Dengan nama Allah. Sepanjang kita hidup ini, bagaimana tali tawakkal kita kepada Allah ? Tali tawakkal kita yang tersimpul padu kepada Al-Wakkel, seharusnya bermula dari tapak hati sehingga tingginya menggapai syurga-Nya dan redha-Nya. Tali tawakkal kita yang tersimpul padu kepada Al-Wakeel, seharusnya bukan tertakluk kepada perkara-perkara yang kita rasa harus aku bertawakkal dalam perkara ini, malah dalam segenap ruang hidup ini harus diselimuti tawakkal kepada-Nya. Tali tawakkal kita yang tersimpul padu itu, kita jaga, kita latih, dan takkan putuskan satu hari nanti hanya kerana dugaan yang berat atau apa jua perkara yang akan menghalang simpulan padu itu. Kita teruskan berpegang kepada tali tawakkal itu. Tali tawakkal kita yang tersimpul padu itu, membuatkan hidup ini cukup tenang menghadapi apa jua, menyuburkan lagi cinta kepada Dia, menyegarkan diri ini untuk sentiasa tabah menghadapi tarbiyyah dari-Nya. Hidup ini seakan tiada duka selepas kuatnya kepercayaan kita kepada Al-Wakeel. Subhanallah ! Al-Wakeel inilah yang menjaga kita tatkala tiada siapa di sisi kita. Mulianya belaian Al-Wakeel ini kepada hamba-hamba-Nya ! Saat ini, yakinkah kita dengan ayat, Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah yang memiliki A’rsy(singgahsana) yang agung. (At-Taubah 9:129) Benarkah kita telah meyakini cukuplah Allah itu bagi diri ini, tanpa kita menanamkan tawakkal atau pergantungan kepada yang lain ? Sedangkan dalam hidup kita kita letakkan juga pengharapan kepada manusia, yang lemah, yang tidak punya kuasa apa, yang juga akan mati seperti kita satu hari nanti ? Dan bertawakkallah kepada Allah Yang Hidup, yang Tidak Mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa hamba-hamba-Nya. ( 25 : 58 ) Dan bertawakkallah kepada (Allah) yang Maha Perkasa, Maha Penyayang. ( 26 : 217 ) Mana mungkin kita letakkan pengharapan kepada manusia seperti kita ! Bukankah begitu ? Bila kita sudah memilih, kita akan meminta dia untuk menandatangani surat penyerahan wasiat. Namun, ketika ini, adakah kita sudah benar-benar pasti bahawa dia akan menjalankan amanat itu sebaiknya, kerana dia juga adalah manusia. Ketika inilah, kita panjatkan tawakkal kita kepada Allah untuk menjaga hal yang demikian. Fahamkah anda ? Al-Wakeel yang memegang segala tampuk pemerintahan di dunia ini. Dan milik Allah meliputi rahsia langit dan bumi dan kepada-Nya segala urusan dikembalikan. Maka sembahlah Dia dan bertawakkallah kepada-Nya. Dan Tuhanmu tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan . ( 12 : 123 ) Lalu, mengapa kita masih risau akan masa hadapan terutamanya setelah kita faham hidup kita ini bergantung kepada Al-Wakeel ? Kepala kita memikirkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan semacam seorang ibu yang risau membayangkan apa terjadi pada masa hadapan anaknya. Malah para ibu kebiasaannya tinggi tawakkal kepada Allah sewaktu mengandung sahaja, bila sudah lahir anaknya ke dunia, para ibu mula risau. Teruskanlah panjatkan tawakkal, yakinlah Allah memegang hidup anak anda itu. Placenta yang Allah ciptakan, segala apa yang berlaku dalam alam rahim, semuanya dikawal oleh Al-Wakeel. Tidak pelikkah anda bagaimana darah ibu dan anak boleh terasing begitu sahaja. Dan betapa uniknya makanan bayi di dalam kandungan itu adalah nutrien yang diambil dari darah ibunya. Ini adalah proses yang bukan berada dalam kawalan manusia. Subhanallah, segalanya dalam penjagaan Al-Wakeel ! Bukankah kita mengakui, kita ini bertawakkal kepada Allah ? Sungguh, jika anda masih terlalu risau, anda masih tidak menanamkan tawakkal kepada Al-Wakeel dengan tinggi. Kita sudah mengakui kita ini bertawakkal kepada Allah. Dan mengapa kami tidak akan bertawakkal kepada Allah, sedangkan Dia telah menunjukkan jalan kepada Kami, dan Kami sungguh, akan tetap bersabar terhadap gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang yang bertawakkal berserah diri ( 14 : 12 ) Kita selalu mendengar kisah tentang kisah Rasulullah yang memesan kepada seorang pemuda yang bertawakkal kepada Allah tanpa usaha. Dia hanya meninggalkan untanya di luar tanpa diikat walaupun dia takut untanya dicuri oleh sesiapa. Ini prinsip hidup mukmin. Tentang Buraq yang menjadi kenderaan Rasulullah S.A.W dihantar khas oleh Allah dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Apabila sampai di Masjidil Aqsa, Rasulullah S.A.W juga mengikat Buraq di luar walaupun Baginda tahu tidak mungkin Buraq akan lari dari situ. Usaha itu seiring dengan tawakkal. Baginda tetap usaha bukan ? Subhanallah, tidak sayukah hati anda melihatkan Allah sanggup menawarkan Dia untuk menjadi Al-Wakeel kepada sekalin hamba-Nya di dunia ini. Allah SWT berfirman, “Barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (QS. At-Thalaq 3) Jadikan tali tawakkal anda itu mencukupkan segala aspek dalam kehidupan anda. Segalanya dengan Al-Wakeel, kita rasa hidup ini terlalu sempurna ! ……..Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal. Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu ? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal. ( 3 : 159-160 ) Sungguh, hanya kepada Allah kita gantungkan pengharapan. (Dialah Allah), tidak ada tuhan selain Dia. Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakkal kepada Allah ( 64 : 13 ) Teruskan bertawakkal, Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya) ( 65 : 30 ) Biarkan Al-Wakeel itu meliputi semua sudut. Minta tolong manusia dengan sopan, jika anda memerlukan pertolongan, tetapi biarlah hati sendiri penuh dengan tawakkal. Bukanlah orang sakit itu tidak perlu berjumpa dengan doktor untuk merawat sakitnya. Ambillah ubat sebagai satu usaha, namun, hati doktor dan pesakit mesti meyakini bahawa Allahlah penyembuh segala. Subhanallah ! Bertawakkal kepada Allah ini seiring dengan kuasa-Nya. Di dalam Perang Uhud, bukankah Allah telah mengabadikan kisah mereka dalam surah Ali-Imran, ketika dua golongan dari pihak kamu ingin (mundur) kerana takut, padahal Allah adalah penolong mereka. Kerana itulah, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal ( 3 : 122 ) Dan Abu Sufyan sendiri gentar melihatkan tentera Muslimin yang berpegang teguh dengan tawakkal mereka kepada Al-Wakeel. Betapa kuatnya tawakkal mereka kepada Al-Wakeel. Para anbiya’ terdahulu telah menanamkan tawakkal yang kuat sepanjang menyampai dakwah kepada ummat manusia. Kisah Nabi Musa yang Allah ceritakan dalam surah Thaha, menceritakan latihan Allah kepada beliau tentang pergantungan kepada Allah. Dia (Musa) berkata, ‘ Silakan kamu melemparkan ! ‘ Maka tiba-tiba tali-tali dan tongkat-tongkat mereka terbayangkan olehnya (Musa) seakan-akan ia merayap cepat, kerana sihir mereka. (20 : 66 ) Lalu, Allah memujuk Nabi Musa A.S yang ketakutan ketika itu, Kami berfirman, ‘ Jangan takut ! Sungguh, engkaulah yang unggul (menang). Dan lemparkan apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka buat. Apa yang mereka buat itu hanyalah tipu daya pesihir (belaka). Dan tidak akan menang pesihir itu, dari mana ia datang. ‘ ( 20 : 68-69 ) Kemuncak ujian untuk Nabi Musa Adalah ketika beliau dan pengikutnya dikejar oleh Firaun dan tenteranya. Ketika ketakutan yang amat sangat, Nabi Musa berserah dan bertawakkal kepada Allah. Dan kemudian Allah membelahkan laut dengan tongkat Nabi Musa setelah Nabi Musa memukulnya. Subhanallah ! Sungguh, pergantungan kepada Al-Wakeel ini memag terdidik dengan ujian. Sebab itulah bagi mereka yang diuji dengan hebat, jika kita ingin melihatnya sama ada dia berpegang teguh dengan Al-Wakeel ini, dia tidak akan bersedih, malah tenang sahaja sambil mulut dan hati yang tidak pernah henti zikirnya menyebut HASBIYALLAHU WA NI’MAL WAKELL. Kisan Nabi Ibrahim A.S juga berpegang dengan nama Allah Al-Wakeel. Dapatkah anda bayangkan betapa tenangnya Nabi Ibrahim menerima hukuman yang akan dibakar. Adakah beliau menangis dan merayu-rayu dirinya supaya tidak dibakar ke dalam bunyanan itu. ( bunyanan : sebuah tempat bakar yang sangat besar, bertahun lamanya masa yang diambil untuk membinanya. Bayangkan kalau burung yang terbang lalu-lalu atas tu pun boleh hangus.) Tidak. Hatinya tidak sedih. Malah, dia menyebut : HASBIYALLAHU WA NI’MAL WAKEEL. Anda tahu apa hadianya dari Allah ? Kami (Allah ) berfirman, ‘ Wahai api ! Jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim’ (21 : 69 ) Inilah hadiah dari Allah kepada Nabi Ibrahim kerana betapa kuatnya tawakkal beliau kepada Allah. Kerana itulah, manusia yang berpegang kepada Al-Wakeel ini akan tenang menghadapi ujiannya. Teringatkah anda kisah Hajar dan Nabi Ismail A.S yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di sebuah padang pasir yang kering kontang. Pada mulanya, Hajar juga keliru mengapa Nabi Ibrahim berbuat demikian. Ditanya dua kali, Nabi Ibrahim tidak menjawab. Kali ketiga dia bertanya, Nabi Ibrahim menjawab : Ini adalah perintah Allah. Mendengarkan jawapan itu, Hajar kembali tenang. Dan beliau tidak langsung beras risau kerana kuatnya tawakkal dia kepada Allah. Bolehkah tawakkal kita sekuat ini ? Kita renung pula kisah Rasulullah S.A.W. Kematian zaujah kesayangan Baginda, Khadijah dan bapa saudaranya yang sentiasa melindungi Baginda daripada dibunuh oleh Kafir Quraisy, Abu Talib pada tahun yang sama ! Pernahkah anda tertanya-tanya, kenapa Allah tidak mewafatkan keduanya setelah mendapat kemenangan Islam ? Selepas Fathul Makkah ke ? Selepas dapat Kota Madinah ke ? Ini semua adalah latihan Allah kepada kekasih-Nya untuk menanamkan bahawa Allahlah sebenar-benar tempat untuk Baginda bergantung. Bayangkan betapa dalamnya penghayatan Rasulullah terhadap Al-Wakeel meskipun Baginda kehilangan orang-orang yang selalu berada di sisi Baginda sehingga tahun kematian itu digelar tahun kesedihan Baginda. Bolehkah kita meletakkan tawakkal kepada Al-Wakeel setinggi ini ? HASBIYALLAHU WA NI’MAL WAKEEL. Lihat apa yang berlaku ketika Bainda berdakwah di Taif, tiada seorang pun yang menyahut seruan kebenaran yang Baginda sampaikan, malah dibaling pula batu. Namun, hadiah Allah selepas itu sungguh besar nilainya ! Dalam perjalanan pulang, Baginda terserempak dengan Addas (Iraq) yang akhirnya beriman dengan Baginda serta jin-jin yang juga mendengar seruan Baginda kepada Addas ketika itu. Dan kemudian, Rasulullah dapat pula Madinah. Inilah usaha yang diiringi tawakkal kepada Al-Wakeel. Satu lagi kisah lain ketika mana Rasulullah dan para muslimin sedang nyenyak tidur di bawah pokok. Tiba-tiba datang seorang kafir untuk membunuh Baginda. Baginda terjaga setelah kafir itu meletakkan pedang di lehernya. Dan si kafir itu bertanya kepada Rasulullah, ‘ Siapa yang melindungi kamu saat ini ? ‘ Mendengarkan jawapan Baginda, terjatuh pedang si kafir tersebut. Kemudian, Rasulullah mengambil semula pedang itu dan mengacukan pedang itu ke leher di kafir itu tadi. Maka, merayu-rayulah si kafir itu kepada Rasulullah. Melihatkan keadaan ini, Rasulullah mengajak dia untuk beriman, tetapi dia menolaknya. Dan Rasulullah meminta dia supaya jangan menganggu Baginda dan kaum muslimin yang lain dan dia bersetuju. Setelah itu, Rasulullah benarkan dia pergi. Anda nampak perbezaannya antara manusia yang berpegang kepada Al-Wakeel dan tidak berpegang kepada Al-Wakeel ? Andai kita diuji dengan perkara yang sama, dapatkan kita bergantung kepada Al-Wakeel semacam Rasulullah aplikasikan dalam hidup Baginda ? Tiada tawakkal untuk orang yang pasif, orang yang tidak berusaha ! Bertawakkallah kepada Allah dengan sepenuh-penuh, sebenar-benar tawakkal. Bahkan sebelum keluar rumah juga ada doa bukan. Jika dalam hal jodoh yang anda khuatirkan, bertawakkallah, beristikharahlah. ”Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”. Sertakan istikharah anda dengan tawakkal yang penuh. Kerana bila kita sudah bertekad untuk melakukan sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah. Jika dalam hal peperiksaan yang anda risaukan natijahnya, berusahalah dan bertawakkallah. Apa jua hal, bertawakkallah ! Dan sungguh, kita barisan para dua’t tidak sewajarnya meninggalkan tawakkal kita kepada Allah. Kita pendokong agama-Nya, kita akan terus berusaha sehingga kesemua bumi ini faham dan menjadikan Islam itu yang paling utama. Mana mungkin usaha kita untuk menarik manusia, tidak diiringi tawakkal. Mari berdoa bersama saya. Ya Allah, Kau kuatkanlah tali tawakkal kami kepada-Mu. Kau tanamkan jiwa dan ruh kami yang berpegang kepada tawakkal kepada-Mu yang Allah. Kau berkatilah usaha kami semua dengan tawakkal kepada-Mu. Kau iringilah kami di jalan ini beserta tawakkal kepada-Mu. Kau bantulah kami Ya Allah dalam menghayati nama-Mu. Kau yakinilah kami untuk beriman dengan nama-Mu. Kau bimbingilah kami untuk mencintai-Mu. Andai terlalu banyak perkara yang kami gusarkan, maka jadikanlah jiwa kami ini tidak pernah hentinya tawakkal kepada-Mu. Andai kami terlalu sedih ketika bertawakkal kepada-Mu, maka kuatkanlah kami, ya Allah ! Sungguh, jiwa kami ini jiwa manusia, jiwa yang penuh kelemahan. Maka, aku bertawakkal kepada-Mu Ya Allah ! Sungguh, kami ini hidup kerana agama-Mu, maka jadikanlah pergantungan kami kepada-Mu itu tidak pernah pudar. Allah, Allah, Allah.
Setinggi gunung, atau setinggi langit ?
Atau sekadar tinggi tali layang-layang yang kemungkinan sahaja putus satu ketika nanti ?
Al-Wakeel inilah yang memandu kita tatkala kita berasa was-was dengan jalan yang kita ambil.
Al-Wakeel inilah yang melindungi kita tatkala kita rasakan tidak selamat.
Al-Wakeel inilah yang menenangkan hati tatkala kita rasa gundah-gulana.
Subhanallah !
Ingin saya berikan anda satu analogi, jika anda mempunyai harta wasiat yang ingin anda berikan kepada pewaris, sudah tentu akan anda berikan kepada pewaris yang sangat anda boleh percayai, yang akan jujur menjalankan amanah yang telah diberi kepadanya.
Akan kita pilih pewaris itu dengan kriteria yang sangat tinggi. Tidak mungkin kita akan berikan kepada orang yang penipu dan malas. Kerana kita mengharapkan pewaris kita itu akan menjalankan wasiat kita sebaik mungkin.
Semacam juga saat kita melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan, hampir kesemua mukasurat kita hafal, adun pula dengan fakta-fakta tambahan, namun adakah kita meyakini segalanya akan sempurna tanpa tawakkal kita kepada Al-Wakeel ?
Apa yang ada di langit dan bumi berada dalam genggaman-Nya.
Apa yang ada di timur dan barat berada dalam penglihatan-Nya.
Segala kuasa, malah yang Maha Kuasa adalah Al-Wakeel.
Bukankah kita meyakini bahawa sistem imun dalam tubuh manusia akan menolak apa sahaja benda-benda asing yang berada dalam tubuh manusia, seperti mana yang berlaku dalam proses pendermaan organ. Bagaimana seorang bayi yang sempurna boleh selamat dalam tubuh badan seorang ibu selama 9 bulan lamanya, tanpa ditolak oleh sistem imun badan seorang ibu ?
Usahlah terlalu risau.
Kerisauan yang sehingga menganggu ketenangan jiwa.
Kerisauan yang mungkin mengurangkan keimanan dan keyakinan kita untuk percaya Al-Wakeel.
Mungkinkah lafaz itu sekadar di mulut yang tidak pernah kering, tetapi hati sudah menjadi tanah gersang dek kerana kemarau yang terlalu panjang.
Bukan tidak risau langsung, tetapi jangan TERLALU risau, kerana rasa keterlaluan itu bakal menganggu keimanan anda.
Maka, jalani hidup anda dengan penuh usaha untuk mencapai sesuatu.
Usaha biar sehabis baik, kalahkan orang lain,
dan dalam masa yang sama, tawakkal anda itu juga seiring.
Tawakkal yang juga sekuat dan setinggi usaha.
Setelah anda kecapi keduanya, buangkan rasa risau itu.
Tidak mungkin wujudnya tawakkal tanpa usaha.
Kali ini saya mahu bawakan sebuah kisah lain.
Anda dapat ibrahnya ?
Al-Wakeel tidak menerima tawakkal tanpa usaha.
Menjadikan kepada Dialah tempat kita bergantung segala.
Dengan berpegang kepada tali tawakkal itu, tiada lagi rasa tidak cukup.
Tiada lagi rasa hilang kebergantungan.
Kita bergantung kepada yang lain, tetapi tidak kepada Allah ?
Bagaimanakah ?
Allah tempat kita bergantung kerana Allah lah Maha Kuasa, Maha Segala-galanya.
Kerana mereka tahu, jika tidak kepada Allah mereka bertawakkal, kepada siapa lagi, dan tidak ada sesiapa yang layak melainkan Allah sahaja !
Nabi Musa A.S, Nabi Ibrahim A.S, Rasulullah S.A.W.
Atau adakah penghayatan kita telah mencapai tinggi ini ?
Jawab Baginda, ‘ Allah.’
Dalam segala hal.
TAWAKALTU A’LALLAH, LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.
Biar tubuh dan jiwa anda dipegang oleh Al-Wakeel !
Kau peganglah jiwa kami untuk menggapai redha-Mu !
Isnin, Jun 06, 2011
Tinggikah Tali Tawakkal itu ?
Khamis, November 04, 2010
Hati hanya untuk-Nya
Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah,
Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah,
Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengan-Nya,
Di dalam hati juga terdapat kegelisahan yang tak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah,
Di dalam hati juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadam kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.
-Ibnul Qayyum-
Jumaat, September 10, 2010
Amalan menyambut Hari Raya Aidilfitri
Salam Aidilfitri,
Al-Imam As-Shafie membahaskan dalam kitabnya, Al-Umm (Ibu) menceritakan amalan-amalan baik yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan golongan-golongan ulama serta para solihin, diringkaskan bahawa terdapat 10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Amalan-amalan ini adalah seperti berikut:-
1) Kita digalakkan berdoa ketika malam raya, ambillah kesempatan dan doalah sepanjang malam raya supaya diterima amalan-amalan kita sepanjang bulan puasa yg baru sahaja berlalu. Lupakan persiapan raya kerana sepatutnya kita mesti bersedia lebih awal bukan menunggu saat-saat malam raya kerana waktu doa mustajab salah satunya ialah pada malam Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Subhanallah.
2) Takbir raya. Memuji kebesaran Allah SWT setelah memberi nikmat dan ganjaran yang terlalu besar sepanjang Bulan Ramadhan dengan datangnya Lailatul Qadar. Takbir raya lah semampu mungkin sebagai tanda kesyukuran kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
3) Mandi sunat hari raya Aidilfitri. Kita digalakkan mandi solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan disunatkan bercukur (bulu ketiak, ari-ari, kemaskan misai dsb) supaya kita kelihatan cantik, kemas dan bersih menghadap Allah SWT.
4) Memakai wangi-wangian. Rasulullah SAW memakai wangi-wangian ketika menunaikan solat sunat Hari Raya dan digalakkan memakai pakaian yang cantik-cantik jika kurang mampu eloklah sekadar ianya bersih dan cantik dipandang.
5) Makan sedikit dalam angka yang ganjil. Rasulullah SAW memakan sedikit buah tamar (atau kurma) sebelum keluar ke masjid dan diriwayatkan dalam angka yang ganjil iaitu 3 biji. ianya sebagai syarat kita sudah tidak berpuasa lagi pada hari raya. Jika tiada, minumlah sedikit air.
6) Mengucapkan salam dan selamat kepada orang islam sepanjang perjalanan ke masjid dan sepanjang hari raya. Ucaplah "Taqabbalallah huminna waminkum" Semoga Allah menerima doa aku dan kamu, supaya Allah menerima doa-doa kita sepanjang bulan Ramadhan.
7) Pergi dan pulang dari masjid menggunakan jalan yang berbeza. Ianya supaya dapat mengeratkan silaturrahim sesama Islam kerana kita dapat bertemu dengan rakan-rakan dan saudara-saudara lain jika kita menggunakan jalan yang berbeza, maka bertambah ramai lagilah yang kita berjumpa dan ucap salam dihari mulia itu.8) Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Bawalah bersama ahli keluarga untuk sama-sama menunaikan solat ini, alangkah ruginya bagi mereka yang menunaikan solat sunat ini namun meninggalkan khutbah Hari Raya seolah-seolah tergantung solatnya antara langit dan bumi. Apa salahnya menunggu seketika demi merebut ganjaran yang dikurniakan Allah SWT.
9) Ziarah menziarahi. Kunjungilah ahli kelurga, jiran tetangga, sanak-saudara, kaum kerabat, sahabat handai dan sesiapa saja samada kawan mahupun lawan. Keberkatan pada Hari Raya insyaAllah yang lawan menjadi lawan, yang keras menjadi lembut, yang tertutup menjadi buka. Pohonlah kemaafan sesama manusia kerana Allah tidak akan mengampunkan kesalahan yang dilakukan sesama manusia walaupun Allah sentiasa memaafkan dosa-dosa hambanya yang zalim jika mereka memohon keampunanNya.
10) Puasa 6 pada bulan Syawal. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan diikuti puasa 6 hari dibulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Subhanallah.Semoga ringkasan kitab mengenai 10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri memberi manfaat kepada kita semua sebagai persediaan kita menghadapi dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. InsyaAllah. Sebar-sebarkanlah demi melahirkan umat islam yang berpegang teguh pada Allah dan beramal dengan sunnah Rasulullah SAW. Wassalam.
Selasa, September 07, 2010
A story to ponder=]
Bismillah,
http://mujahidahcpnfz.blogspot.com/Ada seorang guru tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal..
Guru tadika bertanya : Anak-anak nampak tak pen ini?(sambil menunjukkan pen tersebut)
Murid-murid menjawab : Nampak cikgu.
Guru tadika bertanya : Pen ada kan?
Murid-murid menjawab : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi masukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi...
Guru tadika bertanya : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid menjawab : tak nampak cikgu.
Guru tadika bertanya lagi : Tuhan ada tak?
Murid-murid menjawab : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itui berjaya. Tetapi..dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Abas lalu dia pun mengangkat tangan..
Abas bertanya : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid menjawab : nampak
Abas bertanya : cikgu ada kan?
Murid-murid menjawab : ada
Abas bertanya lagi : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid menjawab : tak nampak
Abas bertanya : cikgu ada otak tak?
Murid-murid menjawab : tak adaAkhir kata marilah sama2 kita berusaha untuk melahirkan generasi yang terbaik untuk masa depan Islam.
Sabtu, Ogos 28, 2010
Istimewa buat kaum Hawa...
Bismillah Allahuakbar,
Wanita.....
Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan
ketika kau dewasa kelak.....
Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu
Wanita.....
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu
Wanita.....
Kau memiliki kelembutan
kelembutanmu mampu menggoncang dunia
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)
Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga
Kau tahu dirimu begitu bernilai
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga
TETAPI.....
Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?
Adakah kau lupa?
Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!
Adakah kau lupa?
Janji ALLAH itu pasti ...
Wanita.....
Mengapa kau berasa takut dan malu
Selepas nafsumu dipenuhi
Mengapa baru terbit sifat malumu
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil
Hasil perbuatan kejimu
dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas
Menggugurkan kandunganmu,
membunuh anakmu,
membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa
walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan
namun...
Ingatlah
Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,
Ibarat kain putih yang bersih,
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu
Tetapi....
Hakikatnya,
Kau membuang zuriatmu,
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu
ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,
Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar
yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,
Wanita.....
Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,
Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan
Yang hanya ingin menghirup madumu,
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas
Wanita....
Ingatlah dirimu begitu berharga
Biarlah kau dikatakan sombong
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya
Demi menjaga maruah dirimu
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu
kepada kekasihmu....
kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....
Wanita....
Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kata
Mereka amat bijak dalam tipu daya
Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai
Wanita.....
Tidakkah kau sedar semua ini
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu
Tidakkah kau sedar,
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?
Wanita.....
Sedarlah
Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah
Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga
Insaflah dengan perbuatan silammu
masih belum terlambat untuk segalanya
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'
Wanita....
Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu
kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu
dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....
Wanita....
Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu
Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah
dan disayangi oleh Tuhan-Mu
Sabtu, Ogos 21, 2010
Sabtu, Ogos 14, 2010
Sabtu, Julai 03, 2010
Sabtu, Jun 26, 2010
Hari kiamat rahsia Allah..,.,.
BERIMAN kepada hari kiamat adalah satu daripada rukun Iman yang wajib diperakukan kebenarannya, manakala mengingkarinya bererti seseorang itu terkeluar daripada Islam.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang berada dalam kubur.” (Surah al-Haj ayat 7).
Maha besar kebijaksanaan dan keesaan Allah yang merahsiakan tarikh sebenar berlakunya hari kiamat. Keadaan ini untuk memastikan manusia itu sentiasa bersedia untuk menghadapi saat getir itu.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” (Surah al-An’am, ayat 59).
Bagaimanapun, jika dilihat dalam beberapa hadis Rasulullah berkenaan hari kiamat, terdapat beberapa tanda yang dijelaskan Baginda.
Antaranya menerusi sabda Rasulullah: Dari Huzaifah al-Ghifari r.a berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah kepada kami lalu bertanya: “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?”
Lalu kami menjawab: “Kami sedang berbincang mengenai hari kiamat.” Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Dukhan (kabut asap), Dajjal, Dhab al-Ardh (binatang melata yang boleh berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa, munculnya Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Semenanjung Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar.” (Hadis Riwayat Muslim).
Hakikatnya hari kiamat itu pasti datang ‘menerjah’ manusia yang semakin asyik dengan keseronokan dunia yang penuh dengan helah dan tipu daya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Aku diutus, sedangkan antara aku dan hari kiamat adalah seperti ini”, sambil Baginda menyandingkan antara jari telunjuk dan jari tengah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sebagai umat Islam yang beriman kepada hari Kiamat, seharusnya kita sedar bahawa semua yang berkaitan dengan perkara ghaib adalah di luar kemampuan akal manusia untuk mentafsirkannya.
Setiap sesuatu yang tidak pernah langsung dinyatakan dalam al-Quran dan hadis haruslah ditolak sekeras-kerasnya supaya keimanan kita kekal utuh.
Allah jelas menerangkan perkara berkaitan hari kiamat menerusi firman-Nya dalam al-Quran yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?”, katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia.
“(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 187).
Semestinya, sesuatu yang mustahil bagi manusia membuat kiraan untuk mengetahui tarikh sebenar bila berlakunya hari kiamat.
moga2 akn trus brbuat,.,..,.
Rabu, Jun 16, 2010
Selasa, Jun 08, 2010
We Will Not Go Down
Bismillah Allahuakbar,
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In the night, without a fight
We will not go down
In Gaza tonight
Isnin, Jun 07, 2010
Palestin
Bismillah Allahuakbar,
Ramai yang tak faham bertanya...
"kamu bukan bangsa arab....
kamu bukan warganegara Palestin...
tapi kenapa kamu yang paling bersungguh-sungguh dalam membantu mangsa Palestin????
yahudi tak ganggu kamu...
tapi kenapa kamu turut benci yahudi seperti kamu yang menjadi mangsa?
kami sokong Palestin atas dasar kemanusian, tapi kamu atas dasar apa?"
SENANG JAWAPANNYA....
ATAS DASAR MENCINTAI SAUDARA KAMI DALAM KEIMANAN....
IKATAN KAMI LEBIH HEBAT DARI IKATAN KEBANGSAAN......
Doa Qunut Nazilah
Bismillah Allahuakbar,
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Reviving The Islamic Spirit 2010 trailer
Bismillah Al-Malik Al-Quddus
.
"This is it....
Islam is coming back on the time when everybody was just about to give up.I couldn't sleep the night before the event...I said to myself even if it is not worth it, I will pay $ 140 dollars for two tickets to support the event and make a donation to Allah...
once I was there, I was wrong, I just taught the price should be a little higher than that. If you have never seen God's majestic power in foreign land,then go to RIS event," said one of the audience.
Jumaat, Mei 28, 2010
Salam Aalayka
Bismillah Al-Aziz Al-Ghaffar
Banyakkan berzikir untuk mengingati Allah dan banyakkan berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W untuk memperoleh syafaatnya di akhirat kelak.
Islam song for all
Bismillah Al-Fattah Al-Alim,
Islam = Religion = الدين
Islam = Way of life = طريقة حياة
Islam = Peace = السلام
Islam = Respect = الإحترام
Islam = loving = المحبة
I♥LOVE YOU ALL FOR THE SAKE OF ALLAH ♥
Khamis, Mei 27, 2010
Reviving the Islamic Spirit 3
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Reviving the Islamic Spirit 8th Convention Featuring soundtracks by Maher Zain and Qatrunada.
Listen to these words " i don't like what you are doing but I respect who you are" simply this is Islam main aspect..