Rabu, Januari 20, 2010

Apa Matlamat Hidup Anda?

Mula-mula skali..sebelum kita ambil langkah..kita mesti tetapkan matlamat kita. Penceramah-penceramah pun selalu kata gitu..
Jadi apakah matlamat hidup anda? Untuk jadi doktor? Engineer mungkin? Atau pun anda sendiri tak pasti? Ha..tak payah susah-susah fikir..ni dah ada..khas untuk kita!

Al-Quran
Surah Adz-Dzariaat, Ayat 56

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu.
{56}

Sesungguhnya kita dijadikan semata-mata untuk menyembah dan beribadah kepadaNya. Menyembah di sini boleh membawa maksud berserah diri kepadaNya dan mentauhidkanNya, beriman denganNya.

Beribadah pula bukan sahaja dalam konteks solat dan puasa (dan yang berkaitan) sahaja. Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan umum. Ibadah khusus ialah yg fardhu ain (cth: solat) dan fardhu kifayah (cth: uruskan jenazah). Ibadah umum pula ialah segala perbuatan harian (cth: belajar & tidur) yang diniatkan untuk beribadah atau kerana ALLAH.

Maka niat kita itu sangat penting. Buatlah apa-apa pun (yang baik la), janji niatlah kerana ALLAH dalam segala perkara. Ingatlah matlamat hidup anda..kerana ALLAH jua~ Pasti sukses! =]

suksesaba.blogspot.com

2 komen:

s.hijau berkata...

very nice article..
simple tapi menusuk sampai backbone..
keep on writing n beramal..^_^

Tanpa Nama berkata...

salam..
emm..btol tu..
kdg2 ade org buat jahat pon nk niat kerana Allah...

bg diorg yg niat kerana Allah,sume nyer leh baik..

TAPI INGAT..!!!
"NIAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA @ MATLAMAT"

sedikit perkongsian dr insan yg sentiasa lemah di sisi NYA dn sentiasa perlukan tarbiyyah serta bimbingan dr sahabat2...amin...

Syukran..
wassalam a'alaik..