Sahabat, kamu adalah yang terindah melihat wajahmu menghilangkan gundah mendengar bicaramu memadam gelisah hanya gembira dan bahagia yang terwujud dalam jiwa hamba sahabat, kamu adalah yang terindah bersamamu ibarat di dalam syurga bersenggang denganmu seakan terlontar ke neraka kita bersama dan bersama itu membuatkan aku ceria sahabat, kamu adalah yang terindah erat denganmu membawaku kepada Ilah duduk denganmu membuatkan aku berada dalam biah solehah Hadirmu dalam hidupku adalah hadiah hadiah terindah daripada Allah Subhanahu wata’ala Sahabat, kamu adalah yang terindah cuti ini mungkin waktu kita berpisah tetapi ketahuilah bahawa dengan iman kita takkan berpecah walau kau jauh di hujung dunia dan aku di sudut sebelah sana cinta kita takkan punah Sahabat, kita teruskan hubungan kita dengan doa dalam setiap angkatan tangan dan sujud kepada Allah namamu akan kusebut tanpa lupa tanda cintaku padamu yang tidakkan musnah Sahabat, kamu adalah yang terindah Dan aku ingin kita berpimpin tangan ke tempat bernama Jannah yang mana tiada cuti yang mampu memisahkan kita di sana abadi, kekal selama-lama.
Ahad, November 07, 2010
Sahabat...kamu adalah yang terindah
dipetik dari:langitilahi.com
Labels:
Persaudaraan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen:
Catat Ulasan