Rabu, Julai 27, 2011


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat

Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku

Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Sabtu, Julai 23, 2011

61 - Kisah lucu Juha Al-Kufi



Kisah 1
Pada suatu hari, Abu Bakar Al-Kalbi pergi ke Kufah untuk menemui seorang Hakim. Sebaik sampai di sana, dia berjumpa seorang lelaki yang sedang duduk berjemur di bawah panas matahari.

“Wahai tuan, di manakah rumah tuan hakim?” tanya Abu Bakar Al-Kalbi kepadanya.

“Di belakangmu,” jawab lelaki itu.

Abu Bakar berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah yang dimaksudkan.

Tiba-tiba lelaki itu menegur, “Subhanallah, mengapa engkau berpatah balik ke belakang?”

“Tuan kata di belakangmu, jadi saya berpatah balik ke belakanglah,” jawab Abu Bakar dengan jujur.

“Dengarlah kataku ini wahai saudara. Ikramah meriwayatkan kepadaku dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah iaitu surah Al-Kahfi, ayat 79 yang bererti, ‘Kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil setiap perahu dengan paksa.’ Ikramah berkata, di belakang mereka maksudnya di hadapan mereka,” kata lelai itu. Barulah Abu Bakar Al-Kalbi faham rumah tuan hakim yang dicari ada didepannya.

“Subhanallah” kata Abu Bakar kerana kagum. Kemudian dia bertanya, “Tuan ini siapa?”

“Abul Ghusn,” jawabnya.

“Nama yang sebenar?” tanya Abu Bakar lagi.

“Juha,” jawabnya.


Kisah 2
Abu Hasan menceritakan kisah seorang lelaki yang mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.

“Aku dengar suara pekikan di rumah tuan, apakah yang berlaku?” tanya lelaki itu kepada Juha.

“Jubahku jatuh dari atas rumah,” jawab Juha.

“Err...jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?”

“Engkau ini bodoh. Jika kau sedang memakai jubah dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersama?” kata Juha.


Kisah 3
Pada suatu hari, seorang jiran Juha meninggal dunia dan dia bertanggungjawab ke atas majlis pengkebumian. Lalu, dia menemui seorang penggali kubur bagi menyuruhnya menggali sebuah kubur.

Tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan penggali kubur itu berkaitan upah menggalinya. Tukang gali itu meminta upah sekurang-kurangnya lima dirham dan jika tidak, dia tidak mahu menggali.

Juha tidak setuju bayaran sebanyak itu. Tiba-tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa papan dengan harga dua dirham dan dibawanya ke kawasan perkuburan.

Orang ramai yang melihat bertanya kepadanya, “Apa yang ingin dibuat dengan kayu itu?”

Juha menjawab, “Si penggali kubur tidak mahu menggali jika dibayar sekurang-kurangnya lima dirham. Aku membeli papan ini dengan harga dua dirham saja. Aku akan tutup saja mayat jiranku dengan papan ini. Kemudian, aku akan meletakkannya di atas tanah perkuburan. Aku masih untung tiga dirham.”

Kemudian dia menyambung, “Di samping itu, si mayat tidak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur.”

Selasa, Julai 12, 2011

Jemput hadir ke Ceramah Habib Ali dan Ustaz Azhar di SMKA Kuala Lumpur

insyaallah pada hari ini(12 Julai 2011,Selasa) SMKAKL telah menjemput  ulama terkenal iaitu Habib Ali dan Ustaz Azhar utk memberi ceramah.. ceramah dr ulama'2 ini akan b'mula pada jam 7 mlm ini ..b'tempat di dewan Sri Bestari SMKAKL..jd kpd pengikut blog BADAR SMKAKL dan sesiapa shj yg m'punyai msa lpang pd mlm ini dijemput utk turut m'hadirkan diri ke majlis ilmu ini dan b'sama2 memeriahkan majlis ilmu ini ..=) semua dijemput hadir ^__^

Sabtu, Julai 09, 2011

Kenapa aku pilih untuk ditarbiah ?

Kenapa selama ini kita memilih untuk ditarbiyyah ?
Ya, kerana tarbiyyah Islamiyyah ini mampu mengubah diri kita.
Ya, kerana pilihan untuk memilihnya terletak dalam tangan kita.

Kita membenarkan jiwa kita untuk mencintai tarbiyyah.

Kita persembahkan diri kita kepada dunia gaya seorang manusia yang ditarbiyyah.

Namun, adakah kita pernah menyukat setakat mana kita bersedia untuk ditarbiyyah ?

Bersedia dari segi masa.
Bersedia dari segi keupayaan diri.
Bersedia dari segi hati.
Bersedia dari segi semangat.

Pada saya, sejujurnya, masa tidak akan menunggu kita kerana masa adalah makhluk Allah yang juga ‘hidup’, akan berjalan terus-menerus. Manusia pula, masih menangguh masanya untuk berubah.

Terasa berat akan nilainya suatu perubahan.
Terasa sukar akan perubahan yang ingin dilakukan.

Namun, saya menyebut juga faktor masa di atas.
Tetapi saya tetap menyalahkan manusia, bukan masa.
Hak masa itu terletak kepada manusia kerana manusia yang lebih tahu bagaimana cara yang sebetulnya untuk menggunakan masa.

Masa itu akan jadi tidak berguna sekiranya kita menangguh masa untuk berubah atau menerima tarbiyyah Islamiyyah yang sememangnya banyak di sekeliling kita.

Jangan pernah kata tiada, sebaliknya anda yang sebenarnya hanya sibuk mengatakan, ‘ Aku tidak mahu.’

Tiada istilah ‘ Aku tak dapat hidayah lagi.’
Hanya malas atau rajin bagi mereka yang berusaha mencarinya.

Kerana itu saya menyenaraikan faktor keupayaan diri dalam persediaan menghadapi tarbiyyah.
Keenakan tarbiyyah hanya dapat dinikmati oleh orang yang benar-benar rajin dan bersedia ke arahnya.
Kebersamaan dalam tarbiyyah sehingga akhir hayat mampu bertahan sehingga akhirnya, bukan hanya kerana hati yang faham, tetapi memerlukan juga keupayaan diri yang maksimum.

Keupayaan diri yang bagaimana saya maksudkan ?
Keupayaan diri untuk menerima tarbiyyah.
Tidak kiralah ada kalanya kita rasa puas hati atau tidak, tetap akan kita jalankan.
Tidak kiralah anda sesibuk mana sekalipun, tugas-tugas dakwah dan tarbiyyah tidak akan diperlekehkan.
Tidak kiralah ada orang atau tidak di sekeliling kita, akan tetap berupaya untuk membawa dakwah dan tarbiyyah.

Dekad ini, mempamerkan kepada kita banyak wasilah untuk kita lebih senang mencapai tarbiyyah.
Pilihlah.
Pilihlah untuk menyelamatkan diri anda.
Pilih wasilah yang lebih jelas matlamatnya.
Pilih wasilah yang meletakkan Islam di puncak.
Pilih wasilah yang menggunakan Al-Quran dan sunnah sebagai panduannya.

‘ Mengapa keberadaan aku adalah dalam jemaah ini ? ’

Jika ada orang lain yang bertanya kepada saya, percayalah jawapan ini juga yang akan saya berikan.
Dan kepada wasilah-wasilah lain, yang turut berjuang mempertahankan dakwah dan tarbiyyah ini, saya hanya bersikap lapang dada.

Kita saling menampung kekurangan, manfaat kehebatan.

Tarbiyyah bukan segala-galanya , tetapi segala-galanya dimulai dengan tarbiyyah.

Malu benar untuk mengaku bahawa kini baru benar-benar saya faham akan istilah ini.

Tarbiyyah ini menjadi satu latih tubi untuk kita bergerak.
Tarbiyyah menjadi satu alat untuk kita boleh digunapakai dalam sesebuah jemaah.
Tarbiyyah menjadi satu landasan yang lebih kukuh untuk kita mengejar syurga-Nya.

Semestinya, fitrah manusia pada asalnya adalah Islam.
Namun demikian selepas lahirnya ke dunia, akan dicorakkan oleh ibu bapa mereka.

Mengapa masih perlukan tarbiyyah ?
Kerana kita hidup di dunia, bukan di syurga.

Dunia yang penuh dengan tipu daya.
Kecerahan yang sebenarnya memalapkan jiwa.
Menjanjikan pelbagai jenis impian-impian palsu.

Fitrah yang suci itu perlu dibangunkan, dan alat penjagaannya adalah tarbiyyah.

Tarbiyyah kita adalah tarbiyyah rabbaniyyah.
Tarbiyyah yang membina seorang rijal.
Seekor kuda yang boleh ditunggang ke mana jua untuk dakwah.

Tarbiyyah kita bukan melahirkan manusia yang baik sendiri-sendiri.
Tarbiyyah kita bukan melahirkan manusia yang pasif.
Tarbiyyah kita bukan melahirkan manusia yang berfikiran singkat.

Jika anda masih mempunyai ciri-ciri di atas, jelaslah anda tidak menikmati tarbiyyah itu sepuasnya.

Pernah saya mendengar satu cerita dari seorang ustaz yang sangat saya kagumi.
Katanya ketika mengerjakan umrah, dia membaca Al-Ma’thurat di hadapan kaabah.
Ketika itu ada seorang akh menegurnya,

‘ Anta ikhwan ? ’

Terharu benar saya mendengarnya.
Inilah tarbiyyah kita.
Tarbiyyah global. (sebenarnya nak cakap betapa tarbiyyah Ikhwanul Muslimin sangat global dan menyeluruh)
Bukan memperjuangkan perkauman.
Bukan memperjuangkan bangsa.
Bukan memperjuangkan negara.

Tetapi memperjuangkan Islam itu sendiri.
Campaklah ke pelusuk mana sekalipun, dakwah dan tarbiyyah itu tetap yang utama.

Jujurnya saya sendiri pelik dengan jemaah atau apa jua pertubuhan yang memperjuangkan kaum dan sekumpulan dengannya.
Mereka juga berjuang, namun saya kira skop perjuangan agak sempit.

Sebab, kaum tidak akan ke mana.
Bangsa tidak akan ke mana.
Negara tidak akan ke mana.

Tolak semua.

Fikrah itu yang lebih UTAMA.
FIKRAH yang sama menyatukan semua.

Lihat para sahabat yang keluar berdakwah ke negara-negara luar, betapa mereka tidak menghadkan dakwah mereka hanya untuk masyarakat Arab semata.

Mereka melihat Islam itu sesuai untuk semua.
Sama juga seperti kita.

Kerana Islam itu untuk semua.

Selami semula kisah tentera Perang Badar, ahli-ahli as-sabiquunal awwalun.
Mereka inilah golongan-golongan yang benar-benar mengerti tarbiyyah.

Kualiti tarbiyyah itu akan terjaga dengan takwa dan sabar.

Dua ciri ini merupakan ciri yang sangat PENTING untuk mereka yang berada dalam tarbiyyah.

‘ Ya ’ (cukup). Jika kamu bersabar dan bertaqwa ketika mereka datang menyerang kamu dengan tiba-tiba, nescaya Allah menolongmu denganlima ribu malaikat yang memakai tanda. (3 : 125 )

Kisah Talut juga mempamerkan kepada kita ibrah yang sama.

Maka ketika Talut membawa bala tenteranya, dia berkata, ‘ Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum (airnya), dia bukanlah pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali menceduk-ceduk dengan tangan.’ Tetapi mereka meminumnya kecuali sebahagian kecil di antara mereka. Ketika dia (Talut) dan orang-orang yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka berkata, ‘ Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya.’ Mereka meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata, ‘ Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah.’ Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.

( 2 : 249)

Hamparkan rasa sakit dalam tarbiyyah.
Kerana itu adalah kesempurnaanya.

Tarbiyyah lebih mengajar erti kebersamaan dengan Dia.
Hingga akhirnya, Dia.

Segala yang kita ada, berikan semua.
Kerana kita mahukan dakwah dan tarbiyyah ini gembira kita bersamanya.
Aku sanggup menunggu hingga ke syurga andai kebahagiaan sebenar adalah disana.

Birlah tirai kisah perjuangan dakwah kita berlabuh di sana.


Diambil dari
http://mylittlepencil.wordpress.com

Selasa, Julai 05, 2011

BULAN RABITAH : KEMBARA ROHANI

alhamdulillah ,bersempena dgn bulan Rabitah yg dianjurkan oleh Badar ,
Semalam ,iaitu 4 Julai 2011 telah b'lansungnya salah satu aktiviti iaitu Eksplorace atau dinamankan
sebagai Kembara Rohani ..
aktiviti kembara rohani ini telah disertai oleh 5 buah kumpulan
dr pihak puteri dan 4 buah kumpulan dr pihak putera ..
objektif kembara rohani ini diadakan ialah bertujuan
utk m'eratkan ukhuwah sesama sendiri
dan d'antara senior dan junior ..
selain itu,kembara rohani juga turut m'uji minda pelajar2 SMKAKL
berkaitan dgn Ibadah,Akidah,Akhlak dan Sirah..
ini bukan shj m'uji minda pljar SMKAKL ttg ilmu2 Agama,
tetapi sekaligus dpt menerapkan nilai2 Islam









dlm diri masing2 ..InsyaAllah ..

insyaAllah pd minggu2  akan dtg dlm bulan ini,pelbagai aktiviti menanti  pljar SMKAKL :)

Ahad, Julai 03, 2011

hArI pErTuNaNgAnKu!!!~

Kisah Pertunanganku..

Pada 19 September yang lalu,aku telah dikhitbahkan dengan seorang hamba Allah. Selama ini,aku tidak pernah mengharapkan insan itu,namun...hari ini...dia telah menjadi tunangku.. Seorang wanita yang sederhana mendapat lelaki yang sangat taat pada Tuhannya? ....bukankah itu adalah satu bonus buatku?






Setiap hari walaupun kami tidak pernah berkomunikasi sama ada berhubung melalui telefon bimbit,email,ataupun berjumpa,namun dirinya tetap setia denganku. Begitu juga dengan diriku. Tidak pernah sesekali untuk aku berubah hati untuk mencintai orang lain selain dari dirinya...MasyaAllah..siapa dirinya?




Setiap hari,bila mengingatkan dirinya,..aku terus menerus sentiasa ingatkan Allah.. bila teringatkan dirinya,aku bersemangat untuk mengisi masa lapangku dengan beribadah kepada Allah tidak kira siang ataupun malam. Apa yang ada padanya? Makin kuat untuk sahabat mengenalinya bukan?




Seperti yang saya katakan,dialah seorang hamba Allah yang sangat taat kepadaNya. Kadang kala aku terasa takut dan gementar menunggu masa untuk kami dinikahkan. Mungkinkah esok? mungkinkah bulan depan? ataupun mungkinkah tahun depan? MasyaAllah,Tuhan saja yang mengetahui perasaan aku...

Masih mencari siapa gerangan tunanganku?

10 saat untuk kamu berfikir dan cuba teka....

1...........................................................................................

2.............................................................................................

3.................................................................

4.........................................................

5......................................................................................................................

6.................................................................................................

7..........................................................................

8..................................................................................................................

9..........................................................................................

10..........................................................................................................................................

ok,masa dah tamat...tiada?

Dialah malaikat IZRAIL...19 September 1992 yang lalu,aku dilahirkan. dan langsung aku bertunang dengannya.. tanpa aku minta..Dialah hamba Allah yang saat taat kepada Allah,berzikir tidak henti-henti memuji Allah..dan mematuhi segala arahan Allah. Entah bila malaikat Izrail datang mengambil nyawaku,esok? minggu depan? bulan depan? tahun depan?..Oleh sebab itu, aku sangat takut dan gementar akan kehadirannya... Oleb sebab itu juga,bila teringat akan bila tarikh keramat itu,aku sibukkan diri kepada Allah,membuat persiapan untuk hari yang mendatang..

"Ya Allah,aku mohon...matikanlah aku dalam pengakhiran yang baik,dan jauhilah aku dari pengakhiran yang buruk" ...

amin Ya Rabbal alamin....