Isnin, Disember 07, 2009

~[Rebutl@h Gel@r@n Ikhw@n]~

Rebutlah gelaran ikhwan di akhir zaman
Yang disabdakan dari lidah Rasul junjungan
Agar kita menjadi orang yang membuktikan
Golongan yang baginda rindukan

Tika para sahabat itu bertanya
Siapakah yang diberi gelaran itu padanya
Membara cemburu di hati mereka
Hingga menitiskan airmata

Ia tawaran yang tiada tandingan
Lantas baginda menyambung lagi
Ikhwan itu mengamalkan sunnahku
Bagai menggenggam bara api
Dan mereka amat menyintaiku
Sekalipun tidak pernah bertemu

ukhwah mereka bagaikan susunan batu bata
Saling menguatkan di antara mereka
Umpama satu ibu dan satu ayah
Fikiran, keyakinan dan keselarasan

Perjuangannya ibarat singa di siangnya
Bagai abid pula di malam harinya
Ruhbanu fillail wa fursan finnahar
Gelaran yang baginda berikan

Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan
Mereka pilihan di atas pilihan
Bilangannya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan
Kerana dosa amat dihindarkan

Luar biasanya taqwa Ikhwan
Kerana taqwanya diberi pertolongan
Kerana taqwanya diberi rezeki
Dan dunia diselamatkan Tuhan

Wahai pencinta-pencinta kebenaran
Yang menagih janji Tuhan
Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

nice...ske2..

superserikandi berkata...

toucheddd :(

Allah..kuatkan kami utk tergolong dlm golongan ikhwan..

"ruhbanu fillail wa fursan finnahar"

Allahu akbar~

~[Wardah al-Farafishah]~ berkata...

insyaAllah,,,bila suka, ltkkn dlm hati jugak ye!

sama2lah kita brusaha mendptkn gelaran ikhwan,insyaAllah ^_^