Sabtu, Jun 11, 2011

Assalamualaikum ^^

*terima kasih zainulhussin.blogspot.com
Dahulu, sewaktu saya di tingkatan satu, para senior selalu mengingatkan saya dan rakan-rakan agar senantiasa ingat untuk memberi salam kepada mereka. Memang sesuai pun kerana dalam hadis, yang muda seeloknya memberi salam kepada yang tua. Kita juga sangat-sangat digalakkan memberi salam malah pelbagai kelebihan memberi salam yang telah diberitakan. Perkara pertama yang Nabi SAW sampaikan ketika berada di Madinah al-Munawwarah adalah:
"Wahai manusia, berikanlah salam, berilah makan, jalinkanlah silaturrahim, solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera." (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi)
Dalil yang lain termasuklah:
"Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya..." (HR Muslim)
"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya." (Riwayat At-Tabrani)
Dari Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah yang muda memulai memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang lebih banyak..” Dan dalam suatu riwayat: “dan yang bertunggangan (berkenderaan) kepada yang berjalan.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dan apabila kamu akan masuk ke suatu rumah, maka ucapkanlah salam atas diri kalian”
(Surah An-Nur, Ayat 61)
Mengapa saya mengemukakan tazkirah ini? Haa..kerana sudah semakin ramai (termasuklah pengalaman saya sendiri) orang yang menyatakan rasa kesal bahawa pelajar-pelajar sekolah (khususnya SMAKL) majoritinya tidak lagi mementingkan pemberian salam. Sama ada kerana tidak kenal, ego, tidak biasa dan sebagainya, ramai yang tidak mengambil peluang merapatkan silaturrahim dan memdapatkan pahala dengan mengucapkan sepatah perkataan ini.

Bagi saya, memberi salam telah pun menjadi kebiasaan semenjak di sekolah rendah di mana guru-guru telah mendidik agar memberi salam dan mencium tangan (jika sama jantina) para guru. Ia merupakan amalan yang baik. Mengapa menolak? Dan di SMAKL juga, para guru tetap berpesan perkara yang sama walaupun mungkin kurang ditekankan. Sebenarnya, memberi senyuman ikhlas juga cukup untuk menggembirakan hati seseorang apatah lagi jika disertakan dengan pemberian salam.

Salam itu juga merupakan satu doa. Apabila kita mendoakan yang lain, mereka juga wajib mendoakan semula (menjawab salam) dan dengan itu, kita semua saling doa-mendoakan. Bukankah itu akan membuat hidup lebih sejahtera? Berbalik kepada pendahuluan saya, di mana senior suka junior memberi salam, senior juga sepatutnya mengamalkan perkara yang sama. Menunjukkan contoh yang baik kan cara dakwah yang efektif.

Pesanan di sini hanya satu, berilah salam..kepada junior, kepada senior, kepada rakan-rakan, kepada guru-guru, kepada para pelawat, kepada semua muslim, sebelum masuk dorm, sebelum masuk kelas dan seterunsya. Jadikanlah ia amalan dan kebiasaan. Lama-kelamaan, ia akan menjadi automatik. Ia bukanlah sesuatu yang sukar dan sebenarnya tidak memerlukan paksaan. Hanya dengan pilihan hati dan keikhlasan budi insyaAllah. :D

*terima kasih andreomeaga.blogspot.com

Khamis, Jun 09, 2011

Hipokrit?

bismillah..


Percikan air di wajah terasa segar. Lama sudah nikmat itu hilang. Muhsein segera menyempurnakan wudu’. Dua puluh minit sahaja lagi tinggal sebelum azan maghrib berkumandang.
helah 'ada date' di beri kepada rakan sepasukannya di gelanggang untuk memboloskan diri. kalau tidak, mungkin sahaja asarnya nanti terjama' dengan maghrib.
"gasaklah.. bukan aku bohong pun. dating dengan Allah kan..", monolognya sendiri.
Salam terakhir di beri. Lama dia duduk bersimpuh, memerhati segenap sudut ruang solat.
Kosong.
Mihrab yang tersergam di hadapannya, di renung. ada ukiran indah kalimah syahadah. sumpah yang sering meniti di bibir umat Islam yang solat. namun berapa ramai yang mengotakan sumpahnya?
“aku perlu kekuatan…”, perlahan Muhsein meraup wajah.
‘kekuatan itu ada dengan Allah mintalah’, suara imannya berbisik.
Dia jadi teringat kata-kata abang Amer tempoh hari.
sangat ‘mengetuk’.
*********
“malu orang kata baik?”, Amer menebak.
“saya... saya tak layak. bukan baik pun, nanti orang kata hipokrit”, Muhsein jadi malu apabila abang Amer dapat menyelongkar isi sukmanya.
ikutkan hati, mahu sahaja dia mengikuti pengajian talaqqi bersama Sheikh Uwais al-Razi. macam abang Amer, naqibnya. tapi... entahlah. dia ikut usrah abang Amer pun 'curi-curi'. kalau tahu dek kawan-kawannya, mahu mereka ketawa besar. silap-silap dapat jolokan 'rakan malaikat' seperti Shahrul, sahabatnya yang juga baru berhijrah.
Amer merekah senyum.
“rasa kurang itu bagus Muhsein. Tapi jangan kerana kata-kata orang buat langkah kita mati menuju Allah”
“maksud abang?”, Muhsein kurang jelas.
“hurmm.. apa yang Muhsein faham dengan terma hipokrit?”, Amer menduga.
“bila kita tak jadi diri sendiri.. bila kita buat sesuatu bukan dengan cara kita yang biasa”, Muhsein bersuara lamba-lambat.
Amer melepas keluhan berat. sudah lama kita terbius dengan agenda jahiliah.
"diri sendiri yang bagaimana, Muhsein? bukankah diri kita yang Allah jadikan di dalam rahim ibu itu suci? fitrahnya mengikut fitrah baik yang Allah ciptakan"
Muhsein memandang tepat ke wajah abang Amer. dalam diam, dia turut mengakui hakikat itu.
'bukankah kita semua sudah mengikat setia dengan Allah untuk menjadi khalifah serta memakmurkan bumi ini dengan kalimahNya? seusia janin lagi kita sudah jadi 'rakan malaikat'. Allah juga redha dengan kita yang suci waktu itu.' monolog Muhsein.
namun hanya mindanya sahaja rancak mencerna. mulutnya bungkam sementara telinganya sedia menadah hikmah daripada naqibnya.
"hipokrasi atau dalam kata lainnya bermaksud munafiq. dan orang-orang munafiq ini, cuma bibir mereka sahaja menyatakan taat namun hakikat jauh di sudut hati mereka mengharapkan kejatuhan Islam. abang rasa, Muhsein pun tahu ciri-ciri munafiq yang tercoret dalam dalil naqli. itulah munafiq definisi wahyu, jauh sungguh dengan apa yang di perkata hari ini.."
Amer berhenti sejenak sebelum menyambung kata.
Muhsein mengangguk sambil penanya mencatit sesuatu di buku kecil.
"jahiliah moden hari ini berjaya, Muhsein.. mereka berjaya memutar pendefinisian sesuatu itu mengikut selazatnya rasa... orang yang kembali menggenggam bara agama itulah di kata hipokrit..", udara petang itu di hirup melepasi kerongkong sebelum di hela semula.
"carilah.. 'kita' yang mana sebenarnya hipokrit", Amer lalu bangkit meninggalkan Muhsein dengan persoalan diri. hanya keningnya sahaja terangkat memberi isyarat untuk berlalu sambil bibirnya perlahan membisik salam.******bibir Muhsein menguntum senyum.'bukanlah aku yang ingin kembali kepada Tuhan itu hipokrit. tetapi aku yang mengingkar janji, melanggar syahadah inilah hipokrit!'
aku bersaksi, tiada Tuhan yang layak di sembah melainkan Allah! dan aku juga bersaksi nabi Muhammad itu pesuruh Allah!

Selasa, Jun 07, 2011

kisah mayat yang tidak amanah

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.

Elok lah kita mengambil ikhtibar akan riwayat ini.

Adakah kita pernah mengambil barang-barang dari pejabat, samada dari sekecil-kecilnya seperti klip kertas, pemadam dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk kegunaan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita?

Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar.
Azab neraka itu adalah benar.
Dan syurga itu adalah benar.