Jumaat, Mei 28, 2010

Beberapa Ideologi..

Bismillah...

Berikut ialah beberapa istilah ideologi yang terdapat di dunia ini. Walau apapun, Islam tetap agama yang benar.

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya.

Zionisme adalah gerakan nasionalisme Yahudi antarabangsa yang menghasilkan negara Israel.

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin.

Hedonisme merupakan fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup.

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang.

Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi.

Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.

Marxsime merupakan aliran pemikiran yang turun daripada pemikiran Karl Marx. Marxisme adalah berhubung rapat dengan manifestasinya iaitu komunisme. Marx menyusun sebuah teori besar yang berkaitan dengan sistem ekonomi, sistem sosial dan sistem politik.

Empirisisme adalah suatu aliran falsafah yang menyatakan bahawa semua pengetahuan diperolehi atau berdasarkan pengalaman. Dengan itu, ia juga menyatakan bahawa semua kenyataan berkenaan pengetahuan terhadap dunia hanya boleh dijustifikasikan oleh pengalaman.

Rasionalisme adalah suatu kaedah penyelidikan dan ujikaji yang menyatakan bahawa akal adalah sumber utama pengetahuan. Ia menafikan pengalamaan pancaindera sebagai sumber pengetahuan. Konsep utama yang menjadi pegangan ini ialah kepercayaan terhadap kemampuan dan autoriti akal fikiran (alasan) untuk menyingkap ilmu dan kebenaran.

Pragmatisme adalah satu aliran falsafah yang berasal dari Amerika Syarikat pada lewat kurun 1880an. Sebagai salah satu ciri utamanya, aliran pragmatisme menekankan bahawa kehasilan, kepenggunaan, kepraktikalan adalah komponen utama untuk kebenaran.

Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.

0 komen: