Khamis, Mac 03, 2011

Sambutan Maulidurrasul SMKAKL

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah ..syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya SMKAKL akhirnya berjaya menyambut Maulid Nabi pada peringkat sekolah pada 21 Rabiul Awal  bersamaan hari Selasa ..Walaupun pada sebelah subuhnya hujan ,namun dengan rahmatNya yang Maha Pemurah perarakan sambutan Maulidur Rasul masih tetap diteruskan..Perarakan di wakili oleh setiap rumah sukan iaitu Ibnu Batuta ,Ibnu Khaldun ,Ibnu Sina dan Ibnu Rushd yang berarak keluar bermula dari padang sekolah dan berakhir di tapak perhimpunan ..perarakan yang berserta zikir selawat ke atas Nabi Muhammad SAW memutikkan lagi rasa sayang ,cinta dan rindu kepada Rasulullah SAW walaupun baginda sudah lama meninggalkan kita,namun kehadirannya ketika selawat ke atas baginda dapat dirasai di dalam setiap sanubari pelajar-pelajar SMKAKL .
Bersempena kelahiran Rasul Junjungan Mulia ,Nabi Muhammad ,eloklah jika kita mengimbau kembali sejarah peristiwa lahirnya seorang lelaki yang paling mulia di sisi Allah SWT yang diberi nama Muhammad oleh Abdullah dan Aminah ..lahirnya seorang lelaki mulia ini maka telah berlakulah pelbagai peristiwa pelik dengan izin Allah SWT..


Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.


Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.


Kemudian bondanyamelihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.


Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.




Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”


Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.


Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.


Rasulullah tidak pernah meninggalkan kita bersendirian malah Baginda terlalu sayangkan umatnya hingga apabila tiba ajal baginda masih menyebut UMATI ,UMATI ,UMATI ..
Berita wafatnya Rasulullah tersebar.Ada dalam kalangan sahabat tidak percaya.Umar minta izin masuk dan dilihatnya Rasulullah SAW.Umar berkata "Persuruh Allah tidak wafat ,tetapi tidak sedarkan diri sepertimana Nabi Muahammad tidak sedar apabila Allah melihatkan dirinya kepada Nabi Musa.Pesuruh Allah akan kembali dan aku akan memancung sesiapa yang mengatakan pesuruh Allah sudah wafat"


Abu Bakar dipanggil untuk meredakan keadaan.Abu Bakar melihat keadaan sekitar yang agak cemas .Abu Bakar melihat jasad Rasulullah di tempat tidurnya dan sudah diselimut.Abu Bkar mengucup dahi Muhammad sambil berkata "kesejahteraan untuk kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu mati,wahai pesuruh Allah.Adapun kematian yang Allah sudah tetapkan kepadamu sudah kamu rasai dan kamu tidak akan mati lagi selepas ini"Selepas itu Abu Bakar mengucup dahi Rasulullah sekali lagi dan ditutupkan kembali jasadnya.Abu Bakar ke mimbar masjid dan mula bercakap.Umar berhenti berucap dan turun dari mimbar .Abu Bakar berkata "barangsiapa menyembah Muhammad,Muhammad sudah mati.Barangsiapa menyembah Allah,Allah itu hidup dan tidak mati"Kemudian dibacakan ayat 144 ,surah Ali Imran.Umar yang tadi berdiri terus terduduk.Umar berkata "Adakah ayat ini ada di dalam Al-Quran ?"Beliau yang hafaz Quran dan gagah,hilang pertimbangan.


Umar berpaling kepada sahabat dan berkata "Wahai sahabatku ,Muhammad sudah meninggal dunia ".Kesedihan menguasai semua.Sebahagian sahabat menyatakan mereka mencari tempat yang dapat menangis sekuat hati kerana beratnya ujian ini.Sewaktu masuk waktu Zuhur,Bilil mahu azan tetapi keran terlalu sedih,dia tidak azan.Bilil berkata "Demi Allah,aku tidak akan azan lagi selepas kewafatan pesuruh Allah".13 Rabiul Awal,hari kedua Rasulullah SAW wafat,jasad baginda disemadikan di tempat baginda wafat(rumah Aisya).Selepas sahabat berjaya membebaskan Syam dan Baitul Maqdis dari Rome pada zaman Umar,Umar datang sendiri ke Palestin untuk menerima kunci Baitul Maqdis.Umar memanggil semua tentera bekumpul di Bukit Golan.Ini adalah pertemuan bersejarah setelah beberapa tahun selepas Rasulullah wafat kerana sahabat berkumpul setelah beberapa tahun tidak bertemu keran sibuk berjihad di medan masing-masing.Untuk itu ,Umar meminta Bilal azan pada salah satu waktu solat
Bilal tidak pernah melaungkan azan selepas Baginda wafat .Atas permintaan Umar dan sahabat ,ini kali pertama beliau melaungkan azan selepas kewafatan Rasulullah.Dia tidak dapat menyelesaikan azannya.Beliau menangis dan para sahabat turut menangis .Mereka teringat kembali Rasulullah dan perjuangan yang agung dan suci...Islam,Iman,Kasih Sayang,Akhlak Mulia,Kehidupan Mulia,Pengorbanan dan penderitaan yang Rasulullah tanggung menjelma dalam ingatan mereka,seolah-olah mereka baru berpisah dengan Rasulullah..







Disini dapatlah kita lihat betapa besarnya CINTA ,RINDU ,dan KASIH sahabat-sahabat Rasulullah kepada baginda ..Ayuh kita lihat kembali hati kita ..adakah kita benar-benar mengenali siapakah lelaki yang mulia di sisi ALLAH SWT ?di manakah kita letakkan RINDU kita kepada baginda dan seberapa tinggikah KASIH kita kepada baginda yang telah mengeluarkan kita dari kegelapan JAHILIYAH dan membawa kita masuk ke dalam cahaya ISLAM ..Oleh itu ,bangkitkanlah ISLAM sepertimana baginda bangkitkan ISLAM ..sudah tentu kita tidak mahu baginda melihat Umatnya dalam keadaan jahil sekiranya baginda masih hidup di zaman sekarang ..wassalam

0 komen: