Sabtu, Mac 31, 2012

ada apa dengan doa?

bismillah

 Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya. Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa. Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin.

Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.


Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong: Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat. Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku... MasyaALLAH Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. "Aku buat beginilah yang jadi begini." "Doa aku makbul seh!" "Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur. Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.

Kita ini banyak dosa. Banyak hijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita...kalau kite doakan untuk orang lain tanpa pengetahuan org lain dgan hati yang ikhlas,maka para malaikt akan mendoakannya

Sabtu, Mac 17, 2012

Result SPM 2011


Bismillahirrahmanirrahim :)

Kakak-kakak , abang-abang SPM 2011 , mesti semua sedang cuak kan . HEHE :D normal la tu kan . 

All The Best :
May Allah yusahhil . Kan dah usaha dalam berperang haritu , so sekarang usaha dalam berdoa pulak . InshaAllah :) He knows the best for us right ! 


Pertandingan Nasyid Bintang Mukmin


Bismillahirrahmanirrahim :) kaifahalukum ? Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah :)

Pada 17 Mac 2012 , Sabtu , SMK Agama Kuala Lumpur telah menyertai Pertandingan Nasyid Bintang Mu'min Peringkat Negeri anjuran Ubat Gigi Mu'min . Kumpulan Anugerah selaku wakil Kumpulan Nasyid SMK Agama Kuala Lumpur mendapat giliran yang ke-8 . Pertandingan ini telah bermula pada jam 2 petang sehingga 5 petang. Alhamdulillah , Kumpulan Anugerah telah mendapat Juara Pertandingan Nasyid Bintang Mukmin dan mendapat Anugerah Pakaian Terbaik :)

berikut merupakan keputusan pertandingan ,

JUARA : SMK AGAMA KUALA LUMPUR
NAIB JUARA : SM AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
KETIGA : SMK PADANG TEMBAK

ANUGERAH ISTIMEWA ,
PAKAIAN TERBAIK : SMK AGAMA KUALA LUMPUR
PERSEMBAHAN TERBAIK : SM AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Anugerah SMKAKL dan semua peserta atas kejayaan dan kegigihan semua peserta . 


maaf , gambar kurang cantik . kalau ada gambar lain , inshaAllah ana masukkan :)


Jumaat, Mac 16, 2012

betudung tapi seksi

bismillah walhamdulillah

Rasulullah SAW bersabda:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971)
Memang wanita memiliki kecenderungan gemar berhias dibandingkan dengan kaum lelaki. Berhias merupakan panggilan fitrah bagi seorang wanita, selagi masih bersesuaian dengan syariat Islam. Jadi, Islam tidak membebaskan wanita berhias sekendak hatinya tanpa aturan.
Dan pada masa yang sama, Islam juga tidak menghalang wanita untuk berhias dan berfesyen, tetapi ada garis panduan yang telah ditentukan.
Satu perkara yang mesti kita tahu, iaitu bahawa penampilan kita akan menimbulkan kesan bagi orang yang melihatnya. Ketika seseorang pertama sekali bertemu dengan kita, mereka akan menanggapi kita (first impression) dengan cara kita berpakaian.
Oleh itu, bagaimanakah kita ingin dikategorikan? Sebagai seorang muslimah yang sangat menjaga kehormatan, atau sebaliknya? :)
thanks to :aku islam.com

Khamis, Mac 15, 2012

Aku :)


agak panjang, silakan membaca . moga mendapat ibrah :)
Cerpen “Aku”
Termenung. Sedikit kebosanan. Ruang mataku diisi dengan sebatang pokok di hadapan Dewan Makan, dan di sekeliling pokok itu terdapat pelajar-pelajar lain yang kelihatan seronok bersembang sesama sendiri. Rasa menyesal pula pergi terlalu awal ke tempat ini. Rupanya hari ini Dewan Makan akan dibuka sedikit lambat. Lebih baik melepak di atas musolla tadi, boleh juga berbaring menghilangkan letih di tengah hari ini.
Sudah seminggu di sekolah baru ini. Aku masih tidak punya maku-maku kawan rapat. Namun aku tidak berapa peduli. Aku seakan dapat menghidu bahawa takdirku adalah berseorangan di atas dunia ini. Setakat aku berumur 13 tahun ini, aku memang tidak punya seorang pun teman yang boleh digelar sebagai sahabat karib. Sedang teman sekolah rendah sepanjang 6 tahun pun tiada satu yang rapat denganku, apatah lagi di sekolah asrama yang baru aku jejaki ini.
Mungkin keraku aku berbeza. Mungkin. Aku kasar, tidak mudah berkata lembut, agak lancang, asyik berfikiran jauh, tidak suka bertolak ansur, dan sering hendak menang dalam apa-apa sahaja. Ah, aku tidak peduli. Bukan satu kekurangan buatku. Aku bisa sahaja hidup sendiri.
“Seorang sahaja?”
Cuping telingaku menangkap pertanyaan itu. Membuatkan leherku automatik menoleh. Seorang pelajar berpakaian pengawas, agak tinggi, berwajah cerah, memakai songkok, sedang berdiri di hadapanku dengan roman wajah yang manis. Siapa pula ni?
“Boleh aku duduk sebelah kau?” Dia bertanya. Nyata aku duduk berseorangan di atas penghadang jalan berdekatan Dewan Makan ini. Malas-malas aku mengangguk.
“Kenapa seorang sahaja?”
“Memang tak ada kawan.” Aku menjawab perlahan sambil menekur jalan tar di hadapan.
“Oh, biasalah. Kau baru lagi di sini kan? Nanti insyaAllah, lama-lama ada la sahabat.” Dia berbicara mesra. Seakan telah 10 tahun berkenalan pula. Membuatkan aku mengangkat wajah memandangnya.
“Iya? Aku macam tidak yakin sahaja aku akan mampu mendapat sahabat di sekolah seperti ini.” Aku tahu bicaraku itu berbau sinis. Tetapi aku tidak dapat mengawalnya. Aku memang begini. Aku sudah dapat menghidu perbalahan yang bakal berlaku antara aku dan dia sebentar lagi.
“Em? Kenapa kau berkata begitu?”
Iyalah, aku lihat senior-seniornya tidaklah sebaik mana. Bercakap gah sahaja, tetapi akhlak tidak setara mana. Tetap membuli junior juga. Suruh orang bagi salam dulu, tetapi mereka tidak pula mengamalkannya. Bila junior tak beri salam, tahu pula hendak marah.” Aku memuncungkan bibir, dan mendengus menunjukkan kebencian aku yang mendalam.
Ya. Apa yang aku luahkan tadi, itulah yang aku perhatikan sepanjang minggu orientasi ini berjalan. Abah kata, sekolah ini lubuk mutiara, tempat tersimpannya 1001 hikmah. Tetapi entahlah, aku tidak nampak apa yang istimewanya sekolah ini apabila melihat senior-seniornya. Dan sekarang, pelajar di sebelah aku ini menyatakan aku akan mendapat sahabat di sini? Heh. Dalam mimpi sahaja mungkin terjadi.
“Cakap tu baik-baiklah sikit.” Dia mula bersuara tegas.
Ahah! Aku sudah katakan yang tiada siapa akan tahan dengan aku. Orang tidak pernah suka dengan mereka yang bercakap tulus. Orang lebih suka pujian palsu.
“Apa yang aku cakap itu benar, bukan?”
“Iya. Tetapi senior-senior bukanlah para malaikat. Apa yang baik daripada mereka kita ambil, apa yang buruk daripada mereka kita tinggal. Kalau kau tidak puas hati dengan mereka, maka jadilah senior yang lebih baik nanti.
“Hah, hanya alasan kau sahaja untuk menyembunyikan kesalahan senior-senior di sini. Sekolah ini nyata tidak bermakna apa-apa. Sama sahaja seperti sekolah-sekolah lain. Apa yang ‘the best in the world’nya di sini?” Aku merendah-rendahkan laungan semangat yang sering digunakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah ini.
Wajah pengawas di sebelahku mula merah.
“Kau ni!” Tangannya mula hendak mencapai bahuku. Tetapi aku dengan langkah tempur didikan Abah, pantas menangkap pergelangan tangannya sebelum sempat menyentuh tubuhku.
Matanya membesar. Mataku membalas. Tangannya sengaja kugenggam sekuat hati. Biar dia terasa sakitnya.
“Sudah, berambus.” Aku menghalau. Tangannya kulepaskan perlahan.
“Hei…” Dia menggeleng kepala. Bangun meninggalkanku.
Aku buat tidak peduli.
Pasti dia tidak akan lagi berhubungan denganku.
Aku pasti, dia amat memarahiku. Mungkin dia akan menceritakan kepada rakan-rakannya akan hal aku. Silap hari bulan, dialah musuh aku yang paling ketat di sekolah ini satu hari nanti. Siapa tahu, bukan?
Heh.
******
Aku memandang papan kenyataan di musolla. Biasanya pada papan kenyataan ini ada pelbagai info terkini berkenaan aktiviti sekolah, juga terdapat fakta-fakta agama dan juga akademik. Aku sekadar tertarik pada bahagian aktiviti sekolah. Aku ingin tahu apa program yang akan diadakan oleh sekolah ini untuk minggu hadapan.
Tiba-tiba aku perasan cuping telingaku disentuh. Sentuhan itu pula dapat kurasakan kemesraannya. Pantas aku menoleh ke belakang.
“Si…”…apa… dan yang baki itu hanya terlekat pada kerongkongku.
Dia. Pengawas semalam. Kini sedang berada di hadapanku, dan tersenyum mesra.
“Tengah tengok apa? Apa yang menarik?” Dia terus menepuk bahuku dan mendekati papan kenyataan. Memandang ke arah jadual yang menunjukkan aktiviti sekolah.
Aku sekadar memandangnya. Kemudian tanpa berminat untuk mengungkit perselisihan semalam, aku sekadar menyilang tangan ke dada dan melihat kembali jadual aktiviti sekolah.
Suasana antara kami hanya diisi dengan bunyi pelajar-pelajar lain melalui tempat itu untuk keluar dari musolla, juga beberapa pelajar yang turut melihat papan kenyataan.
“Nama aku Hariz.” Suaranya menggegar gegendang. Perlahan-lahan aku menoleh. Dia sedang tersenyum. Apakah dia ini terlupa bahawa kami baru sahaja berselisihan semalam?
“Nama kau siapa? Aku cuma tahu yang kau ini adik saudara Umair sahaja. Umair itu sahabat karib aku tahu. Tinggal dia tua setahun sahaja daripadaku.”
Ah, kawan Umair? Umair itu abang sepupuku. Tua dua tahun daripadaku. Satu-satunya keluarga yang aku ada di sekolah ini, juga salah satu sebab mengapa Abah amat yakin untuk menghantar aku berjauhan daripada rumah ke mari.
Hariz di sebelahku kekal tersenyum. Seakan hari semalam tidak pernah berlaku. Dan tadi semasa dia menyentuh cuping telingaku, aku dapat merasakan kemesraan yang amat daripadanya. Aneh. Perasaan apakah ini?
“Haikal.” Aku menjawab perlahan.
“Em?” Kening Hariz terangkat sebelah.
“Nama aku Haikal. Haikal Aizuddin.”
Senyuman penuh cahaya terukir di bibirnya. Segera dia menghulurkan tangan. “Muhammad Hariz.” Dan kami berjabat.
Hangat. Bukanlah ini kali pertama aku berjabat tangan dengan manusia. Tetapi, entah, mengapa aku rasakan jabatan tangan kali ini terasa seperti sesuatu yang tidak pernah kurasai sebelum ini. Dan apakah rasa senang yang terwujud di dalam hatiku ini?
“Makan jom?” Hariz terus memaut bahuku, dan belum sempat aku menjawab, tubuhku telah didorongnya ke rak kasut.
Itulah dia permulaannya.
******
Masa pantas berlalu. Sedar tidak sedar, Hariz sudah tingkatan lima dan aku telah memasuki tingkatan empat. Hari-hari nyata berlalu tanpa menunggu langkahan insan. Sama ada manusia itu yang memecut untuk menewaskan waktu, atau manusia itu akan ditinggalkan.
Persahabatan aku dan Hariz juga bertambah erat. Kami ibarat kembar yang tidak dapat dipisahkan. Siapa yang percaya bahawa awal pertemuan kami adalah pergaduhan. Tetapi entah mengapa seperti aku sahaja yang mengingati perkara itu. Hariz, dia langsung tidak pernah menimbulkan kenangan yang satu itu. Mungkin sahaja dia memang tidak pernah ambil peduli akan perkara itu? Jika benar, nyata dia adalah manusia yang ajaib.
Empat tahun yang telah berlalu, diisi oleh dengan keeratan kami. Terlalu banyak kenangan yang dikongsi bersama. Terlalu banyak perkara yang dilalui berdua. Kemasukan aku sebagai ahli Badan Pengawas Sekolah tambah mengeratkan hubungan kami, apatah lagi apabila aku diletakkan pada Biro yang sama dengan Hariz. Lebih menakjubkan, sepanjang aku menjadi pengawas, kami tidak pernah ditukarkan ke biro lain. Kerja-kerja bersama di dalam pengawas, kursus-kursus kepimpinan, program-program, semuanya menjadikan hubungan kami bertambah erat.
Kami turut bersama-sama merancang pelbagai program sampingan buat diri kami sendiri, seperti berpuasa sunat bersama-sama dan tidur di musolla untuk qiamullail bersama-sama.
Nyata empat tahun yang telah berlalu, adalah empat tahun yang indah. Aku seakan dikurniakan seorang abang oleh Allah SWT. Dan kehadiran Hariz lebih dari sekadar memenuhi kekosongan ruang Abang itu, bahkan dia jugalah qudwah kepadaku. Banyak mengajarku akan Islam yang sebenar daripada akhlaknya, mendidik aku dengan kesungguhannya di dalam kerja, dan sentiasa di sisi apabila tiada orang lain bersama.
Percaya atau tidak, yang mampu bertahan dengan kelancangan dan kekasaranku, hanya Hariz seorang. Aku masih ingat ketika aku mengamuk dan mengoyakkan komik mereka di pejabat asrama, mengakibatkan beberapa rakanku di dalam pengawas tidak senang dengan kemarahanku ketika itu, hanya Hariz sahaja yang pergi kepadaku dan bertanya apa yang sebenarnya telah berlaku.
“Kal.” Suara Hariz menyapa. Dia yang baru sahaja menyalin baju tidur, mampir ke katilku dan duduk.
“Apa?” Aku menggerakkan kepala sedikit.
“Ada masalah apa?”
Aku tertawa. “Kenapa? Muka aku ni muka ada masalah kah?” Tiba-tiba sahaja tanya ada masalah.
“Tak adalah. Semalam, bila balik daripada slot terakhir, kau terus sahaja tidur. Tak sembang-sembang macam biasa pun.” Hariz merujuk kepada Program Muhasabah Islami yang dijalankan oleh seorang motivator jemputan sekolah semalam.
Mata aku membesar. Hariz berkerut dahi memandangku. Kemudian tawaku meletus.
“Hei, aku serius ni.” Dia menolak bahuku.
“Entahlah. Aku tak ada sebab pun. Mungkin letih kut. Tak fikir apa, balik terus lelapkan mata.” Aku menggeleng. Tawaku masih tersisa.
“Serius ni?” Hariz seperti tidak puas hati.
“Ya Allah abang aku seorang ni, sungguh.” Aku mengangkat tangan, gaya bersumpah. Memang sungguh aku tidak ada apa-apa. Bahkan aku sekarang ini masih tergeletek dengan Hariz yang amat menjaga aku hinggakan perubahan sekecil itu pun disangkanya aku punya masalah. Hariz, Hariz. Aku menggeleng lagi.
Hariz menghela nafas dan tersenyum. “Baguslah macam itu.” Dan senyuman Hariz itu tidak akan mampu aku cari di mana-mana lagi di dunia ini. Aku pasti. Membuatkan aku tersenyum sama.
“Tak lama lagi dah nak habis sekolah dah.”

—————————————————-
Versi penuh cerpen ini hanya  boleh anda ikuti dengan membeli Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta.
harap maaf :)

15 rutin harian seorang MUSLIM !

bismillah walhamdulillah 

1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah!
2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda and setiap ketika
3. Tenang, dalam semua situasi
4. Hindari rasa marah
5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.
6. Buat perkara baik.
7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.
8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik
9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga
10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya
11. Peluk ibubapa kita
12. Senyum kepada semua orang selalu
13. Memaafkan, melupakan dan senyum
14. Tidak mencari populariti
15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa

“Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH sama ada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan Kekasih agungnya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagiaan dan kesenangan di akhirat kelak.”