Kenapa selama ini kita memilih untuk ditarbiyyah ? Kita persembahkan diri kita kepada dunia gaya seorang manusia yang ditarbiyyah. Bersedia dari segi masa. Pada saya, sejujurnya, masa tidak akan menunggu kita kerana masa adalah makhluk Allah yang juga ‘hidup’, akan berjalan terus-menerus. Manusia pula, masih menangguh masanya untuk berubah. Terasa berat akan nilainya suatu perubahan. Namun, saya menyebut juga faktor masa di atas. Masa itu akan jadi tidak berguna sekiranya kita menangguh masa untuk berubah atau menerima tarbiyyah Islamiyyah yang sememangnya banyak di sekeliling kita. Jangan pernah kata tiada, sebaliknya anda yang sebenarnya hanya sibuk mengatakan, ‘ Aku tidak mahu.’ Tiada istilah ‘ Aku tak dapat hidayah lagi.’ Kerana itu saya menyenaraikan faktor keupayaan diri dalam persediaan menghadapi tarbiyyah. Keupayaan diri yang bagaimana saya maksudkan ? Dekad ini, mempamerkan kepada kita banyak wasilah untuk kita lebih senang mencapai tarbiyyah. ‘ Mengapa keberadaan aku adalah dalam jemaah ini ? ’ Jika ada orang lain yang bertanya kepada saya, percayalah jawapan ini juga yang akan saya berikan. Kita saling menampung kekurangan, manfaat kehebatan. Tarbiyyah bukan segala-galanya , tetapi segala-galanya dimulai dengan tarbiyyah. Malu benar untuk mengaku bahawa kini baru benar-benar saya faham akan istilah ini. Tarbiyyah ini menjadi satu latih tubi untuk kita bergerak. Semestinya, fitrah manusia pada asalnya adalah Islam. Mengapa masih perlukan tarbiyyah ? Dunia yang penuh dengan tipu daya. Fitrah yang suci itu perlu dibangunkan, dan alat penjagaannya adalah tarbiyyah. Tarbiyyah kita adalah tarbiyyah rabbaniyyah. Tarbiyyah kita bukan melahirkan manusia yang baik sendiri-sendiri. Jika anda masih mempunyai ciri-ciri di atas, jelaslah anda tidak menikmati tarbiyyah itu sepuasnya. Pernah saya mendengar satu cerita dari seorang ustaz yang sangat saya kagumi. ‘ Anta ikhwan ? ’ Terharu benar saya mendengarnya. Tetapi memperjuangkan Islam itu sendiri. Jujurnya saya sendiri pelik dengan jemaah atau apa jua pertubuhan yang memperjuangkan kaum dan sekumpulan dengannya. Sebab, kaum tidak akan ke mana. Tolak semua. Fikrah itu yang lebih UTAMA. Lihat para sahabat yang keluar berdakwah ke negara-negara luar, betapa mereka tidak menghadkan dakwah mereka hanya untuk masyarakat Arab semata. Mereka melihat Islam itu sesuai untuk semua. Kerana Islam itu untuk semua. Selami semula kisah tentera Perang Badar, ahli-ahli as-sabiquunal awwalun. Dua ciri ini merupakan ciri yang sangat PENTING untuk mereka yang berada dalam tarbiyyah. ‘ Ya ’ (cukup). Jika kamu bersabar dan bertaqwa ketika mereka datang menyerang kamu dengan tiba-tiba, nescaya Allah menolongmu denganlima ribu malaikat yang memakai tanda. (3 : 125 ) Kisah Talut juga mempamerkan kepada kita ibrah yang sama. Maka ketika Talut membawa bala tenteranya, dia berkata, ‘ Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum (airnya), dia bukanlah pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali menceduk-ceduk dengan tangan.’ Tetapi mereka meminumnya kecuali sebahagian kecil di antara mereka. Ketika dia (Talut) dan orang-orang yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka berkata, ‘ Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya.’ Mereka meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata, ‘ Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah.’ Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. ( 2 : 249) Hamparkan rasa sakit dalam tarbiyyah. Tarbiyyah lebih mengajar erti kebersamaan dengan Dia. Segala yang kita ada, berikan semua. Birlah tirai kisah perjuangan dakwah kita berlabuh di sana.
Ya, kerana tarbiyyah Islamiyyah ini mampu mengubah diri kita.
Ya, kerana pilihan untuk memilihnya terletak dalam tangan kita.
Bersedia dari segi keupayaan diri.
Bersedia dari segi hati.
Bersedia dari segi semangat.
Terasa sukar akan perubahan yang ingin dilakukan.
Tetapi saya tetap menyalahkan manusia, bukan masa.
Hak masa itu terletak kepada manusia kerana manusia yang lebih tahu bagaimana cara yang sebetulnya untuk menggunakan masa.
Hanya malas atau rajin bagi mereka yang berusaha mencarinya.
Keenakan tarbiyyah hanya dapat dinikmati oleh orang yang benar-benar rajin dan bersedia ke arahnya.
Kebersamaan dalam tarbiyyah sehingga akhir hayat mampu bertahan sehingga akhirnya, bukan hanya kerana hati yang faham, tetapi memerlukan juga keupayaan diri yang maksimum.
Keupayaan diri untuk menerima tarbiyyah.
Tidak kiralah ada kalanya kita rasa puas hati atau tidak, tetap akan kita jalankan.
Tidak kiralah anda sesibuk mana sekalipun, tugas-tugas dakwah dan tarbiyyah tidak akan diperlekehkan.
Tidak kiralah ada orang atau tidak di sekeliling kita, akan tetap berupaya untuk membawa dakwah dan tarbiyyah.
Pilihlah.
Pilihlah untuk menyelamatkan diri anda.
Pilih wasilah yang lebih jelas matlamatnya.
Pilih wasilah yang meletakkan Islam di puncak.
Pilih wasilah yang menggunakan Al-Quran dan sunnah sebagai panduannya.
Dan kepada wasilah-wasilah lain, yang turut berjuang mempertahankan dakwah dan tarbiyyah ini, saya hanya bersikap lapang dada.
Tarbiyyah menjadi satu alat untuk kita boleh digunapakai dalam sesebuah jemaah.
Tarbiyyah menjadi satu landasan yang lebih kukuh untuk kita mengejar syurga-Nya.
Namun demikian selepas lahirnya ke dunia, akan dicorakkan oleh ibu bapa mereka.
Kerana kita hidup di dunia, bukan di syurga.
Kecerahan yang sebenarnya memalapkan jiwa.
Menjanjikan pelbagai jenis impian-impian palsu.
Tarbiyyah yang membina seorang rijal.
Seekor kuda yang boleh ditunggang ke mana jua untuk dakwah.
Tarbiyyah kita bukan melahirkan manusia yang pasif.
Tarbiyyah kita bukan melahirkan manusia yang berfikiran singkat.
Katanya ketika mengerjakan umrah, dia membaca Al-Ma’thurat di hadapan kaabah.
Ketika itu ada seorang akh menegurnya,
Inilah tarbiyyah kita.
Tarbiyyah global. (sebenarnya nak cakap betapa tarbiyyah Ikhwanul Muslimin sangat global dan menyeluruh)
Bukan memperjuangkan perkauman.
Bukan memperjuangkan bangsa.
Bukan memperjuangkan negara.
Campaklah ke pelusuk mana sekalipun, dakwah dan tarbiyyah itu tetap yang utama.
Mereka juga berjuang, namun saya kira skop perjuangan agak sempit.
Bangsa tidak akan ke mana.
Negara tidak akan ke mana.
FIKRAH yang sama menyatukan semua.
Sama juga seperti kita.
Mereka inilah golongan-golongan yang benar-benar mengerti tarbiyyah.
Kerana itu adalah kesempurnaanya.
Hingga akhirnya, Dia.
Kerana kita mahukan dakwah dan tarbiyyah ini gembira kita bersamanya.
Aku sanggup menunggu hingga ke syurga andai kebahagiaan sebenar adalah disana.
Sabtu, Julai 09, 2011
Kenapa aku pilih untuk ditarbiah ?
Labels:
pesanan LUTAR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen:
Catat Ulasan