Isnin, November 23, 2009

sedikit perkongsian.

Bismillah walhamdulillah.

dengan suka hatinya ana ingin berkongsi sedikit cerita yang dipetik dari sebuah blog sisters yang menuntut di france. moga kita sama-sama mengambil ibrah =) .


Pada perang Qadissiyah menyaksikan pasukan muhajirin dan ansar menyeberangi sungai yang membatasi mereka dengan camp pasukan Persia. Bangsa arab yang "tidak mengenal air" ini menjadi begitu berani, saling berganding tangan dan berangkulan membelah sungai Euphrates yang deras.


Rombongan yang besar itu tiba² berhenti di tengah arus yang ganas dan semuanya membungkuk meraba² ke dalam riak air sungai.

"Qa'bku! qa'bku!, kantong airku, kantong airku jatuh!", seru salah seorang anggota pasukan muslimin. Hal itu membuatkan puluhan ribu tangan seketika mengaduk-ngaduk sungai Euphrates.

Panglima Persia dan pasukannya yang tegang menanti di seberang sungai dengan pedang terhunus ternganga. "Hanya kerana sebuah kantong air, semua pasukan mengaduk² sungai Euphrates? Lalu bagaimana kalau salah seorang dari mereka terbunuh oleh kita?"seru si panglima.

Ya mereka tak pernah akan mengerti tentang ukhwah sebelum merasainya. Jika pedang menebas salah satu dari tentera pasukan muslimin, yang kene pedang tak akan berteriak kerana ia hanya merasakan cubitan yang mengantarnya menuju keridhaan Allah. Yang ada hanyalah teriakan saudara seiman yang ada di sampingnya! "Argh~~~~" tinggi teriakannya. "...saudaraku, engkau mendahuluilah aku ke syurga, engkau mendahuluilah aku ke syurga"..

manisnya persaudaraan mereka..Muhajirin dan Ansar padahal yang mengikat mereka hanyalah aqidah islamiyah semata. Bukankah kite lebih arif bagaimana mereka dipersaudarakan?

Bagaimana pula dengan kita? Harapan tuna, selama kite bersaudara jangan ada virus² ukhwah yang merosakkan hubungan diantara kita. selalulah bersangka baik dengan sahabiyah semua..percayalah, walau sahabiyah antum x pernah mention mereka sangat sayang pada antum..mereka sebenarnye x rela masuk syurga seorang diri. mereka seboleh² nk angkut semua sisters skali. Disitulah letaknya nilai cinta mereka..


takutnye tuna bila tiba saat kite dah tak kisah kawan kite nk buat ape..kerana pada waktu itu telah hilanglah kasih kita pada mereka. Nauzubillah..

wallahua'lam.

*tuna adalah nama samaran penulis asal.

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

salam...

ana ske sgt ayt nie 43:67
x igt cmne ayt die...tp kt sini die kt igtlah di akhirat klak ade satu glongan yg kwn ats dsr taqwa akn bertemu...

wallahualam