Khamis, Disember 31, 2009

wake up o muslims!

bismillah.



William Ewart Gladstone ( 1809 – 1898 )
Mantan PM Britain zaman Queen Victoria

“Selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari kitab ini”.

- Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.


*sempena tahun baru hijrah dan gregorian ini, mari kita lebih rapat dengan al-quran! sungguh bahagia hidup di bawah bayangan al-quran~

ke arah menjadi generasi al-quran yang unik (jilul quran al faraid).

waAllahua'lam.


sumber : http://verslalumiere.com/v1/

Selasa, Disember 29, 2009

~itukah aku???~

Subuhnya...
dimanaku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berfoya-foya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku didepan Tuhanku

Zuhurnya....
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku didepan Tuhanku

Asarnya...
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si tuah yang setia dan si jebat yang derhaka
siapa aku didepan Tuhanku

Maghribnya...
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar disebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku didepan Tuhanku

Isyaknya....
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengganggu
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku didepan Tuhanku

kini aku jadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana dihujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa
sembahyang disini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

[lelaki]

Photobucket
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al – Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci terpenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al – Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu mengahadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.
Photobucket
* [SYABAB Musafir Kasih – m/s 202]

p/s:post ini tidak bertujuan utk mengenakn sebelah pihak.sekadar renungan.bg yg wanita, ambil ibrah juga ye?! ^_^

JADIKANLAH TAUBAT AMALAN RUTIN,.,

bismillah,,.,.,

JADIKANLAH TAUBAT AMALAN RUTIN

Kenangkan dosa hari ini, dosa semalam dan hari-hari yang telah berlalu kita lakukan. Alangkah banyaknya…sehingga tidak terhitung. Namun demikian Allah al-Rahman tidak pernah menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan yang telah melakukan dosa. Malah Allah al-Rahim sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui oleh orang lain.

Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa dalam menjalani kehidupan seharian. Amat banyak pendurhakaan kepada Allah yang telah kita lakukan sejak baligh hingga ke saat ini. Inilah kelemahan insan yang tidak dapat dinafikan. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’:ayat 28)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah )

Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm : 32 )

Agama kita memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu taubat sebagai mengimbangi kelemahan manusia ini. Allah SWT yang bersifat dengan sifat al-Tawwab ( Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur ( Maha Pengampun) tidak akan membiarkan kelemahan hambanya ini dengan begitu sahaja. Dalam al-Quran bayak dijelaskan keutamaan, dorongan dan perintah agar kita sentiasa bertaubat.

Maksud firman Allah SWT :

“Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan.” (Surah al-Nur: 31)

Maksud Firman Allah SWT :

Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. ( Surah Ali Imran :133)

Allah SWT juga berfirman:

"Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." ( Surah Hud: 114).

Hadis-hadis Nabi saw juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan tuntutan taubat, antaranya ialah ;
Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :

"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam Muslim).

Sabda Nabi saw :

“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Imam Muslim)

Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah mengatakan:

“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Imam Muslim )

Rasulullah saw yang terpelihara daripada dosa dan diutuskan agar menjadi contoh kepada sekalian manusia juga memohon keampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Begitulah petunjuk sunnah Rasulullah saw kepada kita semua agar sentiasa bertaubat setiap masa. Jangan dibiarkan dosa berlanjutan dan dijadikan koleksi dari semasa ke semasa kerana maut datang tanpa isyarat dan amaran. Dosa yang dibiarkan pasti akan memberi kesan buruk kepada kita di akhirat kelak.

Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang telah mensyariatkan ibadat yang menjanjikan dosa-dosa diampunkan. Antaranya ;

1- Berwuduk

Rasulullah saw bersabda : “Tidaklah salah seorang daripada kamu mendekati air wuduknya, kemudian berkumur-kumur, memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkannya kembali, melainkan gugurlah dosa-dosa di (rongga) mulut dan rongga hidungnya bersama air wuduknya, kemudian (tidaklah) ia membasuh mukanya sebagaimana yang Allah perintahkan, melainkan gugurlah dosa-dosa wajahnya melalui hujung-hujung janggutnya bersama titisan air wuduk, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua tangannya sampai ke siku, melainkan gugurlah dosa-dosa tangannya bersama air wuduk melalui jari-jari tangannya, kemudian (tidaklah) ia menyapu kepalanya, melainkan gugur dosa-dasa kepalanya bersama air melalui hujung-hujung rambutnya, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua kakinya, melainkan gugur dosa-dosa kakinya bersama air melalui hujung-hujung jari kakinya.” (Imam Muslim)

2. Solat fardu, solat Jumaat dan Puasa Bulan Ramadan.

Rasulullah saw bersabda :
"Salat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa di antaranya selama dosa-dosa besar dihindari." (Imam Muslim)

3. Puasa Sunat Asyura’ dan puasa sunat wukuf.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyur (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”( Imam Muslim )

4. Tasbih, tahmid dan takbir

Sabda Rasulullah saw : “ Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir ( 33x) di akhiri dengan ucapan Laa ila ha illa Allah….. maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Imam Muslim)


Para ulama’ mentafsirkan dosa-dosa yang diampunkan di atas ialah hanyalah dosa kecil sebagai mana pendapat Imam al-Nawawiy dalam kitab syarh Muslim. Dosa besar hanya diampunkan bila dilakukan taubat nasuha.

Begitulah perancangan Allah yang bersifat al-Hakim ( Maha Bijaksana ) menyusun ibadat-ibadat untuk menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Solat fardu atau puasa Ramadan yang kita lakukan dengan ikhlas akan memberi kebaikan kepada kita sendiri. Dengan kata lain Allah mewajibkan amalan-amalan tertentu bukan untuk membebankan hamba-hambaNya tetapi sebagai ujian sama ada taat atau ingkar dan untuk menyucikan rohani mereka daripada kegelapan dosa.

Betapa ruginya mereka yang mengabaikan solat fardu dan puasa wajib. Tanpa mereka sedari golongan ini membuat koleksi dosa-dosanya dari semasa ke semasa. Mereka tiada peluang untuk menyucikan jiwa mereka daripada dosa. Lebih malang sekiranya mereka dijemput oleh Malakul Maut secara mengejut tanpa taubat, Na’uzubillah.

Jadikanlah taubat sebagai amalan rutin seharian, pohonlah keampunan dariNya dan laksanakanlah amalan fardu sebaik-baiknya. Semua itu akan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan sekiranya selepas itu kembali melakukan dosa. Jangan terpedaya dengan tipu muslihat syaitan agar kita perputus asa dengan keampunan Allah SWT . Perbaharuilah taubat pada setiap waktu. Pohonlah pimpinan dan bimbingan Allah SWT agar sentiasa istiqamah dalam melakukan taubat kepadaNya.

moga2 taubat kita hnya untukNya,.,.

Khamis, Disember 24, 2009

wasiat Sheikh kepada Kita....

bismillah,.,.

Wasiat Sheikh Mutawalli Sya'rawi R.M. Kepada Pemimpin

SYEIKH SYA'RAWI
October 17th, 2009 by Aljoofre
Mula-mula saya menjejakkan kaki ke Mesir dahulu, video di bawah saya tontoni di komputer seorang sahabat. Semangat saya untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia bersama para ulama meluap-luap. Saya terus jatuh cinta dgn Syaikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi, lantas menggali dan mencari khazanah ilmu beliau serta mengenali dengan lebih dekat dengan beliau.

Alhamdulillah, selepas beberapa bulan, ketika kunjungan saya dan beberapa orang sahabat ke maqam beliau di Mit Ghamr (tak jauh dari Mansurah, Mesir), kami diberi penghormatan untuk duduk ekslusif di dalam maqam bersama anak beliau yang paling rapat dan mewarisi beliau, Syaikh Abdul Rahim, dan penulis ensiklopedia Syaikh Sya’rawi.

Dari kedua mereka saya dapat pelbagai input berguna tentang Syaikh Sya’rawi. Hubungan kami tidak terhenti dengan ziarah maqam tersebut, malah berlanjutan selepas itu.

Saya mendapat input, khususnya dari Syaikh Abdul Rahim, tentang kesufian Syaikh, tawadhu’nya, peranan beliau dalam demonstrasi Kem David, peranan beliau dengan kerajaan Anuar Sadat, kebangkitan rakyat di Algeria, penghormatan rakyat Mesir kepada beliau, dan pelbagai lagi kisah yang umum tidak mengetahui. (InsyaAllah jika berkesempatan, suatu hari nanti saya ingin mencurahkannya di dalam tulisan).

Cuba lihat video di bawah sehingga tamat. Lihat bagaimana di hujung klip, beliau menasihati Presiden Muhammad Husni Mubarak yang terkenal diktatornya, tanpa sedikit pun rasa gentar, malah memegang bahunya, seperti seorang ayah menasihati anak. Beginilah ulama’ pejuang, sufi lagi haraki, yang sentiasa kita cari sepanjang zaman.

Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? “..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;

“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!(Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

Ulama’ mesti sentiasa berkata benar tak kira pada siapa, dan memahami kepentingan dakwahnya. Mana lebih patut didahulukan dari yang lain. Ada yang mengatakan kepada saya ulamak mestilah non-partisan dan bersikap bebas. Saya katakan, jika ulama’ tidak berpihak kepada kebenaran dan tidak menzahirkannya, bagaimana masyarakat umum boleh mencontohi dan mendukung kebenaran? Maka ulama mesti partisan. Ulamak mesti menunjukkan sokongan. Mesti menzahirkan “pihak”nya. Iaitu pihak kebenaran. Pihak yang memperjuangkan Islam, dan membenteras keboborokan kezaliman pemerintah.

moga2 dapat terus menulis padaNYa,.,.
ameen,.,.

Must Read,.,.

Read this..
Bismillah,.,.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang
lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki
yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki
itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you
will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,
di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us..,.,
moga2 diberkati olehNya..,.

The Right leader.,.,

Menjadi Pemimpin Yang "Menjadi"

Konflik dalam kalangan pemimpin merupakan perkara biasa, bukan sahaja di Malaysia , malah di banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Namun, cara dan suasana konflik tersebut diselesaikan adalah yang lazimnya menarik perhatian.

Cara dan suasana konflik juga berbeza diantara satu sama lain. Agak mengecewakan apabila konflik sebegini biasanya berjaya diselesaikan dengan lebih baik dalam kalangan pemimpin bukan Islam berbanding pemimpin Islam itu sendiri. Walhal, panduan dari AlQuran dan Hadis sudah berada di tangan mereka untuk bertindak sebagai pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’.

Sebenarnya terdapat beberapa item yang memungkinkan pemimpin itu untuk benar-benar ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan. Bukan hanya terpimpin dengan selamat di dunia, malah juga di akhirat nanti. Sepertimana pesan seorang guru kepada anak muridnya ; ["Pemimpin yang baik,mampu menjadikan orang yang dipimpinnya sebagus atau lebih bagus dari ia"]

Item pertama pemimpin ialah iman.

Secara ringkas, iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin’.

Imun maknanya kebal daripada maksiat serta kebal daripada sogokan dan pujukan.

Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik.

Amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah.

Item kedua ialah ilmu kepemimpinan.

Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Apabila kepemimpinan itu ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap, maka, jika tidak ada ilmu berkaitan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin oleh mereka.

Item ketiga ialah ’kepimpinan diri’.

Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud ; [“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”].

Hal ini termasuklah dalam hal memimpin diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan menyalahkan orang lain demi keselamatan diri.

Item keempat ialah ‘kemahiran komunikasi’.

Kerenah orang-orang yang dipimpin mampu ditangani dengan kemahiran komunikasi yang ada. Antaranya ialah, bercakap dengan terang jelas dan nyata serta mudah difahami oleh mereka. Seterusnya, setiap pemimpin perlu berusaha menjadikan dirinya mudah untuk didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol.

Pemimpin juga perlu ikhlas kerana walaupun ikhlas adalah perkara abstrak namun, ia boleh dirasai dengan mata hati. Tindakan juga merupakan suatu cara komunikasi yang efektif berbanding banyak berkata-kata.

Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Item-item lain bagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’ juga ialah apabila sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

Selain itu, mereka juga sentiasa membesarkan Allah dalam setiap hal, memastikan hati dan penampilan luaran sentiasa bersih, serta lebih banyak memberi dengan ikhlas berbanding memberi kerana ingin mendapat lebih banyak. Insha-Allah dengan item-item ini, walau apa-apa sahaja konflik yang melanda kelak, pasti akan mampu diselesaikan dengan lebih baik oleh mana-mana pemimpin Islam. Wallahu’alam.

semoga bersedia melakukan lonjakan paradigma terhebat ye,.,.

peringatan buat diriku.,.serta..puteri2 yg tetap tegar d jalanNya.,.,

Peringatan Buat Gadisku......

Gadisku.....Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasai taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang.Kau umpama sekuntum bunga ,

harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu namun...... tidak semua bunga
senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran
duri yang memagari dirinya umpama mawar ,

dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya
serta kilauan warnanya yang memancar indah
mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas
duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang
berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......

Gadisku....Aku suka sekiranya kau seperti mawar
aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu
dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa
keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...

Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk .....
ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah
ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki
tidak melihat kepadanya.Sesuatu yang tertutup itu
lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu
yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang
didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang 
diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....
sudah pasti nya keinginan untuk melihat permata
yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah ,

wanita solehah yang taat dan patuh pada
Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yagn bernama Adam......
Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan
dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah
dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu
lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah
pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada

Namun ingatlah gadisku....sesiapa yang inginkan
kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya
jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku
engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........

Gadisku ....Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu
kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak adalagi
perisai yang dapat membentingimu...Sesungguhnya nabi
ada mengatakan tentang bahaya dirimu

" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu
hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah,
jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu.....Sesungguhnya Allah telah
mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...

Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan
sentuhan lembut tangan mu.....

Gadisku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi
dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani
namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta...

Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah ,
kerana cinta manusia sanggup menjual agama
dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan
moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...

Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan
perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta
itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT...

Sebelum kau mendekati cinta , cintailah dirimu terlebih dahulu ,
mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,
yang berasal daripada setitis air yang tak berharga
lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..

Semoga
disana mampu melahirkan rasa keagungan dan
kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............

Gadisku......
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta
terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan
abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan
kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai
tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan
bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu
dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan
mampu membina syakhsiah muslimahmu..... Sesungguhnya ilmu itu
cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati
orang yang melakukan maksiat.Buat akhirnya terimalah
kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal, cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri"

Hidup ini tentu ada permulaannya...dan pastinya pengakhiran itu adalah yang teramat sukar...
untuk ditentukan...

Sekian.....

BAGAIMANA MEMBANGUNKAN BANGSA DENGAN ISLAM??.,.,

bismillah,,.
moga2 kIta akn terus menulis
dan sentiasa tegar dI atas jalanNYA.,.,

BAGAIMANA MEMBANGUNKAN BANGSA DENGAN ISLAM

Baru-baru ini PM Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan cabaran paling sukar baginya ialah mengubah sikap orang Melayu dan menghapuskan rasuah politik. Malah kekecewaannya jelas terserlah apabila beliau mengatakan bahawa meratakan gunung lebih mudah daripada mengubah sikap orang Melayu. Malah hal yang sama turut dihadapi oleh bekas PM Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau juga semasa mengumumkan perletakan jawatannya meminta maaf kerana tidak dapat mengubah sikap orang Melayu. Menurut Pak Lah lagi orang Melayu seolah-olah tidak mahu menjadi sebuah bangsa yang maju walaupun pelbagai bantuan telah diberikan oleh kerajaan demi untuk menggemilangkan bangsa Melayu. Selagi bangsa Melayu tidak mampu mengubah perangai-perangai negatifnya , maka selagi itulah Melayu tidak akan bangun menjadi bangsa yang berwibawa dan berdaulat.

Melihat seriusnya kemelut ini, sebagai anak Melayu yang ingin bertanggungjawab kepada bangsa sudah tentu kita ingin mencari formula keramat bagaimana memartabatkan bangsa Melayu ke persada selayaknya. Lebih-lebih lagi dengan agenda Islam Hadhari pastinya Islam ada jalan keluar untuk mewujudkan empayar Melayu baru di alaf ini. Pelbagai kaedah telah dicuba dan diguna pakai selama ini. Tetapi nampaknya orang Melayu masih di takuk lama. Sampai bila ‘trial and error’ ini akan berkesudahan. Meminjam kata-kata Pak Lah

“ apakah kita hendak teruskan dengan cara lama atau sudah bersedia membuat perubahan untuk kebaikan? Kalau kita hendak ulang cara lama, pada hemat saya kita tidak akan capai cita-cita yang dihajatkan”

Begitu jelas dan tegas beliau menginginkan perubahan besar-besaran berlaku kepada orang Melayu. Sebagai bangsa Melayu beragama Islam, sudah tentu tempat rujuk utama kita ialah kepada ajaran Islam itu sendiri. Sementelahan pula pelbagai kaedah dan teory telah kita guna tetapi gagal. Nampaknya mahu atau tidak, kita kena kembali kepada Tuhan. Pastinya Islam Hadahari ada jalan keluarnya. Mudah-mudahan dengan berkat pengamalan Islam Hadhari di negara ini bangsa Melayu mampu di bangunkan semula mental, spiritual dan fizikalnya.

Ajaran Islam bukan sahaja mengenai hukum hakam dan fardhu ain. Bukan sahaja Tuhan ajar bagaimana kita hendak beribadah dan menyembah Nya, bahkan Tuhan juga ajar umat Islam bagaimana hendak jadi satu bangsa yang kuat dan berdaulat. Bukan sahaja berdaulat tetapi boleh mencatur dunia dengan ajaran Tuhan hingga bukan sahaja umat Islam dapat manfaat tetapi orang bukan Islam pun dapat manfaat di dunia ini. Kalau begitu ajaran Islam itu sangat indah dan hebat, selamat dan menyelamatkan. Selama ini kita banyak belajar tentang Islam berkait dengan ibadah, fadha’ilul amal, fardu ain dan sedikit fardhu kifayah. Tapi jarang diajarkan bagaimana hendak bangunkan satu bangsa yang berkasih sayang, yang bersatu padu, yang boleh rasa bersama dan bekerjasama, bebas rasuah, berkemajuan, berdaulat dan menjadi empayar. Amat jarang di sentuk aspek ini.

Ada janji Tuhan, Islam akan jadi kuasa dunia sekali lagi bemula dari Timur. Sebenarnya sejak umat Islam dijajah, tidak kira apa bangsanya, samada Arab, Melayu, Pakistan atau Turki, selepas merdeka, mereka ingin kuat dan jadi satu bangsa yang berdaulat. Kalau tidak boleh catur dunia pun, setidak-tidaknya boleh berdiri sendiri. Tetapi kaedah dan formulanya tidak merujuk pada Tuhan atau pada ajaran Islam. Mereka merujuk kepada ajaran Barat sedangkan mereka adalah Islam. Rasulullah adalah contoh segala hal. Kalau kita hendak fokus pada bangsa Melayu yang memang bernasib baik, dengan rahmat Tuhan, orang Melayu semuanya Islam. Selepas merdeka tentulah orang Melayu ingin berdaulat di segi politik, ekonomi dan lain-lain. Kalaupun tidak boleh menguasai bangsa lain, setidak-tidaknya boleh berdiri sendiri. Tetapi mereka tidak mahu merujuk kepada Rasulullah dan pada Tuhannya. Akhirnya walaupun umat Islam sudah merdeka 40-50 tahun, cuba tunjukkan satu negara umat Islam yang kuat. Adakah Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan atau Malaysia? Bahkan negara-negara yang lebih dahulu merdeka pun masih lemah seperti negara-negara Arab.

Bagaimana bangsa Arab jadi empayar di zaman Rasululah?

Cuba tengok mengapa Allah utuskan Rasulullah kepada satu bangsa yang paling lemah waktu itu dan tiba-tiba bangsa itu jadi empayar. Selepas negara Arab menjadi Islam maka banyak negara-negara lain di dunia ikut Islam. Jadi siapa hendak kuatkan bangsa dan negaranya, ada contoh dari Rasulullah. Sebab itu Tuhan contohkan dengan negara Arab yang paling mundur ketika itu. Kita hendak gambarkan bagaimana Rasulullah bangunkan bangsa Arab. Waktu itu bangsa Arab paling miskin dibandingkan dengan Rom, Parsi dan negeri China. Ia juga bangsa paling berpecah belah, suka berperang sesama sendiri, (antara etnik dan kabilah) sejak beratus tahun. Kadang-kadang sebabnya kecil sahaja seperti kerana seekor kambing. Kadang-kadang kerana perkara kecil, kabilah itu boleh berperang selama seratus ke dua ratus tahun. Bangsa itu sangat berpecah belah. Ekonominya dikuasai Yahudi terutama di Madinah. Orang Arab jadi hamba. Barang mentah dikontrol oleh Yahudi. Ia diproses, dijual dengan harga mahal. Mereka hidup secara primitif dan semulajadi. Tidak tahu membaca dan menulis. Kan dasyat. Contohnya, dalam kabilah Saiyidina Umar, hanya dia seorang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Sebab itu dia terkenal dan dihormati. Begitulah rata-rata kabilahnya. Paling banyak dalam sesuatu kabilah, ada 2-3 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Sudahlah begitu, ia sentiasa dijajah oleh 2 empayar iaitu Rom dan Parsi. Kadang-kadang oleh Rom dan kadang-kadang oleh Parsi. Rom dan Parsi sentiasa berperang kerana hendak wujudkan kuasa di negara Arab itu.

Sampai masa Allah hendak utuskan Rasul-Nya, Allah tidak utuskan dari Rom dan Parsi. Kalau dari Parsi, mudah sedikit sebab bangsa itu sudah bertamadun. Sudah tahu membaca dan menulis. Begitu juga kalau dari Rom, ramai ahli falsafah seperti Aristotle, Plato dan lain-lain. Lahir berbagai ideologi di situ. Bahkan ideologi komunis juga lahir sebelum Rasulullah tetapi bersifat falsafah. Ia jadi realiti bila datang Karl Marx pada tahun 1917. Jadi kalau Rasulullah diutuskan kepada bangsa Rom, Rasulullah ambil masa tiga tahun sahaja untuk didik bangsa itu jadi empayar sebab mereka memang cerdik. Tinggal hendak beri iman sahaja. Tapi sengaja Allah utuskan Rasulullah kepada bangsa Arab yang miskin, yang tidak tahu membaca dan suka berperang. Kerana budaya suka berperang, berlaku di dalam satu kabilah kalau ada seseorang hendak pinang anak gadis dalam kabilah itu, syaratnya kena pergi penggal kepala musuh sebagai mas kahwinnya.

Begitulah dahsyatnya bangsa Arab maka Tuhan utuskan Rasulullah. Dalam keadaan begitulah Allah utuskan Rasulullah. Rasulullah ambil masa 23 tahun sahaja. Bukan sahaja mereka jadi berdaulat bahkan jadi empayar, jadi guru kepada dunia hingga Barat pun jadi murid kepada Islam. Barat ambil ilmu dari Islam, diproses, hingga sekarang kita pula belajar darinya. Kita bukan sahaja jadi murid bahkan kena tipu waktu sedang jadi murid. Macamana Rasulullah didik bangsa yang begitu dahsyat? Kalau begitu, marilah kita lihat bagaimana Rasulullah mendidik bangsanya. Marilah kita belajar dari sejarah ini.

Selepas merdeka, umat Islam sudah bertamadun, sudah ada doktor, engineer, penulis tetapi sampai sekarang belum boleh buat apa-apa. Tidak mampu. Begitu lemahnya umat Islam hari ini. Cakap lebih sedikit, kena tekan dengan Amerika. Dia akan beri amaran, “tengok apa jadi pada Iraq.” Malaysia pun sudah ditakut-takutkan.

Allah utus Rasulullah sekitar 22 tahun 2 bulan 22 hari. Untuk senang, orang katakan 23 tahun. Maha bijaksana Tuhan, dengan kaedah-kaedah dari Tuhan, bangsa yang tidak berguna pada dunia boleh jadi empayar. Cerdiknya Rasulullah apply ilmu dari Tuhan untuk bangsanya. Bagaimana? Quran bersifat ilmu. Bukan senang hendak faham. Jadi kita kena lihat praktikal yang Rasulullah buat. Rasulullah berjuang, yang pertama peringkat Mekah, yang kedua peringkat Madinah. Allah turunkan ayat Quran, ada ayat Makkiyah dan ada ayat Madaniyah. Dalam peringkat perjuangan Rasulullah, berpandukan ayat-ayat Makkiyah dan Madaniyah, Rasulullah ambil 13 tahun untuk bangunkan roh manusia, akidah, tanamkan rasa takut dan cintakan Tuhan. Dalam 13 tahun itu belum puasa, tidak dibenarkan jihad dan tidak dibangunkan ekonomi. Bahkan sembahyang yang penting pun hanya diperintahkan setelah 11 tahun Rasulullah jadi Rasul. Sebab apa erti sembah Tuhan kalau rasa bertuhan tidak ada, Tuhan tidak dicintai dan ditakuti. Maka Rasulullah tanamkan rasa bertuhan hingga manusia mabuk dengan Tuhan. Hingga orang-orang kafir melihat mereka seperti orang-orang gila. Mereka anggap Rasulullah sihir Sahabat. Jadi begitu kerana fanatik dengan Rasulullah.

Selepas 13 tahun, Rasululah dipindahkan oleh Allah ke Madinah. Yakni setelah ada kelompok yang benar-benar cinta dan takutkan Tuhan. Bila takut Tuhan, takut hendak buat salah dengan orang lain. Bila cinta Tuhan, otomatik berkasih sayang sesama manusia. Lahir kasih sayang luar biasa. Waktu itu Allah pindahkan Rasulullah ke Madinah. Waktu itu barulah datang hukum halal haram, perintah jihad, perintah bagaimana hendak bangunkan ekonomi, bagaimana hendak berhadapan dengan Yahudi, bagaimana berhadapan dengan orang yang tidak mahu ikut tetapi tidak menentang dan bagaimana hadapi orang yang menentang.

Bila cinta Tuhan, cinta dengan manusia. Bila takut Tuhan, takutlah untuk berbuat salah dengan manusia. Maka lahirlah masyarakat yang luar biasa, bersatu padu, sangat memikirkan orang lain, bertanya-tanya khabar sesama kawan seperjuangan, satu hari tidak bertemu akan tertanya-tanya. Bila ada yang miskin, tidak payah sampaikan ke pihak kerajaan. Masing-masing tahu dan berebut-rebut untuk membantu. Jadilah orang miskin lebih senang dari orang kaya. Contohnya, katalah dalam satu masyarakat kampung, hasil kenal-mengenal, penduduk tahu siapa yang kaya dan siapa yang miskin. Katalah ada seorang yang kaya. Orang tahu dia kaya maka orang tidak fikirkan samada dia makan atau tidak sebab dia kaya. Tapi kalau ada orang miskin, masyarakat kampung tahu, masing-masing beri makanan sehingga banyak makanannya setiap hari. Hinggalah terjadi orang miskin begitu kaya raya dengan rezeki hari itu manakala orang kaya hanya kaya biasa. Di Hari raya, orang miskin dapat baju raya 2,3 pasang.

Macamana Rasulullah tanamkana perasaan itu? Kesan dari tauhid yag benar-benar dihayati. Cintai Tuhan dan kasih sesama manusia.

Itulah contoh yang saya boleh beri. Bangsa Arab itu dari berpecah belah jadi sangat bersatu padu. Dari tidak tahu membaca, boleh membaca dan menulis. Dari ayat Quran itu macam-macam ilmu mereka dapat. Sebab itu gambaran masyarakatnya itulah gambaran masyarakat bertaqwa. Bila bertaqwa, apa janji Tuhan?

“Bilamana penduduk sebuah kampung atau satu kelompok itu benar-benar beriman dan bertaqwa, Kami Tuhan akan datangkan berkat dari langit dan bumi.”

Berkat dalam ekonomi, masyarakat, pendidikan dan lain-lainnya. Tuhan beri berkat. Kalau orang biasa dapat 1, orang bertaqwa dapat 10. 1 orang bertaqwa boleh lawan 10 orang biasa. Kalau berekonomi, orang biasa dapat 1000, orang bertaqwa dapat 10 000.

Dalam 23 tahun, umat Islam berperang sebanyak 74 kali. Setiap kali perang, jumlah musuh lebih ramai dan senjata mereka lebih banyak. Cuma sekali sahaja tentera Islam lebih ramai iaitu waktu perang Hunain tetapi waktu itulah tentera Islam kalah. 73 kali menang. Begitulah yang Allah maksudkan

“Bilamana penduduk sebuah kampung atau satu kelompok itu benar-benar beriman dan bertaqwa, Kami Tuhan akan datangkan berkat dari langit dan bumi.”.

Telah berlaku golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai. Mengapa waktu ramai, tentera Islam kalah? Sebab waktu itu tauhidnya sudah longgar. Waktu mereka sedikit, mereka harap Tuhan backing. Sebab itu menang.

Itu di jazirah Arab. Bila Rasulullah wafat, disambung oleh Khulafa UrRasyidin. Bila bertaqwa, Tuhan lembutkan hati orang untuk menerima. Tidak payah perang. Berlaku perang di sesetengah tempat seperti di Syria dan Iraq. Tetapi kebanyakan negara lain, apabila dengar sahaja tentera Islam hendak datang, mereka kata,“Ahlan wa sahlan. Kami sudah lama tidak tahan dengan kerajaan yang ada. Silalah masuk.” Sahabat datang ke China tanpa perang. Orang tengok dia ambil wudhuk sahaja orang sudah boleh masuk Islam. Itulah taqwa sahabat. Inilah yang kita kena belajar.

Sayidi Abdul Aziz datang ke Melaka, lebih kurang 600 tahun lepas. Sampai di pantai, dia sembahyang. Waktu itu orang Melayu beragama hindu. Rakyat beritahu Sultan maka dia pun datang ke pantai. Sultan dan Sayidi Abdul Aziz, masing-masing tidak tahu bahasa masing-masing. Guna bahasa isyarat. Kerana taqwanya Sayidi Abdul Aziz itu, lahir isyarat maknawi. Secara isyarat pun raja boleh faham lalu masuk Islam. Maka rakyatnya pun masuk Islam. Tanpa perang. Dengan kasih sayang dan kekuatan roh. Mengapa negara-negara Islam seluruh dunia tidak belajar dengan sejarah ini? Mengapa ambil kaedah-kaedah lain? Akhirnya kita terhina sedangkan Islam ada kaedah sendiri.

Kepada bangsa Melayu, nampaknya sudah sampai masa kita belajar dari sejarah agung ini, inilah formula yang Tuhan siapkan untuk umat Islam sepanjang zaman bukannya untuk zaman Rasulullah dan para sahabat semata-mata. Marilah kita ulangi sejarah ini. Moga-moga Melayu akan bangun semula atas nama Allah yang maha esa. Empayar Melayu akan ditunjangi oleh Melayu baru yang kekuatannya adalah hasil dari cinta dan takutkan Tuhan. Dengan cinta dan takutkan Tuhanlah maka barulah bangsa Melayu mampu mengubah sikap sepertimana bangsa Arab di zaman Rasulullah dan mampu membenteras rasuah yang merosakkan bangsa. Apabila Tuhan menjadi sumber rujukannya maka, Tuhanlah yang akan backing orang-orangNya . Moga dengan cara inilah Melayu akan cermelang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.

moga2 Allah memberikan HIDAYAH dan TAWFIQNYA kpd kita semua,..
ameen,.,.

Ahad, Disember 20, 2009

Bagaimana dia mendapatkan Islam,.,.

bismillah,..,.,

NAMA Terry Holdbrooks, mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi. Seluruh dunia mengenali beliau sebaik sahaja kisahnya tersiar dalam majalah Newsweek keluaran Mac lalu.

Kisahnya berjaya menyingkapkan banyak lagi 'kejahatan' yang diciptakan oleh Amerika Syarikat (AS) walaupun atas nama pusat tahanan.

Kem Tahanan Tentera Teluk Guantanamo Cuba diwujudkan bagi menjadi pusat pengumpulan hasil buruan AS dalam gerakan Perang Terhadap Keganasan (War On Terror) setelah pertahanan negara itu diaibkan dengan tragedi 11 September 2001.

Namun kepada Holdbrooks, seluruh hidupnya berubah 360 darjah apabila penjara yang 'wajib' ditutup itu akhirnya menjadi saksi lafaz kalimah syahadah dengan penuh ketulusan hati yang suci bersih untuk menerima Islam.

Tidakkah sebagai pengawal penjara, Holdbrooks bertanggungjawab untuk menyeksa para tahanan yang hampir kesemuanya umat Islam, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya?

Seawal usia 19 tahun, pada musim panas tahun 2003, Holdbrooks melaporkan diri sebagai pengawal di Penjara Guantanamo itu. Usia mudanya diwarnai dengan kegemaran minum arak, mendengar muzik rock dan mencacahkan badan dengan segala macam tatu. Sebabnya, semua itu menjadi sebahagian kehidupan bagi mereka yang tidak mempercayai tuhan seperti anak muda ini!

Hanya setahun selepas itu, beliau menyebabkan banyak pihak terpana kehairanan, sekali gus memenangi hati dan menerima penghormatan daripada para tahanan apabila pada suatu malam yang hening, Holdbrooks memeluk Islam dengan kehadiran salah seorang tahanan yang menjadi mentornya selaku saksi.

Beliau yang kini lebih dikenali sebagai Mustafa Abdullah ketika ditemuramah oleh Newsweek memberikan penampilan yang cukup berbeza. Dengan mengenakan jubah panjang, berkopiah hitam, berjanggut tebal walaupun di bahagian kanan lengannya masih ketara tatu yang bertulis: By Demons Be Driven.

Mustafa yang dilahirkan di Arizona, AS, dibesarkan secara tidak sempurna apabila ibu bapanya berpisah ketika umurnya tujuh tahun.

Datuk dan neneknya yang dahulunya pengikut Hippies mengambil alih tanggungjawab sebagai orang tua kepada Mustafa.

Akibat tidak tahan dihimpit kemiskinan, di samping mempunyai keinginan yang kuat untuk menjenguk dunia yang lebih luas, akhirnya Mustafa menyertai pasukan tentera AS.

Beliau kemudiannya ditempatkan di 253rd Military Police Company bagi membantu kerja-kerja pentadbiran sebelum dihantar bertugas di penjara Guantanamo itu.

Sebelum dihantar ke sana, Mustafa mematuhi arahan mengikuti kursus dua minggu sebagai persediaan penting bagi menghadapi tugas dan suasana di penjara itu.

Kesemua petugas baru tersebut turut dibawa melawat ke tapak Ground Zero dan tidak sedikitpun dijelaskan mengenai Islam.

"Kami juga dikehendaki menyaksikan rakaman video kejadian 11/9 dan dihasut bahawa tahanan-tahanan Guantanamo yang bakal kami hadapi adalah paling teruk.

"Tahanan itu semua terdiri daripada pemandu Osama (ben Laden), tukang masak Osama dan pantang ada peluang semua mereka ini akan membunuh kamu, kata para pegawai tentera kepada kami," kata Mustafa.

Tanpa banyak soal, Mustafa hanya menelan apa sahaja doktrin-doktrin jahat itu. Namun setibanya beliau di penjara itu, pada hari pertama itu sahaja beliau terus dihurung pertanyaan.

"Ini apabila tahanan pertama yang saya temui hanyalah seorang budak berusia 16 tahun. Logikkah dalam usia semuda ini, budak itu dicap sebagai pengganas? Sedangkan budak ini tidak pernah kenal pun laut, malah lebih teruk lagi tidak tahu pun bahawa bumi ini adalah bulat," katanya.

Dalam hatinya Mustafa terus bergumpal dengan pelbagai pertanyaan soal kemungkinan anak itu mengetahui rencana dunia gagasan pemerintah AS bernama War on terror.

Di penjara itu, Mustafa menjalankan tugas-tugas seperti membersihkan kawasan, memungut sampah, memeriksa blok-blok tahanan bagi memastikan para tahanan tidak bertukar-tukar sebarang objek serta membawa tahanan disoal siasat di bangunan lain.

Namun tugas-tugas itu membolehkan Mustafa berbual-bual dengan para tahanan. Beliau pada masa itu tidak membataskan hubungan dengan sesiapa termasuk dengan para tahanan. Namun tidak dinafikan sikap sedemikian menyebabkan ada pihak yang kurang senang.

Beliau mengakui tidak mempunyai rasa hormat terhadap rakan-rakan sejawatan kerana mereka semua adalah kaki botol, kaki rokok, perkauman, terlalu taksub dan berfikiran sempit serta mematuhi segala arahan secara membuta tuli.

"Dalam tempoh beberapa bulan, saya tidak lagi bergaul dengan rakan-rakan setugas sehinggalah pada suatu hari ada yang datang mengugut.

"Holdbrooks, awak tahu apa yang akan kami lakukan hari ini? Kami akan pecahkan kepala seorang Taliban di depan kamu sebab kamu selalu simpati terhadap mereka dan kami sama sekali tidak suka dengan sikap kamu itu," kata seorang rakan sejawat Mustafa.

Di saat para pengawal di situ adalah kaki minum dan suka melihat gambar-gambar porno, Mustafa benar-benar ingin mengetahui bagaimana para tahanan di penjara yang bagai neraka dunia itu mampu bertahan dan sentiasa menghadiahkan senyuman terhadapnya.

"Saya langsung tidak mengenali Islam sehinggalah saya bertugas di penjara Guantanamo. Ia bagaikan satu kejutan budaya. Namun saya ingin belajar banyak perkara dan guru terbaik ketika itu adalah para tahanan itu sendiri.

Seronok

"Ini apabila saya banyak mengetahui mengenai politik, etika, moral dan mengenai kehidupan dan perbezaan budaya serta pelbagai lagi, sehinggakan kami mampu menghabiskan masa berjam-jam lamanya kerana seronok berbincang," kata Mustafa.

Pada mulanya sekadar ingin mengetahui, kini Mustafa menjadikan hari-harinya di penjara itu seperti berada di pusat pengajian dengan sekurang-kurangnya satu jam diperuntukkan untuk mempelajari mengenai Islam. Di samping beliau juga banyak belajar melalui laman sembang di Internet.

Di penjara itu, seorang tahanan yang dikenali sebagai 'Jeneral' yang berasal dari Maghribi, Ahmed Errachidi merupakan mentor kepada Mustafa. Ahmed Errachidi pernah menetap dan bertugas sebagai tukang masak di Britain selama 18 tahun.

'Jeneral' ditahan selama lima tahun di penjara itu hanya kerana beliau dikatakan pernah menjalani latihan ketenteraan Al-Qaeda. (Beliau kemudiannya dibebaskan setelah didapati tidak melakukan kesalahan).

"Saya dan Jeneral akan berbual berjam-jam lamanya, kami berbincang mengenai buku-buku yang dibaca, mengenai muzik, mengenai falsafah dan sehinggalah ke malam untuk kami berbicara mengenai agama pula," kata Mustafa.

Cukup enam bulan berada di penjara itu, Mustafa pada masa itu telah benar-benar bersedia. Pada 29 Disember 2003, dengan kehadiran 'Jeneral', beliau kemudiannya mengulangi dan melafazkan dua kalimah syahadah!

Maka pada tarikh itu mencatatkan seorang tentera AS yang diamanahkan mengawal tahanan yang kebanyakannya Muslim, akhirnya memeluk Islam.

Sejak itu, Mustafa berhenti minum arak, namun sukar baginya untuk menyempurnakan ibadat solat lima kali sehari semalam.

"Adalah sukar untuk saya mengerjakan solat tanpa rakan-rakan sejawat lain mengetahuinya kecuali saya selalu memberikan alasan saya hendak ke bilik air," jelasnya.

Namun hidup sebagai Islam kini lebih jauh menyeksakan Mustafa apabila beliau terus berhadapan dengan situasi-situasi tahanan-tahanan Islam yang diterus diseksa dengan pelbagai jenis dan tahap seksaan oleh para pegawai penjara.

"Telah menjadi tugas saya membawa para tahanan untuk disoal siasat dan menyaksikan sendiri mereka diseksa bagi memperoleh kononnya apa yang dikatakan sebagai maklumat.

"Saya melihat sendiri bagaimana tahanan yang diikat berjam-jam lamanya dengan kedudukan yang menakutkan kita melihatnya dalam sebuah bilik kecil yang sangat panas sehingga mencecah 50 hingga 60 darjah celsius," katanya.

Mustafa benar-benar tidak dapat menerima perbuatan kejam sesama manusia itu. Pada musim panas tahun berikutnya, iaitu pada 2004 Mustafa meninggalkan penjara itu dan dihentikan perkhidmatannya atas alasan menghadapi masalah kecelaruan personaliti yang teruk.

Sayangnya, Mustafa tidak mempunyai kekuatan dalaman bagi menghadapi segala macam yang berlaku ini. Apabila dipecat, beliau tenggelam punca dan tidak dapat menerima hakikat itu.

Beliau kembali kepada ketagihan arak sehingga perkahwinannya hancur dan hidupnya kembali berantakan.

"Semua ini akibat saya masih begitu diganggu mimpi-mimpi ngeri 'kehidupan' di penjara Guantanamo dan saya perlu mengambil masa sehingga tiga tahun lamanya untuk menghilangkan trauma Guantanamo daripada ingatan," katanya.

Kini beliau kembali semula kepada amalan dan ajaran Islam.

"Islam satu ajaran agama yang penuh disiplin, yang rejimennya merupakan satu kepercayaan yang teguh, yang menuntut segala usaha dan keyakinan yang kuat dan semua ini mungkin ditemui dalam dunia ketenteraan tetapi tidak sehebat sebagaimana yang ada dalam Islam," katanya.

sekian..,.,
moga2 mEndapat tawfiq dan hidayahNya.,.,
wassalam.,.,

Sabtu, Disember 19, 2009

aku ingin kembali~

Bismillah.


setiakah laungan fisabilillah mu..??!
atau kau sekadar ikutkan teman..?
jujurkah sahutan perjuangan mu..??!
atau kau mahukan 'title' sorg pejuang..?
ikhlaskah pengorbanan jiwa mu..??!
atau kau mengharapkan sanjungan..?
di jalan Rabb mu kah kamu..??!


bisikan akal yg dijawab iman..
merentap segenap inci tubuh..
siapakah aku sebenarnya..??
hamba kah aku..?
sedang fitrah hamba itu taat..
tapi aku..?

'tidakkah kau MUNAFIK di jalan Rabb mu..??'
'laranganNya kau lakukan,betul..??'
'suruhanNya kau pilih-pilih,betul..??'
'sunnah kekasihnya kau abaikn,betul..??'

'dan kini kau megah menggelar dirimu hamba..??'
'dan kini kau megah menggelar diri mu daie..??
'layakkah engkau..??!' 'layakkah engkau..??!'


diri mula rebah menyembah..
tiada lagi berdaya melangkah..
layak si tua di baluti usia muda..
ketar bibir mengucapkan dakwah..
lemah lutut ber'title'kn munafik..

aku di medan itu,namun aku kaku..
aku di medan itu,namun aku kelu..
seakan pasrah ditujah segala..
seakan hilang laungan lalu..
pasti mereka kecewa dengan ku..
pasti Dia lebih benci melihat diriku..

pandangan ku kabur..
sekabur jalanMu yg ku abaikn..
perit jiwa ku tahan..
bertemankan titisan pilu..
ku renung ia dari kejauhan..


Ya Allah,Kau yang Maha Tahu..
perasaan ini terlalu mencengkam..
sedang aku makin layu..
Kau Yang Maha Tahu..
aku terlalu ingin kembali..
aku terlalu ingin kembali..
membawa diri hina ini jauh pergi..

biarlah ku sucikan dahulu karat jiwaku..
izinkan ku gilap kembali semangat juang ku..
sebelum ku layak melangkah di medan itu..
medan yang terlalu mulia buat insan semacam aku..Kau mudahkahlah Ya Allah..andai ada hayat ku..
Ku pohon padaMu Ya Allah..


penulis asal: ukht naj


taubah-mode activated~


waAllahua'lam.

Khamis, Disember 17, 2009

Maal Hijrah: Suntikan untuk Keunggulan Ummah

Oleh :
Panel Penulis JAKIM



Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral.



Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam mengimbau kembali peristiwa tersebut, Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:


'Dan berpegang teguhlah kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'

(Ali ‘Imran:103)


Ayat tersebut antara lain menjelaskan bahawa keadaan manusia yang hampir-hampir rosak binasa dan akan menerima akibat yang lebih buruk di akhirat telah diselamatkan menerusi pengutusan rasul untuk memandu mereka ke jalan yang benar dan akhirnya mereka terselamat.


Bagi mengubah masyarakat supaya berada dalam keadaan selamat, Rasulullah s.a.w telah berhempas pulas mengorbankan segala apa yang ada dan ini diikuti pula oleh sahabat-sahabat baginda yang setia. Dalam tempoh 23 tahun, usaha tersebut dicurahkan oleh baginda dan akhirnya mencapai matlamat iaitu berjaya mengubah dan menyelamatkan masyarakat dunia dari kehancuran dan kerosakan.


Dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w membuat perbandingan tentang usahanya itu yang bermaksud:


"Antara aku dan kamu diumpamakan seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Maka datanglah segala unggas dan binatang-binatang kecil yang berterbangan lalu jatuh ke dalamnya, sedangkan lelaki itu berusaha untuk menahan benda-benda tersebut dari jatuh ke dalamnya. Aku memegang dengan kuat ikatan pinggang kamu supaya tidak jatuh ke dalam api, sedangkan kamu terlepas dari peganganku."

Hadith ini menggambarkan keadaan manusia yang menuju kepada kebinasaan sedangkan mereka tidak mengetahuinya. Manakala Rasulullah s.a.w pula berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka agar terlepas dari kebinasaan itu. Akhirnya masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab telah dapat mencabar kuasa dunia iaitu Rom dan Farsi seterusnya muncul selepas itu sebagai sebuah masyarakat yang mengambil alih kuasa dunia.


Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a berjaya mengubah masyarakat dari sudut kepercayaan, sikap, moral, cara berfikir dan segala-galanya, termasuk perubahan pengorbanan daripada tertumpu kepada sesama manusia kepada tertumpu kepada Allah. Masyarakat manusia berjaya dipindahkan dari dua keadaan yang perbezaannya sangat jauh.


Dalam menyusuri perkembangan sejarah, selepas kejayaan kali pertama maka masyarakat Islam mengharungi jatuh bangun dalam pentas pergolakan dunia dan ia berkait rapat dengan komitmen mereka terhadap agama Islam yang suci. Era kemalapan umat Islam kali terakhir berlaku pada awal abad ke-20. Sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, masyarakat Islam semakin terumbang-ambing di gelanggang dunia. Kini masyarakat Islam masuk ke era kelemahan dan keruntuhan yang menyeluruh. Masyarakat Islam yang berpecah-pecah berdasarkan kawasan dan negara, menjadi sebuah masyarakat yang sentiasa dicabar dan dihina di mana-mana. Menjelang abad ke-21, masyarakat Islam diganyang di merata-rata seperti di Yugoslavia, Iraq, Palestin, Kosovo dan di seluruh pelosok dunia. Apa yang berlaku sekarang jelas sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud:


"Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati."


Hadith ini jelas menunjukkan bahawa sampai suatu masa orang-orang Islam samalah seperti satu hidangan yang dikelilingi oleh sekumpulan orang yang lapar lagi gelojoh makan. Tiada sedikitpun perasaan bimbang dalam hati orang bukan Islam untuk melakukan apa sahaja yang disukai terhadap orang-orang Islam kerana mereka sangat lemah.


Ada bermacam-macam jawapan apabila ditanya sebab kelemahan masyarakat Islam sekarang. Ada yang berpendapat ia berpunca dari kelemahan politik dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam. Ada yang berpendapat kerana kelemahan ekonomi, kelemahan pendidikan dan pencapaian ilmu ataupun kerana kelemahan dalam pencapaian sains dan teknologi. Ada yang memberikan alasan kerana kelemahan iman atau kerana tidak mengikut arahan agama dan bermacam-macam lagi.


Namun berdasarkan hadith itu tadi, jelas menunjukkan bahawa sebab kelemahan masyarakat Islam ialah hilangnya semangat berkorban dari dalam diri mereka. Umat Islam sudah tidak sanggup berkorban untuk tidak cintakan dunia atau berkorban untuk tidak takut mati. Mereka cintakan dunia sehingga sanggup memilihnya dengan membelakangkan kepentingan agama. Mereka juga takutkan mati apabila dituntut oleh agama bangun memperjuangkan sesuatu kebenaran. Inilah sifat-sifat negatif yang menjangkiti umat Islam.


Roh Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.





Masyarakat Islam kini agak jauh terpesong dari landasan agamanya. Sebagai contoh, sungguhpun agama menuntut agar umatnya menuntut ilmu, tetapi kenyataan yang ada, sehingga kini sebahagian besar masyarakat Islam adalah buta huruf. Islam juga menuntut umatnya bersatu padu. Namun realiti masa kini umat Islamlah yang paling ramai berpecah belah. Demikianlah juga, Islam menuntut umatnya supaya rajin, berdisiplin dan menjaga masa tetapi orang Islamlah yang kurang berusaha, tidak berperaturan dan suka membuang masa.


Jika dilihat kepada dasar-dasar ajaran Islam itu sendiri, peluang orang Islam untuk maju dan mulia dalam dunia masa kini amatlah cerah. Ini kerana orang Islam mempunyai aset yang mencukupi dalam rangka untuk menempah kemajuan iaitu dorongan dari ajaran Islam dan aset material.


Aset galakan dan dorongan agama ini dapat dilihat dengan jelas di mana Islam sangat mementingkan ilmu dan mewajibkan ke atas setiap umatnya menuntut ilmu. Agama juga menuntut orang Islam sentiasa membina kekuatan dan kemuliaan. Kewajipan ini mendorong kuat umat Islam berusaha mencapai kekuatan dan kemuliaan pada setiap masa dan ketika. Ajaran Islam juga sangat mementingkan pegangan hidup yang mantap dan akhlak mulia. Islam juga mewajipkan umatnya menjalankan aktiviti kehidupan dengan bersih, ikhlas dan amanah.


Oleh itu, galakan-galakan seperti ini sangat penting dan menjadi modal yang besar kepada masyarakat Islam dalam mengembalikan keagungan dan kegemilangan zaman emas umat Islam.


Di samping itu, umat Islam memiliki aset material yang besar dan utama yang tidak dimiliki oleh kuasa kuffar. Petroleum, gas asli, bahan galian, sumber air, hasil hutan, bahan makanan, bilangan penganut dan banyak lagi adalah sumber kekuatan umat yang sentiasa menjadi bahan rebutan dan eksploitasi oleh golongan kuffar. Dengan adanya aset-aset tersebut dan manfaat secukupnya maka tidak mustahil masyarakat Islam menjadi satu masyarakat yang kuat dan maju sebagaimana yang pernah ditempa pada suatu ketika dahulu.


Perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Mekah ke Habsyah, merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Untuk terus maju dan mencapai kemuliaan, masyarakat Islam tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya menyerah kepada takdir. Umat Islam dahulu telah berjihad secara habis-habisan, maka sebab itulah mereka berjaya meletakkan Islam di tempat yang mulia dan sepatutnya. Kini giliran kita memberi sumbangan kepada agama yang suci ini agar ia terus berkembang dan dihormati. Sesungguhnya bumi ini dan segala apa yang ada padanya adalah hak kepunyaan umat Islam. Di tangan orang Islamlah selayaknya ia harus ditadbirkan. Firman Allah s.w.t yang maksudnya:


"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz, bahawasanya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh"

(al-Anbiya’:105)


Ayat tersebut menjelaskan kepada orang Islam tentang hak mereka mewarisi pentadbiran bumi ini, tetapi dengan syarat bahawa mereka terdiri dari golongan orang-orang yang soleh. Jika syarat tersebut luput, maka mereka tidak berhak apatah lagi layak mendapatkannya.


Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan, maka umat Islam perlu melihat hijrah dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul.


Perubahan ke arah kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam adalah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga jelas adalah umat yang agung dan mulia. Namun ia hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Masyarakat Islam juga wajib memahami bahawa segala ilmu yang baik dan berfaedah kepada manusia adalah termasuk ke dalam ilmu yang disukai dan dituntut oleh Islam. Oleh itu, menuntut ilmu yang bermanfaat adalah satu kewajipan dan dikira berdosa mereka yang mengabaikannya. Masyarakat juga perlu memahami bahawa mereka merupakan pewaris yang sah kepada kepimpinan bumi ini. Tanpa pertunjuk dan panduan hidup dari Allah Tuhan semesta alam, mustahil kaum lain yang mensyirikkan Allah s.w.t layak mentadbir bumi yang diciptakan-Nya.


Di samping kefahaman, beberapa gerak kerja juga harus diatur oleh masyarakat Islam untuk tujuan kemajuan dan kemuliaan Islam iaitu menceburkan diri dalam pelbagai kajian dan penemuan dengan lebih kuat daripada masyarakat lain, asalkan ianya berfaedah dan tidak bercanggah dengan batas-batas syarak. Masyarakat Islam juga perlu bergerak dan bekerja secara terbuka tanpa terikat dengan kongkongan pemikiran yang sempit dan merugikan. Dan juga perlu menghidupkan dan menghayati semangat jihad iaitu bersungguh-sungguh dan berkorban dalam mencapai cita-cita murni yang bertepatan dengan Islam. Umat Islam tidak dapat tidak mesti memperkukuhkan tonggak kekuatan yang terdiri dari kekuatan akidah, fizikal dan material. Mereka juga perlu mempertingkatkan usaha melahirkan masyarakat yang soleh dan seimbang dari segi rohani dan jasmani kerana ia menjadi syarat mewarisi teraju kepimpinan bumi ini.


Masyarakat Islam yang kian pudar dan kian hilang kekuatan tidak boleh dibiarkan terus berada dalam keadaan seperti ini. Masyarakat Islam pada hakikatnya mempunyai aset dan sumber kekuatan yang perlu digerakkan dan dimanfaatkan demi kemajuan dan kemuliaan umat. Kita mampu berbuat demikian jika kita mahu kerana bekalan sudah tersedia. Jika generasi awal umat Islam boleh melakukannya maka mengapa kita tidak boleh. Sesungguhnya Ma’al Hijrah merupakan titik tolak yang paling sesuai ke arah itu.




Selasa, Disember 15, 2009

aku ingin mencintai-MU

Mungkin kali ini merupakan ikhtiar terakhir usaha pihak Quraisy untuk menghentikan dakwah Rasullullah SAW. Pelbagai usaha telah mereka cuba, namun umat Islam tetap bertahan. Walau di desak, di ejek, dan di seksa sedahsyat mana sekalipun, mereka masih tetap mempertahankan iman. Maka, pada hari itu, dengan perantaraan bapa saudara Rasullullah SAW, pembesar terhormat dari suku kaum bani hasyim, mereka berunding.

“Muhammad, tinggalkanlah apa yang kau bawa. Sekiranya kau mahukan kekayaan, kami akan beri dengan sebanyaknya. Jika kau ingin kuasa, kami akan tabalkan kau jadi ketua kami..”
Abu Jahal menawarkan tawaran kepada Rasullullah SAW, menyangka bahawa tawaran sebegitu bisa memalingkan hati Rasulullah SAW dari terus berdakwah.
“ Baiklah, wahai Abu Jahal mahukah kau jika aku ajarkan padamu suatu kalimah yang dengannya kamu bakal menguasai seluruh tanah arab seluruh pelusuk dunia?.”
Mata utusan Quraisy mula bersinar-sinar bila mendengar kata balas dari Rasulullah SAW. Memang lumrah seorang pembesar, yang ada dimata hanyalah kuasa, pangkat dan harta!
“ Ucapkanlah…La ilaha Ilallah. Muhammad urrasulullah. “
Tenang rasullullah SAW menuturkan kalimah haq itu.

Air muka Abu Jahal dan pembesar-pembesar Quraisy di situ berubah terus menjadi merah padam. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia membunuh Muhammad ketika itu juga.

“ Muhammad! Jika kalimah inilah yang engkau maksudkan, kau bukan sahaja menempah padah dari suku arab, malah dari seluruh pelusuk dunia!”

Ada apa dengan dua kalimah itu sehingga Abu Jahal rasa tergugat sebegitu rupa?


***
Masih terngiang-ngiang saat Kak Asma’ menyelitkan kisah yang sudah berlaku lebih 1400 tahun yang lalu di Autumn Gathering minggu lepas. Sgalanya bagai masih basah dalam ingatan. Kehairanan tatkala membayangkan Abu Jahal yang kafir itu begitu takut dengan kalimah dua syahadah yang bagi kita selama ini hanyalah kalimah yang terkandung perkataan Allah sebagai Tuhan. Dan Muhammad sebagai rasul. Cukup.
“ Kerana Abu Jahal itu sudah terlalu fahamlah dia menolak sekeras-kerasnya kalimah syahadah itu…” , ujar Kak Asma’ lagi.
Entahlah,sebelum ini, selama lebih 20 tahun menghirup nafas, hidup dipayungi atmosfera Allah, tidak aku persoalkan, tidak aku cuba fahami kenapa syahadah itu membawa pengertian yang amat besar sekali. Pentingnya kalimah ini sehingga menjadi rukun pertama dalam rukun Islam. Melebihi tuntutan solat dan dan syariat yang lain. Rupa-rupanya syahadah itu tidak aku fahami, tidak aku rasai, dan tidak berbekas dalam hati.
“ Lailahaillah…maksudnya penafian atas segala sembahan selain Allah..”.
Ya, mungkin yang terbayang di kepala untuk menjadi ‘islam’, hanya perlu mengucapkan dua kalimah syahadah dan tidak menyembah atau dalam erti kata lain tidak sujud dan tunduk kepada ‘berhala’. Wah, mungkin berhala itu ‘valid’ sebagai sembahan untuk orang kafir pada zaman itu sahaja.
“ Jangan lupa, orang Arab tu sebenarnya sudah tahu yang Allah itu Tuhan. Tetapi ada satu perkara yang mereka tidak buat, kerana, jika mereka percaya dan meyakini perkara itu,mereka takut terputus mata pencarian “, Kak Asma’ menyambung pengisian. Aku terus berkedip-kedip mata. Ku lihat ketika itu, teman-teman yang lain seperti Ros dan Deena juga sama sepertiku. Tidak sabar mahu mendengar butir bicara seterusnya dari Kak Asma’. Walaupun hanya dua baris syahadah yang sudah lama kita ucapkan, namun bagai sekarang baru mengenalinya.
“ Sembahan itu besar maknanya. Menurut Abul A’ala Al-Maududi, sembahan itu membawa pengertian sebagai benda yang bila dengannya kita menjadi tenang. Dengannya kita menyandarkan perlindungan, selalu rindu dan terkenang-kenangkannya dan selalu bangat terkenangkannya ..”
Alahai, bagai merindu seorang kekasih pula. Maka dengan makna sembahan yang inilah membuatkan Abu Jahal dan pembesar lain juga menolak dengan sekeras-kerasnya syahadah. Walaupun mereka sangat-sangat faham, lebih faham dari kita!
Tanpa sedar, kenanganku yang telah luput dari hidupku, bagai berputar-putar kembali dalam ingatan. Bermain bagai layar di panggung wayang.
***
Umur aku ketika itu masih muda, muda remaja. 18 tahun ketika itu. Saat dimana darah muda hangat mengalir dalam tubuh. Saat kawan adalah segalanya, bukan keluarga. Saat di mana diri mengharap di kasihi seorang insan bukan sejenis bernama lelaki. Mengikat hubungan yang dinamakan cinta bersamanya.
Cinta yang aku faham ketika itu tiada lain hanya cinta untuk sang kumbang. Belajar cinta dari televisyen, dari novel-novel, dari masyarakat sekeliling. Maka ketika itu aku menterjemahkan cinta mengikut tafsiranku sendiri. Hari-hari bergelumang dengan kata indah, hati yang selalu berbunga-bunga, bak kata nenek moyang, ‘makan tak kenyang, mandi tak basah’.
Hari-hari yang aku lalui bagai suatu keasyikan. Yang ada di mata, dalam pandangan setiap masa hanyalah dia, insane yang aku cinta.
Tetapi Allah itu Maha Penyayang. Allah tarik aku yang ketika itu menjadikan sang kumbang itu Ilah dalam hidup aku ketika itu.
Dua tahun berlalu, dua tahun juga aku mengikat cinta dengannya. Takdir Allah mendahului, dia pergi meninggalkan aku dan dunia buat selamanya akibat penyakit barah hati. Sedihnya tidak tergambar dek perasaan masa itu. Kolam air mata sudah kering, tidak mampu kutumpahkan air mata lagi.
Allah lah sebaik-baik perancang, aku mendapat tawaran belajar ke Negara Matahari Terbit. Sepatutnya aku pergi dengan gembira, dengan rasa bersyukur kerna terpilih dari sejumlah orang lain yang mendambakan peluang belajar sebegitu. Entah mengapa, sejak kehilangan dia..aku rasakan hidup aku bagai tidak bermakna.
***
Tanpa sedar, ada butir halus mengalir. Lama sungguh aku melayar lamunan. Teman-teman lain masih khusyuk mendengar pengisian di hadapan. Aku kesa air mata yang tumpah itu dengan hujung tudung. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu ada yang perasan.
Air mata yang gugur, bukan lagi sedih dengan kehilangannya. Tapi aku menyesal dan sedih bila aku kenang saat itu. Sejak Kak Asma menerangkan makna Illah dalam kalimah syahadah itu, baru aku faham maksud yang sebenarnya.
“ Astaghfirullah, rupa-rupanya selama ini aku menjadikan dia sebagai Ilah menggantikanMu, ya Rab. Di mana ketika itu aku lupa padaMu. Yang memberi aku nafas, yang memberi aku segala macam nikmat. Tapi aku buta, aku tenggelam dalam nafsu. Menjadikan cintaku pada manusia melebihi cintaku padaMu. Malah zalimnya aku tanpa sedar menjadikan dia sebagai Ilahku”, aku bermonolog sendiri.
Bibirku tidak henti-henti mengucapkan tasbih dan tahmid kepada Allah yang menyelamatkan aku dari menjadi hamba cinta manusia. Yang sepatutnya aku salurkan seluruh cinta, seluruh pengharapan, seluruh pengabdianku kepada Allah.
“ Macam-macam Ilah tu boleh di tafsirkan dalam kehidupan kita. Contohnya jika ada yang terlalu asyik belajar sehingga menombor duakan Allah, maka belajar itu menjadi sembahannya. Bagi yang sibuk bekerja, menepikan hak kepada Allah, maka jaga-jaga, kerja itu juga adalah sembahannya. Dan bagi adik2 dan kawan2, begitu juga cinta kita pada makhluk. Jika melebihi, dan menghalang kita dari mencintai Allah, itulah yang menjadi Illah kita. Nauzubillah..”
Tidak semena-mena, hatiku terasa di jentik. Titisan jernih mengalir. Aku tertunduk, mendiamkan diri.
***
“ Akak nampak, awak menangis masa Kak Asma’ beri pengisian tadi. Kenapa, ada apa-apa yang tidak kena ke?”, Kak Nawfal merapati aku dan nada suaranya rendah bagai berbisik padaku. Aku membalasnya dengan senyuman, tanpa sebarang kata. Pantas tanganku mencapai seketul shirome fry dengan sepit dan menghidangkannya dalam piring kecil atas dulang. Salad, hirisan timun, beberapa tomato kecil bersama dengan goma-dressing nampak begitu menyelerakan. Aku memberi isyarat pada Kak Nawfal untuk duduk semeja denganku. Ada sesuatu ingin ku sampaikan.
“ Kak, pertama sekali, terima kasih sangat-sangat. Akak ajak saya ke program Autumn Gathering di Nigata ini. Saya dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama saya tak jumpa. Saya dapat berkenalan dengan kakak-kakak dan teman-teman lain. Saya rasa tenang sangat bila ada dalam suasana sebegini..”
Kak Nawfal memandang dengan pandangan yang menyejukkan hati. MasyaAllah.
“ Berterima kasihlah pada Allah yang mengerakkan hati, yang membawa langkah awak ke sini. Bayangkan, dalam berapa ratus ribu orang yang sebaya awak di Malaysia, awak yang terpilih untuk belajar ke Negara Matahari Terbit ini. Dan dalam ribuan mereka disini, awak yang Allah pilih untuk ke Autumn Gathering. Alhamdulillah.. “, Kak Nawfal mengalihkan rasa terima kasihku kepada Allah. Dia merendahkan hati , mengingatkanku bahawa yang datang itu semua dari Allah.
“ Baru saya tersedar, kak. Ilah saya selama ini bukan Allah. Mungkin secara pandangan luar saya belum pernah tinggalkan solat, saya baca al-Quran. Tetapi dahulu dalam hati saya penuh dengan ingatan dan kasih saya pada makhluk. Bila saya dengar maksud sembahan yang sebenarnya tadi, saya rasa amat takut. “, ada sedikit getar dalam nada suaraku. Kak Nawfal sebenarnya sudah aku beritahu tentang kisah silamku.
“ Tak mengapa, Allah itu sangat sayangkan awak. Sebab itu Allah takdirkan untuk awak kehilangan dia. Sebab Allah cemburu lihat awak terlalu cintakan makhluk. Sedang Allah itu setiap saat sangat menantikan hambaNya untuk mengingatinya. .“, kata-kata Kak Nawfal bagai air sejuk yang menyejukkan tekak yang kehausan. Aku tersenyum lebar.
“ Kak, pimpin saya kak. Pimpin saya pada jalan Allah. Saya berazam nak menyembah Allah. Tak nak dah Ilah lain dalam jiwa saya. Saya nak perbaiki diri”, usai aku menyatakan hasratku, Kak Nawfal menggenggam erat tanganku.
“ InsyaAllah, sama-sama kita baiki diri kita. Kalau awak tak keberatan, akak ajak awak untuk turut serta dalam liqa’. Kawan-kawan sebaya awak pun ada. InsyaAllah, dari situ kita sama-sama didik diri untuk menjadi individu muslim yang lebih baik”. Aku tersenyum, senyumku menguntumkan harapan.
***
Hari ini merupakan hari terakhir setelah 3 hari berprogram di Niigata. Terasa terlalu berat hati ini untuk melangkah pergi untuk berpisah. Bagaimana hati yang baru berjumpa, boleh terus menyulam cinta. Belumpun berpisah, rindu sudah datang menerpa. Inilah keindahan ukhuwwah.
Kami membentuk sebuah bulatan, tangan teman-teman di kiri dan kanan aku rangkul erat-erat, tidak mahu lepas. Sama-sama mengalunkan lagu ‘Aku ingin MencintaiMu’ nyanyian Edcoustic. Irama lagu kami nyanyikan dengan sangat harmoni.
Dan air mataku, tumpah untuk kesekian kali..
Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan

Berulang kali
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU
setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatimu-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi……


Keterikatan hati, yang dipateri dengan sedar bahawa penyaksian dalam dua kalimah itu harus di tunaikan. Dalam kesedaran, mahu memimpin ummah kembali kepada Ilah sebenar, cinta dan ukhuwwah adalah penguat. Mana lagi kalau bukan menagih cinta dari teman seperjuangan, yang bakal menemani , yang akan menopang jika hampir tersungkur di tengah jalan.
Teman-teman, tidak sabar rasanya mahu kembali bertemu. Aku sudah membenih cinta dan rindu, moga ketemunya kita di Fuyu Gathering Nagano nanti, Allah sudah sebati menjadi Ilah dalam jiwa kita .
***
Yang mengaku beriman itu, bila lagi mahu menyungkur sujud menyerah diri dengan sepenuh hati. ?
Allah sebagai Ilah. Tapi berapa ramai yang menidakkannya. Jika aku pernah meng’ilah’kan seorang manusia atas dasar cinta nafsu yang rapuh, bagaimana pula yang lainnya. Betapa setiap saat adakah kita, yang mengucapkan dua kalimah suci dalam rakaat terakhir setiap solat, sudah menunaikannya?
Pergantungan hanya pada Allah,
Rindu..rindukan Allah.
Tenang jiwa, hanya dengan mengingati Allah.
Namun, entah berapa ramai, sedang aku sendiri yang mendustakan.
“ Nikmat Tuhanmu yang mana lagikah mahu engkau dustakan?” , berulang-ulang di sebut dalam surah Ar-Rahman.
Aku mahu hanya Allah sebagai Ilahku. Bukan sembahan harta, bukan sembahan manusia, bukan sembahan hiburan dunia.

Lailaha Ilallah. Muhammadur Rasulullah.

dan air mataku tumpah, dan tumpah lagi..


waAllahua'lam.