Sabtu, September 29, 2012



Alhamdulillah , badar ada menyediakn entri baru . Ada sebuah cerita tentang seorang pembancuh simen .
TINGG!!!
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.
...
TINGG!!!
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kir
i, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yang mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.
Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Ibrah :
Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


Assalamualikum semua , hari ni badar ada menyediakan entri baru buat antum yang bergelar wanita . Cuba renung-renungkan dan selamat beramal . 

MUTIARA ILMU

Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
(QS An Nuur :26)

Katakanlah kepada wanita yang beriman ,Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya"
( QS An Nuur : 31)

"Dan janganlah kalian (para wanita) MELEMBUTKAN SUARA sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya."
( al-Ahzaab: 32 )

"Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
( QS Al Ahzab :59)

"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah.”
( HR Bukhari & Muslim )

Isnin, September 17, 2012



AYAT KURSI:

1) Baca pada saat keluar rumah , 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi..
2) Baca pada saat masuk rumah , kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu..
3) Baca setelah berwudhu , darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat..
4) Baca pada saat tidur , malaikat akan menjagamu sepanjang malam..
5) Baca setelah solat , maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian..

=> Sampaikan kepada orang lain , maka ini adalah sedekah jariah.. Dan pada setiap orang yang mengamalkan , kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

BACA JANGAN X BACA. 1 IB..hentikan ek...
[ OPPA GANGNAM STYLE ]

orang korea sedang menjatuhkan islam di seluruh dunia dengan menggunakan OPPA GANGNAM STYLE !! lagu dan style tu menghina Nabi Muhammad SAW .. astaghfirullah al-azim~ lirik lagu tu ada yang bermaksud ''konon ada binatang burroq, konon boleh sampai langit ke-7'' .. kan baginda naik ke langit menggunakan burroq ?? penyanyi itu juga buat style silangkn tangan dia, kan tanda salib tu ?? ..even baginda pernah cakap, burroq tu sangat laju dan tak same dengan riding kuda, jadi penyanyi itu terpaksa silangkan tangan untuk grip kuat style kuda tu, korang perasan tak ?? boleh membawa kepada murtad !

# Tolong Copyy atau Shared Ramai2 . :3
(telah dicopy)



ORANG YG PERTAMA DLM ISLAM

1. Menulis Bismillah : Nabi Sulaiman.
2. Minum air zamzam : Nabi Ismail.
3. Org yg pertama berkhatan : Nabi Ibrahim.
4. Diberikan pakaian pada hari Qiamat : Nabi Ibrahim.
5..Dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat : Nabi Adam.
6. Mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Saidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Dibangkitkan pada hari Qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8.Menjadi khalifah Islam : Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
9. Menggunakan tarikh Hijrah: Saidina Umar bin al-Khattab.
10.Meletak jawatan sbgi Khalifah dlm Islam: Saidina Al-Hasan bin Ali bin Abi Talib.
11. Menyusukan Nabi Muhammad SAW: Thuwaibah al-Aslamiah.
12.. Syahid dlm Islam dari kalangan lelaki : Saidina Al-Harith bin Abi Halah.
13. Syahid dlm Islam dari kalangan wanita: Saidatina Sumayyah binti Khabbat.
14. Menulis Hadis di dlm kitab / lembaran : Saidina Abdullah bin Amru bin Al-As.
15. Memanah dlm perjuangan Fisabilillah : Saidina Saad bin Abi Waqqas.
16.Menjadi muazzin & melaungkan azan: Saidina Bilal bin Rabah.
17. Bersolat dengan Rasulullah SAW: Saidina Ali bin Abi Talib.
18. Membuat mimbar Masjid Nabi SAW: Saidina Tamim ad-Dari.
19. Menghunuskan pedang dlm perjuangan Fisabilillah: Saidina Zubair bin Al-Awam.
20.Menulis sirah Nabi saw: Saidina Ibban bin Uthman bin Affan.
21. Beriman dengan Nabi saw : Saidatina Khadijah binti Khuwailid.
22. Mengasaskan Usul Fiqh : Imam Muhammad bin Idris al-Syafie.
23. Membina penjara dlm Islam: Saidina Ali bin Abi Talib.
24. Menjadi Raja dlm Islam : Saidina Muawiyah bin Abi Sufyan.
25. Membuat perpustakaan awam : Khalifah Harun Ar-Rasyid.
26. Mengadakan Baitul Mal: Saidina Umar bin al-Khattab.
27. Menghafal Al-Quran selepas Rasulullah saw: Saidina Ali bn Abi Talib.
28. Membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Jaafar al-Mansur.
29. Digelar Al-Muqri : Saidina Mus'ab bin Umair.
30. Masuk ke dalam Syurga : Nabi Muhammad SAW.

ALLAHURABBI ♥ ♥ ♥