Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana Dia telah memberi kita peluang utk terus m'hirup oksigen tanpa m'genakan sebarang bayaran dan b'syukur juga keran kita masih d'beri kesempatan olehNYA untuk terus hidup di atas muka bumi ini ..Alhamdulillah
Kalau hendak dibandingkan keadaan kita sekarang dengan keadaan yang melanda Jepun ,sememangnya kita patut b'syukur kerana negara kita Malaysia t'selamat daripada tempias tsunami yang melanda Jepun sekarang ..Tapi itu tidak b'makna kita tidak perlu b'hati-hati ..Musibah yang telah melanda Jepun pada 11 Mac 2011 merupakan musibah yang Allah SWT hendak tunjukkan pada kita sebagai tanda peringatan buat hambaNya yang lupa dan sering melakukan perkara-perkara yang merosakkan alam ciptaanNya ..Seperti mana yang kita dapat lihat di negara matahari terbit yang musnah sama sekali bak padang jarak padang terkukur manakala ketika tsunami melanda daratan Jepun ,segala rumah-rumah dan kereta-kereta yang di megahkan hanyut bagaikan tin-tin kosong yang hanyut di dalam air longkang ..lihatlah kebesaranNya yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu ..hanya dengan berkata 'KUN' maka JADILAH !
Begitulah dasyatnya musibah yang Allah turunkan kepada hamba-hambaNya dalam sekelip mata sahaja ..Ujian yang diturunkan sebagai tanda peringatan buat semua makhlukNya di seluruh bumi yang lupa ..yang terus menerus melakukan kerosakan keatas muka bumiNya ..dan begitu juga sebagai tanda peringatan bahawa kiamat itu semakin hampir ..
Antara 10 tanda kiamat ialah 3 kali gempa bumi; sekali di Timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung Arab. (H.R. Muslim)

"Dan sungguh akan Kami beri cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah: 155)
Sesungguhnya apa yang telah dijanjikan Allah telah pun berlaku ..apakah kita masih mahu menafikannya ?apakah kita mahu memekakkan telinga dan membutakan mata akan kejadian-kejadian yang boleh dikatakan hampir semua tanda kiamat kecil telah pun berlaku di sekeliling kita..
Oleh itu sama-samalah kita berfikir akan musibah yang telah melanda kita ini ..ambillah ia sebagai ibrah untuk kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bertaqwa kepadaNya ..InsyaAllah dan sama-samalah kita doakan akan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara Islam kita di Jepun agar kuat dalam menghadapi ujianNya ..amiinn
0 komen:
Catat Ulasan