Ahad, Januari 31, 2010

horoskop : berbahaya!

bismillah.

Ada dua perkataan, eja dekat-dekat, tapi agak jauh maksudnya. Aku sedut maksud dua perkataan ini daripada Kamus Cambridge.

Astronomi itu the scientific study of the universe and of objects which exist naturally in space, such as the moon, the sun, planets and stars

Astrology itu pulak the study of the movements and positions of the sun, moon, planets and stars, and the skill of describing the expected effect that these are believed to have on the character and behaviour of humans

Astronomi itu aku sanjung. Satu bentuk ilmu fardu kifayah. Tak ramai antara kita yang tahu selok belok sains angkasa lepas tu. Yang pelik dan perlu kita jauhi ialah astrologi, atau orang sekarang tukar namanya kepada horoskop.

Horoscope: A description of what is going to happen to you, based on the position of the stars and planets at the time of your birth

Wikipedia

Kenapa horoskop itu pelik dan salah, bahkan boleh mencemar akidah kepercayaan kita?
Adapun sebab Islam melarang penggunaan bintang, planet dan matahari sebagai sumber ramalan, adalah kerana ilmu-ilmu ghaib tidak tersimpan dalam objek-objek tersebut. Apabila seorang muslim menggunakan bintang, planet dan matahari untuk membuat ramalan tertentu, seolah-olah dia mempercayai objek-objek tersebut mampu mengkhabarkan kepada dia ilmu ghaib tentang sesuatu yang akan berlaku. Ini semua adalah kepercayaan yang salah kerana tiada siapa atau apa jua yang mengetahui ilmu ghaib kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Dengan itu juga, sikap seorang muslim terhadap Horoscope adalah seperti perbincangan yang lepas tentang hukum mengunjungi bomoh. Seorang muslim bukan sahaja dilarang daripada membenarkan ramalan Horoscope tetapi juga membacanya. Seorang muslim tidak boleh memiliki apa-apa urusan dengan Horoscope melainkan untuk menerangkan kesalahan dan kesia-siaannya kepada orang lain.

Membaca pun merupakan suatu yang sangat bahaya. Inikan pula sengaja meminta ingin tahu apa ramalan untuk diri kita. Melihatkan ramai juga kawan aku yang bermain-main dengan horoskop ini di Facebook (walaupun tanpa mempercayai), dan juga ramalan Tok Nujum, ataupun horoskop di surat khabar, terasa kasihan dengan mereka. Perlunya bagi kita untuk menyedarkan mereka mengenai pencemaran akidah ini. Tinggalkan kejahilan, bergerak menuju kefahaman.

Bersihkan diri anda daripada tag / subscription horoskop

diambil dari sini


di-quote dari sini2 ;
SEKADAR MAIN-MAIN

Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.

Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.

Kalau xboleh dipercayai, kenapa nak main jugak ek?


moga mengambil ibrah, wahai fesbuker muslim seantero dunia.


waAllahua'lam.

Acronyms

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Zaman era globalisasi, ramai umat Islam yang sudah semakin leka dengan kemewahan dunia. Kebanyakan perintah Allah s.w.t tidak dipatuhi dan larangan Allah s.w.t tidak dihindari. Bahkan, kebanyakannya sudah tidak lagi menjadikan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai panduan hidup. Inilah perkara yang diharap dan dinanti-nantikan oleh kaum yahudi laknatullah. Ingatlah wahai umat Islam, musuh-musuh Allah itu sudah mengkaji dan yakin bahawa jika mereka memerangi umat Islam di medan perang maka mereka akan kalah kerana umat Islam memiliki semangat jihad yang tinggi di medan perang. Oleh hal yang demikian, kaum yahudi laknatullah telah mencipta satu kaedah perang yang sangat halus dan sukar disedari ramai. Itulah yang dinamakan 'Perang Pemikiran'. Perang ini dilakukan dengan cara mempengaruhi umat Islam dengan budaya-budaya barat supaya mereka lupa dan lalai dalam mengingati Allah Azza Wa Jalla.
Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah 3F;
FUN - terlampau banyak hiburan yang melalaikan zaman sekarang tidak kira melalui media cetak mahupun media massa.
FASHION - pakaian yang singkat lagi menjengkelkan mata yang memandang, tidak lupa juga pakaian yang jarang dan ketat sehingga mampu menaikkan nafsu kaum Adam.
FOOD - industri makanan yang kebanyakannya dikuasai oleh orang kafir, sentiasa berusaha untuk meletakkan kandungan babi dalam makanan yang ingin dijual. Minuman arak juga sentiasa dipromosikan secara besar-besaran.
Terdapat juga 'acronym' baru iaitu 'BMW Gseries' ;
- beer
M - money
W - women
G - gambling(judi)
S  - syirik
So, beware of  BMW Gseries.
Semoga sama-sama dapat mengambil pengajaran dan sentiasa berwaspada. Amiiin.

Sabtu, Januari 30, 2010

seperti debu, tiada guna

bismillah.


Rasulullah saw bersabda “Saya akan beritahukan kepada kalian suatu kaum dari kalangan umatku. Mereka datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung. Namun Allah menjadikan kebaikan tersebut seperti debu yang berterbangan.”

Tsauban berkata, Ya Rasulullah! Terangkan sifat-sifat mereka pada kami, sehingga kami tidak termasuk dari golongan mereka, sedangkan kami tidak menyadarinya.

Rasulullah saw bersabda “Mereka adalah saudara kalian, dari kalangan kalian pula. Mereka mengisi waktu malam dengan beribadah, seperti yang kalian biasa lakukakan. Namun mereka jika sedang bersendirian dan mempunyai kesempatan melakukakan perbuatan haram, maka mereka melakukannya”

(HR Ibnu Majah)


sedihkan kan kalau hadith ni cakap pasal kita? na'uzubillah~


astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah..

Rabu, Januari 20, 2010

Apa Matlamat Hidup Anda?

Mula-mula skali..sebelum kita ambil langkah..kita mesti tetapkan matlamat kita. Penceramah-penceramah pun selalu kata gitu..
Jadi apakah matlamat hidup anda? Untuk jadi doktor? Engineer mungkin? Atau pun anda sendiri tak pasti? Ha..tak payah susah-susah fikir..ni dah ada..khas untuk kita!

Al-Quran
Surah Adz-Dzariaat, Ayat 56

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu.
{56}

Sesungguhnya kita dijadikan semata-mata untuk menyembah dan beribadah kepadaNya. Menyembah di sini boleh membawa maksud berserah diri kepadaNya dan mentauhidkanNya, beriman denganNya.

Beribadah pula bukan sahaja dalam konteks solat dan puasa (dan yang berkaitan) sahaja. Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan umum. Ibadah khusus ialah yg fardhu ain (cth: solat) dan fardhu kifayah (cth: uruskan jenazah). Ibadah umum pula ialah segala perbuatan harian (cth: belajar & tidur) yang diniatkan untuk beribadah atau kerana ALLAH.

Maka niat kita itu sangat penting. Buatlah apa-apa pun (yang baik la), janji niatlah kerana ALLAH dalam segala perkara. Ingatlah matlamat hidup anda..kerana ALLAH jua~ Pasti sukses! =]

suksesaba.blogspot.com

Sabtu, Januari 09, 2010

Ahlan Wasahlan adik-adik tingkatan 1!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, program orientasi tingkatan 1 yang berlangsung pada 4-8 Januari bertemakan 'Kasih Sayang Pengerat Ukhuwah' berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada Pengetua, guru-guru, barisan kaunselor, Barisan Majlis Perwakilan Pelajar, AJK Badan Dakwah dan Rohani, pelajar tingkatan 5, dan juga kepada yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah s.w.t. memberkati kita semua. Sepanjang program tersebut dijalankan, terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan. Pelajar tingkatan 1 dibahagikan kepada 8 kumpulan putera dan 8 kumpulan puteri. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kenali SMKAKL, Pulau 1Malaysia, Housekeeping, Smart Solat, Idola Pidato, My Personality, Kepemimpinan, pengisian rohani, Malam Citra Gemilang dan pelbagai lagi. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara adik-adik tingkatan 1 dengan kakak-kakak dan abang-abang tingkatan lima selain memperkenalkan budaya hidup di SMKAKL yang berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang mampu mencungkil bakat adik-adik tingkatan 1 sama ada dalam bidang sukan atau bidang kemahiran lain. Sifat keberanian, amanah, sikap berkerjasama dan daya kreativiti dapat ditingkatkan melalui latihan dalam kumpulan(LDK) yang dijalankan. Selain itu, terdapat juga pelbagai video menarik yang ditayangkan sepanjang minggu orientasi.  Salah satunya adalah seperti di bawah;
 .
 
.
Alhamdulillah, melalui program ini, begitu banyak  pengajaran dan hikmah yang diperoleh. Setelah tamat program ini, adik-adik tingkatan 1 kelihatan sungguh gembira kerana terpilih memasuki SMKAKL dan  telah pun menyesuaikan diri. Mudah-mudahan adik-adik akan terus kekal di sekolah ini dan menjadi generasi yang mampu mengharumkan nama sekolah dan nama Islam diseluruh pelosok dunia. Amiiin.