Isnin, Februari 21, 2011

ayuh ! kita raikan kelahiran pemuda itu (!)

bismillah.. salam dan kasih kami hulurkan buat sahabat perjuangan.. erm.. 12 rabiul'awal telah pun berlalu..lalu, bagaimana kita ketika itu? adakah kita bena-benar menghayatinyer?? .. jadi, kami nak berkongsi sesuatu dengan antum.. take a look ~

Pujian terhadap Nabi Muhammad merupakan satu hal yang dilakukan oleh sahabat, bahkan di hadapan Rasulullah. Di banyak hadith disebutkan bahwa banyak orang dan penyair yang datang kepada Rasul dan mengucapkan syair yang berisikan pujian terhadap Rasulullah, maka Rasul pun menyambut mereka dan menghormati mereka, serta menyambut baik atas pujian mereka. Sebab beliau tahu bahwa mereka melakukan hal tersebut untuk mendapatkan redha beliau, yang mana mencari keredhaan Rasul merupakan jalan untuk mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala. Dan mereka, para sahabat Rasulullah, bagaimana tidak memuji Rasulullah, sedangkan Allah sendiri memuji Ar-Rasul shallallahu alaihi wasallam.

Kegembiraan terhadap kelahiran Rasul merupakan hal yang baik di dalam syariat. Bahkan mengenang kisah kelahiran Nabi atau Rasul merupakan sesuatu yang dicontohkan oleh Allah dalam Al-Quran. Sehingga di dalam Al-Quran, Allah menceritakan tentang kelahiran Nabi Isa alaihi salam, juga tentang kelahiran Nabi Musa alaihi salam. Yang mana Allah menceritakan itu semua secara detail sangat . Apabila Allah menceritakan kisah kelahiran mereka para Nabi, maka mengapa kita tidak boleh mengenang kisah kelahiran pemimpin sekalian Nabi dan Rasul?

Rasulullah menceritakan bahwa Allah Ta’ala meringankan azab terhadap Abu Lahab di neraka pada setiap hari Isnin, hanya disebabkan kegembiraannya atas kelahiran Nabi Muhammad sehingga ia membebaskan budaknya yang bernama Ummu Aiman yang membawa khabar gembira tersebut kepadanya. Hadith ini disebutkan di dalam Ash-Shahih Al-Bukhari. Padahal Abu Lahab adalah seorang yang kafir yang disebutkan akan kebinasaannya di dalam Al-Quran, sehingga turun surah khusus untuk menceritakan tentang kebinasaannya. Akan tetapi Allah tidak melupakan kegembiraannya dengan kelahiran Nabi Muhammad hingga meringankan azab baginya setiap hari Isnin, hari kelahiran Rasulullah.
Maka bagaimana halnya dengan seorang hamba yang mukmin, yang seumur hidupnya bergembira dengan kelahiran Rasulullah dan meninggal dalam keadaan Islam? Pastilah darjat yang besar bagi mereka. Sebagaimana Allah berfirman,

“Katakanlah (hai Muhammad) bahwa dengan kurnia dan rahmat Allah, maka bergembiralah dengan hal itu, itu (kegembiraan kalian) lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.”

Kegembiraan dengan rahmat dan kurnia Allah dituntut oleh Al-Quran, dan kegembiraan tersebut lebih mahal dan lebih berharga dari apa yang dikejar-kejar dan dikumpulkan manusia, baik itu harta ataupun kedudukan.
Kerana itu, di bulan kelahiran Rasul yang mulia ini, hendaknya kita memperkuat hubungan kita dengan Rasulullah, dengan menghidupkan sunnah beliau, mengenal riwayat hidup beliau, menanamkan kecintaan terhadap beliau, dalam lubuk hati kita serta keluarga kita, menjadikan Rasulullah sebagai idola yang tertinggi dan paling dekat dengan umat islam, serta memperbanyak selawat kepada baginda.

moga-moga kita mampu menghayati dan menanamkan perasaan kasih dan sayang kita kepada baginda..insyaallah (:

Jawatankuasa Pelaksana BADAR 10/11

PRESIDEN
Aqeel Al Munzir b Anandzachery

NAIB PRESIDEN
Wafa Aimi bt Fajuri

TIMBALAN PRESIDEN 1
Yusof b Abd Rahman

TIMBALAN PRESIDEN 2
Mursyidah bt Zainal Fitri

SETIAUSAHA AGUNG
Muhammad Faris Sabiq b Abdullah

NAIB SETIAUSAHA AGUNG
Nurul Afiqah bt Yusri

BENDAHARI KEHORMAT
Abdullah Hasif b Hamid

NAIB BENDAHARI KEHORMAT
Siti Najihah bt Mohd Sariff

LAJNAH USRAH DAN TARBIYAH (LUTAR)
Muhammad Ikmal Rafiq b Azhar
Noor Fatin Diyana bt Kamaruddin

LAJNAH TAMRIN DAN KEPIMPINAN (TAMRIN)
Muhammad Adib b Alias
Nur Faiqah bt Tambi

LAJNAH PENERANGAN DAN PENERBITAN (LANERA)
Muhammad Ridhwan b Ahmad Jani
Nurul Huda bt Mohd Noor

LAJNAH KESENIAN DAN KEBUDAYAAN (SEDAYA)
Nurkhairil Amry b Abd Hamid
Rayyan Nabeelah bt Rafidi

LAJNAH MUSOLLA DAN IBADAH (LAMUSI)
Yusof b Abd Rahman
Mursyidah bt Zainal Fitri

LAJNAH EKONOMI DAN KEBAJIKAN (LAJEKO)
Abdullah Hasif b Hamid
Siti Najihah bt Mohd Sariff

Isnin, Januari 31, 2011

cinta . saya-awak

Hari demi hari berlalu. Ramainya pelajar tingkatan empat nak pindah ke sekolah lain. Sedih abi nak tandatangan borang pindah. Walaupun hanya mengambil sebatang pen dan menandatangani sehelai borang, itu sudah cukup berat untuk seorang pengetua yang amat menyayangi anak didiknya. Seorang demi seorang datang dan berlalu pergi. Sedih jika dikenang kembali. Bak kata cikgu, penat-penat kite besarkan sekor anak ayam, dah besar, masa nak bertelur emas, dia pergi sekolah lain~ *kesedihan melanda guru-guru* , itulah kata-kata yang mesti diingat. Namun, itulah namanya pengorbanan untuk kebaikan masing-masing di masa akan datang..


Biarlah jauh di mata, tapi dekat di hati. Hehe. :D

     



This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.


Cakap pasal pindah ni, nak masuk sikit bab cinta. Cinta pada sahabat; sayang kawan, rindu kawan. Sampai nangis keluar air mata satu baldi bila kawan nak pindah [siapa makan cili, dialah terasa pedasnya] . Tapi, takpelah. Lumrah manusia menangisi dan ditangisi.  Kes cinta ni dah biasa dah dengar kat mana-mana pun. Kejap cinta sama jantina, sekejap lain jantina. Entah yang mana satu lah akhirnya nanti. Dua dua salah. Manalah boleh nak cinta sama jantina ni. Lain jantina tu, bukan tak boleh, cuma belum masanya lagi. Meh kita renungkan sama-sama ye.

Siapa tak sayang kawan? Ada ke? Cinta itu asalnya fitrah setiap makhluk,sedang binatang atau haiwan pun punya perasaan kasih sayang sesama mereka,bahkan melebihi manusia inikan pula manusia yang sememangnya ingin mencintai dan dicintai....betul kan?

Semua orang suka bila masuk chapter love ni. I love you la, you love me la. Ok ok. Mari belajar cinta. Hehe.Cinta ni bukan boleh bawa main. Nak main, pergi cari cinta dalam novel ke. Yang realiti jangan pernah cuba nak tipu-tipu perasaan ni. Bila dah melarat nanti , sendiri yang susah nak tanggung. Cinta suci lahir daripada sifat manusia[kita ni]yang inginkan kasih sayang,yang ingin menyayangi dan disayangi,bukan setakat cinta lelaki-perempuan,boy-girl ,maskulin-feminin, muslimin-muslimat, akhi-ukhti,  tapi juga cinta kepada saudara mara,cinta kepada sahabat,cinta kepada alam sekitar dan cinta kepada kedamaian. Semua tu cinta suci atau senang kata cinta sejati lah.

Kita selalu mencemarkan cinta dengan hanya jumpa tiap-tiap malam (tak buat apa pun,setakat pegang-pegang sikit jer),tukar-tukar hadiah,kirim-kirim salam...Semua benda tu akan menjadi bosan bila melangkah ke alam dewasa (perkahwinan la)..Manakan tidak asyik-asyik benda sama jer,sebelum kahwin begitu,semasa kahwin begitu,selepas kahwinpun begitu...All of us want something new and fresh!! kan kan? Sapa tak nak? [terjujur sikit]

Nie nak cerita kisah cinta yang common dah kat sekolah-sekolah ni. Utara ke selatan ke, timur ke barat ke, semua sama je. [cinta yang dipendam. Senang kate, isi hati orang yang bercinta ni lah]


Kisah CINTA,,saya-awak

‘Satu, kasih yang abadi, tiada tandingi , DIA yang SATU. Dua, sayang berpanjangan membawa ke syurga , kasihnya IBU. Tiga, lapar dan dahaga, rela berpayahan, kasihnya AYAH.’

Cinta yang utama mesti kepada Allah dan Rasulullah, lepas itu, cinta kepada mak/ibu/mama, ketiga, cinta kepada ayah/papa/baba. Haa, yang akhir sekali, barulah cinta kepada manusia. Maksud saya, awaklah. Eh, saya tak cintakan awak, Cuma anggap awak  kawan baik saya je. [titik] [kawan baik tau. bukan kekasih]

Orang selalu kata, kalau kita cinta dekat bunga, bunga akan layu, kalau cinta dekat manusia, manusia akan mati, jadi, kenalah cinta kepada Allah. Sebab DIA kekal abadi.

Jadi, kat sini, saya nak sangat ajak awak , jom sama-sama kita cinta kan Allah jom. Saya selalu bagi surat kat awak. Letak bawah meja lah, selit dekat bukulah. Saya harap bila awak baca surat saya nanti awak boleh la ingat Allah jugak. [??????]

Bila saya tengok kawan-kawan saya pergi date dengan boyfriend dan girlfriend diorang, saya pun terasa nak ajak awak pergi dinner dengan saya. Tapi, nanti orang fikir ape pulak. Alaa, awak kan kawan baik saya, buat apa diorang nak sibuk jaga tepi kain orang, kain mereka pun tak jaga. Kan kan? Haiz~ [syaitan ni tak habis-habis nak sesatkan kita kan] Hajat saya tak  pernah-pernah kesampaian.[alhamdulillah] Kalau nak jumpa awak kat sekolah, nanti kantoi pulak. Tak nak lah saya kene panggil dengan pengetua, kene soal siasat macam dah bunuh orang pulak nanti.[menyusahkan je]

Sebab itu, saya cuma boleh usha awak, tengok dan perhati awak dari jauh je. [seram bunyinye]. Tapi, saya tak buat apa pun. Nak jaga awak je. [di samping tak nak ade orang lain yang kacau dan masuk dalam kamus hidup awak lah].
Saya tak puas hatilah dengan kawan-kawan yang asyik cakap hubungan kita ni hipokrit!!
Bajed jer cinta kepada Allah!! Tiap-tiap malam hantar sms.Cinta kepada Allah apenya?!! Menyampahnya, diorang tu bukannya tahu yang saya ajak awak buat amal kebaikan, solat sunat, baca al quran , hafaz al quran, marah awak bila awak buat kemungkaran [bila awak cakap dengan lelaki lain terutamanya]. Sakit hati saya ni awak. Saya selalu belanja awak.        [itu kan sedekah], suruh awak senyum kat saya[sedekah jugak kan?]. Diorang bukannya tahu apa yang saya dan awak bualkan masa message. Panasnya hati saya ni. Tapi takpe, saya tak kesah, asalkan awak bahagia. Bukannya diorang tu tahu yang kita selalu ingatkan masing-masing untuk sentiasa beribadah kepada Allah. 

Walaupun awak dan saya tak pernah cakap tentang murka Allah, tak pernah ingatkan tentang tipu daya syaitan,tak pernah saling mengingati tentang sia-sianya usia remaja kalau hanya main-main cinta,tapi cinta kita tetap tulus suci murni kerana Allah!!! Betul lah macam tu. Kan? [????!!]

Apelah nasib saya ni.
Tapikan... awak.......................................

Ada satu masa tu, saya kejut awak sama-sama untuk buat solat tahajud [buat miss kol je]
Lepas tu, saya luahkan kat awak dengan tekad yang saya sayang awak sangat-sangat................. [via sms]



"I LOVE YOU"



Awak pernah kata, Allah anugerahkan kita, dua kaki, dua tangan, dua mata, dua telinga, tapi kenapa sekeping hati? Awak kata, untuk kita cari yang sekeping lagi. Jadi, saya nak dapatkan yang sekeping lagi lah ni.
Tapi, bila saya luahkan dekat awak, awak reply sms saya, awak kata, cinta Allah yang paling Agung, tiada cinta selain pada-Nya.  
Awak ni, tak faham saya, itulah yang kita saling ingatkan[????!!!]. Lepas tu awak pun kata,kan bagus kalau masa kita bermesej kita gantikan dengan buat amal ibadah, masa kita  saling peringatkan kita ajak kawan-kawan sekali buat amalan sunat, dan alangkah bagusnya  kalau kita tidak menipu diri kita dengan cinta pada Allah,tapi dalam masa yang sama masih buat perkara mungkar. Itulah tipu daya syaitan. Kan awak?
Tersentak saya bila baca sms awak. Itulah jawapan awak.
Tapi, saya sayang sangat-sangat kat awak. Saya tak nak kehilangan awak. Awak!!!!
[tet. Hntar]
Awak pun jawab....
“kalau kita ada jodoh, adelah. Kalau tak ada, kita tak boleh nak buat apa apa. Semoga cinta kita yang akan datang  lebih tulus dan suci murni, jauh daripada fitnah dan tipu daya syaitan yang sentiasa menyesatkan.”

Awak kata, awak tak nak kita sesat. Jadi, buat masa sekarang ni, awak suruh saya siapkan diri saya dengan ilmu dan amalan, supaya nanti saya boleh pimpin awak ke arah mardhotillah. 

Awak kata pada saya kita bertemu dan berpisah kerana Allah,awak tak mahu hidup saya sia-sia hanya kerana membuang masa mengambil berat pasal awak...Awak kata awak boleh bawa diri sebab Allah sentiasa bersama awak....Awak tak mahu kita menghampiri lembah zina walaupun kita tidaklah berzina,namun sekali lagi awak kata tipu daya syaitan sangat dahsyat !!!

 


Awak kata pada saya, berdoalah semoga kita dijodohkan dengan cinta yang lebih halal daripada cinta yang main-main cinta sahaja...





Awak kata pada saya......."Boleh kan awak???"

Bercururan air mata saya mengalir bila saya sedar daripada dosa yang pernah saya lakukan selama ini.

Awak, saya nak cakap terima kasih sebab dah sedarkan saya. insyaAllah saya akan menjadi yang lebih baik untuk awak. Itu rintihan akhir hati saya untuk awak. Semoga kita bertemu di lembaran cinta kita yang jauh lebih tulus keranaNYA. 


Tamat. Hehe. Hati-hati ya wahai hati-hati sekalian. :D walaupun kita kononnya cinta berlandaskan Islam, tapi sebenarnya, hanyalah prinsip semata-mata. Syaitan tu tak habis-habis ganggu anak Adam dan Hawa ni. Ok? Meh kita fikir dan renung sejenak .