Memaparkan catatan dengan label pesanan LUTAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pesanan LUTAR. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 09, 2011

Kenapa aku pilih untuk ditarbiah ?

Kenapa selama ini kita memilih untuk ditarbiyyah ?
Ya, kerana tarbiyyah Islamiyyah ini mampu mengubah diri kita.
Ya, kerana pilihan untuk memilihnya terletak dalam tangan kita.

Kita membenarkan jiwa kita untuk mencintai tarbiyyah.

Kita persembahkan diri kita kepada dunia gaya seorang manusia yang ditarbiyyah.

Namun, adakah kita pernah menyukat setakat mana kita bersedia untuk ditarbiyyah ?

Bersedia dari segi masa.
Bersedia dari segi keupayaan diri.
Bersedia dari segi hati.
Bersedia dari segi semangat.

Pada saya, sejujurnya, masa tidak akan menunggu kita kerana masa adalah makhluk Allah yang juga ‘hidup’, akan berjalan terus-menerus. Manusia pula, masih menangguh masanya untuk berubah.

Terasa berat akan nilainya suatu perubahan.
Terasa sukar akan perubahan yang ingin dilakukan.

Namun, saya menyebut juga faktor masa di atas.
Tetapi saya tetap menyalahkan manusia, bukan masa.
Hak masa itu terletak kepada manusia kerana manusia yang lebih tahu bagaimana cara yang sebetulnya untuk menggunakan masa.

Masa itu akan jadi tidak berguna sekiranya kita menangguh masa untuk berubah atau menerima tarbiyyah Islamiyyah yang sememangnya banyak di sekeliling kita.

Jangan pernah kata tiada, sebaliknya anda yang sebenarnya hanya sibuk mengatakan, ‘ Aku tidak mahu.’

Tiada istilah ‘ Aku tak dapat hidayah lagi.’
Hanya malas atau rajin bagi mereka yang berusaha mencarinya.

Kerana itu saya menyenaraikan faktor keupayaan diri dalam persediaan menghadapi tarbiyyah.
Keenakan tarbiyyah hanya dapat dinikmati oleh orang yang benar-benar rajin dan bersedia ke arahnya.
Kebersamaan dalam tarbiyyah sehingga akhir hayat mampu bertahan sehingga akhirnya, bukan hanya kerana hati yang faham, tetapi memerlukan juga keupayaan diri yang maksimum.

Keupayaan diri yang bagaimana saya maksudkan ?
Keupayaan diri untuk menerima tarbiyyah.
Tidak kiralah ada kalanya kita rasa puas hati atau tidak, tetap akan kita jalankan.
Tidak kiralah anda sesibuk mana sekalipun, tugas-tugas dakwah dan tarbiyyah tidak akan diperlekehkan.
Tidak kiralah ada orang atau tidak di sekeliling kita, akan tetap berupaya untuk membawa dakwah dan tarbiyyah.

Dekad ini, mempamerkan kepada kita banyak wasilah untuk kita lebih senang mencapai tarbiyyah.
Pilihlah.
Pilihlah untuk menyelamatkan diri anda.
Pilih wasilah yang lebih jelas matlamatnya.
Pilih wasilah yang meletakkan Islam di puncak.
Pilih wasilah yang menggunakan Al-Quran dan sunnah sebagai panduannya.

‘ Mengapa keberadaan aku adalah dalam jemaah ini ? ’

Jika ada orang lain yang bertanya kepada saya, percayalah jawapan ini juga yang akan saya berikan.
Dan kepada wasilah-wasilah lain, yang turut berjuang mempertahankan dakwah dan tarbiyyah ini, saya hanya bersikap lapang dada.

Kita saling menampung kekurangan, manfaat kehebatan.

Tarbiyyah bukan segala-galanya , tetapi segala-galanya dimulai dengan tarbiyyah.

Malu benar untuk mengaku bahawa kini baru benar-benar saya faham akan istilah ini.

Tarbiyyah ini menjadi satu latih tubi untuk kita bergerak.
Tarbiyyah menjadi satu alat untuk kita boleh digunapakai dalam sesebuah jemaah.
Tarbiyyah menjadi satu landasan yang lebih kukuh untuk kita mengejar syurga-Nya.

Semestinya, fitrah manusia pada asalnya adalah Islam.
Namun demikian selepas lahirnya ke dunia, akan dicorakkan oleh ibu bapa mereka.

Mengapa masih perlukan tarbiyyah ?
Kerana kita hidup di dunia, bukan di syurga.

Dunia yang penuh dengan tipu daya.
Kecerahan yang sebenarnya memalapkan jiwa.
Menjanjikan pelbagai jenis impian-impian palsu.

Fitrah yang suci itu perlu dibangunkan, dan alat penjagaannya adalah tarbiyyah.

Tarbiyyah kita adalah tarbiyyah rabbaniyyah.
Tarbiyyah yang membina seorang rijal.
Seekor kuda yang boleh ditunggang ke mana jua untuk dakwah.

Tarbiyyah kita bukan melahirkan manusia yang baik sendiri-sendiri.
Tarbiyyah kita bukan melahirkan manusia yang pasif.
Tarbiyyah kita bukan melahirkan manusia yang berfikiran singkat.

Jika anda masih mempunyai ciri-ciri di atas, jelaslah anda tidak menikmati tarbiyyah itu sepuasnya.

Pernah saya mendengar satu cerita dari seorang ustaz yang sangat saya kagumi.
Katanya ketika mengerjakan umrah, dia membaca Al-Ma’thurat di hadapan kaabah.
Ketika itu ada seorang akh menegurnya,

‘ Anta ikhwan ? ’

Terharu benar saya mendengarnya.
Inilah tarbiyyah kita.
Tarbiyyah global. (sebenarnya nak cakap betapa tarbiyyah Ikhwanul Muslimin sangat global dan menyeluruh)
Bukan memperjuangkan perkauman.
Bukan memperjuangkan bangsa.
Bukan memperjuangkan negara.

Tetapi memperjuangkan Islam itu sendiri.
Campaklah ke pelusuk mana sekalipun, dakwah dan tarbiyyah itu tetap yang utama.

Jujurnya saya sendiri pelik dengan jemaah atau apa jua pertubuhan yang memperjuangkan kaum dan sekumpulan dengannya.
Mereka juga berjuang, namun saya kira skop perjuangan agak sempit.

Sebab, kaum tidak akan ke mana.
Bangsa tidak akan ke mana.
Negara tidak akan ke mana.

Tolak semua.

Fikrah itu yang lebih UTAMA.
FIKRAH yang sama menyatukan semua.

Lihat para sahabat yang keluar berdakwah ke negara-negara luar, betapa mereka tidak menghadkan dakwah mereka hanya untuk masyarakat Arab semata.

Mereka melihat Islam itu sesuai untuk semua.
Sama juga seperti kita.

Kerana Islam itu untuk semua.

Selami semula kisah tentera Perang Badar, ahli-ahli as-sabiquunal awwalun.
Mereka inilah golongan-golongan yang benar-benar mengerti tarbiyyah.

Kualiti tarbiyyah itu akan terjaga dengan takwa dan sabar.

Dua ciri ini merupakan ciri yang sangat PENTING untuk mereka yang berada dalam tarbiyyah.

‘ Ya ’ (cukup). Jika kamu bersabar dan bertaqwa ketika mereka datang menyerang kamu dengan tiba-tiba, nescaya Allah menolongmu denganlima ribu malaikat yang memakai tanda. (3 : 125 )

Kisah Talut juga mempamerkan kepada kita ibrah yang sama.

Maka ketika Talut membawa bala tenteranya, dia berkata, ‘ Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum (airnya), dia bukanlah pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali menceduk-ceduk dengan tangan.’ Tetapi mereka meminumnya kecuali sebahagian kecil di antara mereka. Ketika dia (Talut) dan orang-orang yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka berkata, ‘ Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya.’ Mereka meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata, ‘ Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah.’ Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.

( 2 : 249)

Hamparkan rasa sakit dalam tarbiyyah.
Kerana itu adalah kesempurnaanya.

Tarbiyyah lebih mengajar erti kebersamaan dengan Dia.
Hingga akhirnya, Dia.

Segala yang kita ada, berikan semua.
Kerana kita mahukan dakwah dan tarbiyyah ini gembira kita bersamanya.
Aku sanggup menunggu hingga ke syurga andai kebahagiaan sebenar adalah disana.

Birlah tirai kisah perjuangan dakwah kita berlabuh di sana.


Diambil dari
http://mylittlepencil.wordpress.com

Isnin, Jun 06, 2011

Tinggikah Tali Tawakkal itu ?

Dengan nama Allah.

Sepanjang kita hidup ini, bagaimana tali tawakkal kita kepada Allah ?
Setinggi gunung, atau setinggi langit ?
Atau sekadar tinggi tali layang-layang yang kemungkinan sahaja putus satu ketika nanti ?

Tali tawakkal kita yang tersimpul padu kepada Al-Wakkel, seharusnya bermula dari tapak hati sehingga tingginya menggapai syurga-Nya dan redha-Nya.

Tali tawakkal kita yang tersimpul padu kepada Al-Wakeel, seharusnya bukan tertakluk kepada perkara-perkara yang kita rasa harus aku bertawakkal dalam perkara ini, malah dalam segenap ruang hidup ini harus diselimuti tawakkal kepada-Nya.

Tali tawakkal kita yang tersimpul padu itu, kita jaga, kita latih, dan takkan putuskan satu hari nanti hanya kerana dugaan yang berat atau apa jua perkara yang akan menghalang simpulan padu itu. Kita teruskan berpegang kepada tali tawakkal itu.

Tali tawakkal kita yang tersimpul padu itu, membuatkan hidup ini cukup tenang menghadapi apa jua, menyuburkan lagi cinta kepada Dia, menyegarkan diri ini untuk sentiasa tabah menghadapi tarbiyyah dari-Nya. Hidup ini seakan tiada duka selepas kuatnya kepercayaan kita kepada Al-Wakeel.

Subhanallah !

Al-Wakeel inilah yang menjaga kita tatkala tiada siapa di sisi kita.
Al-Wakeel inilah yang memandu kita tatkala kita berasa was-was dengan jalan yang kita ambil.
Al-Wakeel inilah yang melindungi kita tatkala kita rasakan tidak selamat.
Al-Wakeel inilah yang menenangkan hati tatkala kita rasa gundah-gulana.

Mulianya belaian Al-Wakeel ini kepada hamba-hamba-Nya !
Subhanallah !

Saat ini, yakinkah kita dengan ayat,

Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah yang memiliki A’rsy(singgahsana) yang agung. (At-Taubah 9:129)

Benarkah kita telah meyakini cukuplah Allah itu bagi diri ini, tanpa kita menanamkan tawakkal atau pergantungan kepada yang lain ?

Sedangkan dalam hidup kita kita letakkan juga pengharapan kepada manusia, yang lemah, yang tidak punya kuasa apa, yang juga akan mati seperti kita satu hari nanti ?

Dan bertawakkallah kepada Allah Yang Hidup, yang Tidak Mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa hamba-hamba-Nya. ( 25 : 58 )

Dan bertawakkallah kepada (Allah) yang Maha Perkasa, Maha Penyayang. ( 26 : 217 )

Mana mungkin kita letakkan pengharapan kepada manusia seperti kita !
Ingin saya berikan anda satu analogi, jika anda mempunyai harta wasiat yang ingin anda berikan kepada pewaris, sudah tentu akan anda berikan kepada pewaris yang sangat anda boleh percayai, yang akan jujur menjalankan amanah yang telah diberi kepadanya.

Bukankah begitu ?
Akan kita pilih pewaris itu dengan kriteria yang sangat tinggi. Tidak mungkin kita akan berikan kepada orang yang penipu dan malas. Kerana kita mengharapkan pewaris kita itu akan menjalankan wasiat kita sebaik mungkin.

Bila kita sudah memilih, kita akan meminta dia untuk menandatangani surat penyerahan wasiat. Namun, ketika ini, adakah kita sudah benar-benar pasti bahawa dia akan menjalankan amanat itu sebaiknya, kerana dia juga adalah manusia. Ketika inilah, kita panjatkan tawakkal kita kepada Allah untuk menjaga hal yang demikian.

Fahamkah anda ?
Semacam juga saat kita melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan, hampir kesemua mukasurat kita hafal, adun pula dengan fakta-fakta tambahan, namun adakah kita meyakini segalanya akan sempurna tanpa tawakkal kita kepada Al-Wakeel ?

Al-Wakeel yang memegang segala tampuk pemerintahan di dunia ini.
Apa yang ada di langit dan bumi berada dalam genggaman-Nya.
Apa yang ada di timur dan barat berada dalam penglihatan-Nya.
Segala kuasa, malah yang Maha Kuasa adalah Al-Wakeel.

Dan milik Allah meliputi rahsia langit dan bumi dan kepada-Nya segala urusan dikembalikan. Maka sembahlah Dia dan bertawakkallah kepada-Nya. Dan Tuhanmu tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan .

( 12 : 123 )

Lalu, mengapa kita masih risau akan masa hadapan terutamanya setelah kita faham hidup kita ini bergantung kepada Al-Wakeel ?

Kepala kita memikirkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan semacam seorang ibu yang risau membayangkan apa terjadi pada masa hadapan anaknya.

Malah para ibu kebiasaannya tinggi tawakkal kepada Allah sewaktu mengandung sahaja, bila sudah lahir anaknya ke dunia, para ibu mula risau. Teruskanlah panjatkan tawakkal, yakinlah Allah memegang hidup anak anda itu.

Placenta yang Allah ciptakan, segala apa yang berlaku dalam alam rahim, semuanya dikawal oleh Al-Wakeel. Tidak pelikkah anda bagaimana darah ibu dan anak boleh terasing begitu sahaja. Dan betapa uniknya makanan bayi di dalam kandungan itu adalah nutrien yang diambil dari darah ibunya. Ini adalah proses yang bukan berada dalam kawalan manusia.
Bukankah kita meyakini bahawa sistem imun dalam tubuh manusia akan menolak apa sahaja benda-benda asing yang berada dalam tubuh manusia, seperti mana yang berlaku dalam proses pendermaan organ. Bagaimana seorang bayi yang sempurna boleh selamat dalam tubuh badan seorang ibu selama 9 bulan lamanya, tanpa ditolak oleh sistem imun badan seorang ibu ?

Subhanallah, segalanya dalam penjagaan Al-Wakeel !
Usahlah terlalu risau.
Kerisauan yang sehingga menganggu ketenangan jiwa.
Kerisauan yang mungkin mengurangkan keimanan dan keyakinan kita untuk percaya Al-Wakeel.

Bukankah kita mengakui, kita ini bertawakkal kepada Allah ?
Mungkinkah lafaz itu sekadar di mulut yang tidak pernah kering, tetapi hati sudah menjadi tanah gersang dek kerana kemarau yang terlalu panjang.

Sungguh, jika anda masih terlalu risau, anda masih tidak menanamkan tawakkal kepada Al-Wakeel dengan tinggi.
Bukan tidak risau langsung, tetapi jangan TERLALU risau, kerana rasa keterlaluan itu bakal menganggu keimanan anda.

Kita sudah mengakui kita ini bertawakkal kepada Allah.
Maka, jalani hidup anda dengan penuh usaha untuk mencapai sesuatu.
Usaha biar sehabis baik, kalahkan orang lain,
dan dalam masa yang sama, tawakkal anda itu juga seiring.
Tawakkal yang juga sekuat dan setinggi usaha.
Setelah anda kecapi keduanya, buangkan rasa risau itu.

Dan mengapa kami tidak akan bertawakkal kepada Allah, sedangkan Dia telah menunjukkan jalan kepada Kami, dan Kami sungguh, akan tetap bersabar terhadap gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang yang bertawakkal berserah diri ( 14 : 12 )

Kita selalu mendengar kisah tentang kisah Rasulullah yang memesan kepada seorang pemuda yang bertawakkal kepada Allah tanpa usaha. Dia hanya meninggalkan untanya di luar tanpa diikat walaupun dia takut untanya dicuri oleh sesiapa.

Ini prinsip hidup mukmin.
Tidak mungkin wujudnya tawakkal tanpa usaha.
Kali ini saya mahu bawakan sebuah kisah lain.

Tentang Buraq yang menjadi kenderaan Rasulullah S.A.W dihantar khas oleh Allah dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Apabila sampai di Masjidil Aqsa, Rasulullah S.A.W juga mengikat Buraq di luar walaupun Baginda tahu tidak mungkin Buraq akan lari dari situ.
Anda dapat ibrahnya ?

Usaha itu seiring dengan tawakkal. Baginda tetap usaha bukan ?
Al-Wakeel tidak menerima tawakkal tanpa usaha.

Subhanallah, tidak sayukah hati anda melihatkan Allah sanggup menawarkan Dia untuk menjadi Al-Wakeel kepada sekalin hamba-Nya di dunia ini.
Menjadikan kepada Dialah tempat kita bergantung segala.

Allah SWT berfirman, “Barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (QS. At-Thalaq 3)

Jadikan tali tawakkal anda itu mencukupkan segala aspek dalam kehidupan anda.
Dengan berpegang kepada tali tawakkal itu, tiada lagi rasa tidak cukup.
Tiada lagi rasa hilang kebergantungan.

Segalanya dengan Al-Wakeel, kita rasa hidup ini terlalu sempurna !

……..Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal. Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu ? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal.

( 3 : 159-160 )

Sungguh, hanya kepada Allah kita gantungkan pengharapan.

(Dialah Allah), tidak ada tuhan selain Dia. Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakkal kepada Allah

( 64 : 13 )

Teruskan bertawakkal,

Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya)

( 65 : 30 )

Biarkan Al-Wakeel itu meliputi semua sudut.
Kita bergantung kepada yang lain, tetapi tidak kepada Allah ?
Bagaimanakah ?

Minta tolong manusia dengan sopan, jika anda memerlukan pertolongan, tetapi biarlah hati sendiri penuh dengan tawakkal. Bukanlah orang sakit itu tidak perlu berjumpa dengan doktor untuk merawat sakitnya. Ambillah ubat sebagai satu usaha, namun, hati doktor dan pesakit mesti meyakini bahawa Allahlah penyembuh segala.

Subhanallah !

Bertawakkal kepada Allah ini seiring dengan kuasa-Nya.
Allah tempat kita bergantung kerana Allah lah Maha Kuasa, Maha Segala-galanya.

Di dalam Perang Uhud, bukankah Allah telah mengabadikan kisah mereka dalam surah Ali-Imran,

ketika dua golongan dari pihak kamu ingin (mundur) kerana takut, padahal Allah adalah penolong mereka. Kerana itulah, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal ( 3 : 122 )

Dan Abu Sufyan sendiri gentar melihatkan tentera Muslimin yang berpegang teguh dengan tawakkal mereka kepada Al-Wakeel.

Betapa kuatnya tawakkal mereka kepada Al-Wakeel.
Kerana mereka tahu, jika tidak kepada Allah mereka bertawakkal, kepada siapa lagi, dan tidak ada sesiapa yang layak melainkan Allah sahaja !

Para anbiya’ terdahulu telah menanamkan tawakkal yang kuat sepanjang menyampai dakwah kepada ummat manusia.
Nabi Musa A.S, Nabi Ibrahim A.S, Rasulullah S.A.W.

Kisah Nabi Musa yang Allah ceritakan dalam surah Thaha, menceritakan latihan Allah kepada beliau tentang pergantungan kepada Allah.

Dia (Musa) berkata, ‘ Silakan kamu melemparkan ! ‘ Maka tiba-tiba tali-tali dan tongkat-tongkat mereka terbayangkan olehnya (Musa) seakan-akan ia merayap cepat, kerana sihir mereka. (20 : 66 )

Lalu, Allah memujuk Nabi Musa A.S yang ketakutan ketika itu,

Kami berfirman, ‘ Jangan takut ! Sungguh, engkaulah yang unggul (menang). Dan lemparkan apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka buat. Apa yang mereka buat itu hanyalah tipu daya pesihir (belaka). Dan tidak akan menang pesihir itu, dari mana ia datang. ‘ ( 20 : 68-69 )

Kemuncak ujian untuk Nabi Musa Adalah ketika beliau dan pengikutnya dikejar oleh Firaun dan tenteranya. Ketika ketakutan yang amat sangat, Nabi Musa berserah dan bertawakkal kepada Allah. Dan kemudian Allah membelahkan laut dengan tongkat Nabi Musa setelah Nabi Musa memukulnya.

Subhanallah !

Sungguh, pergantungan kepada Al-Wakeel ini memag terdidik dengan ujian. Sebab itulah bagi mereka yang diuji dengan hebat, jika kita ingin melihatnya sama ada dia berpegang teguh dengan Al-Wakeel ini, dia tidak akan bersedih, malah tenang sahaja sambil mulut dan hati yang tidak pernah henti zikirnya menyebut

HASBIYALLAHU WA NI’MAL WAKELL.

Kisan Nabi Ibrahim A.S juga berpegang dengan nama Allah Al-Wakeel. Dapatkah anda bayangkan betapa tenangnya Nabi Ibrahim menerima hukuman yang akan dibakar. Adakah beliau menangis dan merayu-rayu dirinya supaya tidak dibakar ke dalam bunyanan itu.

( bunyanan : sebuah tempat bakar yang sangat besar, bertahun lamanya masa yang diambil untuk membinanya. Bayangkan kalau burung yang terbang lalu-lalu atas tu pun boleh hangus.)

Tidak. Hatinya tidak sedih. Malah, dia menyebut : HASBIYALLAHU WA NI’MAL WAKEEL. Anda tahu apa hadianya dari Allah ?

Kami (Allah ) berfirman, ‘ Wahai api ! Jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim’ (21 : 69 )

Inilah hadiah dari Allah kepada Nabi Ibrahim kerana betapa kuatnya tawakkal beliau kepada Allah. Kerana itulah, manusia yang berpegang kepada Al-Wakeel ini akan tenang menghadapi ujiannya.

Teringatkah anda kisah Hajar dan Nabi Ismail A.S yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di sebuah padang pasir yang kering kontang. Pada mulanya, Hajar juga keliru mengapa Nabi Ibrahim berbuat demikian. Ditanya dua kali, Nabi Ibrahim tidak menjawab. Kali ketiga dia bertanya, Nabi Ibrahim menjawab : Ini adalah perintah Allah.

Mendengarkan jawapan itu, Hajar kembali tenang. Dan beliau tidak langsung beras risau kerana kuatnya tawakkal dia kepada Allah.

Bolehkah tawakkal kita sekuat ini ?

Kita renung pula kisah Rasulullah S.A.W. Kematian zaujah kesayangan Baginda, Khadijah dan bapa saudaranya yang sentiasa melindungi Baginda daripada dibunuh oleh Kafir Quraisy, Abu Talib pada tahun yang sama !

Pernahkah anda tertanya-tanya, kenapa Allah tidak mewafatkan keduanya setelah mendapat kemenangan Islam ? Selepas Fathul Makkah ke ? Selepas dapat Kota Madinah ke ?

Ini semua adalah latihan Allah kepada kekasih-Nya untuk menanamkan bahawa Allahlah sebenar-benar tempat untuk Baginda bergantung. Bayangkan betapa dalamnya penghayatan Rasulullah terhadap Al-Wakeel meskipun Baginda kehilangan orang-orang yang selalu berada di sisi Baginda sehingga tahun kematian itu digelar tahun kesedihan Baginda.

Bolehkah kita meletakkan tawakkal kepada Al-Wakeel setinggi ini ?
Atau adakah penghayatan kita telah mencapai tinggi ini ?

HASBIYALLAHU WA NI’MAL WAKEEL.

Lihat apa yang berlaku ketika Bainda berdakwah di Taif, tiada seorang pun yang menyahut seruan kebenaran yang Baginda sampaikan, malah dibaling pula batu.

Namun, hadiah Allah selepas itu sungguh besar nilainya !

Dalam perjalanan pulang, Baginda terserempak dengan Addas (Iraq) yang akhirnya beriman dengan Baginda serta jin-jin yang juga mendengar seruan Baginda kepada Addas ketika itu. Dan kemudian, Rasulullah dapat pula Madinah. Inilah usaha yang diiringi tawakkal kepada Al-Wakeel.

Satu lagi kisah lain ketika mana Rasulullah dan para muslimin sedang nyenyak tidur di bawah pokok. Tiba-tiba datang seorang kafir untuk membunuh Baginda. Baginda terjaga setelah kafir itu meletakkan pedang di lehernya. Dan si kafir itu bertanya kepada Rasulullah,

‘ Siapa yang melindungi kamu saat ini ? ‘
Jawab Baginda, ‘ Allah.’

Mendengarkan jawapan Baginda, terjatuh pedang si kafir tersebut. Kemudian, Rasulullah mengambil semula pedang itu dan mengacukan pedang itu ke leher di kafir itu tadi. Maka, merayu-rayulah si kafir itu kepada Rasulullah. Melihatkan keadaan ini, Rasulullah mengajak dia untuk beriman, tetapi dia menolaknya. Dan Rasulullah meminta dia supaya jangan menganggu Baginda dan kaum muslimin yang lain dan dia bersetuju. Setelah itu, Rasulullah benarkan dia pergi.

Anda nampak perbezaannya antara manusia yang berpegang kepada Al-Wakeel dan tidak berpegang kepada Al-Wakeel ?

Andai kita diuji dengan perkara yang sama, dapatkan kita bergantung kepada Al-Wakeel semacam Rasulullah aplikasikan dalam hidup Baginda ?

Tiada tawakkal untuk orang yang pasif, orang yang tidak berusaha !

Bertawakkallah kepada Allah dengan sepenuh-penuh, sebenar-benar tawakkal.
Dalam segala hal.

Bahkan sebelum keluar rumah juga ada doa bukan.
TAWAKALTU A’LALLAH, LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

Jika dalam hal jodoh yang anda khuatirkan, bertawakkallah, beristikharahlah.

”Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.

Sertakan istikharah anda dengan tawakkal yang penuh. Kerana bila kita sudah bertekad untuk melakukan sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah.

Jika dalam hal peperiksaan yang anda risaukan natijahnya, berusahalah dan bertawakkallah.

Apa jua hal, bertawakkallah !
Biar tubuh dan jiwa anda dipegang oleh Al-Wakeel !

Dan sungguh, kita barisan para dua’t tidak sewajarnya meninggalkan tawakkal kita kepada Allah. Kita pendokong agama-Nya, kita akan terus berusaha sehingga kesemua bumi ini faham dan menjadikan Islam itu yang paling utama.

Mana mungkin usaha kita untuk menarik manusia, tidak diiringi tawakkal.

Mari berdoa bersama saya.

Ya Allah, Kau kuatkanlah tali tawakkal kami kepada-Mu. Kau tanamkan jiwa dan ruh kami yang berpegang kepada tawakkal kepada-Mu yang Allah. Kau berkatilah usaha kami semua dengan tawakkal kepada-Mu. Kau iringilah kami di jalan ini beserta tawakkal kepada-Mu.

Kau bantulah kami Ya Allah dalam menghayati nama-Mu. Kau yakinilah kami untuk beriman dengan nama-Mu. Kau bimbingilah kami untuk mencintai-Mu. Andai terlalu banyak perkara yang kami gusarkan, maka jadikanlah jiwa kami ini tidak pernah hentinya tawakkal kepada-Mu. Andai kami terlalu sedih ketika bertawakkal kepada-Mu, maka kuatkanlah kami, ya Allah !

Sungguh, jiwa kami ini jiwa manusia, jiwa yang penuh kelemahan. Maka, aku bertawakkal kepada-Mu Ya Allah ! Sungguh, kami ini hidup kerana agama-Mu, maka jadikanlah pergantungan kami kepada-Mu itu tidak pernah pudar.

Allah, Allah, Allah.
Kau peganglah jiwa kami untuk menggapai redha-Mu !

Rabu, November 24, 2010

Seandainya Kalian Mengerti???

bismillah...

subhanallah...

sahabat...hari ini, hati ini tersangat mahu berbicara dengan kalian...
andai kalian sudi mendengar???

hari ini, rasa lain benar perasaan di hati...
perasaan bercampur baur...antara sedih, geram, marah, hiba dan pilu...




terasa juga diri penuh dengan tipuan, kepura-puraan...
seperti 'clown'...badut yang secara luarannya sentiasa tersenyum, namun tangis di hatinya, tiada siapa yang tahu...

sahabat...

mungkin kalian tertanya-tanya kenapa dengan diri ini...

sungguh...
benci...pada musuh yang tidak pernah sedikitpun membiarkan ummat ISLAM hidup dengan haqnya...
geram...pada saudara yang masih hanyut dengan dunia, bergelak ketawa dalam jahiliyyah, bersuka ria dalam kemaksiatan...
marah...pada saudara seakidah yang masih mengagung-agungkan BARAT, musuh ISLAM sendiri...
hiba...bila mengenangkan sengsaranya para saudara di luar sana...
pilu...bila melihat anak-anak kecil maupun wanita-wanita yang tertindas dek musuh durjana...

sahabat...

maaf andai senyuman ini tiada keikhlasan...
bukannya tidak berusaha untuk ikhlas, namun, bila melihatkan untaian auratmu tidak dijaga dari pandangan maksiat, hati ini menangis...sekaligus mengeruhkan kemanisan senyuman itu sendiri...

sahabatku...

maaf andai diri ini menjauhi kalian diwaktu kalian membuka cerita...
bukan sengaja menjauhi, namun, hati ini sudah tersangat benci pada cerita cinta, cerita 'dunia', cerita yang hanya mengotorkan hati dan menjauhkan jiwa dari memuji Sang Pencipta...

sahabat...

maaf andai diri ini masih tidak sepenuhnya berusaha untuk membantu kalian dalam mengenal indahnya islam...
tapi sungguh, itulah yang sedang diri ini usahakan...memahamkan kalian tentang agama ALLAH yang sebenar sebagaimana ALLAH telah fahamkan hati ini...

sahabatku...

andai rayuan itu satu-satunya jalan yang boleh membawa hati kalian untuk memahami ISLAM, sungguh, diri ini sanggup merayu pada kalian...
dengarkan lah sahabatku..."masuklah ke dalam islam secara keseluruhan...serahkan jiwa dan raga mu hanya untuk islam"...
seandainya kalian ingin mendengar???





sahabatku...

renunglah potret-potret itu dengan hatimu...
masih adakah walau sekelumit cinta untuk mereka dihatimu???
anak-anak kecil yang sangat menderita...
kebahagiaan mereka diragut oleh para musuh...
kehidupan mereka dirampas tanpa belas kasihan...
apa upaya mu sahabat untuk menolong mereka???





sahabat...

anak-anak kecil itu...mereka takut...
mereka takut sendirian berhadapan dengan musuh...
walau hati mereka kuat, walau jiwa mereka tidak gentar membaling batu pada musuh, namun mereka tetap seorang anak kecil...
yang mengharap adanya kawan di sisi yang bisa membantu mereka untuk sama-sama membaling batu...

sahabat...

hati ini meluahkan perasaan padamu...
seandainya kalian mengerti???
hati ini mengajak kalian untuk menolong agama ALLAH...
hapuskan segala sekular yang dicipta musuh laknatullah...
lenyapkan segala gaya hidup jahiliyyah yang dibina musuh durjana...
hati ini merayu, mulakanlah dari dirimu sahabat...

sahabat...
saban hari mata ini menatap peribadi kalian...
hati ini menjerit sedih, merasa tersangat lemah...
ingin rasanya diri ini meraung..."sahabatku tercinta, marilah kita mengejar syurga, marilah kita membuang neraka..."
sungguh, seandainya kalian mengerti???




sahabatku...


kalian tahu apa kekuatan diri ini???
ya, ALLAH dan RASUL...dan juga penderitaan anak-anak kecil itu...
mereka yang menguatkan hati ini...
mereka yang menukarkan juraian airmata menjadi semangat yang berkobar-kobar...
untuk terus memikat hatimu sahabat, walau sebenarnya hati ini sudah terlalu penat untuk menjadi kuat untuk kalian, walau kaki ini sudah terlalu lemah untuk melangkah ke arah kalian...

namun sahabat...

maaf lagi...
kerna diri ini terpaksa juga mementingkan diri sendiri...
diri ini terpaksa mementingkan diri untuk mendapat syurga ALLAH...
tatkala melihat dirimu yang dihiasi maksiat, walau hati ini mendoakan moga ALLAH membuka pintu hatimu untuk islam yang murni, namun hati ini tetap terpaksa untuk tidak meredhai perbuatanmu itu...
kerna hati ini takut pada janji ALLAH..."...ubahlah maksiat dengan hatimu, itulah selemah-lemah iman"...
'selemah-lemah iman...'diri ini takut, andai ketika melihat maksiat di depan mata, hati ini jauh dari beristighfar padaNya...hati ini takut seandainya tiada rasa benci semasa memandang kemungkaran...hati ini takut menjadi MATI!!!

jadi maaf sahabat, diri ini tidak meredhai perbuatan kalian itu...
hati ini tidak meredhai kalian yang masih sukakan kemungkaran...
hati ini tidak meredhai kalian yang menjadikan kekufuran sebagai ikutan...
hati ini tidak meredhai kalian yang masih impikan sesuatu yang melalaikan...
dan kata-kata ini akan lebih bermakna, seandainya kalian mengerti???

tetapi sahabat...

seperti mana yang dijanjikan...
kesengsaraan anak-anak kecil itu lah penguat jiwa ini...
maka hati ini takkan berputus asa untuk menolong anak-anak kecil itu...
jiwa ini takkan gusar untuk terus teguh berusaha mendampingi kalian, sehingga kalian mengerti...
kaki ini takkan pernah lelah mengorak langkah untuk mengejar kalian, kerna hati ini sangat merindui JANJI ALLAH ini...

"...dan orang-orang yang gugur di jalan Allah, Allah tidak menyia-nyiakan amal mereka. Allah akan memberi petunjuk kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkanNya kepada mereka. Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
[ muhammad, 47:4-7 ]

meskipun diri ini terpaksa terus menjadi badut yang sentiasa tersenyum...
JANJI itu mengatasi segalanya...
oleh itu sahabat, diri ini mengajak kalian sekali lagi...
MULAKANLAH DENGAN DIRIMU...berubahlah untuk ISLAM...
kerna anak-anak kecil itu akan bebas hanya jika kalian yang memulakan perubahan itu...


seandainya kalian INGIN MENGERTI!!!

Hati Sebening Mata Air

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang,,,


Berubah....susah sangat kan nak berubah....


Kenapa susah sangat nak berubah??


ya,,inilah yang sering bermain-main dalam hati ni,,kenapa & kenapa??


alhamdulillah,,Allah berikanku jawapan,,bila tetiba je hati ni tergerak nak baca 1 buku ni,,


jawapannya,,NAFSU..NAFSU..NAFSU...


cenderung ke arah HANYA SATU jenis kemaksiatan,,,

jika kita rasa nafsu ini MEMAKSA ,,jangan kita kira itu syaitan,,itu adalah NAFSU KITA...

Bila kita dah TERBIASA buat satu maksiat ,, or jahiliyyah ni,,,

kita tak merasakan KENIKMATAN saat melakukan benda tu,,


tapi,,kita melakukan itu kerna KITA DAH TERBIASA,,i repeat it,,TERBIASA!!!


JIWA KITA MERASA SAKIT KETIKA NAK TINGGALKAN MAKSIAT OR JAHILIYYAH NI,,


Kita semua nak syurga,,tapi layakkah kita nak masuk syurga tanpa apa-apa effort???
Saya malu dengan Rasulullah,,saya malu dengan para sahabat,,,


Para sahabat dijanjikan syurga kerana apa?? kerana mereka tak tunduk pada nafsu...


adakah kita layak sedangkan nafsu sendiri masih belum lagi "disettlekan"????





Hanya ada satu jalan,,tunduk pada Allah atau nafsu ???

" Dan orang-orang yang berjihad untuk ( mencari keridhaan ) Kami ,benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut : 69 )

Menuju Pulau CintaNYA

Allah,

Berikan hamba kesempatan

Merasai tenangnya berada di pulau cinta Mu

***********************************************

Dulu diri ini penah diuji

Dan saat itu dia sendiri

Meniti lorong-lorong sepi

Ada jahiliyah yang perlu dia tinggalkan

Jalannya sempit sampai menyesakkan dada

Jalannya sakit sampai menitis air mata

Tatkala dipertengahan jalan itu tidak tertahan deritanya

Memaksa jasad nya berhenti melangkah

Lama hati itu menyepi

Bertapa mencari ilham

Hati itu menangis sendiri mencari kekuatan

Dan pada waktu itu

Allah hadiahkan diri itu jalan keluar

Dan sedikit kekuatan

Untuk bangun semula

Menyusun kembali langkah yg tertingkah

Dan akhirnya diri itu bangun

Dan melangkah dgn lebih hemah

Sungguh!

Manusia itu diuji diatas titik lemahnya

Dan akan terus diuji

Hingga ke akhirnya…

Makanya

Tetaplah bertahan

Duhai hati…


copy pasted from: http://iniceritakita.wordpress.com/