Jumaat, Disember 24, 2010

robot solat




assalamualaikum ..td ana jal n2 mencari artikel2 dan video .tiba-tiba ana ternampak video ni.video ni menunjukkan sebuah robot yang diciptakan oleh manusia dan boleh bersolat .SubhanaALLAH !sesungguhnya Dia Maha Bijaksana .Robot boleh b'solat tetapi kenapa masih ada di kalangan manusia tidak bersolat .Adakah kita berasa diri ini sudah cukup besar ? dan berasa diri ini sebagai tuhan sehinggakan bongkak untuk tunduk dan sujud pada sang Pencipta roh dan jasad ini ?sedarlah kita hanyalah manusia yang diciptakan dari air yang sangat hina .Oleh itu sujud lah padaNYA .Sesungguhnya solat itu mencegah dari kemungkaran .Semoga Dia mengampunkan kita.InsyaALLAH ;)

Selasa, Disember 21, 2010

BICARA RINDU



bicara rindu..

rindu itu datang bertamu.

rindu itu datang mengetuk qalbu.

apakah ertinya rindu itu?

aku terkedu tiada jawapan buatnya.

rinduku pada tarbiyah..

rinduku pada sahabat sefikrah..

rinduku pada usrah..

rinduku pada naqibah..

rinduku buat semua yang mewarna kembara sufi ini..

rindu bakal berpanjangan..

namun semangat perjuangan mereka masih disini....


Al-Quran Sebagai Pembela Di Hari Akhirat

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"


Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Allah Menolak 1 Daripada 3 Doa Rasulullah S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Rabu, Disember 01, 2010

Indahnya Fitrah C.I.N.T.A.





Atas tautan ukhwah,
Juga atas satu dasar yang kukuh,
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman...

Wahai temanku an-nisa',
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu...

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi...

Wahai temanku an-nisa',
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
Ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai...
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu...

Tetapi temanku an-nisa',
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah...

Kalau benar engkau mengasihinya,
Kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya,
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa',
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila...
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal,
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkanlah Ia melebihi cintamu kepada dia,

Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya,
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa',
Sahabatku ar-rijal,
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia...
Sedikit cuma...


Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I love you,
Kerana engkau percaya...
DIA yang terbaik...
Lantaran DIA yang terbaik,
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya...
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN

Dan itulah yang terbaik buat kalian,
Kalau ada jodoh tak ke mana...
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?


Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api...
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillahi min zalik...

Sama-samalah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita...
Yakinlah dengan IA...
Serahkan segalanya pada IA...
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak...
ALLAHU a'lam...

Akhirul kalam...
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA,
Engkau akan gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak...
Dan itulah cinta hakiki...
Kerna engkau yakin,
Di sana adanya sebuah,
Pertemuan di taman Syurga yang Indah...