Buat seluruh kaum Muslimin al-sadiqin,
Baik sebagai individu atau jama’ah
Yang sentiasa memikirkan persoalan besar…
Bagaimanakah hendak memulakan langkah kea rah kebangkitan?
Apakah asas-asas yang dapat menyatukan umat?
Apakah titik mula bagi sebuah kebangkitan menuju halanya yang sahih?
Buat seluruh kaum Muslimin al-mukhlisin,
Baik sebagai individu atau jama’ah
Yang telah mengintai-intai sehingga terbitnya fajar sadiq
Dan menumpahkan usaha kea rah kebangkitan semula Islam yang sebenar
Menuju kepada hakikat Islam tulen yang telah hilang.
Buat seluruh kaum Muslimin yang punya kesedaran,
Baik sebagai individu atau jama’ah
Yang menyedari usaha mengejutkan umat daripada tidurnya yang lena
Dan usaha meletakkan semula mereka di tempat yang sepatutnya
Supaya mereka dapat memimpin diri sendiri
Dan dapat memimpin manusia seluruhnya sekali lagi
Menurut sebagaimana perintah Allah tidak mungkin terlaksana
Dengan hanya kesungguhan individu walaupun bilangnya ramai
Atau berapa kelompok sama ada kecil atau besar saiznya
Walaupun bermacam-macam usaha dilakukan
Bilamana setiap individu atau kelompok itu menutup pintu
Dan membelenggu dirinya dengan pagar sangkaan
Hingga menegah segala bentuk kerjasama,perbincangan
Dan bertukar-tukar nasihat dengan orang lain.
Seterusnya mengambil sikap berhati-hati yang penuh dengan sangkaan
Bahawa mereka sahajalah yang berjalan di atas petunjuk yang benar
Dan mereka sahajalah pendokong al-Firqat al-Najiyah
Dan al-Ta’ifah al-Mansurah
Sementara orang lain puak batil
Dan pertolongan Allah hanya akan datang
Buat dirinya dan kelompok yang didokonginya
Buat seluruh kaum Muslimin
Dari kalangan ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah
Baik sebagai individu atau jama’ah
Yang bebas daripada segala kepentingan diri
Kami kemukakan buat mereka beberapa mercu
Ke arah kebangkitan yang gemilang
Dengan mengharapkan kepada Allah azza wa jalla
Agar Dia menerima segala usaha yang kecil ini
Semoga Dia memberikan hidayah-Nya kepada kita ke jalan kebenaran dan menghimpunkan kita sebagai golongan yang sentiasa mempertahankannya .
Amin …
0 komen:
Catat Ulasan