Jumaat, Mei 28, 2010

Usrah & Perlaksanaannnya



MUQADIMAH


Proses tarbiyyah Islamiyyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu. Usrah adalah medan di mana ahlinya menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat ukhuwwah al-islamiyyah. Ia membawa maksud penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjemaah. Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (petugas) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kepentingannya tidak boleh kita nafikan.

Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan diatasi oleh kebatilan yang kemas. Justeru, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.



PENTADBIRAN USRAH

Setiap naqib/naqibah perlu memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Usrah janganlah hanya dijumudkan dengan perbincangan teks sahaja tetapi ianya juga boleh diluaskan dengan bentuk perbincangan, rehlah, ziarah, riadhah, majlis qiamullail dan sebagainya.

Usrah mempunyai cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyyah yang lain diantara cirri-citi tersebut ialah:

1. Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan). Usrah yang berkesan mestilah berterusan dan pemutusan usrah akan mengakibatkan kurangnya penghayatan dan perkembangan tarbiyyah dikalangan anggotanya.

2. Merangkumi keseluruhan ahli samada pimpinan, pengikut, mahupun pekerja.

3. Mempunyai perancangan (al-tahhtit) yang rapi dalam semua sudut.

4. Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqoba’ manupun ahli.

5. Antara keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat sejauh mana persoalan ini dapat dilihat dan dijawab dengan sempurna:

• Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam.

• Sejauhmana pula konsep al-ta’wun (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam.

• Sejauh mana ikatan ukhuwwah dan amal jamaie dapat dibentuk dan sejauhmana pula perlaksanaannya dalam bentuk amalan.



TUJUAN DAN MATLAMAT USRAH

1. Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap tasawwur Islam kepada anggota.

2. Meningkatkan penghayatan ‘amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan ajaran Islam secara fardiyy atau jamaie

3. Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara jamaah.

4. Membina ‘aqliyyah jamaiyyah di kalangan anggota agar mereka sentiasa memberi keutamaan kepada gerak kerja secara jamaie dan bertindak mengikut keputusan jamaah.

5. Menggiat dan menyelaraskan usaha untuk mempelajari selok-belok perjuangan dari pengalaman gerakan Islam seluruh dunia.

6. Mendidik, memupuk bakat serta mengeluarkan aktivis-aktivis yang benar-benar mampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh badan, sempurna dalam pemahaman ilmu serta akhlaq.

7. Memastikan bahwa yang bakal menempati saff pimpinan ialah orang-orang yang layak, jujur dan ikhlas. Memastikan bahawa yang memegang pimpinan adalah orang yang layak ditempat yang munasabah.

8. Memastikan bahawa barisan perjuangan tidak dimasuki oleh pemikiran yang sumbang atau musuh.

9. Berusaha meningkatkan bentuk penyusunan organisasi yang piawai atau mampu mnghadapi tahap-tahap perjuangan tanpa diserapi oleh anasir pemecah yang menggugat harakah.


MANHAJ USRAH

1. Mestilah ditegaskan bahawa Islam dan ajarannya bersumber dari kitab suci al-Qur’an dan hadith Nabi saw sebagaiimana yang difahami dan diambil dari ulama’ yang muktabar.

2. Memberi penekanan terhadap tasawwur Islam dan penekanan bahawa Islam adalah satu system hidup (Nizamul hayat) atau ad-din yang sempurna.

3. Bahan-bahan usrah, hendaklah mengambil kira marhalah yang sepatutnya dilalui oleh ahli-ahli usrah.

4. Manhaj Usrah perlu mengandungi Tasawwur Aqidah yang kemas dan menyeluruh yang menjadi teras kepada perjuangan Islam.

5. Kandungan Usrah perlulah yang dapat memandu dan menyumbang kearah pembentukan peribadi atau syakhsiah muslim dan pendakwah.

6. Kandungan usrah mestilah mengandungi peringatan untuk memelihara Islam sama ada secara fardiyy atau jamaie’.

7. Memberi penekanan terhadap ibadah-ibadah khusus dan amalan-amalan yang membina kerohanian seperti membanyakkan zikir, wirid mathurat, doa-doa, membaca al-Qur’an, menziarahi kubur dan sebagainya.

8. Kandungan Usrah mestilah mempunyai unsur-unsur pembentukan fikrah dakwah Harakah, dan siasah secara seimbang.

9. Menekankan panduan-panduan latihan kerja secara jamaie, seperti tanggungjawab memelihara amanah, berkorban, mematuhi arahan-arahan dan memberi wala’ dan ketaatan kepada pimpinan jamaah.

10. Menyediakan ruang-ruang buat ahli-ahli berinteraksi sesama sendiri bagi menguatkan ukhwah dan sanggup bermuhasabah, memperbaiki kelemahan, dan kekurangan yang ada dikalangan anggota dengan cara-cara yang baik.

Salam Aalayka

Bismillah Al-Aziz Al-Ghaffar

Banyakkan berzikir untuk mengingati Allah dan banyakkan berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W untuk memperoleh syafaatnya di akhirat kelak.

.
.

Islam song for all

Bismillah Al-Fattah Al-Alim,

Islam = Religion  = الدين
Islam = Way of life = طريقة حياة
Islam = Peace  = السلام
Islam = Respect = الإحترام
Islam = loving = المحبة
I♥LOVE YOU ALL FOR THE SAKE OF ALLAH ♥

.

Beberapa Ideologi..

Bismillah...

Berikut ialah beberapa istilah ideologi yang terdapat di dunia ini. Walau apapun, Islam tetap agama yang benar.

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya.

Zionisme adalah gerakan nasionalisme Yahudi antarabangsa yang menghasilkan negara Israel.

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin.

Hedonisme merupakan fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup.

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang.

Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi.

Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.

Marxsime merupakan aliran pemikiran yang turun daripada pemikiran Karl Marx. Marxisme adalah berhubung rapat dengan manifestasinya iaitu komunisme. Marx menyusun sebuah teori besar yang berkaitan dengan sistem ekonomi, sistem sosial dan sistem politik.

Empirisisme adalah suatu aliran falsafah yang menyatakan bahawa semua pengetahuan diperolehi atau berdasarkan pengalaman. Dengan itu, ia juga menyatakan bahawa semua kenyataan berkenaan pengetahuan terhadap dunia hanya boleh dijustifikasikan oleh pengalaman.

Rasionalisme adalah suatu kaedah penyelidikan dan ujikaji yang menyatakan bahawa akal adalah sumber utama pengetahuan. Ia menafikan pengalamaan pancaindera sebagai sumber pengetahuan. Konsep utama yang menjadi pegangan ini ialah kepercayaan terhadap kemampuan dan autoriti akal fikiran (alasan) untuk menyingkap ilmu dan kebenaran.

Pragmatisme adalah satu aliran falsafah yang berasal dari Amerika Syarikat pada lewat kurun 1880an. Sebagai salah satu ciri utamanya, aliran pragmatisme menekankan bahawa kehasilan, kepenggunaan, kepraktikalan adalah komponen utama untuk kebenaran.

Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.

Khamis, Mei 27, 2010

Reviving the Islamic Spirit 3

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

.
 

Reviving the Islamic Spirit 8th Convention Featuring soundtracks by Maher Zain and Qatrunada.
Listen to these words " i don't like what you are doing but I respect who you are" simply this is Islam main aspect..

Reviving the Islamic Spirit 2

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

.
 
.
Trailer of the 7th Reviving the Islamic Spirit Convention in Toronto Canada (2008).
"It was my first R.I.S this year and I'm speechless. I already want to change for the best, be more active and get more knowledge. I wish everybody could know about this event and be able to attend. I also miss it already," said one of the audience.

Reviving the Islamic Spirit

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

.
.
The trailer for the 6th annual Reviving the Islamic Spirit Conference held in Toronto, Canada. This event took place at Metro Convention Centre on December 28-30, 2007.

Sabtu, Mei 15, 2010

Pesta Buku!!!

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

PESTA BUKU DI SMKAKL
  • PADA 23 MEI 2010
  • HARI AHAD
  •  8.00 am - 5.00 pm
  • DEWAN SRI BESTARI, 
SMK AGAMA KUALA LUMPUR,
BANDAR MENJALARA, KEPONG
52200 KUALA LUMPUR
SEMUA DIJEMPUT HADIR!
 
Pesta buku ini adalah gabungan usaha Pengawas Pusat Sumber, Lajnah Penerangan Dan Penerbitan Badan Dakwah dan Rohani,  dan Pengawas Biro Akademik SMK Agama KL. 
Syukran kepada yang membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung



Light...

.
.

Dearest friends,
In our life, there are many obstacles,
In order to overcome those challenges and capitalise the opportunities,
we must take the Al-Qur'an and As-Sunnah as our guidance,
and make Islam fully as our way of life.
May Allah s.w.t. guide us to the right path,
and bless us all.
Amiiin...

Always Be There!

.

.

Allahu Akbar (many times)

If you ask me about love
And wanna know about it
I am so pleased
It's everything about Allah
The pure love, to our soul
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The ONE that made us all
And HE's the guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There's no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn't never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all'll be over
And we'll be in His heaven and we'll all be fine

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

Allahu Akbar (many times)

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And he knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

Allahu Akbar (many times)

mari refresh sebentar~

Salamullahi ‘alaikum wa barakaatuh.

bismillahirahmanirrahim,

al HAQQ

(mari berdoa dgn hati yg tulus dan bersungguh2…)

Ya Allah Engkau bukalah mata hatiku, tunjukkanlah aku yang BENAR itu BENAR dan yang BATIL itu BATIL, pandulah aku mengikuti kebenaran yang Engkau redhai, pimpinlah aku ke arahnya, kuatkan aku ketika melaluinya, jadikan aku tergolong dalam saf2 pejuangmu yang ikhlas..
Hanya Engkau yang BERHAK dan BERKUASA atas segala sesuatu..” (amiiin..)



adik-adik dan sahabat sekalian,

ingin ku persoalkan sesuatu untuk difikirkan & ditingkatkan,

adakah kita malu membawa kebenaran?

malu menyebarkannya?

malu menegakkannya?

malu menyerunya kepada orang lain?

malu mengamalkan akhlaq Islam?

Jika tidak, perteguhkanlah prinsip. Buktikanlah melalui peribadi.

masih ingat? kisah2 sahabat Rasulullah yang TETAP bepegang teguh dgn keislamannya, keyaqinannya kepada Allah dan Rasul. syahadah mereka...
(Bilal,Sumayyah,Ammar Yasir,dll)


walaupun ada disikat dengan besi panas sekalipun,
tetap menegakkannya..Betapa bangganya mereka memiliki Islam..


Syahadah kita... (bagaimana?) Ayuh perkasakannya!!

Dengan Islamlah kita menjadi mulia.
Mengapa perlu malu dengan apa yang dibawa?


walaupun hanya satu ayat, sampaikanlah ilmu itu.
walaupun orang lain sudah tahu, peringatkanlah bila terlupa.


Berikanlah kebenaran kepada semua kerana setiap diri manusia itu BERHAK menerimanya.
Kelak akan disoal, ”kamu gelar dirimu du’at,khalifah.... hanya berdiam diri?”


mana mungkin Islam akan dimiliki,
mana mungkin Islam akan difahami,
dihayati,dijunjung tinggi,dihormati
jika penyampainya tidak bersungguh2 melakukannya..


YA! katakanlah A’iddu! (saya bersedia!!)

Memang tidak dinafikan,setiap diri ada kelemahan,kekurangan.. lumrah manusia yang diciptakan itu lemah. Tetapi,sampai bila ianya menjadi sebuah alasan kita?

bila dikurniakan kelebihan dan kekuatan,
Tutuplah kekurangan sahabat dengan kelebihan kita,
Tampunglah kelemahan sahabat dengan kekuatan kita.


Tetapi, perlu ingat kelebihan dan kekuatan yang kita miliki adalah milik mutlak Allah,
yang Allah amanahkan untuk kita...dan bagaimana kita mensyukurinya?
Bukan untuk dibanggakan,
malah meremehkan kelemahan dan kekurangan orang lain..
jiwa mu’min itu dasar persaudaraannya adalah iman dan kasih sayang..
apabila melihat kekurangan sahabatnya adalah kekurangan dirinya sendiri,
bukan peluang merendahkan/ menjatuhkan satu sama lain.
perkuatkan thiqoh dalam ukhuwwah yang terbina.


keep hammasah(semangat) in dakwah!!

Hanya Allah yang MAMPU memudahkan segalanya..
’alallahi tawakkalna, hasbunallahu wa ni’mal wakiil
wa La haula wala Quwwata illa billah


copied from nuqabahidayah.blogspot.com