Isnin, Mac 12, 2012

Majlis Mahabbah Rasulullah bersama SMKAKL

Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh :) kaifahalukum ya asdiqa'i :)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillahirabbila'lamin . setinggi-tinggi syukur kita rafakkan kepada Rabbul 'Alamin atas nikmat kurnianya dmasih lagi hidup di bumiNya. Selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Pada 7 Mac 2012 bersamaan 14 Rabiulakhir 1433 H , Rabu , SMKAKL telah mengadakan Majlis Mahabbah Rasulullah bersama SMKAKL. Penceramah jemputan ialah Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid dan Ustaz Azahar Hashim Al Hadrami dengan kerjasama Majlis Ta'alim Darul Murtadza dan Majlis Ta'alim Rahmatalilalamin. dan Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar .

majlis bermula dengan qasidah-qasidah dan diteruskan dengan video yg disediakan oleh The Muhibbains ----> The Muhibbains

seterusnya diteruskan dengan Tausiyyah 1 oleh Ustaz Azahar Hashim Al Hadrami .Pengisiannya adalah tentang --->
* berada dalam majlis ilmu merupakan 1 anugerah. oleh itu, hargailah anugerah yg Allah berikan ini.
* bagaimana mencintai Allah dan Rasul ?
* nak cinta Nabi mesti amalkan sunnahnya terlebih dahulu. selepas mencintai Nabi baru boleh cinta Allah.
* hanya ada 1 cara nk cinta Allah iaitu cinta Nabi :)
* Allah akan mengampunkan dosa kita sekiranya kita mencapai cinta Allah
* ada 4 golongan yg masuk syurga tanpa hisab -----> 
1) org yg jihad fisabilillah 
2) org yg dpt Haji Mabrur
3) org yg menginfakkan hartanya di jln Allah
4)para ulama' yg m'didik manusia kepada Allah.
* adab sangat penting. nak masuk syurga pun ada adab apatah lagi hidup di dunia.
* semoga Allah sentiasa merahmati kita semua dan sentiasa tergolong dlm golongan orang2 yg mencari cinta Allah dan tidak mengejar dunia :)

majlis seterusnya diteruskan dengan Tausiyyah 2 daripada Habib Ali Zaenal Abidin b Abu Bakar Al Hamid. Topik yg beliau bincangkan tentang UMUR :)
~ umur telah ditetapkan oleh Allah.
~ makin banyak masa yg berlalu, makin sedikit umur kita
~ setiap masa dan umur kita yg berlalu akan disoal oleh Allah kelak.
~ Allah bersumpah dengan masa dalam Surah Al Asr.
~ manusia yg tidak rugi ialah manusia yang menggunakan masa untuk beribadah kepada Allah.
~ Masa/umur ialah modal. Allah akan tanya kt akhirat apa yg kita guna dgn modal yg telah diberi.
~ masa/umur tidak boleh dibeli. lagi2 umur di waktu remaja.
~ ada 5 peringkat umur -----> 
1) alam roh 
2) di dalam janin ibu 
3) ketika lahir dari perut ibu sehingga meninggal dunia 
4) ketika berada di alam barzakh 
5) ketika dibangkitkan drpd alam barzakh
~ pada peringkat umur ke3 , umur itu akan menentukan kita pada masa akan datang. ia merupakan perkara khusus yg akan ditanya oleh Allah.
~ takkan kaki manusia tergelincir shingga ditanya 4 soalan --->
1) usianya
2) usia remajanya
3) hartanya (drpd mana dapat & kemana pergi)
4) ilmunya
~ tanamlah benih yg baik, dan suburkannya di waktu remaja, supaya dpt memetik hasil yg bagus di kemudian hari.
~ remaja merupakan pejuang islam kini. kebanyakan sahabat Rasulullah ialah REMAJA !
~ remaja yang beriman diselamatkan oleh Allah <---- Ashabul Kahfi
~ tarbiyah imaniyyah, tarbiyah fikriyya, tarbiyah suluqiyyah/akhlakiyyah sgt penting.
~ 2 perkara yg bawa manusia ke NERAKA <---- LIDAH dan KEMALUAN
~ 2 perkara yg membawa manusia ke SYURGA <---- TAQWA kpd ALLAH dan AKHLAK yang BAIK

wahai REMAJA, waktu REMAJA hanyalah sesaat sahaja dan waktu itu akan berlalu pergi. Maka, gunakanlah MASA ini dengan sebaiknya sebelum ia berlalu pergi dan kamu akan menjadi org2 yang RUGI. waktu REMAJA sangatlah berharga dan kelak akan disoal oleh ALLAH. ingatlah 5 sebelum 5 :)

AKAL YANG SIHAT PADA HATI YANG SELAMAT -Habib Ali-

majlis kemudiannya diteruskan oleh Solat Isya', Solat Hajat dan Doa Selamat untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 2011 yang bakal mengambil keputusan SPM 2011 pada 22 Mac akan datang.

semoga Majlis Mahabbah dan pengisiannya dapat memberi iktibar, pengajaran dan kesedaran kepada semua pendengar yang hadir. moga Allah memberkati majlis mulia ini dan diadakan lagi pada masa akan datang.

Rabu, Februari 01, 2012

4 Kata-kata Kunci Ketenangan Hati Hamba-hamba Beriman

1."Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang."

2. "Aku tahu bahawa tugasku (sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya."

3. "Aku yakin Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa."

4. "Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya."

Imam al-Suyuti dalam kitabnya Sharh al-Sudur menukilkan kata sahabat Nabi Abu Darda' R.A tentang ajal kematian:

Peringatan yang memberi kesan dan suatu yang diabaikan yang segera datang, memadailah kematian sebagai pemberi peringatan dan memadailah masa (umur) sebagai pemutus. Hari ini di dalam bilik, esok di dalam kubur.

*Renungilah 4 kata-kata kunci ketenangan ini...
ingatan buat diri sndri yg serba hina lagi fakir di hadapan Allah ini...

Laa takhaf wa laa tahzan..Innallaaha ma'anaa..
(jgn lah takut & jgn lah sedih..sesungguhnya Allah bersama kita)

adab fauqol ilmi'-
(Adab itu berada di atas ilmu..)

Al-ilmi indallah,alaina an nah ta'allamu , lii man faatina..
(ilmu ALLAH di kongsi bersama untuk MANFFAT bersama)

Sabtu, Januari 21, 2012

Bukan Hati Yang Pernah Menjadi Labuhan Lelaki Lain

bismillah

assalamualaikum :) lame rasenye blog ni x diupdate kn ..ana nk kongsi satu artikel nih ..ana ambil dr akuislam.com..satu lagi laman web dakwah seperti iluvislam jugak .secara ringkasnya .laman dakwah akuislam.com ini menyediakn pelbagai artikel semasa berkaitan dengan ketuhanan ,tarbiyah ,persahabatan ,hati dan sebagainya.selain isi yang menjentik iman ,artikel2 di laman web akuislam.com cukup mudah buat kita fahami :))


***




“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?

Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!


kredit: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/hati-labuhan-lelaki-lain/#ixzz1k6ohMTq6