Ahad, Oktober 18, 2009

amazing recitation of quran

Sabtu, Oktober 17, 2009

kenape couple tak boleh?

Pernah suatu ketika dahulu,aku merasa kekosongan..
sememangnya lumrah manusia ..
seorang lelaki tertarik kepada wanita..
cemburu dek hati melihat..
rakan-rakan dok 'bergayut' dengan awek...
seronok hingga tak terbayang dek akal fikiran..
habis RM 10,then top-up balik...
macam tak rase kehilangan sesuatu...

hati kecil aku berkata:-
"syoknye cinta,perlu ke aku bercinta"
Dengan menggunakan akal yang masih remaja....
aku tekad untuk bercinta...
dan masa itulah aku tackle seorang awek...
"maik aii...cun beb..."
ketika itu...aku rasa dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup aku

mula2 awak jual mahal,
(den) peduli apo...
nak beli gak....
dipendekkan cite...aku mula bercinta..

masa bercinta,bersemangat sungguh..
bak kata orang ''all-out''
call sampai berjam2..habis RM 10 ringgit...
masa pon terbuang.....
tapi...segala pengorbanan dalam cinta....
tak terasa kehilangannye

masa bercinta memang indah...
gurau-senda sama..
tawa sama-sama.
sambut 'birthday' sama-sama

pokoknya....semua sama-sama
biarlah orang nak kate ape....
asalkan awak memahami saya.....

Satu hari, terdetik hati ku ini ..
untuk menghadiri ceramah ....di masjid...
dengan isi-isi ceramah yang diberikan.....
baru ku sedar....selama ini aku telah melakukan banyak dosa...
jadi, aku perlu selari dengan jalan lurus....
iaitu islam...
setiap orang suka kepada kebaikan....
pasti semua nak masuk syuga...???
belah dada...tanya iman..

Sejak daripada itu....aku mula mendekatkan diri ku kepada ALLAH...
dengan menghadiri kuliah....pergi ke masjid...
rapatkan diri dengan al-quran...solat jemaah awal waktu...

"saya beli terjemahan al-quran,nak tadabbur (merenungi). Saya beli dua quran...satu untuk saya...satu lagi untuk awak...saya taknak berada di jalan yang lurus...sorang2....saya nak awak ikut sekali...saya ajak awak baca al-quran....kejut subuh (calling) .....then saya ajak awak saling memberi tazkirah (peringatan) sama2

mula-mula awak terkejut dengan perubahan dalam diri saya,
awak ingat saya dah jadi waro' (baik), dah taknak couple,
saya kata kita bukan buat salah...kita bercinta kerana ALLAH
kita tak macam orang len, couple ''jiwang-jiwang''

dating,pegang tangan,dan sebagainye..
kita len daripada yang len..bak kate orang ...''istiqomah berada dalam jalan yang lurus"
kita janji tak jumpa,tak dating,tak pegang-pegang...
cuma call...dan sms je...
dan awak terima perubahan saya,
walaupon kadang-kadang, awak merajuk dengan teguran saya.

aku mula rase hubungan yang dijalinkan ini...semakin diredhai
harapan aku..agar hubungan ni berkekalan hingga ke gerbang perkahwinan
dalam proses perubahan diri...aku mula sedar berdakwah itu wajib bagi semua orang islam...
kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran..
kalau kita tidak berdakwah...kita akan dipertanggungjawabkandi akhirat kelak..
sesuai dengan firman ALLAH:-surah 7:164
dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "mengapa kamu menasihati kaum yang ALLAH akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertaqwa.

satu ketika....aku terbaca satu article..



aku macam tak percaya,
tapi bila tengok detail-detail yang diberi betul gak,
tapi, macam biasa~kalau kita suka benda tu
kita tetap akan mencari alasan untuk membenarkan pendapat kita.

aku pun buat acuh tak acuh tentang perkara itu,
dan meneruskan saja perhubungan yang aku jalinkan
kalau difikirkan, aku tak buat maksiat...cuma saling ambil berat.
tanya khabar, borak-borak,
siap bagi tazkirah lagi,
ape yang haramnye benda ni?

*************************************************
masa terus berlalu...

ketika itu, trial exam lagi tiga minggu,
aku sibuk study dengan kawan-kawan,
sambil tu bagila sedikit tazkirah,

ada yang boleh terima, ade yang tak boleh terima,
kadang-kadang bila tegur kena marah pula,
alasannye..
tegur tak berhikmah
tegur hanya sekadar menunjuk-nunjuk
tapi tak kisah..
aku ade tempat mengadu

suatu masa, ketika sedang mentadabbur ayat al-quran seorang diri.
aku terjumpa ayat
patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab ALLAH, tidakkah kamu berfikir?
(surah al-baqarah:44)

kemudian jumpa pula ayat
wahai orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
amat besar kebenciannya di sisi ALLAH bagi mereka yang mengatakan ape yang mereka tidak lakukan
surah as-saff:2-3

masha ALLAH, aku mula berfikir,
selama ini aku menegur orang tanpa mengambil kisah tentang diri aku.
aku pun banyak gak buat dosa,

kemudian terjumpa pula ayat:
dan jangan lah kamu mencampur adukkan yang benar itu dengan salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(surah 2:42)

tiba-tiba aku teringat satu kritikan daripada rakanku,
''alah, ko pon sama je macam kami, tegur orang konon....tapi ko couple gak....cakap punyela berapi...gaya alim je lebih..

aku berfikir sejenak...
sebenarnye couple ni boleh ke tidak?
habis tu kenape aku rasa malu bila ayah dan ibu saya tahu aku selalu berhubungan dengan perempuan.
tapi, kadang-kadang aku rasa bersalah lah pula.

macam-macam aku fikir...

************************************************************

dipendekkan cite.....
aku pergi menghadiri satu seminar tentang dakwah....
dengan harapan kefahaman aku tentang dakwah lebih mantap....

dalam perjalanan ke seminar dakwah dengan menaiki bas..
aku masih lagi ber'sms' dengan dia..
sempat lagi pesan supaya baca al-quran, solat awal waktu.
aku fikir ini kira dakwah juga..saling mengingati..


*******************************************************

majlis malam tu berakhir dengan sesi ta'ruf,
pukul 10 malam semua dah bebas dengan aktiviti sendiri
lagipun semua penat
takkan nak panjangkan program hingga ke malam
pihak penganjur pun paham

tiba-tiba terdetik pula di hati ku untuk berjumpa dengan fasilitator di situ,
masa ni la aku nak bertanyakan tentang masalah aku tentang (couple)
tapi aku teragak-agak....nak jumpa ke tak nak...nak jumpa ke tak nak...
kalau betul couple tu salah?habis tu nak buat macam mana? aku kena clash ke?
alah buat ape fikir macam tu...tanye jelah....kalau tak buat salah, buat ape nak ditakutkan?

lalu aku menghampiri "brother" fasilitator tu,
masa tu dia tengah membelek-belek al-quran seorang diri,

"assalamualaikum, bang nak tanya sikit boleh?

''waalaikumussalam....boleh je...meh duduk sekali..
nta nak tanya ape?

"Errr......saya pun terlibat jugak dakwah di sekolah saya...dan saya ade kenal dengan seorang ni, perempuan...kita orang bukanlah kawan biasa ..tapi rapat jugakla....ermmm...bukan rapat biasa...tapi rapat jugakla..."

"bercinta ke?"

aku tersipu malu....sambil menganggukkan kepala...lepas tu terus aku bertanya

"couple ni boleh ke, tak?"

"akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik dengan perempuan, begitu juga dengan perempuan. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga elok-elok. Allah berfirman dalam surah al-Isra' 17 (32)
"dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk,"

"tapi bang, saya tak nampak pun kami menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pon takdelah jiwang-jiwang, siap bagi tazkirah lagi.

(aku masih lagi tak mengalah dengan jawapan yang diberikan....)

"memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang bathil tetap bathil dan haq tetap haq. Cuba tengok ayat ini( sambil menunjukkan al-quran kepada aku)
dan (juga) kaum 'Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dan (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan telah menjadikan meraka pandang baik perbuatan-perbuatan mereka,lalu ia menghalangi mereka dari jalan(ALLAH), sedangkan mereka adalah orang yang berpandangan tajam
(al-ankabut,surah -29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham, sebenarnye apa yang berlaku pada nta ialah, setan membuat nta pandang indah pada benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta seorang yang berilmu tinggi. Memang pada mulanye, nta berniat baik, tapi ingat setan itu licik. dia akan cuba sedaya upaya buat nta terjerumus dalam kemaksiatan. Lagipun, takkan lah sepanjang masa anta sms dengan dia, nta ingat ALLAH. Mesti ade mase nta melayan perasaan dia kan?

betul juga, kemudian aku cakap'' tapi bang, saya dah janji takkan berjumpa dengan dia. sebab nanti bahaya maksiat akan datang. so, dia pon setuju.Jadi, takkan lah zina boleh berlaku..

''ermm...betul...nta memang tak berjumpa dengan dia....nta memang dapat elakkan zina mata, zina tangan , zina kaki. Tapi masih ade zina yang nta tak boleh elakkan dalam ber'couple'..

"zina hati?" aku menduga

"betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina itu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, "mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat, hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia.
Hakikatnya, macam mana nta buat , nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."


(aku terdiam..kelu lidah dibuatnya. tak tahu ape nak kata.kemudian sambung...)

"ana dulu couple gak. lagi lama daripada nta. sejak sekolah sampai dah masuk U,dekat nak gred. tapi bila sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"saya risaulah bang. nanti ape kawan2 dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka tak puas hati dengan saya. dan dia sendiri pula,saya takutkan apa-apa akan jadi pada dia kalau-kalau dia tak dapat terima keputusan ini. sebab kami dah rapat sangat"

(masa tu saya mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ade orang lain masa tu). Brother tu jawab...

"kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta.Dan Nta tak akan kureng sikit pun. Lagipun dalam berdakwah ni, kita nak cari redha ALLAH, biarlah orang nak kata apa sekalipun. Kalau ALLAH tak redha, semua tak bermakna lagi.

(aku dah tak dapat tahan lagi. sungguh-sungguh aku menangis, aku sedar...aku kena tinggalkan dia....)

"jadi ape yang saya perlu buat sekarang"

"Ana dulu , hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan dia bahawa hubungan yang dibina itu salah. "Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi". Lepas tu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu..

"Maksudnya saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta tak pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau di takdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion partner."

(tiba-tiba saya terfikir....)

"dia ni nak suruh aku clash malam ni jugak ke?sekarang gak?takkan awal sangat?"

"saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai ade kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

(aku ingat dapat puaskan hati dia dengan jawapan itu)...lalu dia jawab

"akhi, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. ALLAH tidak akan mengubah sesuatu keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah ke- 13, ayat 11. Lagipun, Nta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni .....

(Alamak tak boleh lari lagi ni...aku rase brother ni paksa aku clash malam tu juga...)

"Semua dah jelas rasanya. Nampaknya saya kena tinggalkan benda ni gak. Macam tak larat rasanya nak tekan butang handset ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup, mari ana tolong tekankan."

"Ehh....takpelah...biar saya taip sendiri."

(teragak-agak aku waktu tu...lalu perlahan-lahan aku taip...)

"assalamualaikum, sebenarnye selama ni hubungan yang kita jalinkan salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan. Tapi, sebenarnye tetap berdosa....saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana ALLAH. Saya minta maaf atas segala yang berlaku. Kalau ade jodoh Insya ALLAh, akan bertemu juga...

saya tekan juga [send]

(sending.....)

[message sent]

masa tu saya rasa macam separuh hidup saya hilang ...macam tak percaya...saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih, bang"

"takpe , dah tanggungjawab."

malam tu aku tidur dengan berlinangan air mata...tak sangka....memang tak disangka. aku memang tak pernah terfikir untuk clash dengan dia. Tiba-tiba aku teringat surah al-baqarah,ayat 216

"diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah suatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

********************************************************

Masa terus berlalu, aku terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi aku terus mencuba. Aku selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Aku selalu bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang bahawa couple itu salah disisi agama(Islam)

Tiba-tiba suatu pagi ini, dapat sms daripada awak....awak bagi gambar bunga....bawah tu ada ayat
"seindah gubahan pertama''

Aku rasa, dia masih tak dapat lupakan aku. aku berfikir..."aku kena tegas agaknye"
lepas tu aku hantar 1 sms..sms yang terakhir agaknya.

"assalamualaikum, tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan ilahi....seindah manapun gubahan pertama itu, selagi tidak mendapat keredhaanNya, tetap tak berguna...
saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya ALLAH akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar ALLAH yang menentukan....Lagi satu..

jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tidak kekal....
Tapi carilah cinta ALLAH....tiada penipuan...tidak akan pernah mengecewakan itulah cinta abadi,cinta haqiqi....cinta yang diredhai...

"-Yang Terakhir-"

[send]
[sending message]
[message sent]

aku dah buat keputusan
aku pasti apa yang aku buat adalah betul.
aku yakin 100%, ALLAH akan sediakan yang terbaik untuk aku
aku takkan berpatah balik....

takkan buat selama-lamanye....



















Isnin, Oktober 12, 2009

Mengisi masa lapang

 .
Pada 12 Oktober 2009, Lajnah Penerangan dan Penerbitan(Lanera) telah mengadakan jualan buku yang berjudul 'Himpunan Risalah-Risalah BADAR' dari edisi 2007 sehingga 2009. Buku ini dijual pada harga yang berpatutan iaitu RM10.00. Terdapat hadiah istimewa yang diberikan kepada 9 pelanggan terawal. Hadiah istimewa tersebut ialah penanda buku ayat-ayat Al-Qur'an berbahasa Inggeris diimport dari Australia. Penjualan buku ini akan diteruskan pada tahun hadapan memandangkan sambutan yang diberikan amat baik. Semoga para pembeli dapat memanfaatkan buku tersebut  sebaik-baiknya.
.

Ahad, Oktober 11, 2009

114 Surah dalam Al-Quran

Senarai 114 Surah di dalam Al-Quran dan maksudnya di website Tafsir Ibn Kathir atau Wikipedia

Hafal 6 nama Surah setiap hari, hafal kesemua 114 dalam 19 hari sahaja!

Nasyid untuk menghafal 114 Surah Al-Quran.....

http://www.youtube.com/watch?v=aAAj6Ldflzk

.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Kalau Tuhan Baik, Kenapa Buat Neraka?

Kalau ada orang bertanya soalan itu pada anda, apa nak jawab? Mulanya kami pun termenung juga apa jawapan yang paling mudah untuk difahami. Cerita di bawah ini kami dapat dari seorang sahabat..... semoga memberi iktibar :)

Di sebuah negeri, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis Islam yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..... dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Adik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi atau bapa ayam.... hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..... kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.... maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..... perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga.... lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "

If This is Earth, What's Heaven Like?

Subhanallah...... jika ini gambaran di dunia, bagaimana indahnya di syurga

The Moon and Star on Earth


Deep Autumn


The Purple Romance



Comet



MirrorLake


Blue Sea


Lavender Farm and Tree


Edge of Glacier


Ciptaan Tuhan

Allah s.w.t menjadikan manusia pelbagai rupa dan warna, daripada pelbagai kaum dan bangsa supaya kita saling berkenalan. Sesungguhnya, setiap perkara yang Allah s.w.t jadikan itu ada hikmahnya, dan setiap orang memiliki keistimewaannya tersendiri. Oleh itu, janganlah kita mencerca orang lain. Klik gambar di bawah ini...




Apabila Orang Tua Cakap Berulang-ulang...

Kalau emak, bapak, datuk atau nenek kita cakap benda yang sama berulang-ulang..... tahan nafas, senyum dan layan.... ingatlah video ini:

http://www.youtube.com/watch?v=y381DEn5Ku0
Wassalam :)
.

Kenapa Kita Membantu Orang Lain?

Kita bantu orang lain dengan apa yang kita ada..... mungkin wang, masa, idea, kesediaan mendengar dan banyak cara lain. Kenapa kita membantu orang lain?  Petikan ini diambil dari beberapa blog:

Facebook

“Allah selalu senantiasa memberikan pertolongan kepada hamba, selama hamba tersebut senantiasa menolong saudaranya”.

Dari hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah RA ini, telah jelas bahwa Allah SWT sangat menganjurkan bagi semua hambanya untuk saling menolong. Disebutkan di atas bahwa Allah akan senantiasa memberikan anugerah dan rahmat-Nya kepada para hamba dengan mudah bila dia mau membantu saudaranya sesama muslim.

Tidak saja di dunia, nanti di akhirat Allah akan menghilangkan darinya beban dari beban-beban di hari kiamat, sebagaimana sabda nabi Muhammad SAW,

"Barang siapa yang meringankan beban orang mukmin di dunia, maka nanti pada hari kiamat Allah akan meringankan beban darinya beban-beban hari kiamat".

Seyogyanya, kita senantiasa membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain serta membantu mereka memenuhi hajatnya, baik dengan harta ataupun tenaga yang kita miliki.

Janganlah kita berfikiran "dapat apa kita bantu orang lain" atau ketika kita telah membantu orang lain, janganlah terselip dalam pikiran kita perhitungan secara materi "aku bantu kamu tapi kamu harus bayar". Serahkanlah semua kepada Allah SWT, karena orang lain akan peduli kepada kita jika kita peduli kepada mereka. Ingatlah! Kita di dunia tidak akan selalu hidup dalam kejayaan.


www.ustazamin.com

Kita tolong orang lain bukan kerana kasihankan dia. Kalau kita menolong orang lain kerana kita kasihan dekat kita, pertolongan kita tidak akan tahan lama. Pernah tak kita mendengar seorang berkata “Dia tu dulu, anak nak sekolah pun tak mampu, saya yang tolong dia tu,dah berjaya sombong bukan main. Menyesal aku tolong”

Ini yang akan jadi apabila seorang itu menolong kerana kasihan.

Kita tolong orang lain bukan kerana nak nama. Kalau nak nama, nanti tak dapat nama, kita akan tinggalkan usaha ini. Nanti kita akan berkata "ah, malaslah nak buat, orang bukan hargai pun"

Kita tolong orang bukan kerana kita hebat. Kalau kerana hebat, apabila tidak ada orang rasa kagum dekat kita, kita akan tinggalkan usaha ini.

Jadi kenapa kita menolong orang lain?

Kita menolong orang lain kerana Allah yang menyuruh kita membantu orang lain. Allah suruh kita tolong orang susah. Allah suruh kita ambil berat orang sakit, ziarahi mereka, iringi jenazah mereka. Allah yang suruh kita menyalurkan sedekah jika kita mampu.

Ye, kita membantu orang lain bukan kerana kasihankan dia, kita bantu mereka kerana Allah suruh kita bantu orang lain. Jika perkara ini kita faham, kita akan membantu orang lain kerana Allah. Sama ada orang tahu atau tidak, kita akan tetap bantu orang, sama ada orang hargai atau tidak, kita akan tetap membantu orang, sama ada orang sangka baik atau tidak, kita akan tetap membantu orang lain.

Orang yang membantu orang lain keran Allah, akan dianugerahkan:-
1. Diganti pemberiannya dengan yang lebih baik
2. Diberikan pemberiannya dengan sepuluh kali kebaikan
3. Di beri perlindungan Arasy ketika di padang mahsyar nanti
4. Dan lain-lain lagi.

Kita boleh menyenaraikan ratusan hadith dan ayat al-Quran untuk kelebihan ini. Tetapi yang paling besar ialah, kita membantu orang lain untuk mencari keredhaan Allah. Ia yang terlebih besar. Kita tidak ke syurga dengan kehebatan amalan kita. Amalan kita terlalu sedikit di bandingkan dengan syurga itu. Kita ke syurga kerana keredahaan Allah kepada kita lantaran usaha mentaati perintahNya.

Jadi, jangan rasa hebat dalam amalan, jangan rasa ragu-ragu nak membantu, jangan membantu dengan rasa terpaksa, jangan membantu dengan rasa tak puas hati. Sesungguhnya, kita membantu, kerana Allah suruh kita bantu orang lain.

Semoga, usaha mentaati Allah ini menjadikan kita terus dibimbingNya. Kita mengharapkan agar, ketika mata kita tertutup bertemu denganNya, terdapat kasih sayangNya pada kita kerana kita cuba mengasihi saudara seIslam kita di dunia.

“Kasihilah sesiapa yang berada di bumi, nanti akan mengasihi kamu sesiapa yang berada di langit” – hadith riwayat at-Tarmizi.


Tan Sri Syed Mokhtar
"Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.
"Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
"Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain," katanya.

taman-firdaus.blogspot.com


Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, Allah akan membalas ejek-ejekan mereka dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah At-Taubah :79)

Tanda yang mudah ditemukan dalam diri seorang munafik adalah mencela. Dari zaman Rasulullah saw hingga zaman sekarang, orang-orang munafik selalu mencela mereka yang tidak sepaham, sepemikiran dan sejalan dengan dirinya.

Jika dulu orang-orang yang berjihad bersama Nabi saw yang dicela, zaman sekarang orang-orang yang bertakwa pun juga dicela. Salah satu kelompok yang menjadi objek mereka adalah orang mukmin yang bersedekah.

Di Surah At-Taubah: Ayat 67 kita sudah membahas bahwa orang munafik itu kikir. Kikir adalah sikap pasif. Bila menjadi kata aktif, kikir bermetamoforsa menjadi celaan terhadap orang yang bersedekah.

Bila kita pernah mengkritik teman yang bersedekah dengan kata-kata...jangan memaksa diri bersedekah kalau kamu sendiri masih perlu dibantu..atau ...buat apa kamu bantu orang lain, saudara kamu sendiri masih banyak yang hidupnya susah..atau ...kalau kamu terlalu royal dalam mengeluarkan uang buat orang lain, kapan kamu bisa menabung buat masa depan kamu?...atau...ya elah, kalau cuma seribu perak, buat apa sedekah? Seribu perak bisa buat apa hare gene?

Maka berhati-hatilah! Sebab bisa jadi bibit kemunafikan mulai tumbuh dalam hati kita. Menghina, mengkritik dan mencela orang yang bersedekah, dan bahkan hanya sekedar kesanggupannya, merupakan ciri orang-orang munafik sejak zaman Rasulullah saw hingga saat ini.

Semoga kita terhindar dari penyakit munafik jenis ini. Amin Ya Robbal’alamin


Mari menguasai ilmu

Seiring dengan kemajuan teknologi, ilmu juga semakin lama semakin bertambah. Islam menganjurkan kita supaya menguasai pelbagai ilmu. Antara ilmu yang perlu dikuasai ialah ilmu bahasa. Dengan penguasaan bahasa yang pelbagai, dakwah akan menjadi mudah untuk disebarkan. Info ini telah diambil dari http://speakthinkeffectively.blogspot.com/ . Semoga sama-sama dapat menguasai ilmu yang berguna untuk kebaikan bersama...

Jika saudara menghafal dan memahami perkataan yang disenaraikan di dalam laman web 'The First 100 Most Commonly Used English Words', saudara akan memahami sebahagian besar bahan penulisan dalam Bahasa Inggeris:
25 perkataan pertama meliputi 33% daripada keseluruhan bahan bercetak dalam Bahasa Inggeris,

100 perkataan pertama meliputi 50% daripada bahan bercetak Inggeris,

300 perkataan pertama meliputi 65% daripada bahan bercetak Inggeris .

Senarai perkataan2 Bahasa Inggeris mengikut susunan biasa diguna
= 100 | 200 | 300 | 400 | 500 | 600 | 700 | 800 | 900 | 1000

Why Reading Al-Qur'an?

Here's a story forwarded from a nice friend...

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word? This is beautiful story, please read till end and forward to all you knows...

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked,"Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,"Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.The grandfather laughed and said,"You'll have to move a little faster next time,"

He sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said,"I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,"He went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said,"See Grandpa, it's useless!". "So you think it is useless?". The old man said,"Look at the basket.". The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and outside. That is the work of Allah in our lives."

Petua hilang mengantuk ketika memandu... (dan belajar)

Dalam melakukan sesuatu yang baik bagi mencapai keredhaan Allah s.w.t, syaitan laknatullah pasti datang dan berusaha menghalangnya. Antara cara mereka menghalang manusia melakukan kebaikan ialah dengan memakaikan celak mereka ke mata manusia supaya manusia berasa ngantuk. Oleh hal yang demikian, kita haruslah melawan rasa ngantuk ini terutama apabila sedang menimba ilmu. Berikut adalah antara tips-tips yang kami peroleh daripada seorang sahabat bagi menghilangkan rasa mengantuk. Sama-samalah kita amalkan dan sebarkan...

Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh seperti balik kampung berhari raya, travelling kerana tugas rasmi dll., akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu. Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu. Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...
LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM...
(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR)
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat
BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MAâASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAAâ WAHUWASSAMIUN âALIIMMâ 3X.
SELAMAT MENCUBA !!!

Ahad, Oktober 04, 2009

Excellent dunia Akhirat!

1. Hidup Pasti Ada Cabaran
[ Surah 2, Al-Baqarah: Ayat 155 - 156 ]

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan.

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata ~ Innaalillahi wainnaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali).”

2. Setiap Insan Ada Keupayaan
[ Surah 2, Al-Baqarah: Ayat 286 ]

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala dari kebaikan yang diusahakannya, dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya.”

3. Satu Kesukaran, Dua Kesenangan
[ Surah 94, Al-Insyiraah: Ayat 5 - 8 ]

“Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.”

4. Taqwa Dan Tawakal
[ Surah 65, At-Talaq: Ayat 2 - 3 ]

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan); Dan mendatangkan rezeki dari sumber yang tidak diduga.

Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan segala perkara yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan kadar dan masa bagi tiap-tiap sesuatu.”

5. Berfikir, Bersyukur, Beramal
[ Surah 55, Ar-Rahman: ayat 13, Allah ulang sebanyak 31 kali! ]
“Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan?”

Asma-Ul-Husna

Klik 99 Asma-Ul-Husna dan maknanya

Hafal 9 Asmaul-Husna sehari, hafal kesemua 99 dalam 11 hari sahaja

Video Nasyid oleh Munif Ahmad @ YouTube
.

.

Jamuan Hari Raya

Jamuan hari raya pada hari sabtu..... nyum nyum

Terimakasih kepada semua yang menjayakannya

Taqabalallahuminkum
Semoga Allah menerima semua amalan kita