Sabtu, Jun 26, 2010

Masihkah aku hidup lagi,.,

Dunia semangkin tua,alam semangkin pudar di maya dan bumi semangkin bergegar tiada tahan menggeletar dirinya masing-masing untuk memikul makhlok-makhlok yang semangkin liar dan tidak berguna untuk ber bakti pada diri-sendiri dan mereka hidup dialam Allah swt sebagai tempat fantasia dan dekorasi palsu ,mereka buat sebagai medan kehancuran;Lantaran itu maka bumi mengeluh ;Aku Benci...dan Aku Tak Sudi.....Aku tak mahu peduli dan Aku rasa mahu lari membawa diri digegugatan ekonomi dan tiada manusiawi lantaran manusia hilang kemahuan berinteraksi dalam sanubari Alquran sebagai bacaan dan senjata mukmin untuk menghancurkan kekeruhan dan kekotoran yang tercemar di lubuk hati yang berhantu syaithon dan jin....

Wahai Insan dan makhlok melata dimuka bumi APAKAH ENGKAU RASA KAU RAJA SEKELIAN ALAM INI??? TAK SADAR DIRI!!!!BUMI YANG KAU PIJAK LANGIT YANG KAU JADIKAN TEMPAT LINDUNG DIRI....TETAP MENGATAKAN...AKU TAK SUDI BERINTERAKSI MANUSIA YANG MELUPAKAN DIRI.....

Tetiba Segumbulan awan lembayung mengangkat segala perintah dijunjung melebarkan Payung sekumpulan para Ubbad(para Ahli Ibadat) yang tetap menyanjung kepada ajaran Yang Satu dan Ketauhidan yang Menyusun Barisan Bersatu mengangkat Tangan dijulang keatas dengan Penuh titisan airmata lantas interaksi langsung kepada asal Rukun Iman.....Allahu Ahad .....AllahuAhad.....AllahuAhad.....Hulubalang dan askar yang mengiringi adalah Malaikat-malaikat...Turut simpati dan menyatukan kalimah Doa-Doa dan Mengaminkan Bermohon kehadrat Tuhan Agar AMAN -DAMAI Dunia di -Akhir Zaman Ummat Muhammad diakhir zaman (Iman kepada para Anbiyaullah)mursalin....dengan ditangannya menjulang senjata gugatan Kitabullah-Alkareem Al-Quran Penyatu Ummat Akhir Zaman.....

Lantas ia berseri....marilah kita bersatu dengan INTERAKSI BerPandu "PELURU SATU PERPADUAN UMMAT";

Iaitu; Risalah Yang di bawa oleh Nabiyuna Muhammad SAW;Sebagaimana dibawah ini;

Interaksi dengan al-Quran tidak berhasil melainkan dengan melaksanakan segala tuntutan atau kewajipan terhadapnya.

Menurut Imam Hasan al Banna; kewajipan dan tuntutan yang mesti dilaksanakan terhadap al- Quran ada empat (4) iaitu ;

1. Meyakini dengan keyakinan yang tekad, tanpa ragu-ragu walau sedikitpun, bahawa tidak ada cara yang dapat menyelamatkan kita melainkan cara yang diterima-pakai daripada Manhaj-alQuran. Sebarang sistem dalam apa jua bidang sekalipun, jika tidak bersandar atau tidak di ambil daripada al-Quran maka ia pasti akan menemui kegagalan dan kelumpuhan.

2. Menjadikan al-Quran sebagai teman dan guru dengan kita membacanya bersungguh-sungguh. Janganlah berlalu walau satu haripun tanpa kita membaca al-Quran. Berkata Imam al-Banna;

“Maka wajib bagi kamu wahai saudara-saudara untuk memperbanyakkan membaca al-Quran dan hendaklah kamu menjadikan bagi diri kamu satu wirid daripada al-Quran di mana kamu melaziminya (iaitu wirid tersebut) sebagai mencontohi para salaf dan mematuhi perintah Allah swt serta mengambil manfaat daripada apa yang ada dalam kitab Allah Ta’ala”.

3. Meraikan adab-adab Tilawah (adab-adab membaca) ketika membaca al-Quran dan adab-adab Istima’ (adab-adab mendengar) ketika mendengar ayat-ayat al-Quran. Begitu juga, kita hendaklah mencuba sedaya mungkin untuk mentadabbur al-Quran dan menjadikan diri kita terkesan dengannya. Sabda Nabi (s.a.w) ;

“Sesungguhnya al Quran ini turun dalam keadaan bermuram-durja [2].Apabila kamu membacanya maka hendaklah kamu menangis. Sekiranya kamu tidak dapat menangis maka paksalah dirimu supaya menangis (buat-buat menangis)”.


akan bersambung......

0 komen: