Jumaat, Februari 12, 2010

Pelancaran Program Usrah 1431H

Bertarikh 3 Februari 2010 bersamaan 18 Safar 1431H, sebuah majlis telah diadakan di Surau al-Falah, SMK Agama Kuala Lumpur. Majlis Pelancaran Program Usrah 1431H ini dijalankan bertujuan untuk memberi nafas baru terhadap program Usrah Tarbiyah Pelajar agar program kerohanian ini berjalan dengan lebih teratur dan berkesan. Lajnah Usrah & Tarbiyah (LUTAR) dibawah Badan Dakwah & Rohani mengambil inisiatif ini sebagai sebuah wasilah dakwah dalam kalangan pelajar SMKA KL setelah musyawarah pada pelbagai peringkat antaranya pimpinan Jawatankuasa BADAR, pihak pentadbir serta perbincangan bersama Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).


Majlis dimulakan selepas solat Maghrib secara berjamaah dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Lajnah Penerangan & Penerbitan (LANERA). Antara tetamu yang diraikan pada malam tersebut adalah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Ustaz Abdul Aziz b. Ahmad dan Guru Penasihat LUTAR, Ustaz Mohd Hamdi b. Yusof. Antara tetamu yang turut hadir adalah Ketua Guru Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Ustazah Norlaila bt Ismail, guru-guru panitia serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Majlis dimulai dengan bacaan Ummul Kitab, Surah al-Fatihah.


Saudara Mohamad Fikri b. Che Daud selaku Pengerusi LUTAR telah menyampaikan ucapan mewakili Jawatankuasa BADAR 09/10 dengan menyatakan penghargaan kepada pihak atasan terutamanya Guru Penasihat LUTAR serta Ketua Guru Penasihat BADAR dan al-Fadhil Ustaz Mohd Norhafizi b. Husin yang telah memberikan sokongan penuh kepada projek ‘Reformasi’ Usrah ini. Kemudian, Ustaz Mohd Hamdi pula telah memberikan ucapan dengan harapan agar semua Muslimin terutamanya para pelajar SMKAKL mengikuti teladan yang dibuktikan junjungan besar Muhammad Rasullah SAW selain mencontohi gaya kepemimpinan yang ditunjukkan juga oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.

asy-Syahid Hasan al-Banna (1906-1949)

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan PK HEM, Ustaz Abdul Aziz b. Ahmad yang begitu mengharapkan keikhlasan dan kesungguhan para Naqib & Naqibah untuk menjalankan amanah masing-masing termasuklah para pelajar lain agar memberi komitmen sepenuhnya untuk kesemua aktiviti kerohanian yang dijalankan. Beliau juga kemudiannya telah menandatangani sebuah fail usrah sebagai simbolik perasmian program usrah 1431H. Para pelajar kemudiannya telah membentuk halaqah mengikut usrah masing-masing setelah tempoh latihan selama kira-kira dua minggu. Sejurus selepas itu, nasyid Doa Rabithah nyanyian kumpulan Izzatul Islam yang dipilih sebagai lagu tema usrah telah diperdengarkan kepada semua pelajar.


Ustaz Hamdi selaku Guru Penasihat Lajnah Usrah & Tarbiyah telah mengetuai bacaan ikrar para pelajar sebagai bai’ah terhadap pertanggungjawaban mereka.






Hasil muzakarah pimpinan BADAR dengan pentadbir, beberapa perkara telah dipersetujui sebagai projek kendalian Lajnah Usrah & Tarbiyah dibawah Badan Dakwah & Rohani. Antara aktiviti yang akan dijalankan selepas penjenamaan semula aktiviti Usrah Tarbiyah ini adalah

  • Usrah para Nuqaba’ bersama Ustaz akan mula dijalankan. Usrah ini diadakan pada hari Ahad malam Isnin bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pimpinan usrah sebelum usrah sebenar dijalankan.

  • Usrah Penghayatan al-Quran akan diadakan pada hari Isnin malam Selasa dan Usrah Tarbiyah akan diadakan pada hari Rabu malam Khamis. Manakala malam-malam lain pula akan diisi dengan kuliyyah, hafazan, tayangan video Islamik serta bacaan al-Quran.

  • Perjalanan Usrah akan menggunakan kitab Ma za ya’ni Intima’i lil Islam? (Apa ertinya saya menganut Islam?) karangan asy-Syahid Fathi Yakan, kitab Ayyuhal Walad (Marilah Annakku) karangan al-Imam al-Ghazali serta buku Panduan Nuqaba’ yang dikarang sendiri oleh pengetua SMKAKL, Tuan Hj Sakijan b. Muri.

  • Lajnah Usrah & Tarbiyah dibawah BADAR akan menjalinkan kerjasama dengan persatuan-persatuan pelajar serta pertubuhan-pertubuhan Islam untuk memantapkan lagi aktiviti kerohanian ini.

  • Menggunakan sistem fail mengikut halaqah Usrah. Para Naqib dan Naqibah perlulah mencatat isi-isi pembentangan dan perbincangan didalam usrah termasuklah bacaan al-Quran (tajwid, makhraj & hafazan) dan Tarbiyah (penghayatan+tadabbur al-Quran, huraian hadits, fikrah Islam & isu-isu semasa yang berkaitan).

  • Penguatkuasaan perlaksanaan Usrah yang lebih serius dengan kerjasama semua warden serta semua pelajar melalui badan induk dibawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah al-‘Asr. Seterusnya, semua tetamu dan pelajar menunaikan solat Isya’ berjamaah. Alhamdulillah, segala syukur dan pujian keatasNya. Dengan keizinanNya, majlis pelancaran Usrah 1431H telah berjalan dengan lancar. Diharapkan dengan perlaksanaan Usrah dengan lebih teratur ini, semua pihak akan mendapat manfaat agar terus teguh berada diatas jalan Islam yang murni ini. Sesungguhnya mereka yang memilih jalan Islam adalah mereka yang beruntung, bukan sahaja didunia malah diakhirat, insyaAllah.



Bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan~

6 komen:

ust hamdi berkata...

TAHNIAH semua!
Tahniah juga atas laporan lengkap program...

Nailah703 berkata...

subhanallah walhamdulillah wallahuakbar!!!
semoga kita semua terus thabat di ats jalanNya,insyaAllah

superserikandi berkata...

alhamdulillah..
segala pujian dipulangkan kepada Allah jua :)

Tanpa Nama berkata...

subahanallah..
luar biasa
salam istiqomah dan istimrar..
iman mencerminkan keperibadian.
biar amal berbicara..
yuk..reunion di syurga ^-^

ex-MPP09 berkata...

x slap ayyuhal walad imam ghazali tulis kot...cbe check blik~

lagendajuang berkata...

syukran ex-MPP
kitab ayyuhal walad karangan Imam al-Ghazali, bukan Imam Asy-Syafie.

Dah diperbetulkan...asiif.