Isnin, Mei 02, 2011

TERISTIMEWA BUAT ANDA...SI MAWAR BERDURI.. =)

Sahabatku,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta drpd tulang rusuk Adam yg bengkok utk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan drpd kepala utk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan drpd kaki utk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran dprd keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yg mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang utk mendekatimu. Adakah semudah itu kau mahu menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yg unggul terjaga berpagarkan duri sbg bentengnya. Dari kejauhan harumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yg memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran berduri yg berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yg terjaga hinggakan ia terfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.


Sahabatku,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yg menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan drpd tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadiah dirimu hanya sekuntum bunga yg indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

'Tidak ada fitnah yg lebih besar setelah wafatku selain drpd fitnah yg berpunca drpd wanita.' Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai sahabatku sayang,

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorg wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yg diizinkan. Sesuatu yg tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dgn sesuatu yg terdedah. Yang tertutup itu lebih indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yg kudus, suci, mahal, dan berharga, buat kumbang terpilih yg telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dgn bernaungkan keredaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.

'Wanita yg baik itu adalah utk lelaki yg baik.'


1 komen:

Tanpa Nama berkata...

Salam!
Mgkin boleh ltak lbih byk artikel selain drpd ttg wanita-lelaki? Sbb dah byk.. Syukran!