Isnin, Januari 31, 2011

Subject: IBU VS KEKASIH

Ibu vs Kekasih: Peringatan Bersama ,Orang kata aku lahir dari perut ibu..> Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu> Bila lapar, yang suapkan aku..ibu> Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu> Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!> Bila bangun tidur, aku cari.. ibu> Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu> Bila nak bermanja... aku dekati ibu> Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu> Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu> Bila nakal, yang memarahi aku... ibu> Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu> Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu> Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu> Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu>> Aku selalu teringatkan ..Ibu> Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu> Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu> Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu> Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "> Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu> Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu> Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu> Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu> Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu> Yang selalu masak makanan kegemaranku... Ibu> Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...Ibu> Yang selalu berleter kat aku.. Ibu> Yang selalu puji aku.. Ibu> Yang selalu nasihat aku.. Ibu> Bila nak kahwin... Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu>>>Aku ada pasangan hidup sendiri<<<Bila seronok... aku cari pasanganku> Bila sedih... aku cari Ibu> Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku> Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu> Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku> Bila berduka, aku peluk erat Ibuku> Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku> Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu> Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku> Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan...Selamat Hari Ibu> Selalu... aku ingat pasanganku> Selalu... Ibu ingat kat aku> Bila..bila... aku akan talipon pasanganku> Entah bila.. aku nak talipon Ibu> Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku> Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku>> Renungkan:>> Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun,cukuplah".<<> kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada....... >> ingatlah pengorbanan ibuuuuu<< sentiasa.......

Khamis, Januari 20, 2011

Introspeksi iman

Alhamdulillah,semalam BADAR telah menayangkan beberapa tayangan yang dapat menginsafkan yang dihuraikan oleh ustaz Hamdi..Tayangan pertama dimulakan dengan video nasyid iaitu yang bertajuk hayati kulluha lillah.
hayati kulluha lillah

Kemudian disusuli dengan beberapa tayangan yang bertajuk Sang Murabbi.Video ini kemudiannya dihuraikan sedikit sebanyak oleh Ustaz Hamdi.Tayangan Sang Murabbi ini menceritakan  tentang perjalanan seorang pendakwah yang giat dalam aktiviti menyebarkan Islam sepanjang hidupnya.
sang murabbi

Jumaat, Januari 07, 2011

Kerana Sifatnya Mengubah !

Apa bezanya tarbiah kita ini dengan ceramah?

Kenapa perlu susah-susah berusrah? Tak cukup ke pergi masjid, dengar ceramah?

Tak pun dengar je halaqah dan usrah di TV9, tak boleh ke?

Kenapa kena pergi program, dauroh, mukhayyam, jaulah, rehlah, mabit segala?

Kenapa???

Kenapa bersusah-susah?


(senyum)

lihat surah al-balad ayat 4.

Allah menciptakan manusia, hakikatnya dalam sentiasa dalam keadaan susah payah.

Kalau dia tidak bersusah untuk perkara kebaikan, maka dia tetap akan bersusah tetapi untuk keburukan..perkara-perkara yang batil.

Maka, oh..biar saja aku bersusah-susah untuk perkara baik ini kan?

moga-moga pahala dan kebaikannya juga untuk kamu yang sentiasa di hati ini.

Terima kasih kerana memahami

dan sentiasa mendukungku

ku mengharap restumu dan doa agar aku terus bersusah-susah begini.

kerana aku kerap kali memikirkan

karya apakah yang layaknya dipersembahkan buat Tuhan

dan aku mengharapkan andai tamat tempohku berada di bumi

aku bisa pulang menghadap Ilahi

dengan senyuman di wajahmu

kerana anakmu ialah seorang pejuang.


Lalu andainya masih ada yang bertanya,

apa istimewanya tarbiah yang didukung ini?

mahu saja aku berkata begini

kerana tarbiah ini

sifatnya mengubah!

aku yang dahulu begitu dan begitu

kini begini dan begini

ah, bagaimana itu?

aku begini kerana tarbiyah ini

hadiah indah titipan Ilahi

agar aku bisa bertemu dengan-Nya kelak

dalam keadaan suci dan terpuji.


Kerana tarbiah ini sifatnya mengubah

maka aku di sini pada hari ini

bukan lagi seperti aku di sana pada hari semalam

dan betapa indahnya perubahan ini

kerana didorong atas rasa cinta

mahu mempersembahkan diri terbaik buat Pencipta

bukan atas paksaan

bukan ikut-ikutan

bukan perasan-perasan.


tentunya,

aku harus bersyukur atas nikmat tak terhingga ini

dan syukur ini dikembalikan dengan susah-payah buat umat

walau tidak terbalas kurniaan Ilahi yang Maha Hebat

tapi cukup menjadi tanda mensyukuri atas segala nikmat.


Oh Tuhan.

biar aku terus tsabat

berada dalam nikmat ini

dan menunjukkan kesyukuranku

dengan terus bersusah-susah untuk umat.


Umat yang tenat,

nah, aku bawakan tarbiah sebagai ubat...

kerana tarbiah, sifatnya mengubah!

moga ia bisa mengubah

segala sakit menjadi nikmat

segala derita menjadi cinta

segala sengsara menjadi bahagia.


ayuh,

ambil ubat ini wahai umat...

dan kita bakal bahagia kelak..

pasti, dengan izin Allah.