Dalam melakukan sesuatu yang baik bagi mencapai keredhaan Allah s.w.t, syaitan laknatullah pasti datang dan berusaha menghalangnya. Antara cara mereka menghalang manusia melakukan kebaikan ialah dengan memakaikan celak mereka ke mata manusia supaya manusia berasa ngantuk. Oleh hal yang demikian, kita haruslah melawan rasa ngantuk ini terutama apabila sedang menimba ilmu. Berikut adalah antara tips-tips yang kami peroleh daripada seorang sahabat bagi menghilangkan rasa mengantuk. Sama-samalah kita amalkan dan sebarkan...
Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh seperti balik kampung berhari raya, travelling kerana tugas rasmi dll., akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu. Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu. Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...
LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM...
(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR)
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat
BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MAâASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAAâ WAHUWASSAMIUN âALIIMMâ 3X.
SELAMAT MENCUBA !!!
0 komen:
Catat Ulasan