Bismillahirrahmanirrahim :)
Isnin, Mac 12, 2012
Majlis Mahabbah Rasulullah bersama SMKAKL
Selasa, Julai 05, 2011
BULAN RABITAH : KEMBARA ROHANI
Khamis, Mac 31, 2011
SELAMAT HARI TERBUKA SMKAKL 2011
Assalamualaikum w.b.t
Ahad, Ogos 01, 2010
Hari Terbuka SMKAKL=)
Salamun 'Alayk...
Khamis, Julai 01, 2010
Sabtu, Mei 15, 2010
Pesta Buku!!!
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,
- PADA 23 MEI 2010
- HARI AHAD
- 8.00 am - 5.00 pm
- DEWAN SRI BESTARI,
Sabtu, April 24, 2010
Graduasi F5 2009
Bismillah Al-Quddus As-Salam
Isnin, Mac 15, 2010
Karnival Ihya' Sunnah 1431H
Pada sebelah malamnya pula, sebuah majlis telah diadakan di Dewan Solat Masjid al-Imam al-Ghazali. Majlis Penutup Sambutan Maulidur Rasul. Kumpulan Qasidah SMKA KL telah membuat persembahan dan seramai hampir 400 pelajar SMKA KL telah terpilih mendengar forum khas Mulidur Rasul yang disampaikan oleh beberapa orang panel terkemuka. Malam tersebut juga, telah diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul dan Pertandingan Nasyid Salawat. Semua peserta pertandingan telah menerima hadiah walaupun hanya mendapat saguhati. Bagi Pertandingan Kuiz Kenali Rasul dan Pertandingan Sajak Cinta Rasul, sebuah majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Rabu, 10 Mac 2010 sewaktu perhimpunan harian. Dalam masa yang sama, seramai 2 orang pelajar Banin dan Banat bagi setiap Tingkatan telah dipilih sebagai ‘Ikon Ihya Sunnah 1431H’. Kesemua pelajar yang menerima pengiktirafan ini telah diadili dan dipantau oleh Guru-guru Penasihat BADAR sepanjang berlangsungnya Karnival Ihya’ Sunnah 1431H.
Sabtu, Februari 27, 2010
Sambutan Maulidur Rasul 1431H
Muhammad SAW seorang insan berkeperibadian sangat mulia. Sejak mula kelahiran baginda lagi, baginda telah banyak melakukan pengorbanan terhadap umatnya yang tercinta. Keteguhan hati terhadap ajaran Islam memberi pengertian yang sangat besar kepada semua manusia khususnya umat Islam. Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab serta Badan Dakwah & Rohani dan dengan kerjasama Masjid al-Imam al-Ghazali telah mengambil inisiatif untuk memberi penghayatan mengenai riwayat hidup baginda Muhammad SAW. Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul 1431H, Cinta Rasul, pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam usaha memupuk semangat cintakan junjungan besar Muhammad Rasulullah SAW. Sambutan ini telah diadakan pada 25 Februari 2010 bersamaan 11 RabiulAwal 1431H.
Sebelum memasuki kawasan sekolah, para pelajar juga sempat melaungkan Doa Wahdah dengan bersemangat sepertimana yang dilakukan oleh tentera Islam didalam perang suatu ketika dahulu. Perarakan masuk semua kotinjen sekali lagi diiringi paluan kompang sambil melagukan selawat Nabi. Perarakan tersebut tamat kira-kira jam 8.50 pagi di Dataran Perhimpunan. Dalam masa yang sama, barisan kehakiman telah mula mengambil markah bagi Pertandingan Sepanduk yang terbahagi kepada dua kategori iaitu, kategori Putera dan Kategori Puteri. Setelah beberapa minit mengadili, semua pelajar dibenarkan berehat selama 35 minit.
Jumaat, Februari 12, 2010
Pelancaran Program Usrah 1431H
Bertarikh 3 Februari 2010 bersamaan 18 Safar 1431H, sebuah majlis telah diadakan di Surau al-Falah, SMK Agama Kuala Lumpur. Majlis Pelancaran Program Usrah 1431H ini dijalankan bertujuan untuk memberi nafas baru terhadap program Usrah Tarbiyah Pelajar agar program kerohanian ini berjalan dengan lebih teratur dan berkesan. Lajnah Usrah & Tarbiyah (LUTAR) dibawah Badan Dakwah & Rohani mengambil inisiatif ini sebagai sebuah wasilah dakwah dalam kalangan pelajar SMKA KL setelah musyawarah pada pelbagai peringkat antaranya pimpinan Jawatankuasa BADAR, pihak pentadbir serta perbincangan bersama Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Majlis dimulakan selepas solat Maghrib secara berjamaah dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Lajnah Penerangan & Penerbitan (LANERA). Antara tetamu yang diraikan pada malam tersebut adalah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Ustaz Abdul Aziz b. Ahmad dan Guru Penasihat LUTAR, Ustaz Mohd Hamdi b. Yusof. Antara tetamu yang turut hadir adalah Ketua Guru Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Ustazah Norlaila bt Ismail, guru-guru panitia serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Majlis dimulai dengan bacaan Ummul Kitab, Surah al-Fatihah.
Saudara Mohamad Fikri b. Che Daud selaku Pengerusi LUTAR telah menyampaikan ucapan mewakili Jawatankuasa BADAR 09/10 dengan menyatakan penghargaan kepada pihak atasan terutamanya Guru Penasihat LUTAR serta Ketua Guru Penasihat BADAR dan al-Fadhil Ustaz Mohd Norhafizi b. Husin yang telah memberikan sokongan penuh kepada projek ‘Reformasi’ Usrah ini. Kemudian, Ustaz Mohd Hamdi pula telah memberikan ucapan dengan harapan agar semua Muslimin terutamanya para pelajar SMKAKL mengikuti teladan yang dibuktikan junjungan besar Muhammad Rasullah SAW selain mencontohi gaya kepemimpinan yang ditunjukkan juga oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.
Ustaz Hamdi selaku Guru Penasihat Lajnah Usrah & Tarbiyah telah mengetuai bacaan ikrar para pelajar sebagai bai’ah terhadap pertanggungjawaban mereka.
Hasil muzakarah pimpinan BADAR dengan pentadbir, beberapa perkara telah dipersetujui sebagai projek kendalian Lajnah Usrah & Tarbiyah dibawah Badan Dakwah & Rohani. Antara aktiviti yang akan dijalankan selepas penjenamaan semula aktiviti Usrah Tarbiyah ini adalah
- Usrah para Nuqaba’ bersama Ustaz akan mula dijalankan. Usrah ini diadakan pada hari Ahad malam Isnin bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pimpinan usrah sebelum usrah sebenar dijalankan.
- Usrah Penghayatan al-Quran akan diadakan pada hari Isnin malam Selasa dan Usrah Tarbiyah akan diadakan pada hari Rabu malam Khamis. Manakala malam-malam lain pula akan diisi dengan kuliyyah, hafazan, tayangan video Islamik serta bacaan al-Quran.
- Perjalanan Usrah akan menggunakan kitab Ma za ya’ni Intima’i lil Islam? (Apa ertinya saya menganut Islam?) karangan asy-Syahid Fathi Yakan, kitab Ayyuhal Walad (Marilah Annakku) karangan al-Imam al-Ghazali serta buku Panduan Nuqaba’ yang dikarang sendiri oleh pengetua SMKAKL, Tuan Hj Sakijan b. Muri.
- Lajnah Usrah & Tarbiyah dibawah BADAR akan menjalinkan kerjasama dengan persatuan-persatuan pelajar serta pertubuhan-pertubuhan Islam untuk memantapkan lagi aktiviti kerohanian ini.
- Menggunakan sistem fail mengikut halaqah Usrah. Para Naqib dan Naqibah perlulah mencatat isi-isi pembentangan dan perbincangan didalam usrah termasuklah bacaan al-Quran (tajwid, makhraj & hafazan) dan Tarbiyah (penghayatan+tadabbur al-Quran, huraian hadits, fikrah Islam & isu-isu semasa yang berkaitan).
- Penguatkuasaan perlaksanaan Usrah yang lebih serius dengan kerjasama semua warden serta semua pelajar melalui badan induk dibawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Sabtu, Februari 06, 2010
Penjenamaan Semula Usrah
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...
1 Februari - Seorang penceramah jemputan khas yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Usrah dan Kepentingannya'.
2 Februari - Tayangan telah diadakan.
3 Februari - Majlis Perasmian Usrah telah diadakan dan telah dihadiri oleh guru-guru Penasihat BADAR dan pelajar-pelajar SMK Agama KL. Pada hari itu juga, lagu Doa Rabitah telah dijadikan lagu rasmi usrah. Di akhir majlis, setiap usrah telah melafazkan ikrar untuk mengekalkan ukhwah sehingga ke nafas yang terakhir.









.jpg)