Selasa, Februari 16, 2010

halwa telinga kita?

bismillah.


Segar dan membangkitkan! Inilah yang kita perlukan.

Dikala saat pemuda muslim kini lemas dalam lautan cinta nafsu dunia, hidup terhuyung-hayang dalam dunia fantasi putera kacak dan puteri anggunnya. Mengimpikan kisah hidup ibarat movie yang dikarang Yahudi dan kroni2nya. Lagi menjadi-jadi apabila dunia seolah-olah bersama mereka, lagu mendayu bertemakan cinta, kasih, rindu tak berpenghujung. makin membenihkan rasa hati untuk terbang bersama mata hati ke alam indah berpelangi. Khayalan semata. Sungguh membencikan. Hentikan sahaja!

Perlukan suara2 yang begini.

Lagu2 yang bertemakan perjuangan dan pengislahan. Baru kena gaya. Bukan tak romantik, bukan nak anti-cinta, namun bukan masanya. Secara peribadi memang tak minat dan boleh dikatakan benci dengar lagu cinta manusia remaja-remaji. Merepek dan membencikan.


Untuk apa dinyanyikan..?
Untuk apa didengari..?


Lainlah bagi yang sudah benar2 diikat, akad yang menghalalkan cinta fantasi. Dengar lagu begini hati yang keras seperti disimbah air mawar kembali kasih. Tapi kalau umur dan pemikiran setahun jagung, belum kenal warna dunia, belum tahu lurah gunung kehidupan. Tema akidah dan perjuangan itu lebih utama. Persoalan akhlak dan kematian itu juga lebih banyak kesannya. Kamu sibuk2 dengar lagu cinta, kemudian mula la rasa nak bercinta. Lagu juga punya prioritinya. Lagu cinta tipu yang mengasyikkan sebaiknya dibuang jauh2. Tutup terus!

Bukan nak syadid tapi ini soal tarbiyah hati dan fisiologi badan pemuda muslim.


Manusia itu dari air, dan air itu sangat sensitif kepada bunyi2an. Saya sudah cerita dulu.(ustaz abdoh pun pernah mention pasal ni) Kajian Dr. Emoto dari Jepun yang mengkaji tindakbalas air kepada unsur bunyi disekelilingnya tidak boleh disangkal. Rujuk sini. Pelik sungguh kamu. bila nak exam sibuk2 minum "air yassin", yakin air itu air 'mukjizat' menjadi hebat apabila mendengar bacaan Quran. Tapi bila dikatakan diri kamu itu turut mampu berubah bergantung kepada apa yang didengari, mula cari alasan.



"Dan dia yang menciptakan manusia dari air,lalu Dia jadikan manusia itu mempunyai keturunan dan musaharah dan Tuhanmu adalah maha kuasa" (al-furqan25:54)

Even For the rest of my life-Maher Zain(lagu maher zain kpd isterinya)*kalau pelajar kita, permata yang dicari, mungkin* , apa faedahnya untuk kamu? Makin didengari, seluruh badan kamu akan bertindakbalas. Mungkin kamu tidak sedar tapi ia akan menentukan sikap, mentaliti dan bentuk peribadi kamu saat ini. Sekadar pencerahan agar masing2 lebih teliti dengan bunyi2an yang kamu dengari. Terpulang masing2 bagaimana mencorakkan tindakbalas air dalam badan sendiri.

Cuma entri ini sekadar kempen. Lebih suka melihat generasi pemuda gagah berjiwa perjuangan, daripada lemah memikirkan cinta tak terbalas.

Lebih baik Kenali perjuangan kamu sebelum mengenal cinta kamu. Believe me,bukan sekadar bahan bacaan, halwa telinga kamu turut mencorakkan peribadi kamu.


"Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apa dia diciptakan.Dia diciptakan dari air (mani) yang terpancar"(at-tariq 86:5-6)

Dengar Al-Quran itu pasti yang utama dan terbaik. Kamu semua pun sudah tahu. Sama ada mahu atau tidak. Masing2 punya telinga, masing2 sahaja boleh jaga. Telinga yang menulis pastinya yang paling dekat. Peringatan untuk diri.Sekadar membukukan rasa hati. [maaf, terasa entri bernada keras sedikit]

Your life, your choice~

waAllahua'lam.

copy-pasted with permission from ululalbab99.blogspot.com

jangan kerek, tolonglah!

bismillah.
copy-pasted with permission from here.


Bumi kita lebih besar dari Venus, Mars, Mercury dan Pluto (kini tidak lagi dianggap sebagai satu planet)


Bandingkan pula Bumi kita dengan planet yang lebih besar seperti Jupiter, Saturn, Uranus dan Neptune. Comel kan? Macam guli-guli sahaja.


Matahari pula adalah sangat besar berbanding Jupiter sendiri? Bumi kita macam tahi lalat saja!


Matahari dibandingkan pula dengan bintang-bintang lain seperti Arcturus...wah,comelnya!



Sekarang, Arcturus kita bandingkan pula dengan bintang yang lebih besar daripadanya seperti Betelgeuse dan Antares. Huuuu...matahari sangat kecil rupanya! Bumi apatah lagi.

Bandingkan manusia dengan Bumi. Erk, dari atas kapal terbang pun tak nampak manusia. Bagaimana pula nak bandingkan manusia dan Antares?

*********************
Ingatlah, manusia ini sangat kecil berbanding alam ini.
Alam ini, lebih sukar diciptakan daripada menciptakan manusia itu sendiri.
Allah itu Maha Memiliki, Dialah Pentadbir alam jagat raya ini.
Semua ini, kerajaan langit dan Bumi di bawah pemerintahan-Nya.

Jangan kerek, tolonglah!
Siapalah kita, berbanding gunung yang terpasak kukuh, sekali mengeluarkan larva hancur tidak bersisa.
Siapalah kita, berbanding planet yang besar dan bintang-bintang yang bersinar memukau.
Siapalah kita, berbanding semua mahkluk di alam nyata dan alam ghaib.

Jangan kerek dengan Tuhan,
jangan jadi macam bagus,
jangan fikir kita lagi hebat dari Tuhan,
jangan sombong sampai tak reti nak menadah tangan memohon ampunan-Nya!
jangan lupa, kita ni hanya hamba.

Kita tiada apa-apa.
Kita tak punya kuasa.
Kita lemah dan tak terdaya.

Jangan kerek, tolonglah!

Bintang beredar pada orbitnya.
Malam tak pernah berlari mendahului siang.
Matahari tak pernah mogok untuk memancarkan cahaya.
Semuanya patuh pada perintah Allah, menjalankan peranan yang telah ditetapkan!
Tidak pula bersoal-soal, tidak pernah membantah-bantah.

Tapi kita?Adakah telah tertunai amanah khalifah dan hamba?
Jika alam ini tunduk dan patuh pada Sang Pencipta,
Apakah akhlak kita terhadap Yang Maha Kuasa?

Jangan kerek, tolonglah!!!

muhasabah-mode activated~

waAllahua'lam.

Jumaat, Februari 12, 2010

Pelancaran Program Usrah 1431H

Bertarikh 3 Februari 2010 bersamaan 18 Safar 1431H, sebuah majlis telah diadakan di Surau al-Falah, SMK Agama Kuala Lumpur. Majlis Pelancaran Program Usrah 1431H ini dijalankan bertujuan untuk memberi nafas baru terhadap program Usrah Tarbiyah Pelajar agar program kerohanian ini berjalan dengan lebih teratur dan berkesan. Lajnah Usrah & Tarbiyah (LUTAR) dibawah Badan Dakwah & Rohani mengambil inisiatif ini sebagai sebuah wasilah dakwah dalam kalangan pelajar SMKA KL setelah musyawarah pada pelbagai peringkat antaranya pimpinan Jawatankuasa BADAR, pihak pentadbir serta perbincangan bersama Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).


Majlis dimulakan selepas solat Maghrib secara berjamaah dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Lajnah Penerangan & Penerbitan (LANERA). Antara tetamu yang diraikan pada malam tersebut adalah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Ustaz Abdul Aziz b. Ahmad dan Guru Penasihat LUTAR, Ustaz Mohd Hamdi b. Yusof. Antara tetamu yang turut hadir adalah Ketua Guru Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Ustazah Norlaila bt Ismail, guru-guru panitia serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Majlis dimulai dengan bacaan Ummul Kitab, Surah al-Fatihah.


Saudara Mohamad Fikri b. Che Daud selaku Pengerusi LUTAR telah menyampaikan ucapan mewakili Jawatankuasa BADAR 09/10 dengan menyatakan penghargaan kepada pihak atasan terutamanya Guru Penasihat LUTAR serta Ketua Guru Penasihat BADAR dan al-Fadhil Ustaz Mohd Norhafizi b. Husin yang telah memberikan sokongan penuh kepada projek ‘Reformasi’ Usrah ini. Kemudian, Ustaz Mohd Hamdi pula telah memberikan ucapan dengan harapan agar semua Muslimin terutamanya para pelajar SMKAKL mengikuti teladan yang dibuktikan junjungan besar Muhammad Rasullah SAW selain mencontohi gaya kepemimpinan yang ditunjukkan juga oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.

asy-Syahid Hasan al-Banna (1906-1949)

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan PK HEM, Ustaz Abdul Aziz b. Ahmad yang begitu mengharapkan keikhlasan dan kesungguhan para Naqib & Naqibah untuk menjalankan amanah masing-masing termasuklah para pelajar lain agar memberi komitmen sepenuhnya untuk kesemua aktiviti kerohanian yang dijalankan. Beliau juga kemudiannya telah menandatangani sebuah fail usrah sebagai simbolik perasmian program usrah 1431H. Para pelajar kemudiannya telah membentuk halaqah mengikut usrah masing-masing setelah tempoh latihan selama kira-kira dua minggu. Sejurus selepas itu, nasyid Doa Rabithah nyanyian kumpulan Izzatul Islam yang dipilih sebagai lagu tema usrah telah diperdengarkan kepada semua pelajar.


Ustaz Hamdi selaku Guru Penasihat Lajnah Usrah & Tarbiyah telah mengetuai bacaan ikrar para pelajar sebagai bai’ah terhadap pertanggungjawaban mereka.






Hasil muzakarah pimpinan BADAR dengan pentadbir, beberapa perkara telah dipersetujui sebagai projek kendalian Lajnah Usrah & Tarbiyah dibawah Badan Dakwah & Rohani. Antara aktiviti yang akan dijalankan selepas penjenamaan semula aktiviti Usrah Tarbiyah ini adalah

  • Usrah para Nuqaba’ bersama Ustaz akan mula dijalankan. Usrah ini diadakan pada hari Ahad malam Isnin bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pimpinan usrah sebelum usrah sebenar dijalankan.

  • Usrah Penghayatan al-Quran akan diadakan pada hari Isnin malam Selasa dan Usrah Tarbiyah akan diadakan pada hari Rabu malam Khamis. Manakala malam-malam lain pula akan diisi dengan kuliyyah, hafazan, tayangan video Islamik serta bacaan al-Quran.

  • Perjalanan Usrah akan menggunakan kitab Ma za ya’ni Intima’i lil Islam? (Apa ertinya saya menganut Islam?) karangan asy-Syahid Fathi Yakan, kitab Ayyuhal Walad (Marilah Annakku) karangan al-Imam al-Ghazali serta buku Panduan Nuqaba’ yang dikarang sendiri oleh pengetua SMKAKL, Tuan Hj Sakijan b. Muri.

  • Lajnah Usrah & Tarbiyah dibawah BADAR akan menjalinkan kerjasama dengan persatuan-persatuan pelajar serta pertubuhan-pertubuhan Islam untuk memantapkan lagi aktiviti kerohanian ini.

  • Menggunakan sistem fail mengikut halaqah Usrah. Para Naqib dan Naqibah perlulah mencatat isi-isi pembentangan dan perbincangan didalam usrah termasuklah bacaan al-Quran (tajwid, makhraj & hafazan) dan Tarbiyah (penghayatan+tadabbur al-Quran, huraian hadits, fikrah Islam & isu-isu semasa yang berkaitan).

  • Penguatkuasaan perlaksanaan Usrah yang lebih serius dengan kerjasama semua warden serta semua pelajar melalui badan induk dibawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah al-‘Asr. Seterusnya, semua tetamu dan pelajar menunaikan solat Isya’ berjamaah. Alhamdulillah, segala syukur dan pujian keatasNya. Dengan keizinanNya, majlis pelancaran Usrah 1431H telah berjalan dengan lancar. Diharapkan dengan perlaksanaan Usrah dengan lebih teratur ini, semua pihak akan mendapat manfaat agar terus teguh berada diatas jalan Islam yang murni ini. Sesungguhnya mereka yang memilih jalan Islam adalah mereka yang beruntung, bukan sahaja didunia malah diakhirat, insyaAllah.



Bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan~