Isnin, Oktober 12, 2009

Mengisi masa lapang

 .
Pada 12 Oktober 2009, Lajnah Penerangan dan Penerbitan(Lanera) telah mengadakan jualan buku yang berjudul 'Himpunan Risalah-Risalah BADAR' dari edisi 2007 sehingga 2009. Buku ini dijual pada harga yang berpatutan iaitu RM10.00. Terdapat hadiah istimewa yang diberikan kepada 9 pelanggan terawal. Hadiah istimewa tersebut ialah penanda buku ayat-ayat Al-Qur'an berbahasa Inggeris diimport dari Australia. Penjualan buku ini akan diteruskan pada tahun hadapan memandangkan sambutan yang diberikan amat baik. Semoga para pembeli dapat memanfaatkan buku tersebut  sebaik-baiknya.
.