Sabtu, November 21, 2009

cuti ; mudarat vs manfaat

Bismillah walhamdulillah.

setinggi tinggi kesyukuran tanpa alasan buat Allah, rabb sekalian alam, tuhan di masa cuti juga tuhan di masa tidak cuti. solawat dan salam rindu buat rasulullah solla Allahu alaihi wslm, murabbi agung, role model di musim cuti juga role model di musim tidak cuti.

alhamdulillah, adik adik, juga rakan rakan sebatch seperjuangan, masih dipanjangkan umur sehingga cuti tiba lagi.

adalah diingatkan kepada diri sendiri terutamanya dan kita semua agar tidak terlampau terlibat dalam kegiatan lagha(sia2) sepanjang cuti ini, memandangkan cuti kali ini sendiri adalah amat ciput, less than two months.

buku buku pelajaran hendaklah tidak dianaktirikan serta ditepikan sebaiknya (ok point ini distresskan untuk mereka yang nak exam tahun depan) mestilah dibaca, apatah lagi assignment atau nama sekolahnya, folio dan segala bagai kerja rumah harus disiapkan. dengan sesungguhnya. ketagihan internet hendaklah pada paras terkawal. (sangat untuk diri sendiri.)

moga moga, cuti ini membawa lebih manfaat berbanding mudarat, serta menghidupkan iman bukan mematikan.

pesanan penaja : kepada adik2 puteri f1, f2 dan kakak2 f4, jangan lupa isi jadual mutabaah tu!

i'm speaking to myself, before i speak to anyone else.

waAllahua'lam.

p/s: berhati hatilah dengan masa lapang.

1 komen:

tice berkata...

salams.

Alhamdulillah 1 post yg ISTIMEWA serta PERINGATAN YANG BERMANFAAT buat peLajar sekalian.Syabas to anakanda ADMIN..

semoga cuti sekolah yang panjang ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dengan aktiviti mempertingkatkan keimanan dan muhasabah diri..

semoga ankandas semua menjadi anak-anak yang SOLEH + SOLEHAH..InsyaAllah