Sabtu, Julai 21, 2012

Perasmian Ihya' Ramadhan dan Bulan BADAR 2012


kaifa halukum ? Alhamdulillah Allah masih hidupkan kita harini dan insyaAllah esok kita akan mula berpuasa. rata-rata umat islam malam ni sudah siap mengerjakan terawih. ohh, jangan lupa niat puasa yewwww , HEHE . moga-2 Ramadhan kali ini lebih bermakna kepada kita semua especially Fivers yg bakal meninggalkan alam persekolahan :)

Jumaat, 20 Julai 2012 , 30 Syaaban 1433H
Alhamdulillah harini sesi P&P habis kul 10.25 sbb ada majlis Perasmian Ihya' Ramadhan dan ceramah di ambang ramadhan :)

semua pelajar berkumpul di Dewan Sri Bestari pada jam 10.50 dan majlis bermula pada jam 11.00 pagi bersama dgn penceramah jemputan dan pengetua. majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan perasmian daripada Tuan Pengetua, Tn Hj Kamarul Ariffin b Mohd Sharif. Seterusnya, penceramah jemputan, Us Zulkifli b Ahmad memberikan ceramah tentang Ramadhan. Alhamdulillah ceramah yang begitu mantap dan berjaya menarik perhatian warga SMAKL.

bak kata Us Zulkifli , 
-->orang yang berpuasa tk semestinya solat tetapi orang yg solat semestinya dia berpuasa . #FACT
-->rugi/malang seseorang itu apabila dia tidak membaca walau sepatah ayat Al-Quran di bulan Ramadhan
--> Surah At-Tahrim; "Wahai org yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab Allah."
--> perbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan kerana pahalanya berlipat ganda
--> hayati makna puasa >> menahan diri drpd makan dan minum dan perkara-2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. cuba tengok , kalau yg HALAL pun Allah tk bg kita buat, apatah lagi yg HARAM kan. kan, kan, kan :)
-->perbanyakkan muhasabah diri di bulan Ramadhan 
-->rajinkan diri berqiamullail. ==> siapa yg menghidupkan malam Ramadhan dgn penuh pengharapan, Allah akan ampunkan dosanya.
-->rajinkan diri berjemaah bersama-sama especially waktu Subuh :) ustaz kate, apabila bersolat jemaah, dia seolah-olah melakukan Qiamullail :)
--> pastikan kita dapat takbiratul ihram bersama imam, make sure jemaah dgn imam
-->tidur adalah ibadah di bulan puasa >>> Hadis DHOIF !!!
--> JANGAN KAMU MENGIKUT SESUATU TANPA ILMU !!!
--> memberi makan kepada org yg berbuka puasa lebih besar drpd beri moreh
--> nak buat amalan, biar sikit asalkan istiqamah :)

semoga Allah sentiasa merahmati kita semua :) semoga Ramadhan kali ini membawa lebih manfaat dan makna kepada kita semua, pergunakanlah masa ini untuk mengutip sebanyak mana pahala. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontrovesi :)