun moral diri dan ketauhidan jiwa." -Habiburrahman El Shirazy (penulis buku-buku best seller)


"Tahun berapakah Tuhan kamu dilahirkan?"
tanya seorang ilmuwan kafir.

"Allah tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan,"
jawab Abu Hanifah.

"Hmmm, masuk akal juga jika kamu katakan Tuhan kamu itu tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan. Lalu, pada tahun berapa Dia mula wujud?"

"Dia wujud sebelum segala kewujudan ada,"
tegas Abu Hanifah.

"Boleh kamu berikan contoh yang kuat tentang hal ini?"

"Kamu tahu tentang kira-kira?"
tanya Abu Hanifah pula.

"Ya, saya tahu."

"Angka berapa sebelum angka satu?"

"Tidak ada,"
jawab ilmuwan kafir itu dengan pantas.

"Jadi, kamu sedia maklum bahawa tiada angka lain sebelum satu, kenapa pula kamu perlukan contoh bahawa kewujudan Allah itu tidak ada yang mendahuluinya?"
(Perdebatan Abu Hanifah dengan Ilmuwan Kafir)

Semua kisah yang dipaparkan dalam buku ini ibarat 'minuman suam' yang dihirup ketika musim tengkujuh. Ianya sentiasa menghangatkan jiwa kita untuk sentiasa merenungi kehidupan dan mensyukuri betapa Allah S.W.T. itu Maha Besar, Maha Pengampunan dan Maha Pemurah. Kisah-kisah ini juga ibarat oasis di sebuah gurun kehidupan yang gersang serta penuh liku. Banyak kisah keagamaan yang penuh hikmah serta "bergizi" untuk menyedarkan kita tentang makna kehidupan di bawah sedar kita. Tentu tidak ada seorang pun di antara kita yang tidak pernah menghadapi masalah dalam hidupnya. Oleh itu, bacaan mudah dan padat berisi hikmah ini adalah sebuah inspirasi yang sesuai untuk menyuburkan minda agar kita lebih bijak dalam mengharungi hidup.

~KISAH 1: LEBIH KAYA DARIPADA ALLAH~

Siapa yang tidak kenal dengan Abu Nawas. Dia begitu terkenal, terutama di dunia Arab dan Islam. Bukan hanya seorang yang pintar, Abu Nawas juga seorang yang berpengetahuan luas dan sangat pandai membuat lawak jenaka. Tutur katanya sering membuatkan orang tertawa terbahak-bahak. Bahkan, Kalifah Harun Ar-Rasyid pun sangat mengagumi dan menyayangi tokoh yang satu ini..
Tidak begitu menghairankan jika Abu Nawas disukai ramai orang. Abu Nawas sangat peramah dan pandai bergaul. Hampir di setiap tempat selalu saja ada sahabat Abu Nawas. Malah, tidak jarang Abu Nawas sering dialu-alukan seperti seorang pahlawan.

Suatu hari, Abu Nawas bergegas pergi ke pasar. Ada ramai sahabatnya di sana. Hari itu pasar sangat ramai, dipenuhi para pembeli. Para penjual sibuk menjajakan dagangannya.

"Sahabat-sahabat, aku sangat membenci yang hak dan sangat mencintai fitnah," ujar Abu Nawas.

Orang-orang menjadi kehairanan dengan ucapan Abu Nawas yang tiba-tiba sahaja berbicara seperti itu.

Belum pun reda kehairanan mereka, Abu Nawas sudah berkata lagi, "Hari ini aku kaya raya, bahkan lebih kaya daripada Allah."

Beberapa pedagang di pasar malah ada yang menyangka bahawa Abu Nawas sudah gila. Bayangkan sahaja, dia sangat membenci yang hak dan sangat mencintai fitnah. Kalau orang normal, pasti sangat mencintai yang hak dan sangat membenci fitnah. Lebih gila lagi, Abu Nawas mengaku lebih kaya daripada Allah. Padahal, semua orang juga tahu bahawa Allah itu Maha Kaya. Tidak ada seorang pun yang lebih kaya daripada Allah.

"Wah, Abu Nawas sudah tidak waras!" seru seorang pedagang.

"Iya, benar!" yang lain turut mengiakan.

"Kita bawa saja Abu Nawas kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid."

"Benar, setuju!" yang lain serentak mengiakan.

Saat itu juga, orang-orang membawa Abu Nawas ke hadapan khalifah. Di hadapan khalifah, seseorang mengungkapkan perkataan Abu Nawas ketika di pasar.

Khalifah Harun Ar-Rasyid mendengar pengaduan itu. Walaupun demikian, khalifah tidak terus menghukum Abu Nawas. Khalifah sangat adil, arif, dan bijak. Bagaimanapun, beliau perlu mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak. Boleh jadi, maklumat dari sebelah pihak hanya fitnah belaka.

Kemudian, Khalifah Harun Ar-Rasyid menyuruh Abu Nawas menghampirinya. "Kamu kata, kamu sangat membenci yang hak dan sangat mencintai fitnah. Benarkah apa yang dikatakan orang-orang ini?"

"Benar," jawab Abu Nawas.

"Kamu juga mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Allah?"

"Benar."

Wajah Khalifah Harun Ar-Rasyid bertukar menjadi merah padam. Beliau benar-benar murka kepada Abu Nawas. Seorang yang dikaguminya ini ternyata telah ingkar.
"Ada apa sebenarnya? Apa yang telah terjadi dengan kamu? Apakah kamu benar-benar telah kafir?"

"Bertenanglah! Jika tidak keberatan, sila dengarkan baik-baik penjelasan saya ini," kata Abu Nawas sambil tersenyum.

"Apa lagi yang akan kamu jelaskan? Semuanya sudah jelas, tidak perlu penjelasan lagi."

"Begini. Saya sering mendengar orang mengatakan bahawa mati itu adalah hak dan neraka itu adakah hak. Bukankah orang-orang juga tidak menyukai kematian dan neraka? Menurut saya, khalifah juga tidak menyukai kematian dan neraka," jelas Abu Nawas.

Kini, rona muka Khalifah Harun Ar-Rasyid kembali ceria. Kepala beliau mengangguk-angguk tanda setuju dengan perkataan Abu Nawas. Ternyata tidak seperti yang dibayangkan. Abu Nawas masih alim dan lucu seperti dulu.

"Tetapi, mereka mengatakan kamu sangat mencintai fitnah."

"Begini. Kata Allah, harta dan anak-anak merupakan fitnah. Tidak ada seorang pun yang membenci harta dan anak-anak. Saya dan khalifah sangat mencintai harta dan anak-anak."

Khalifah mengangguk-angguk lagi tanda setuju. Apa yang dikatakan Abu Nawas memang benar.

"Masih ada satu lagi. Bagaimana kamu boleh lancang mengaku bahawa kamu
lebih kaya daripada Allah?"

"Saya mempunyai ramai anak, sedangkan Allah tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan. Ramai anak itu banyak rezeki."

Suasana menjadi riuh. Terdengar suara gelak tawa di sana-sini. Orang-orang merasa puas
dengan penjelasan Abu Nawas. Setelah itu, mereka pun bersurai.

Tidak seperti orang lain yang pulang dengan tangan kosong, Abu Nawas pulang dengan
mendapat hadiah. Kerana kecerdasannya itu, khalifah memberikan hadiah beberapa barang
berharga.

"Sebenarnya, apa yang mendorong kamu mengatakan hal yang membingungkan
seperti itu di hadapan orang ramai?" tanya khalifah yang masih kebingungan.

"Mudah sahaja. Saya hanya ingin bertemu dengan khalifah.
Hanya dengan cara seperti ini, saya berkesempatan masuk ke
istana." [moga dapat mengambil pelajaran. =)]