Ahad, Mac 13, 2011

Like Father Like Son


.::UNTAIAN KISAH PENUH HIKMAH::.

"Buku ini memaparkan aneka kisah yang sarat dengan hikmah yang bukan hanya memikat, malah membangun moral diri dan ketauhidan jiwa." -Habiburrahman El Shirazy (penulis buku-buku best seller)


"Tahun berapakah Tuhan kamu dilahirkan?"
tanya seorang ilmuwan kafir.

"Allah tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan,"
jawab Abu Hanifah.

"Hmmm, masuk akal juga jika kamu katakan Tuhan kamu itu tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan. Lalu, pada tahun berapa Dia mula wujud?"

"Dia wujud sebelum segala kewujudan ada,"
tegas Abu Hanifah.

"Boleh kamu berikan contoh yang kuat tentang hal ini?"

"Kamu tahu tentang kira-kira?"
tanya Abu Hanifah pula.

"Ya, saya tahu."

"Angka berapa sebelum angka satu?"

"Tidak ada,"
jawab ilmuwan kafir itu dengan pantas.

"Jadi, kamu sedia maklum bahawa tiada angka lain sebelum satu, kenapa pula kamu perlukan contoh bahawa kewujudan Allah itu tidak ada yang mendahuluinya?"
(Perdebatan Abu Hanifah dengan Ilmuwan Kafir)

Semua kisah yang dipaparkan dalam buku ini ibarat 'minuman suam' yang dihirup ketika musim tengkujuh. Ianya sentiasa menghangatkan jiwa kita untuk sentiasa merenungi kehidupan dan mensyukuri betapa Allah S.W.T. itu Maha Besar, Maha Pengampunan dan Maha Pemurah. Kisah-kisah ini juga ibarat oasis di sebuah gurun kehidupan yang gersang serta penuh liku. Banyak kisah keagamaan yang penuh hikmah serta "bergizi" untuk menyedarkan kita tentang makna kehidupan di bawah sedar kita. Tentu tidak ada seorang pun di antara kita yang tidak pernah menghadapi masalah dalam hidupnya. Oleh itu, bacaan mudah dan padat berisi hikmah ini adalah sebuah inspirasi yang sesuai untuk menyuburkan minda agar kita lebih bijak dalam mengharungi hidup.

~KISAH 1: LEBIH KAYA DARIPADA ALLAH~

Siapa yang tidak kenal dengan Abu Nawas. Dia begitu terkenal, terutama di dunia Arab dan Islam. Bukan hanya seorang yang pintar, Abu Nawas juga seorang yang berpengetahuan luas dan sangat pandai membuat lawak jenaka. Tutur katanya sering membuatkan orang tertawa terbahak-bahak. Bahkan, Kalifah Harun Ar-Rasyid pun sangat mengagumi dan menyayangi tokoh yang satu ini..
Tidak begitu menghairankan jika Abu Nawas disukai ramai orang. Abu Nawas sangat peramah dan pandai bergaul. Hampir di setiap tempat selalu saja ada sahabat Abu Nawas. Malah, tidak jarang Abu Nawas sering dialu-alukan seperti seorang pahlawan.

Suatu hari, Abu Nawas bergegas pergi ke pasar. Ada ramai sahabatnya di sana. Hari itu pasar sangat ramai, dipenuhi para pembeli. Para penjual sibuk menjajakan dagangannya.

"Sahabat-sahabat, aku sangat membenci yang hak dan sangat mencintai fitnah," ujar Abu Nawas.

Orang-orang menjadi kehairanan dengan ucapan Abu Nawas yang tiba-tiba sahaja berbicara seperti itu.

Belum pun reda kehairanan mereka, Abu Nawas sudah berkata lagi, "Hari ini aku kaya raya, bahkan lebih kaya daripada Allah."

Beberapa pedagang di pasar malah ada yang menyangka bahawa Abu Nawas sudah gila. Bayangkan sahaja, dia sangat membenci yang hak dan sangat mencintai fitnah. Kalau orang normal, pasti sangat mencintai yang hak dan sangat membenci fitnah. Lebih gila lagi, Abu Nawas mengaku lebih kaya daripada Allah. Padahal, semua orang juga tahu bahawa Allah itu Maha Kaya. Tidak ada seorang pun yang lebih kaya daripada Allah.

"Wah, Abu Nawas sudah tidak waras!" seru seorang pedagang.

"Iya, benar!" yang lain turut mengiakan.

"Kita bawa saja Abu Nawas kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid."

"Benar, setuju!" yang lain serentak mengiakan.

Saat itu juga, orang-orang membawa Abu Nawas ke hadapan khalifah. Di hadapan khalifah, seseorang mengungkapkan perkataan Abu Nawas ketika di pasar.

Khalifah Harun Ar-Rasyid mendengar pengaduan itu. Walaupun demikian, khalifah tidak terus menghukum Abu Nawas. Khalifah sangat adil, arif, dan bijak. Bagaimanapun, beliau perlu mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak. Boleh jadi, maklumat dari sebelah pihak hanya fitnah belaka.

Kemudian, Khalifah Harun Ar-Rasyid menyuruh Abu Nawas menghampirinya. "Kamu kata, kamu sangat membenci yang hak dan sangat mencintai fitnah. Benarkah apa yang dikatakan orang-orang ini?"

"Benar," jawab Abu Nawas.

"Kamu juga mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Allah?"

"Benar."

Wajah Khalifah Harun Ar-Rasyid bertukar menjadi merah padam. Beliau benar-benar murka kepada Abu Nawas. Seorang yang dikaguminya ini ternyata telah ingkar.
"Ada apa sebenarnya? Apa yang telah terjadi dengan kamu? Apakah kamu benar-benar telah kafir?"

"Bertenanglah! Jika tidak keberatan, sila dengarkan baik-baik penjelasan saya ini," kata Abu Nawas sambil tersenyum.

"Apa lagi yang akan kamu jelaskan? Semuanya sudah jelas, tidak perlu penjelasan lagi."

"Begini. Saya sering mendengar orang mengatakan bahawa mati itu adalah hak dan neraka itu adakah hak. Bukankah orang-orang juga tidak menyukai kematian dan neraka? Menurut saya, khalifah juga tidak menyukai kematian dan neraka," jelas Abu Nawas.

Kini, rona muka Khalifah Harun Ar-Rasyid kembali ceria. Kepala beliau mengangguk-angguk tanda setuju dengan perkataan Abu Nawas. Ternyata tidak seperti yang dibayangkan. Abu Nawas masih alim dan lucu seperti dulu.

"Tetapi, mereka mengatakan kamu sangat mencintai fitnah."

"Begini. Kata Allah, harta dan anak-anak merupakan fitnah. Tidak ada seorang pun yang membenci harta dan anak-anak. Saya dan khalifah sangat mencintai harta dan anak-anak."

Khalifah mengangguk-angguk lagi tanda setuju. Apa yang dikatakan Abu Nawas memang benar.

"Masih ada satu lagi. Bagaimana kamu boleh lancang mengaku bahawa kamu
lebih kaya daripada Allah?"

"Saya mempunyai ramai anak, sedangkan Allah tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan. Ramai anak itu banyak rezeki."

Suasana menjadi riuh. Terdengar suara gelak tawa di sana-sini. Orang-orang merasa puas
dengan penjelasan Abu Nawas. Setelah itu, mereka pun bersurai.

Tidak seperti orang lain yang pulang dengan tangan kosong, Abu Nawas pulang dengan
mendapat hadiah. Kerana kecerdasannya itu, khalifah memberikan hadiah beberapa barang
berharga.

"Sebenarnya, apa yang mendorong kamu mengatakan hal yang membingungkan
seperti itu di hadapan orang ramai?" tanya khalifah yang masih kebingungan.

"Mudah sahaja. Saya hanya ingin bertemu dengan khalifah.
Hanya dengan cara seperti ini, saya berkesempatan masuk ke
istana." [moga dapat mengambil pelajaran. =)]

Khamis, Mac 03, 2011

Sambutan Maulidurrasul SMKAKL

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah ..syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya SMKAKL akhirnya berjaya menyambut Maulid Nabi pada peringkat sekolah pada 21 Rabiul Awal  bersamaan hari Selasa ..Walaupun pada sebelah subuhnya hujan ,namun dengan rahmatNya yang Maha Pemurah perarakan sambutan Maulidur Rasul masih tetap diteruskan..Perarakan di wakili oleh setiap rumah sukan iaitu Ibnu Batuta ,Ibnu Khaldun ,Ibnu Sina dan Ibnu Rushd yang berarak keluar bermula dari padang sekolah dan berakhir di tapak perhimpunan ..perarakan yang berserta zikir selawat ke atas Nabi Muhammad SAW memutikkan lagi rasa sayang ,cinta dan rindu kepada Rasulullah SAW walaupun baginda sudah lama meninggalkan kita,namun kehadirannya ketika selawat ke atas baginda dapat dirasai di dalam setiap sanubari pelajar-pelajar SMKAKL .
Bersempena kelahiran Rasul Junjungan Mulia ,Nabi Muhammad ,eloklah jika kita mengimbau kembali sejarah peristiwa lahirnya seorang lelaki yang paling mulia di sisi Allah SWT yang diberi nama Muhammad oleh Abdullah dan Aminah ..lahirnya seorang lelaki mulia ini maka telah berlakulah pelbagai peristiwa pelik dengan izin Allah SWT..


Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.


Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.


Kemudian bondanyamelihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.


Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.




Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”


Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.


Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.


Rasulullah tidak pernah meninggalkan kita bersendirian malah Baginda terlalu sayangkan umatnya hingga apabila tiba ajal baginda masih menyebut UMATI ,UMATI ,UMATI ..
Berita wafatnya Rasulullah tersebar.Ada dalam kalangan sahabat tidak percaya.Umar minta izin masuk dan dilihatnya Rasulullah SAW.Umar berkata "Persuruh Allah tidak wafat ,tetapi tidak sedarkan diri sepertimana Nabi Muahammad tidak sedar apabila Allah melihatkan dirinya kepada Nabi Musa.Pesuruh Allah akan kembali dan aku akan memancung sesiapa yang mengatakan pesuruh Allah sudah wafat"


Abu Bakar dipanggil untuk meredakan keadaan.Abu Bakar melihat keadaan sekitar yang agak cemas .Abu Bakar melihat jasad Rasulullah di tempat tidurnya dan sudah diselimut.Abu Bkar mengucup dahi Muhammad sambil berkata "kesejahteraan untuk kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu mati,wahai pesuruh Allah.Adapun kematian yang Allah sudah tetapkan kepadamu sudah kamu rasai dan kamu tidak akan mati lagi selepas ini"Selepas itu Abu Bakar mengucup dahi Rasulullah sekali lagi dan ditutupkan kembali jasadnya.Abu Bakar ke mimbar masjid dan mula bercakap.Umar berhenti berucap dan turun dari mimbar .Abu Bakar berkata "barangsiapa menyembah Muhammad,Muhammad sudah mati.Barangsiapa menyembah Allah,Allah itu hidup dan tidak mati"Kemudian dibacakan ayat 144 ,surah Ali Imran.Umar yang tadi berdiri terus terduduk.Umar berkata "Adakah ayat ini ada di dalam Al-Quran ?"Beliau yang hafaz Quran dan gagah,hilang pertimbangan.


Umar berpaling kepada sahabat dan berkata "Wahai sahabatku ,Muhammad sudah meninggal dunia ".Kesedihan menguasai semua.Sebahagian sahabat menyatakan mereka mencari tempat yang dapat menangis sekuat hati kerana beratnya ujian ini.Sewaktu masuk waktu Zuhur,Bilil mahu azan tetapi keran terlalu sedih,dia tidak azan.Bilil berkata "Demi Allah,aku tidak akan azan lagi selepas kewafatan pesuruh Allah".13 Rabiul Awal,hari kedua Rasulullah SAW wafat,jasad baginda disemadikan di tempat baginda wafat(rumah Aisya).Selepas sahabat berjaya membebaskan Syam dan Baitul Maqdis dari Rome pada zaman Umar,Umar datang sendiri ke Palestin untuk menerima kunci Baitul Maqdis.Umar memanggil semua tentera bekumpul di Bukit Golan.Ini adalah pertemuan bersejarah setelah beberapa tahun selepas Rasulullah wafat kerana sahabat berkumpul setelah beberapa tahun tidak bertemu keran sibuk berjihad di medan masing-masing.Untuk itu ,Umar meminta Bilal azan pada salah satu waktu solat
Bilal tidak pernah melaungkan azan selepas Baginda wafat .Atas permintaan Umar dan sahabat ,ini kali pertama beliau melaungkan azan selepas kewafatan Rasulullah.Dia tidak dapat menyelesaikan azannya.Beliau menangis dan para sahabat turut menangis .Mereka teringat kembali Rasulullah dan perjuangan yang agung dan suci...Islam,Iman,Kasih Sayang,Akhlak Mulia,Kehidupan Mulia,Pengorbanan dan penderitaan yang Rasulullah tanggung menjelma dalam ingatan mereka,seolah-olah mereka baru berpisah dengan Rasulullah..







Disini dapatlah kita lihat betapa besarnya CINTA ,RINDU ,dan KASIH sahabat-sahabat Rasulullah kepada baginda ..Ayuh kita lihat kembali hati kita ..adakah kita benar-benar mengenali siapakah lelaki yang mulia di sisi ALLAH SWT ?di manakah kita letakkan RINDU kita kepada baginda dan seberapa tinggikah KASIH kita kepada baginda yang telah mengeluarkan kita dari kegelapan JAHILIYAH dan membawa kita masuk ke dalam cahaya ISLAM ..Oleh itu ,bangkitkanlah ISLAM sepertimana baginda bangkitkan ISLAM ..sudah tentu kita tidak mahu baginda melihat Umatnya dalam keadaan jahil sekiranya baginda masih hidup di zaman sekarang ..wassalam

Isnin, Februari 21, 2011

..jika benar ia berharga ..

credit to akhi firdaus
-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

“Habis jek SPM maknanye MERDEKA la kita.. habislah penderitaan hidup.. yahoo !!”
Eh bukan begitu akhi, tidak semudah itu.. habisnya SPM bukan bermaksud tamatnya ujian dan rintangan, tapi itulah PERMULAAN sebuah kehidupan.. itulah PERMULAAN sebuah perjalanan..
Masihku ingat ketika tamatnya SPM aku dahulu.. penuh dengan kegembiraan, tak terkata gembiranya, tak terungkap riangnya.. SubhanAllah.. tak ingat result, tak ingat sekolah, apetah lagi masa depan.. Astaghfirullah.. pendek sungguh fikiran ketika tu.. tapi bagi aku, ia normal. Seorang pelajar sekolah yg baru di iktiraf menjadi alumni sekolah, ia normal bagiku.. :)
Kini, aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku bukan di sekolah lagi.. lama sungguh sudah kami tinggalkan.. lama benar sudah kami jauhkan.. kenangan & bayangan saja yg mampu kami kongsikan.. ya Allah, aku yakin, jika kami diberi peluang untuk ke sekolah kembali, pasti itulah peluang yg benar-benar kami hargai..
Tapi itu mustahil, itu bohong, dusta semata-mata.. mana mungkin masa yg sentiasa berjalan, tanpa toleh ke belakang sedetik pun ini, boleh diputar kembali.. jangan kata kembali sejam yg lalu, sedetik yg lalu pun pasti mustahil untuk dikembalikan.. ia hanya tinggal sejarah, hanya menjadi sebuah kisah..
Tapi itu bukanlah persoalan yg utama, malah ianya perbincangan yg biasa-biasa.. walaupun begitu, bukan juga bermakna ia harus dilupa, kerana kenangan yg berharga itu tidak mampu dibeli oleh sesiapa..

Sahabat seperjuangan..
Sejauh mana kenangan itu berharga ?? apakah ukurannya ?? Adakah Result ?? Pangkat ?? Populariti ?? Sumbangan?? Adakah semua ini ?? adakah dengan kecemerlangan kita dalam peperiksaan, tingginya pangkat dalam organisasi, menjadi Top List dalam populariti, menjadikan kenangan dahulu sebuah kenangan yg terlalu berharga dalam diri??
Oh TIDAK, saudaraku !! TIDAK !! Bukan itu ukurannya.. jika itu menjadi kayu ukurnya, sudah pasti pelajar sepertiku menganggap kenangan di zaman sekolah dahulu, adalah sebuah kenangan yg PERLU dilupakan.. pahit..hodoh..busuk..kenangan yg menyelubungi impian dan cita-cita..
Beruntung sungguh.. itu semua bukanlah ukurannya.. tidak sama sekali.. tetapi apakah ia ??
Bagi seorang pemuda harapan AGAMA & BANGSA, ukuran sebuah kenangan yg indah itu adalah sejauh mana ia mempertahankan perkara yg amat bernilai dalam diri sejak zaman persekolahannya.. itulah ISTIQAMAH.. Istiqamah mempertahankan IMAN & SAHSIAH.. itulah kenangan yg jika dikenang, pasti mampu mengalirkan air mata.. air mata kesyukuran.. air mata keinsafan..

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada rasa khawatir pada mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita..” 
[Al-Ahqaf, 46:13]


Manis sungguh solat berjemaah bersama-sama, gembira betul dapat bertilawah Al-Quran bersama-sama, riang benar berUSRAH bersama-sama.. qiamullail, bacaan Al-Mulk, Ma’thurat.. study,bermain.. banyak lagi.. sume bersama-sama.. indah ukhuwah kami.. terlalu indah.. inilah kenangan yg tidak dapat kami lupakan..sungguh, tidak ku berdusta..
Aku yakin, kenangan manis ini tidak berharga jika ia tidak diteruskan sehingga kini.. di sekolah lah ia bermula, di sanalah ia penyuntik semangat agar terus membara, di situlah kita mengenal erti usaha mendekati-NYA..
Apakah sanggup untuk kita biarkan ia terkubur begitu sahaja ?? Lima tahun kita jaga, Lima tahun kita pelihara.. rugi sungguh jika ia pergi berlalu menjadi sisa.. Ya Allah, apakah hati ini telah menjadi tawar kepada amal soleh seperti itu ?? apakah jiwa ini sudah mampu tenang tanpa pengisian rohani seperti dulu ??
Dimanakah solat jemaahku ?? tilawah Quranku ?? qiamullailku ?? Ma’thuratku ?? hijab sempurnaku?? Dimana ?? Tanyalah diri kita semua dengan jujur dan ikhlas.. Dimana ?? Jika ia tidak ada dalam diri kita sekarang, ia sume dimana ?? Di mana ?? Disekolah dulu ?? Di Musolla ?? Di dalam dorm ??Mengapa sanggup kita tinggalkan semua itu di sana ?? apakah sudah cukup pahala yg kita kumpulkan selama lima tahun itu ?? cukup ke ?? cukup ?? ya Allah.. ampunkan dosa kami ya Allah..

“Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat(nya), dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang ??”
Jika hari ini kita ‘terhantuk’, jangan tunggu esok untuk ‘terngadah’ .. jika hari ini kita terasa Hidayah Allah itu meresap dalam jiwa, jangan tunggu esok untuk perubahan itu bermula.. kita bimbang esok tiada lagi Hidayah itu sampai, kita takut esok tiada lagi semangat itu tiba..
Marilah kita jadikan kenangan bersama sahabat dulu itu, satu kenangan yg amat berharga, tiada tolok bandingnya, tiada ternilai harganya.. bayarannya untuk itu mudah, tapi mungkin agak sukar untuk diluah.. itulah ISTIQAMAH.. jika itu kita dapat lakukan, nescaya tiada apa lagi yg kita perlukan, di sebalik kenangan bersamamu, teman..
[Surah At-Taubah, 9:104]