Isnin, Februari 22, 2010

Sedarlah sebelum terlambat

 Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Islam adalah satu-satunya solusi hidup. Selain merupakan kunci kepada syurga di akhirat, Islam juga adalah perlembagaan kehidupan manusia di dunia yang menjanjikan kelancaran, kelapangan, dan ketenangan hidup.
Maka ke arah Islam inilah yang kita hendak bawa masyarakat dan diri kita. Sebab tiada lagi sistem yang lebih sempurna, daripada sistem yang diciptakan oleh Maha Sempurna, yakni Allah SWT. Siapakah yang lebih mengetahui berkenaan kita selain Allah SWT? Maka pastinya sistem Allah SWT itu adalah yang terbaik.
Kefahaman dan keyakinan inilah yang perlu kita tanam dan bawa dalam segenap hidup kita, dan cuba menyebarkannya pada masyarakat. Kerana inilah keyakinan kita.
Apabila masyarakat menyedari betapa Islam itu adalah solusi kepada segala permasalahan mereka selama ini, seperti kemiskinan, kes-kes jenayah, rasuah kepimpinan, keadilan dan sebagainya, maka masyarakat pastinya mengambil Islam sebagai jalan hidup dan bergerak ke arah apa yang Allah redha.
Apabila masyarakat bergerak ke arah ini, tidakkah anda melihat betapa proses pembaikan diri, peningkatan diri, menjauhi dosa, memperbanyakkan kebaikan menjadi mudah dalam kehidupan insan?
Sebab itu, kita perlu menggerakkan diri kita, mempertingkatkan diri kita, untuk membawa masyarakat dan semua orang di sekeliling kita, ke arah kesedaran Islam yang sebenar. Islam yang syamil(menyeluruh) dan kamil(sempurna) serta mutakamil(menyempurnakan). Kita tidak mengambil Islam juz’i(separuh), masa kematian sahaja baru kita ambil Al-Quran. Tidak. Kita mengambil Islam dalam seluruh kehidupan kita.
Pendidikan adalah Islam, keluarga adalah Islam, harta benda adalah Islam, nyawa adalah Islam, kepimpinan adalah Islam, negara adalah Islam dan akhir sekali dunia itu sendiri kita hendak jadikannya sebagai sebahagian daripada Islam.
 .
.

Copied from LangitIlahi.com

0 komen: