
bismillah walhamdulillah
Rasulullah SAW bersabda:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971)
Memang wanita memiliki kecenderungan gemar berhias dibandingkan dengan kaum lelaki. Berhias merupakan panggilan fitrah bagi seorang wanita, selagi masih bersesuaian dengan syariat Islam. Jadi, Islam tidak membebaskan wanita berhias sekendak hatinya tanpa aturan.
Dan pada masa yang sama, Islam juga tidak menghalang wanita untuk berhias dan berfesyen, tetapi ada garis panduan yang telah ditentukan.
Satu perkara yang mesti kita tahu, iaitu bahawa penampilan kita akan menimbulkan kesan bagi orang yang melihatnya. Ketika seseorang pertama sekali bertemu dengan kita, mereka akan menanggapi kita (first impression) dengan cara kita berpakaian.
thanks to :aku islam.comOleh itu, bagaimanakah kita ingin dikategorikan? Sebagai seorang muslimah yang sangat menjaga kehormatan, atau sebaliknya?
0 komen:
Catat Ulasan