Khamis, September 03, 2009

Mengenai BADAR

Dakwah menjadi tuntutan kepada umat Islam yang baligh, berakal, mumayyiz dan mampu melaksanakannya. Pergerakan BADAR di sekolah adalah sebagai salah satu wasilah dakwah untuk mewujudkan satu platform asas untuk menyebarkan dan menggerakkan institusi dakwah dengan melayari bahtera Islam di negara ini sekali gus memperkukuh kedudukan Agama Islam di atas muka bumi Allah ini pada masa akan datang dan selamanya. BADAR di SMK Agama Kuala Lumpur adalah salah satu daripada sepuluh badan induk di bawah Majlis Perwakilan Pelajar sebagai melaksanakan dan menyebarkan Islam sebagai cara hidup yang sempurna dengan mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.



Moto

Syariah didahulukan, Mardhotillah diutamakan


Visi

Ke arah membentuk generasi gemilang acuan Al-Qur'an dan As-Sunnah


Misi 
  • Menerapkan konsep penghayatan Islam sebagai jalan hidup yang sempurna.
  • Memperkukuh aqidah, memperkaya ibadah, mempererat ukhwah.
  • Meneruskan arus tajdid di SMK Agama Kuala Lumpur.
  • Menjadikan SMK Agama Kuala Lumpur sebagai wasilah dakwah.
  • Mewujudkan biah solehah dalam kalangan warga SMK Agama Kuala Lumpur.

Lagu

Badan Dakwah Rohani
Pemangkin generasi bestari
Penyuluh sejati ummah madani
Ke arah peribadi mithali

 Badan Dakwah Rohani
Keimanan menghiasi diri
Akhlak yang gemilang
Sahsiah cemerlang
Quran dan Sunnah menjadi pegangan

Demi rohani yang disanjung tinggi
Luhurkan kasih sayang yang suci
Selembut semurni teman akrab di hati
Moga Islam bersinar kembali
.